2023-03-15

Masing-masing bencikan satu orang yang sama, they later be close friends.


Sisterhood di kalangan wanita-wanita Malaysia semakin erat nampaknya semenjak dua menjak kes kecurangan berlaku.
Dari kes Puteri Sarah, sampai ke kes Hafiz.
Aku rasa macam ada 3 kes, tapi lupa siapa ntah sorang lagi.
Ada kan? Ke aku berhalusinasi?
Kat overseas pula hari-hari lalu-lalang pasal rivalry between Selena Gomez and Hailey Bieber.
Rata-rata bila muncul kes-kes kecurangan, wanita-wanita bersatu hati.
Yang kenal, dan yang tak kenal, semua jadi member 😆.
Puncanya satu je -- sebab satu kes curang yang takde kena-mengena dengan dorang.

Pernah dengar pepatah "no bond is stronger than two people who hate the same person"?
Haaa, gitulah konsepnya mereka-mereka ini.
Kau jangan main-main kalau wanita-wanita bersatu, boleh sampai hilang mata pencarian dibuatnya.
Dalam skala yang lebih kecil, sisterhood macam ni wujud di kalangan 2-3 orang yang hate the same person.
Dorang ni tak rapat pun asal-asalnya, tapi sebab masing-masing bencikan satu orang yang sama, they later be close friends.
Tau-tau je ke sana ke mari bersama-sama. 
Tup-tup hashtag #BFF. Baru 3 bulan rapat padahal. Hahaha.
Memang wujud friendship macam ni - iaitu menjual cerita-cerita buruk seseorang untuk mendapatkan kawan baru.
Kau tak suka dia, aku pun tak suka. Maknanya kita sekepala. Jom berkawan. Haa gitu.

Salah ke mencari kawan dengan cara macam ni?
Tak, tak salah.
Friendship can be built on a fundamental similarity, like disliking the same person.
Cuma, apakah KUALITI friendship tu.
Apa consequences kau dapat from that type of friendship?
Dari pemerhatian aku, friendship gini tak kekal lama.
Slowly friendship tu renggang dan tak serapat macam mula-mula siap berhashtag #BFF bagai.
Aku tak perli sesiapa tau, kalau ada kes yang sama memakai hashtag sama, nasiblah. Aku petik je ni.

Dari zaman sekolah sampai ke dah kerja, aku jumpa banyak gini, yang menjual cerita buruk orang lain demi mendapatkan kawan baru.
Kat sekolah dulu, ada 2 awek yang minat the same guy, tapi the guy pilih salah seorang.
Awek yang tak dapat lelaki tu nanti akan dapat kawan-kawan baru dari kalangan yang hate awek yang win that guy.
Agenda dorang kalau berkumpul memang takde benda lain nak discuss selain dari mengutuk the couple.
Kawan-kawan baru tu takkan kutuk awek yang menang tu sahaja tau, dia akan kutuk lelaki tu sama.

Kau tau kenapa dia kutuk dua-dua sekali?

Sebab dorang tu pun sebenarnya suka kat lelaki tu, cuma tak berpeluang.
Padahal kalau lelaki tu nak kat dorang, dia takkan tolak.
Yang kau bangang ingatkan ramai-ramai tu sincere nak berkawan dengan kau.
Kau pun naik syok sama-sama mengutuk the couple.
Maka terselahlah perangai buruk kau juga.
Belakang kau, dorang sama dorang pun mengutuk kau pulak.

Nak expect kualiti apa dari friendship macam ni?
Kalau perkenalan dah diawali dengan hatred, ada jaminan ke kau terselamat dari dibenci mereka juga? Takde.
Awal-awal bolehlah kamceng. Ber-BFF.
Tak lama mana. True colors masing-masing akan keluar juga.
Zaman remaja ada ampun lagi. Ini dah beranak-pinak masih nak carry perangai macam ni.

