2023-10-24

Sebelum ambil keputusan untuk berhenti kerja, banyak benda kena fikirkan dulu.


Semalam aku dapat DM dari sorang doktor perubatan. A follower.
Dia cerita panjang lebar tentang masalah kerja dia dan bercadang nak quit.
Ini tentang work load dan pressure di tempat kerja.
Tapi dia taknak duduk rumah.
Masih nak bekerja cuma nak yang lebih relax.
Masih belum ada idea nak kerja apa, tapi yang pasti taknak jadi doktor dah.
Dia ada tanya pasal cara nak jadi agen takaful.
Maybe dia tengok En Wan pun quit engineer to become a takaful agent.
Aku janji nak buat blog post pasal ni.

Sebelum ambil keputusan untuk berhenti kerja, banyak benda kena fikirkan dulu.
Especially kalau kita dah ada komitmen macam loan rumah, loan kereta, loan pendidikan, etc.
All jobs come with responsibilities.
Tak ada kerja yang benar-benar senang.

Contohnya kerja sales.
Orang yang tak berada dalam industri ni selalunya anggap kerjaya sales tak perlu belajar tinggi.
Jumpa orang dan jual barang saja.
Tapi kalau betul senang, dah ramai orang masuk industri ni.
Dan takkan ada orang yang quit sales kalau betul kerjaya ni senang.
Hakikatnya, kerjaya as sales adalah kerjaya yang flexible.
Flexible dari segi pengurusan masa, yes.
Tak kisahlah kau tak nak masuk ofis seminggu straight, atau balik rumah pukul 3 petang.
Yang penting hujung bulan kena hit sales target.
Begini punya flexible pun, masih ramai yang gagal kejar sales target.
Itu bukti kerjaya sales tak senang.

Dalam bidang perubatan, seorang doktor ada tanggungjawab besar terhadap kesihatan dan kehidupan pesakit.
Kesilapan boleh membawa kesan serius.
Kerja long hours. Masa dengan keluarga sikit. Penat.
Tapiiiii, gaji dan allowance konfem ada.
Tak perlu pening pikir macamana nak cari sales, macamana nak kejar sales target.
Hujung bulan, gaji tetap masuk.
Maksudnya, apa-apa kerja pun ada susah dan senangnya.
Bukan semua orang boleh jadi doktor.
Dan bukan semua orang boleh buat sales.
Yang ini kita kena fahamkan.
Kerana people often think others have it better, but in reality, their own situation may not be as bad as they perceive.
We tend to idealize what others have and underestimate the challenges they face.

Penat.
Penat ada 2 sebab.
Satu, kerana tidak ada passion.
Kedua, tempoh masa yang diperlukan untuk selesaikan tuntutan kerja.
Dua ni adalah punca penat yang terbesar.
Some kerjaya perlu tempoh kerja yang panjang (dan berlebihan), while yang lain ada tekanan masa yang ketat.

Contohnya, kerjaya sebagai engineer vs agen takaful.
En Wan jadi engineer selama 15 tahun.
Aku witnessed betapa long hours-nya waktu kerja dia.
Pukul 8 pagi sampai 5.30 petang - ini normal working hours.
Tapi engineer punya waktu kerja tak pernah normal, especially kilang Jepun.
Orang Jepun workaholic and they demand their engineers sama workaholic macam dorang.
En Wan lebih banyak balik malam dari balik petang.
Tu belum lagi kalau mesin kilang sangkut pukul 12 malam.
Kena datang malam-malam buta tu jugak repair.
Esok pukul 8 pagi tetap masuk kerja macam biasa.
Tapi, hari-hari datang kerja hanya pikir untuk buat kerja saja.
Tak perlu pikir pasal gaji dan macamana nak bayar komitmen bulanan, sebab dah pasti ada gaji.

Jadi agen takaful, kau takde gaji tetap.
Kau hanya ada komisyen.
Nak capai komisyen yang sama banyak dengan gaji tetap semasa bekerja dulu, bukan senang.
Kerja memang relax tapi kepala tak relax dok mikir hit ke tak target aku bulan ni, cukup tak nak bayar komitmen hujung bulan, kalau tak hit target beberapa bulan terus kena terminate.
Tapi macam kes En Wan berbeza.
En Wan ada bridging income dengan Prudential.
Maksudnya ada gaji tetap.
However dia ada sales target juga.
Kalau tak hit, tetap kena menjawab.

Yang buatkan seseorang tak merasa penat (penat tu penatlah, cuma tak tertekan) adalah kerana PASSION.
Someone yang hilang passion pada kerjayanya always merasa penat, mengantuk, tak bersemangat dan dreading to go to work.

