2023-10-20

Memang semua orang kena berhenti melansungkan hidup ke macamana?


Semalam aku tulis kat IGS:

"TikTok boleh tahan toksik. Orang tengah promote barang pun dia gi komen - stoplah kejap bershopping. Pikirlah keadaan kat Palestine"

Memang semua orang kena berhenti melansungkan hidup ke macamana?

Kadang-kadang some people dia punya over macam hape ntah.
Jenis yang dia nak pastikan semua orang berhenti hidup.
Dia sakit hati orang lain masih ada life.
Tak macam dia, takde life.
Disebabkan dia takde improvement dalam hidup, maka dia paksa orang lain berhenti untuk hidup.
Tak boleh shopping.
Tak boleh makan sedap.
Tak boleh tunjuk lifestyle.
Padahal busuk hati tengok orang lain.
Seperti mana orang lain memilih untuk meneruskan hidup macam biasa, kau pun sepatutnya pilih untuk uruskan hidup kau.
Jangan sibuk nak kelebet life orang lain.
Orang lain tu sibuk bekerja untuk cari kelansungan hidup supaya boleh jaga keluarga dan tak menyusahkan orang.
Ada rezeki lebih nanti boleh kongsi-kongsi pada keluarga yang lain.
Yang kau ingat orang tu berseronok takde empati. Seriously?
Sempit juga otak kau, kan?

Hari tu kat TikTok kecoh pasal budak flat yang aku tulis dulu.
Aku pernah tulis KAT SINI
Tulis bulan Ogos lepas.
Tak payah tunggu setahun pun.
Apa yang aku tulis kat dalam tu semua jadi realiti dah.
Budak tu kena kecam baru-baru ni.

Kan aku dah kata influencer lebih ramai haters, berbanding followers?
Jangan ingatlah yang follow ramai-ramai tu terinspirasi sangat dengan life kita.
Mana ada orang seronok tengok kita berjaya.
Ada, tapi tak ramai pun.
Yang ramai-ramai tu follow sebab nak cari silap je.
Kau tersilap sikittt je, siaplah.

Bila terjadi sesuatu isu, tak kisahlah apa pun isunya, sekelip mata post-post kau akan penuh dengan komen-komen berbaur kecaman, kutukan dan hinaan.
Yang komen-komen murni macam nak rak dulu, meruyup.
Yang banyaknya komen kecaman.
Masa tu kau akan terpikir, selama ni yang follow aku memang haters je ke?

Itu adalah bukti bahawa, bila kau ada masalah, you are alone. ALONE.
Takde siapa nak bersama-sama dengan kau.
Bukan takde yang support.
Cuma dorang pun nak jadi mental health dorang juga.
Karang kalau backup mahu 7 keturunan dorang tak pasal-pasal kena bash.
Jangan main-main dengan netizen katanya.

Kadang perangai manusia yang aku tak faham, mula-mula kau kecam.
Bila Hamba Allah tu dah minta maaf patutnya dahlah, kan.
Masing-masing patutnya move on.
Eh takkkk. Cari pulak silap lain untuk disambung kecam.
Inilah yang aku cakap tadi.
Manusia nak orang tunduk ikut perintah dia.
Contohnya pasal shopping tadi.
Disebabkan dia takleh shopping, dia paksa orang jangan shopping juga.
Pastu gunakan nama Palestin.
Konon mengenang Palestin.
Semua orang patut berhenti promote-promote barang kejap dan tumpukan pada hal Palestin saja.
Post pasal vacation tak boleh.
Post pasal makanan tak boleh.
Promote produk tak boleh.
Kau dah kenapa??
Lama-lama aku tengok netizen ni macam sesuatu pun ye gak.
Dah serupa Israel perangai masing-masing.
Kutuk sama, kecam sini.
Kalau boleh nak buat sampai orang tu terduduk takleh bangun terus. Baru puas hati.
Tak ke perangai Israel tu?
Cuba check salasilah. Entah-entah ada.

Teringat aku kes artis bertudung.
Orang tu free hair, kau kecam.
Orang tu dah bertudung, kau kecam.
Tudung singkatlah. Baju ketatlah. Pakai tudung tapi masih menyanyilah.
Kau stresskan orang tu.
Lama-lama dia tak tahan dia pun free hair semula.
Dan kau kecam dia balik takde imanlah apa lah.
Yang sebenarnya, kau nak orang tu jadi selekeh buruk macam kau.
Kau tak puas hati orang tu masih cantik bergaya walaupun dah bertudung.
Tak macam kau. Bertudung ke, free hair ke, pakai designer stuff ke tetap desa berkerak.
Tu yang sakit hati sangat tu.

Dia macam ni lah.
Manusia ni sifatnya tak perfect.
Kalau kau cari baik, kau akan jumpa baik.
Kalau kau cari buruk, memang kau akan jumpa buruk.
Memang jumpa punya.
Semua tu bergantung pada kita.

Pernah tak dengar satu quote - "When you lose an emotional attachment to someone, you realize how ordinary they were. It was your love and your energy that made them seem so special".
This statement highlights that perspektif peribadi kita mempengaruhi cara kita melihat orang lain.
Bukan orang tu yang special sebenarnya, tapi kita yang special kerana perspektif kita nampak orang itu special.
Sebab tu wujud manusia yang tak pernah puas hati dengan orang lain.
Ada je salah yang dia nampak.
Sebab?
___________________ (isikan tempat kosong. 10 markah).