2023-11-19

Belum tahu


Ok, aku dapat 2-3 link yang sama, ke video seorang founder yang selalu ada kontroversi.
Pastu pagi tadi lalu 2 post kat FB dari penulis yang berbeza yang ulas tentang video yang sama.
Pakat-pakat boikot produk founder tu katanya.

Aku dah tengok video yang korang bagi.
Entahlah, tak reti nak respond apa.
Nak cakap takut salah.
Aku beranggapaan gini je lah.
Dia mungkin belum tahu.
Jangan pulak kata dia tak solat.
Dia mungkin solat Subuh, tapi tak terdedah dengan solat Rawatib.
Sebab itu dia tak pernah dengar tentang solat sunat sebelum Subuh yang lebih baik dari dunia dan isinya.

Boleh jadi yang menegur juga silap dalam menyampaikan teguran.
Bila kita kata "Solat 2 rakaat sebelum Subuh tu adalah lebih kaya dari segalanya", bagi pemahaman orang yang BELUM TAHU, dia akan refer word KAYA tu as duit dan harta.
Mungkin sebab tu dia kata dia tak percaya solat sunat sebelum Subuh boleh jadikan kita kaya.
Sebab dia membayangkan kaya tu as duit.
Tapi kalau kita jelaskan yang "solat sunat sebelum Subuh lebih baik dari dunia dan isinya", boleh jadi respond-nya berbeza.
Itu pandangan akulah.

Tapi satu yang paling buatkan orang cepat melenting bila ditegur adalah ketika ditegur in public.
Teguran ni, walau sopan dah lembut macamana pun, tapi kalau ditegur in public, tetap rasa sakit.
Tak percaya, cuba kalau kau kena tegur dengan random people. Apa rasa?
Walau sopan, sakitnya tetap ada.
Takde orang suka ditegur depan-depan.
Apetah lagi dengan entah siapa-siapa yang kau tak kenal.
Masalahnya manusia ni suka tegur depan-depan dengan alasan "Tanggungjawab aku menegur dah selesai. At least kalau Allah tanya esok, aku dah tegur kau".
Kau pasti Allah tak tanya balik kenapa kau tegur dia dengan cara memalukan depan public?
That is another question yang kau kena pikir jugak.

Manusia memang suka tegur orang depan-depan tak tentu pasal.
Kalau orang tu cari pasal dengan kau, personally, lain cerita.
Tapi ni lain.
Orang tu buat jahat sendiri-sendiri.
Kita tegur, bagus. Tapi ada caranya.
Private mesej. Dia nak baca atau tak, terpulang.
Dia nak bersetuju dengan teguran kita atau tak, terpulang.
Yang penting kita dah tegur dengan ikhlas.

Masalahnya, kita ni taknak tegur in private.
Sebab kita nak dia respond pada komen kita.
Kita nak semua nampak kita hencap dia.
Dan kita juga nak dia bersetuju dengan teguran kita.
Kalau one day dia berubah, kita rasa seronok sebab kononnya kerana teguran kita tu lah dia berubah.
Padahal boleh je kan kau send mesej kat dia, cakap baik-baik.
Aku pernah PM dia. Lama dah dulu.
Lupa dah pasal apa.
Itu je lah sekali, lepas tu kalau ada apa-apa video dia lalu, sama ada aku skip atau tengok sekali lalu.
Taknak komen apa-apa dah sebab aku dah settlekan bagi pihak aku dulu.

Dia nak berubah ke, taknak ke, itu di luar kawalan kita.
Kita sendiri takleh nak ubah diri sendiri dalam banyak perkara, lagikan nak ubah orang.
Jadi, we just do our part secara berhemah, cukup.
Then, move on.
Yang peliknya, yang menegur tu tak move-move on.
Hari-hari dok follow dah tertunggu-tunggu update orang yang kita tak suka, lepas tu membahan.
Kau dapat apa? Dapat sakit hati.
Tak ke kau yang mental namanya.

Aku bukan backing dia.
Aku bercakap kerana aku yang pernah berada dalam situasi BELUM TAHU a.k.a Jahil.
Punya teruknya aku dipandangan mata orang ketika tu sampai orang hukum aku masuk neraka awal-awal dah.
Padahal aku tak buat jahat dengan orang pun.
Aku buat jahat-jahat sendiri-sendiri.
Buat jahat sendiri tu macam pakai sexy, pakai baju mandi kat pool, jalan kat beach pakai swimming suit.
Padahal aku tak clubbing, aku tak minum.
Bukanlah kata jahat aku tu tak besar mana.
Besar jahat aku.
Terang-terangan pakai sexy tu kira jahatlah.
Masa tu, aku BELUM TAHU.

BELUM TAHU tu adalah, waktu tu kepala otak aku lebih berpikir pada lojik.
Contohnya, mandi pool dah tentulah pakai swimming suit.
Takkan palai seluat track.
Pergi kerja, apa salahnya pakai skirt sebab itu pakaian ofis.
Gitulah aku pikir dulu.
Jadi, aku rasa founder tu adalah dalam phase yang sama.
Kalau benar-benarlah kita ikhlas nak dia berubah, just private mesej, tulis baik-baik and doa. Done.
Lepas tu kau move on.

Aku bukan apa, sebab aku dah terkena.
Masa aku free hair dulu, macam-macam orang kutuk aku, beralaskan hadis-hadis.
Nampaklah islamiknya, kan.
Bila aku dah slowly perbaiki penampilan, yang dicari tetap salah aku.
Pakai tudung singkatlah.
Pakai tudung tapi gaya menulis kat blog tak berubahlah.
Nampak sangat yang sebenarnya dorang bukan berharap sangat aku berubah, tapi lebih kepada tak puas hati je.
Ujung-ujung yang bitter diri dorang juga.