Lagi satu yang buatkan kita rasa tertekan dengan kerja adalah keinginan to achieve the best performance and high-quality results.
Tuntutan untuk capai standard tertentu boleh bagi tekanan yang tinggi pada diri.
Yang ini pun antara perkara yang selalu buatkan orang quit.
Sometimes, keinginan nak jadi paling best tu menyusahkan diri.

Aku and En Wan always tell to each other that jangan pressurekan diri untuk jadi TERPALING.
Kalau nak kejar achievement buatlah kerana kita nak jadi lebih baik dari semalam, bukan TERPALING di antara yang lain.
The moment kita bertanding dengan orang, itulah bibit-bibit stress bermula.
Buatlah goals untuk diri sendiri.
Jangan buat kerana nak menang dengan orang lain.

Sebelum quit kerja, nilai dulu komitmen bulanan.
Karang, hilangkan nak lari dari tekanan kerja, tak sedar dapat tekanan sumber kewangan pulak.
You need to ensure you have sufficient savings to cover daily expenses and long-term financial commitments.
Kalau lulus, ok boleh berhenti kerja dulu sementara nak dapat mood kerja di bidang lain pula.

Apa-apa kerja pun ada tekanannya.
Sebelum berhenti, cari tahu dulu kerja yang sesuai dengan keperluan.
Maybe ada peluang untuk maintain kerja dalam bidang perubatan yang lebih relaks.
Private clinics, contohnya.
They might provide a less demanding work setting compared to a busy hospital.
Mengajar pun another option juga.
Kalau tak nak jadi pensyarah, jadilah cikgu tusyen.
Doktor perubatan jadi cikgu tusyen kot!
Mesti ramai parents suka.
Aku rasa this can be personally fulfilling and less stressful.
Kecuali kalau kau dapat anak murid macam Rayyan yang asyik nak bertanya je kerjanya dalam kelas 😁.

Oh, jangan lupa dengan lifestyle, ya.
Bila you dah biasa dengan lifestyle tertentu semasa kerja doktor, you must think about how this change will affect your quality of life.
Kerja santai memang semua orang suka.
It might offer a better work-life balance, but this isn't guaranteed.
You kena pastikan you masih dapat teruskan gaya hidup yang you nak.

Dari perspektif aku, orang-orang muda sekarang lebih prefer kerja yang less stress.
Especially ibu-ibu muda.
Nak jadi ibu yang baik, nak jaga anak, nak jadi isteri yang masih boleh handle rumahtangga, at the same time nak success dalam kerjaya.
Ini antara punca yang buatkan diri burnt out di tempat kerja.

Jangan salah anggap ya dengan statement aku ni.
Aku bukan halang korang jadi ibu dan isteri yang baik.
Aku cakap sebab aku pernah muda macam korang.
Kita tak boleh jadi semua serentak dalam satu-satu masa.
Kita kena pilih mana yang kita lebih mahu, untuk long term.
While reducing stress is a valid goal, you should also consider sama ada your new job selari dengan your long-term career goals and personal fulfillment.
Kerja rileks tapi lacks growth or personal satisfaction pun akan kacau you punya quality of life.
Nanti dah umur 40-an, tengok kawan-kawan semua dah jadi Head of Department, mulalah terkilan.
Pastu stress balik.
Pastu bergaduh dengan suami "Awaklah ni suruh saya duduk rumah jaga anak. Kalau tak, saya dah jadi CEO sekarang!".
Please, ya. Tak payah nak bertekak dah pasal ni lagi 20 tahun esok.
Because regardless of who asks, you are the one who has agreed to do it.

Ramai blog reader aku yang cerita dulu dorang pernah bekerja tapi berhenti sebab macam-macam reason.
Ada yang content dengan life sekarang, ramai juga yang terkilan dengan decision yang dibuat dulu.
Sebab tu, apa juga keputusan yang dibuat, kena reflect on how the change may affect your relationships and emotional state.
Ada yang berhenti kerja kerana stress dengan kerjaya, but at the end duduk rumah makin stress menguruskan anak-anak dan rumah tangga.
Ada yang berhenti kerja kerana nak lebih masa dengan pasangan, tapi akhirnya pasangan semakin busy dengan kerjayanya.
At the end tetap tak happy.
Malah terkilan kerana terpaksa berkorban katanya.
Akak kau ni bukan halang korang berhenti kerja, cuma nak bagi korang thought-provoking. Pikir dulu.