Semalam jumpa video versi omputih.
Sama pulak pandangan dia dengan aku.
Hari tu aku post kat sini seorang ustaz komen pasal isu perempuan berlagak bila ada duit.
Ustaz tu cakap perempuan takkan macam tu.
Perempuan kalau ada duit, memang dia tak lokek berkongsi.
Yang buatkan perempuan tu berlagak adalah kerana sikap suami.
Gitu pandangan dia.
Pandangan aku sama macam video atas.
Kalau lelaki tunjukkan sayang kat isteri, jaga hati, tak cakap kasar, bagi attention, berusaha memenuhi basic keperluan keluarga, tapi dari segi kewangan dia tak mampu, isteri mesti tak kisah kongsi kos atau ringankan tanggungan suami.
Because this is partnership.
Tapi kalau kewangan tak mampu, perangai pulak hauk, membantu tidak, mengarah bukan main lagi, kepala batu, bossy, tau nak sedap 24/7, narsistik.
Tak kena dah macam membela anak kecik sorang lagi gayanya?
And on top of all that, isteri kena tanggung expenses rumah tangga. Kau rasa?
Tak payah nak sembang syurga neraka bila kau sendiri hadiahkan neraka dunia kat bini.
In certain relationships, couples have differences in financial ability.
Contohnya, isteri ada kerjaya yang lebih berjaya dari suami.
In this situation, a 50-50 can be a fair solution.
Masing-masing contribute perbelanjaan bersama. Takde masalah.
Kalau suami ada kualiti-kualiti yang boleh tutup kekurangan yang ada, I bet isteri bersedia untuk menyumbang.
Tapi kalau dah tau kau tak boleh nak provide, apa lah salahnya top up kekurangan tu dengan ringankan tulang menolong, bagi attention kat isteri, atau bercakap dengan suara yang lembut.
For some couples, kebahagiaan dan keharmonian dalam hubungan go beyond just financial matters.
Yang sorang berusaha keras dalam kerjaya, yang sorang bagi sokongan emosi.
Ada balance roles kat sini.
Bak kata video ni, ujung-ujung, perangai yang mainkan peranan.
Aku tak faham kenapa some lelaki masih lagi berpandangan "only his words matters".
Dia saja betul. Dia saja paling pandai.
Isteri tak mungkin lebih tahu dari suami.
Isteri tak boleh lebih pandai dari suami.
Dan suami tak pernah salah.
Patriarchal Mindset namanya.
Sesetengah lelaki dibesarkan dengan kepercayaan dorang adalah "ketua keluarga" dan ada kuasa mutlak din decision-making.
Tu pasal dia jadi dominan.
Apa-apa pun dia saja betul.
Serious, boleh mati berdiri hidup dengan lelaki macam ni.
Aku tak boleh. Terbunuh orang karang.
Kalau ada yang tak tahu apa itu budaya patriarki, dorang yang practice culture ni percaya lelaki adalah primary breadwinners dan pembuat keputusan.
Isteri hanya tunduk dan patuh.
Kalau isteri tak suka, takleh buat apa melainkan makan hati.
Sebab tu aku percaya, marriage macam ni sangat tak harmoni.
Nampak je macam isteri patuh.
Nampak macam pandainya suami tu membentuk isterinya.
Padahal si isteri tak menikmati perkahwinan pun.
Sekadar surviving the mariage only.
Yang sedap, hanya suami.
Marriage yang macam ni, sorry to saylah, tapi sekadar berkongsi katil je.
Si suami anggap pendapat dan keinginan dia lebih patut diutamakan daripada isteri.
Suami kawal financial decisions, suami major life choices tanpa berunding dengan isteri.
Suami disregard perspektif isteri on important matters.
Celah mana perkongsian hidupnya?
Tak. Kau tak berkongsi hidup pun.
Kau berkongsi alat kelamin je.
Selalunya, isteri-isteri yang dah suffocate dengan budaya patriaki, apabila dorang dapat pegang duit (tau dah berjaya), akan berlakulah apa yang Rosyam Nor kata "berlagak".
Bukan isteri tu berlagak sebab duit banyak, tapi sebab this is pay back time.
Kau tau kenapa?
Sebab masa kau berduit dulu, kau practice the same.
So now bila dia dah berduit, dia balas balik.
Kau buat dia boleh, kan?
Bila dia buat kau, sentap.
Dan-dan keluar hadis sembang bab neraka syurga.
Eh pegi mati!
Bila isteri "berlagak", satu dunia nampak salah isteri.
Masa suami berlagak, sorang tak notice.
Ramai lelaki, especially yang sole breadwinner, merasa dia berkuasa sebab ada income.
Dia assume income gives him more authority in decision-making.
Perasaan isteri tolak tepi.
Same goes bila lelaki pegang higher social or professional status, dia anggap dirinya berada dalam kedudukan yang berkuasa.
Padahal dia yang pilih perempuan tu sebagai isteri.
Bila dah kawen, terseksa batin Hamba Allah tu melayan perangai patriaki dan narcissist suami.
Abis tu kau kawen dengan isteri tu untuk apa?
Sekadar nak puaskan nafsu?
Tak hairanlah ada isteri yang selepas bercerai, rela jadi pelacur.
Sebab bagi dia, jadi isteri atau jadi pelacur, takde beza.
Sama-sama dicari hanya bila nak puaskan nafsu je.
Baik jadi pelacur kata dia, at least dapat duit.
Jadi bini kau dapat apa? Dapat sakit je.