2023-10-14

Kalau kau ada situasi macam ni, pilihlah antara dua.


Dari semalam TikTok aku kejap-kejap lalu pasal kes celebriti bergaduh dengan adik-beradik.
Yang sorang cakap gini, yang sorang cakap gitu.
Serabut tak tahu mana satu nak percaya.
Ni tadi lalu ammaknya pulak kata si celebriti create story. Lah, pulak.

Siapa salah, itu tak penting untuk aku tahu.
Sebab bukan masalah aku.
Cuma dari perspektif aku sebagai seorang netizen yang baca kisah dorang ni, aku dapat merasakan serabutnya masalah family ni.
Terpikir aku, kentalnya mereka sekeluarga tinggal bersama-sama.
Aku yang baca sepintas lalu pun dah rasa sesak nafas.
Sesungguhnya mereka-mereka ini orang yang kuat mental dan fizikalnya.

Suami isteri bergaduh, biasa.
Adik-beradik bergaduh, biasa.
Kita pun pernah berselisih faham, bergaduh mulut dengan ahli keluarga, ye tak?
Tinggal lagi kita bukan siapa-siapa.
Kalau share masalah keluarga kat media sosial pun takde siapa nak ambil tahu.
Sebenarnya, bergaduh adalah titik permulaan untuk cari penyelesaian kepada masalah.
Sebab kalau masing-masing pendam dalam hati, masalah takkan selesai.
Memang kena ada orang yang bersuara, barulah nanti akan ada jalan penyelesaian yang baik untuk semua pihak.

Tapiiii. Ada tapinya.

Kalau masalah timbul disebabkan sikap narsistik, atau memutarbelit fakta, atau buta perut tak sedar diuntung - this can be more challenging to manage.
Nak deal dengan orang macam ni, payah.
Jalan penyelesaian paling senang - ANGKAT KAKI, BLAH.
Create barrier. Itu je caranya.
Sebab jenis orang macam tu takkan mudah-mudah nak terima teguran.
Even though that way may hurt you and make you very disappointed, it's okay.
Kau lalulah kejap je tempoh-tempoh sakit ni.
Later, you will find peace.
Kau akan realize sebenarnya sebahagian besar masalah tu adalah sebab kau melayan perangai manusia.

Pandangan aku tentang manusia narcissist ni valid, ya.
Sebab aku ada pengalaman ni.
Silap aku adalah bila aku bertolak-ansur dengan manusia narcissist.

Selalunya, bila mangsa buat satu tindakan contohnya bersuara, atau marah, atau mengungkit - orang akan nampak mangsalah yang salah.
Sebab selama ni orang tengok kita dan mereka aman-aman je hidup bersama.
Yang orang tak tahu kita sebenarnya bertolak-ansur dah cukup lama.
Sampai ke satu tahap, kita dah tak tahan dan meletop, time tu orang nampak kitalah paling jahat.
Dan yang paling kelakar, bila kita set boundaries, people start to label you as "difficult".
Dan-danlah kau ni tak bertimbang rasa, tak mengenang budi, lupa daratan, etc.
But the reality is, you are not being difficult.
Dorang tu yang yang menyusahkan.
Kau buat boundaries to take control of your life and well-being saja.

Macam aku dulu, tau-tau je orang nampak aku dah ada En Wan.
Takde angin takde ribut tau-tau pasang lain. Katanyaaaaaaa.
Dari pandangan mata orang, akulah yang jahat.
Padahal dorang tak tau selama ni aku dah banyak bertolak-ansur dengan manusia narcissist, sampai satu tahap aku tak boleh tolerate lagi, dan aku terus BAMMM!
No turning back.
Nampak macam keputusan aku tu tiba-tiba sangat.
Padahal dah memendam rasa cukup lama.

Aku tak katalah si selebriti tu ada masalah dengan manusia-manusia narcissist.
Tapi dari video-video yang aku tengok, hawa-hawa manusia narcissist tu macam ada.

Salah satu ciri manusia narcissist - suka spin fakta dan suka lari dari bagi jawapan yang tepat.
Contoh kau tanya dia "Awak keluar dengan ex girlfren awak, ya?"

Dia jawab "Saya bekerja".

Apalah salahnya kau jawab dengan jelas, "Ya, saya keluar dengan dia, tapi atas urusan kerja".

Kan jelas sikit.
Tapi tak, ya. Dia takkan mengaku.
Dia akan cuba spin selagi boleh supaya dia tak nampak bersalah dan juga tak nampak seperti menipu.
Bagi dia, "Tak, saya bukannya menipu. Saya cuma tak bagitau hal sebenar".
Padahal dia tak sedar bila dia bagi jawapan yang berpusing-pusing gini, lagi terang bersuluh salah dan juga nampak bodoh sebab tak menjawab soalan.

Orang narcissist suka ambil satu cebisan point lemah kau dan perbesarkan.
Contoh, kau ada roommate.
Baju kau dia pakai. Tudung kau dia pakai.
Barang mekap kau pun dia guna.
Perfume kau pun lagi banyak dia sembur dari kau sembur.

One day kau sorokkan perfume. Dia tanya "Eh mana perfume?"

"Perfume aku mahal tau. Kau belilah sendiri. Asyik pakai aku punya je"

Lepas tu dia start sebarkan fitnah.

"Roommate aku kedekut gila. Orang tak boleh sentuh barang dia! Pelik gila. Good lucklah siapa couple dengan dia nanti. Sumpah laki tu kena bayar semua"

Nampak tak cara dia spin fakta?
Seolah-olah kau tu teruk sangat.
Padahal kau cuma tak kasi dia pakai perfume. 
Barang kau. Hak kau.
Tapi cara dia tarnish imej kau tu seolah-olah kau sombong dan bakhil tak bertempat.

Kalau kau ada situasi macam ni, pilihlah antara dua.
Samada nak jelaskan perkara sebenar pada semua orang, atau pilih untuk protect your peace.
Kalau kau rasa menjelaskan keadaan would be a soothing balm for your soul, go for it.
Tapi kalau kau tak kisah apa pun persepsi orang, asalkan kau terlepas dari ada connection dengan narcissistic, pilihlah ini.

I've made my choice.
It's all about protecting my mental health.
Gasak oranglah nak anggap aku materialistik, atau playgirl, atau tak kenang budi, atau tak sedar asal usul -- feel free to entertain any notions about me.
I'm at that point where I've mastered the art of not giving a darn.
Kerana keluar dari environment yang toksik adalah lebih penting daripada aku jelaskan keadaan sebenar.