2023-08-10
Bayar caruman takaful 8 tahun, bila nak claim, polisi tak wujud!
Aku jumpa ni kat TikTok.
As pemegang polisi takaful, to me perkara ini tak sepatutnya berlaku.
Tak pasti sama ada cerita ni benar-benar wujud, atau sekadar fiksyen.
Secara lojiknya, syarikat takaful akan bagi notis melalui SMS atau email kalau polisi kita ada tunggakan. Ini PASTI.
Aku ada 3 polisi.
Kalau aku lewat bayar seminggu, sms peringatan akan masuk.
Email pun masuk.
Agen pun akan whatsapp bertanya.
Dalam kes bayar 8 tahun ni, kita jangan ambil kira agen.
Kita ambil kira sms dan email sahaja.
Takkanlah pencarum tak dapat notis lansung dari sms atau email? Mustahil.
Tak surelah kalau takaful yang dia ambil ni bukan dari big player.
Maybe jenis takaful ikan bilis yang menjanjikan bulan bintang tapi administration pun hauk.
In general, syarikat takaful should have rekod pembayaran dan kontrak polisi bagi setiap client.
However, each situation may have different circumstances.
Macam aku cakap tadi, maybe masalah administration yang tak cekap.
First of all, kalau someone dah bayar caruman takaful selama 8 tahun without failed, tapi bila nak claim polisinya tak wujud, there are several possibilities worth considering.
Yang pertama, could be administrative error di pihak syaruikat takaful atau agen.
Mungkin ada kesalahan dalam rekod atau pengurusan polisi yang menyebabkan polisi hilang atau tak dijumpai.
In this situation, client kena contact pihak takaful untuk dapatkan penjelasan.
Selalunya dalam kes yang tak melibatkan penipuan agen, polisi MESTI ada punya.
Ini aku boleh jamin sebab aku tahu semua polisi disimpan dalam server.
Key in no kad pengenalan boleh tahu history polisi yang pernah wujud.
Kedua, kes penipuan.
Walaupun jarang berlaku, ada kemungkinan agen atau anyone yang terlibat dalam proses pembayaran dan pengurusan polisi terlibat dalam aktiviti penipuan.
Agen terima payment tapi tak daftarkan client dengan takaful sebenar.
In this situation, terus gi report kat balai.
Aku syak dalam kes bayar 8 tahun tapi polisi tak wujud ni, adalah kes penipuan agen.
Ntah polisi takaful mana dia ambil.
Polisinya pun silap-silap agen print sendiri.
Payment pass kat agen pulak tu. Hmmm..bijok bijok.
Yang pelik, dari tahun 2003 aku ambil insurans (dulu belum ada takaful), payment boleh banyak pilihan.
Auto debit boleh. Pakai cc boleh.
Bayar sendiri melalui apps boleh.
Online transfer boleh.
Cash bayar kat kaunter boleh.
Yang kau nak transfer kat agen dah kenapa?
Ni mesti cokia punya syarikat takaful dia ambil.
Tu pasal option payment hanya satu, iaitu bayar kat agen.
Memang gone lah jawabnya.
Gais, banyak benda yang too good to be true, yang menjanjikan bulan bintang.
Tolong, ya. Kalau benda tu terlampau menarik macam tak masuk akal, hati-hati.
Orang nak menipu banyak cara sekarang.
Fake takaful agents itu wujud.
Scammer-scammer jenis ni menyamar jadi agen takaful atau wakil syarikat takaful, offering attractive policies with low premiums or high returns.
Orang kita memang suka nau lah benda murah tapi benefit tinggi gini.
Mula-mula dia gula-gulakan kau dengan benefit yang tinggi, premium rendah.
Bila tengok kau naik seronok, dia pun kata "Tapi payment hanya kepada saya".
Kau pun tak kisah sebab seronok premium kau murah.
Kau rasa kau menang berbanding si anu yang bayar premium tinggi tapi benefitnya sama macam kau.
Lepas tu si anu dapat claim mudah, kau nan hado.
Pastu meratap kata takaful penipu makan duit orang.
Hari tu aku nampak satu syarikat takaful lalu kat FB.
FB ads tau!
Nama takaful tu pun tak pernah dengar.
Premium RM50 sebulan katanya.
Berebut orang komen PM PM PM PM.
Dik, orang kalau nak jadi scammer, dia akan buatkan business tu look real.
Some scammers establish fake takaful companies that are not registered or regulated by authorities.