Ok, look. Friendship selalunya tumbuh disebabkan similarity.
Ada persamaan dalam gaya, habits, preferences.
Persamaan ni semua perlu masa untuk dapat keserasian.
Kau duduk 2 bulan dengan kawan yang satu dorm pun belum tentu jumpa keserasian, sebab keserasian perlu masa.
Lagikan pula berkawan disebabkan SATU persamaan saja, iaitu hating the same person.
Kau rasa boleh bertahan lama ke? Takde maknanya.
Friendship yang terbina on ONE common like or dislike, hmmm...please expect that friendship to fall apart when the like or dislike is gone.

Tak, aku cakap betul.
One day bila orang yang kau tak suka tu turn out to be baik dengan salah sorang dalam geng kau, dengan drastiknya frienship tu barai. Why?
Because kau takde keserasian yang lain untuk di-consider.
Berbeza dengan BFF yang dah kenal 20 tahun, yang ada pelbagai keserasian dan kesamaan.
Bukan dorang tak pernah sentap with each other, tapi susah nak barai sebab they already have many similarities.
Kalau sentap dengan satu hal, ada banyak hal lain untuk kau consider to continue the friendship.
Yang kau cuma ada SATU je, iaitu benci someone.
Bila one day sorang tu memilih untuk berdamai, friendship kau pun hilang.
Lepas tu yang sorang lagi akan start membawang pasal bekas kawannya pada orang lain pula.
The cycle repeats itself.

Don't try to use this tactic to make friends sebab risikonya lebih besar daripada kebaikan yang datang daripadanya.
Dalam tempat kerja lama aku dulu benda berlaku.
Ada satu kelompok sales ni (department lain) bencikan sorang staff.
Yang mula-mula benci tu sorang je sebab dia pernah membawang kat aku, tapi sebab dorang department lain, malas aku nak beria ambil tahu.
Membawang dengan aku tak best sebab aku ni banyak "Ohhh" "Ye ke?", daripada memberi input.
Tak caya tanya kawan-kawan aku.
Aku ni boleh dikatakan orang yang boring untuk diajak membawang sebab kebanyakan cerita aku ketinggalan keretapi.
Most of the time aku mendengar.
Sesekali menyampuk tu pun kadang salah.

So this lady tak sukakan sorang sales kat department dia.
Aku rasa dia cuba untuk meluaskan hatred ni ke department lain.
Sales yang dia tak suka tu baik dengan bos (bos dia lah, bukan bos aku).
Katanya tak pandai buat sales pun, cuma pandai membodek bos.
Ke mana-mana bos bawak dia.
Aku pun cakaplah "Sebab tu lah bos bawak dia, sebab dia belum pandai. Bila dia selalu ikut bos buat sale, lama-lama dia jadilah pandai".
Tapi respond aku ni tak disukai sebab aku memberi perspektif yang berbeza.
Tup-tup dengan aku aku sekali diperbawangkan.
Tiba-tiba je dah ada sok sek cakap aku sexy sangatlah, aku cari sales dengan tayang cleavage-lah, aku pergi UPM satu kereta dengan CEO (lelaki) pun jadi hot news kat ofis.
Imaginelah berkawan dengan perangai gini.
In a split second dia boleh kutuk kau balik.
Padahal kenal rapat pun tak sebab department lain.
Puncanya, sebab bagi pandangan yang berbeza.
Tu baru bagi pandangan berbeza.
Cuba kalau aku sokong orang yang dia hate tadi, mau dia bakor kereta aku agaknya.

Jangan start-startlah benda ni.
Aku menjak dalam dunia blogging ni, bukannya tak tahu ada yang mengutuk.
Ada di antara yang menyampaikan cerita tu berkawan dengan si pengutuk.
Tapi aku berpegang pada - I will not respond.
Tahu, tapi buat-buat tak tahu.
Bukan apa, to know if you dislike someone, tak susah.
Kau cuma kena say something negative about that someone.
And this can come at a serious cost to your reputation.
Take note saja sudah. Kalau kau diam, lama-lama cerita tu senyap sendiri.
Tapi kalau bertahun-tahun kau masih relevan untuk diperbawangkan, maknanya ada yang special kat kau.