2023-03-17

"Just a piece of paper"



Semalam lalu ni kat newsfeed aku. 
Terpanggil pulak aku nak memberi pandangan *sambil merenung tajam*.
Tapi post aku ni BUKAN memperkecilkan sesiapa, cuma memberi perpektif yang berbeza.
Sila baca tulisan aku ni dengan nada yang lemah-lembut.

Bagi kebanyakan orang, ijazah adalah benda wajib untuk ada sebab ia menentukan hala tuju hidup.
Ni aku cakap pasal kebanyakan oranglah.
Ada juga kelompok orang yang tak kisah pasal ijazah.
Tapi ni aku nak bercakap pasal orang yang kisah.

Bila kita sesama kita belajar di higher learning insitution untuk dapatkan ijazah, isu "just a piece of paper" ni tak wujud sebab masing-masing berada dalam environment yang kejar this piece of paper.
Tapi bila keluar dari Uni, dah masuk alam pekerjaan, tak semua orang ada degree.
Kat sana nanti semacam ada jurang yang besar especially bila kau junior, tapi masuk-masuk terus dapat jawatan dan gaji yang tinggi.
Kebanyakan orang yang takde degree, dorang sangat bergantung pada kerja keras dan pengalaman.
Mula dari bawah, kemudian naik sikit sikit sikit.
Kelompok ni sangat skillful buat kerja.
Bila fresh grad yang takde pengalaman masuk kerja terus dapat jawatan tinggi, tapi tak pandai buat kerja, itu yang tekeluar statement "just a piece of paper".

Apa yang orang terlepas pandang, fresh grad tu mungkin belum pandai bab-bab operation dalam company, tetapi dia memiliki skill set lain yang company perlukan.
Tak semua staff kena buat kerja yang sama, betul tak?
Mestilah hat ni buat ini, hat tu buat itu.
Jadi wajarlah yang si anu tak tau sangat buat kerja yang kau biasa buat.
Kau pun belum tentu tahu kerja yang budak ni bakal buat.
Kalau kau tahu, mesti majikan naikkan pangkat kau untuk buat kerja tu, kan?  

Aku frust jugalah bila orang kata ijazah hanya sekeping kertas.
Seolah-olah senang sangat nak dapat ijazah, serupa takde nilai.
Sedangkan banyak sacrifices kena lalu demi nak dapatkan that "piece of paper".

Yang belajar luar negara, umur belasan tahun dah duduk merantau negara orang, jauh dari keluarga.
Mana nak manage hidup baru, mana lagi nak manage emosi berjauhan dengan family, mana nak manage pelajaran -- tak mudah, ya.
Itu semua pengorbanan yang orang tak nampak.
Semua tu ada dalam that "piece of paper".
Tu belum lagi yang dah kawen gi sambung belajar.
Waktu dengan spouse and anak-anak terabai, working multiple jobs to make ends meet -- ini semua perlukan komitmen yang bukan calang-calang.
It takes hard work, and discipline.
After all that effort, alih-alih orang kata that is "just a piece of paper". Sedih rasa.

Proses pembelajaran kat Uni bukan setakat ambil academic saja, it also enables student untuk sesuaikan diri dengan dunia selepas belajar.
Kat Uni, student belajar (diajar) how to interact with different people, dalam masa yang sama duduk dalam environment yang berbeza.
Kalau tengok budak-budak yang sekolah asrama SBP/MRSM, bila masuk Uni, dorang lebih steady.
Yang pertamanya, dah biasa berjauhan dengan family.
Kedua, dah biasa berdikari.
Skill berdikari dari zaman sekolah tu buatkan budak-budak ni lebih relax bila masuk Uni. 
Tak gelabahlah orang kata.

Kat Uni, selain mengejar akademik, student juga belajar macamana nak uruskan masa, develop organizational skills, and become independent.
Skill ni semua penting bila masuk kerja esok.
Di Uni juga, student banyak guna critical thinking and problem-solving skills.
Dua skill ni diguna consistently.
Nampak macam takde function, tapi dah masuk kerja esok, skill ni membantu buat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Walaupun aspek akademik penting, it is just one part of the overall university experience.
Maknanya, that "piece of paper" bukan semata-mata kelulusan akademik, tapi lebih dari itu.
Antara pandai guna dengan tak je. 
Walaupun kenyataan ni pahit untuk diterima, value ijazah dalam pasaran kerja SANGAT JELAS.

Pengangguran di kalangan graduates memang ada , tapi bukan semua yang menganggur tu tak dapat kerja. Ada yang memilih kerja.
Kerja sales taknak, tak glamour. 
Nak kerja duduk dalam pejabat pakai suit ketuk-ketuk keyboard saja.
Walaupun ada je lepasan ijazah menganggur, tapi dengan ijazah, peluang untuk dipanggil interview lebih tinggi.
Dapat tak dapat kerja tu bergantung pada banyak faktor lain, tapi peluang untuk dishortlisted selalunya lebih cerah.
Lagipun bila ada degree, chances untuk dapat career yang satisfying, lebih tinggi.
Banyak job sekarang require some form of higher education.
So kalau di zaman sekarang kita masih lagi berkeras 'ijazah tak penting yang penting kerja keras', you will make yourself difficult untuk dipilih.