Lepas tu offer unrealistic benefits.
Because they know, manusia memang suka barang murah.
Manusia secara umum cenderung mahukan manfaat atau nilai yang tinggi dari setiap peluang.
When an offer is too good to pass up, masa ni la kau masuk perangkap dia sebab keinginan kau untuk dapatkan benefit yang too good to be true tu meluap-luap mengalahkan kewaspadaan terhadap risiko ditipu.
Setakat nak create fake policy documents tu sap sap soi je bagi scammers.
Dokumen tu dorang boleh buat macam authentic but are actually forged.
Mangsa ingat dia dapat valid coverage, hinggalah sampai masa nak buat claim barulah sedar yang polisi tak genuine.
Patutnya dah buat first payment, bila agen kata polisi dah lulus, kau pergi call syarikat takaful untuk confirmkan nombor polisi kau wujud ke tak kat sana.
Big players usually ada apps and website, boleh check dari situ untuk confirmkan.
Ada juga kes client beli polisi pada syarikat takaful yang sah, tetapi client mungkin keliru jenis polisi atau butiran polisi yang dibeli.
Dalam kes bayar 8 tahun tadi, there is a chance that the policy paid for 8 years is not takaful.
Atau, ada perubahan dalam butiran polisi yang tak difahami oleh client.
Dapat pula agen bongok tahu kutip duit je bulan-bulan.
Ntah hape dia terangkan kat client pun tak tahulah.
That's why penting untuk cari agen yang benar-benar faham dengan apa yang dia buat.
Pertukaran agen pun boleh buatkan pengurusan polisi jadi tunggang-langgang seketika.
Selalunya bila agen berhenti atau diberhentikan (kerana tak capai target), polisi client tu akan dipindahkan kepada agen lain, dalam group yang sama dengan agen lama.
Perpindahan polisi ni sometimes mengelirukan.
Tapi takpe, kalau kes gini client boleh sahkan dengan syarikat takaful mengenai status dan pengurusan polisi.
Kalau agen yang mengganti tu boleh buat kerja dan explain situasi you dengan baik, teruskan.
Tapi dalam kes En Wan, ramai yang nak stop dari agen sekarang untuk pindah kepada En Wan.
Yang ni memang tak bolehlah, kecuali kau ambil new polisi.
Contoh, dengan agen now kau dah ada medical card.
Dengan En Wan kau beli hibah, atau investment.
Atau beli medical card ke-2. Yang tu boleh.
Kalau sekadar nak tukar gitu-gitu je, tak boleh.
En Wan boleh dikenakan tindakan sebab seolah-olah menghasut client stop dengan agen lama and ambil new polisi dari dia.
Apa yang aku boleh kata, dari kes bayar 8 tahun tu, syarikat takaful ADA rekod pembayaran dan polisi setiap pelanggan.
Mustahil tak ada, melainkan kau sebenarnya kena scam.
Sedih dengar berita Chef Wan ada kanser, kan?
Mujurlah Chef Wan ni orangnya beringat.
Dia pun jenis travel sana sini, kan.
Jadi dia faham sangat kepentingan takaful and insurans.
Ada medical card.
Tapi kau tengoklah kos rawatan berapa.
Kos kemo and gedebuk-gedebak kos hospital dalam lingkungan RM250K.
Ingat tak hari tu aku ada tulis pasal Medic Booster RM1 juta?
Bayangkan kalau medical card cover RM250K setahun.
Sekali guna je settle dah.
Dibuatnya nak kena buat 3-4 round?
Terpaksalah ke hospital kerajaan jawabnya.
Tu pasal hari tu Prudential buka offer medic booster RM1 juta setahun.
Kot la ada kes-kes yang memerlukan rawatan ratusan ribu setahun, at least bab kos dah lega takyah pikir.
Macam Chef Wan ni kan, of course dia kaya ada banyak duit.
Kalau marhaen, agak-agak harta mana nak dijual demi nak langsai kos rawatan banyak gini?
Mintak-mintak dijauhkan.
Yang masih berkira-kira dengan bayaran bulanan medical card, pikirkanlah semula.
Kalaulah sakit di usia Chef Wan, dah pencen, income takde, simpanan tak banyak, medical card pun tak ada.
Apalah daya waktu tu untuk selesaikan masalah kos perubatan.
Aku doakan kita semua sihat walafiat hingga akhir hayat, tetapi apa-apa pun kena ada persediaan.
Semoga Chef Wan diberikan kesembuhan.