Bagi kebanyakan orang, hard work sentiasa menjadi kunci kejayaan.
But in the current job market, pekerja perlu lebih daripada sekadar hard work.
Walaupun hard work penting, ijazah akademik tetap ada kelebihan especially untuk kenaikan pangkat.
Sebab tu sekarang dah banyak universiti and kolej buat program profesional yang macam aku buat tu.
Even IPTA pun banyak offer program profesional.
Dorang gelarkan program ni Program Pesisir, iaitu program untuk orang-orang yang dah bekerja.
Yang aku collab dengan Mega Jati Academy tu, kitorang buat program ginilah.
Dari Diploma, Bachelor sampai ke Master. Attach dengan IPTA.
Ramai pekerja sambung belajar dengan program-program macam ni untuk tambah skill, supaya dapat kenaikan pangkat.
Itu membuktikan yang that "piece of paper" broadens your job prospects.
Most positions in high-income fields now require at least a bachelor's degree.
Nak-nak lagi yang apply jawatan teknikal macam food tech, engineer, law -- wajib ada ijazah yang berkaitan serta lulus paper pensijilan yang sesuai.

In today's highly competitive job market, most majikan tengok kelulusan.
Maka, ijazah dah jadi satu kelebihan.
Kalau candidate ada degree DAN sijil-sijil short courses yang berkaitan, LEBIH BAIK.
Itu menunjukkan that person bukan saja ada added skill and knowledge, tetapi kesungguhan menambah ilmu.
Itu adalah indicator orang yang willing untuk belajar dan diajar. 

Aku pun prefer pekerja yang ada kelulusan, sebab dalam dunia pekerjaan kita tak buat satu kerja yang sama saja. Skill-skill lain perlu ada.
Salah satu major differences between people who have pursued higher education and those who haven't, is their communication skills.
Kemahiran komunikasi penting kat tempat kerja, and can have a impact on the organization.
Tak caya tengok promoter kedai yang belajar tinggi dengan yang tak belajar tinggi.
Cara dorang bercakap dengan customer ada beza tau.
Contoh, kau masuk Uniqlo. Nak-nak lagi Uniqlo Main Place USJ, hensem-hensem pulak tu.
"Welcome to Uniqlooooo" Gituuu.

Satu lagi perbezaan ketara - cara dorang manage customer.
Yang ada higher education generally ada interpersonal skill yang lebih baik dan boleh create rapport dengan customer.

Those yang belajar ke peringkat tinggi selalunya lebih mahir dalam komunikasi sebab dorang develop these skills in classroom discussions and presentations, banyak buat report, assignments, dan buat kerja kumpulan.
Lagipun universiti mengutamakan communication skills.
Dah terbiasa dilatih untuk express their thoughts and ideas.
Mereka mahir mengutarakan hujah dan boleh sampaikan maklumat dengan berkesan.
Bukan nak perlekeh, tapi melalui pengalaman kerja yang lepas-lepas, those yang bukan lepasan uni lebih struggle with expressing their thoughts.
Bukan sebab tak pandai, maybe segan.
Salah satu sebabnya, dorang tak dapat peluang yang sama to develop their communication skills.
Takde siapa yang encourage them to speak up atau buat presentations.
Sama ada tak dibagi peluang, atau dorang yang tak nak ambik peluang tu.
Kalau ikut pengalaman aku yang lepas-lepas, kebanyakkanya mengelak bila diberi peluang bercakap kat depan.

But to be fair, yang ada degree tak boleh anggap those yang without degree kurang bijak atau kurang berkebolehan.
Ada banyak sebab kenapa seseorang tak dapat pursue higher education.
Maybe masalah kewangan atau menanggung keluarga.
Ramai je yang takde ijazah dan berjaya, tapi kena kerja kuatlah.
Cuma tu lah, bila some of them pertikaikan degree tu just "a piece of paper", pelik. 
Apa sebab musababnya?
Adakah kerana berasa rendah diri, atau kecewa sebab kurang kelayakan?

Those yang dah work hard untuk dapatkan degree berhak untuk diraikan dengan jawatan sesuai dengan kelayakan akademik.
Bukan nak membangga-banggakan, tapi dah memang begitu.
Walau berbuih orang cakap kejayaan akademik tak menjanjikan sukses, ujung-ujung nak cari kerja tetap tengok kelulusan.
Setiap kali lepas result SPM keluar, bergegar-gegar cakap "tak cemerlang pun boleh berjaya".
Hakikatnya, nak dapat tempat kat uni tetappppp tengok result.
 
Yang penting, ada degree atau tak, kena respect dan layan semua dengan baik.
Kerana in the end, adab juga yang orang pandang.
Tapi, kalau pandai DAN beradap, lebih baik kan? 
Hensem pulak tu *tiberrr*.