2023-03-14

Berfikir semata-mata ikut lojik.


Semalam aku up satu post kat IG, penjelasan tentang kenapa patung kat bilik aku ni tak berbaju.
Memang sengaja tak pakaikan baju sebab nak tunjukkan shaping brief yang aku pakaikan pada patung tu.
Ada sorang ni DM, "Kenapalah orang lain tak buat macam Kak Di. Nak tunjuk juga sendiri pakai, sampai kena selak baju".

Ya, aku pernah nampak beberapa orang promote shapewear, selak baju sendiri untuk tunjuk produk yang dipakai.
Selalunya untuk buat macam tu, requires someone yang tak bertudung.
That's why mereka lebih berani.
Ni bercakap tentang diri sendiri juga ni.
Dulu aku pun sejenis gitu juga.
Jangankan shapewear, tengah fitting swimming suit pun aku snap gamba letak kat blog.
Jadi, jangan pelik kalau tengok ada seller berani tayang bra bila jual bra.
Atau berani selak kain tunjuk spender bila jual spender.
Orang-orang macam ni bukan sengaja mencabar kuasa Allah, tetapi mereka have no idea perkara tu sangat-sangat tak betul.

Aku bukan membenarkan perbuatan salah, cuma nak menjelaskan supaya dapat pencerahan kenapa wujud orang se-daring itu.
Orang-orang macam ni belum cukup faham tentang baik dan buruk.
Most of tindakan mereka adalah based on logic.
To them, aku jual breast krim, mestilah kena tunjuk breast.
Maka dia pun pakai baju ketat sendat untuk tunjuk tetek membonjol membuktikan krim dia bagus.
Atau, yang jual korset.
Mesti nak tunjuk cara pakai korset.
Lalu dia pun tunjuk cara pakai korset.
Maka terpaksalah selak kain nampak perut, paha dan segalanya.
Macam aku dah bertudung, tak suai dah nak buat perangai gini lagi.
Tu pasal aku pakai patung.

"Tak boleh ke kita tegur orang-orang yang daring ni?"

Boleh. Tegur sajalah.
Cuma kita-kita ni kalau menegur selalunya berharap orang tu berubah jam-jam tu juga.
Bila esok lusa dia masih belum berubah, kita start kecam berjemaah.
Sedangkan perubahan tak berlaku dalam sekelip mata.
Tegur dengan harapan supaya dia tahunya salah di mana, cukup.
Esok lusa kalau masih tiada perubahan, yang kena move on adalah kita.
Ni tak, kau stalk juga video dia.
Kau tunggu juga update terbaru dia.
Tapi mengutuk. Untuk apa?

Susah aku nak explain keadaan ni sebab dulu pemikiran aku pun macam mereka juga.
Berpikir ikut lojik semata.
Lojiknya, mandi kolam mesti pakai swimming suit. Jadi aku pun pakai.
Ambil gambar tengah mandi dengan suami dalam kolam, letak kat blog.
Bila orang kutuk, aku terpinga-pinga.
Kat mana yang salahnya? Aku pakai swim wear dalam kolam, bukannya pakai swim wear masuk KFC.

Pernah dulu aku masuk UKM untuk collect Purchase Order.
Masuk Pejabat Bendahari, akak-akak dalam tu pandang aku atas bawah.
Masa tu aku tak faham apa yang pelik kat pakaian aku, tapi aku terus bermanis muka.
Aku pakai skirt pendek dan baju kemeja berbutang sampai atas. Tak seksi lansung.
Tapi itu kata aku lah.
Kata orang yang rata-rata berpakaian baju kurung ke tempat kerja, maybe pakaian aku nampak sangat whore sekali 😆.
Bila balik dari sana aku sembang dengan colleague, biasalah membawang dengan member.
Aku cakap tak faham kenapa nak pandang aku macam tu, bukannya baju aku nampak lurah tetek.
Kawan aku cakap, memang tak nampak, tapi kau sorang je yang pelik pakai skirt pendek.
Pendek atas lutut pulak tu. Aku pun "Ohhhh, baru faham".

Apa yang aku nak sampaikan kat sini, pada ketika itu, aku tak faham apa yang orang lain sudah faham.
Pemahaman aku ketika tu begini:

1. Kalau skirt tu tak pendek sangat sampai nampak seluar dalam masa tunduk - that is ok.

2. Walaupun baju jarang boleh nampak warna bra as long as tak nampak cleavage - that is ok.

3. Pakai short and t shirt sleeveless pegi pasar malam - that is ok sebab bukannya aku pakai spageti strap.

4. Blouse low cut neck nampak cleavage, tapi pakai seluar panjang - takpe, sebab at least kaki 'tutup aurat'.

Menulis ni pun geleng-geleng kepala tengok cara aku berfikir dulu 😆.
Memang ikut lojik semata-mata.
Takde lansung pikir bab hukum hakam.
Yang aku tahu, solat kena buat. Puasa kena buat. Mengaji kena buat.
Pakai skirt pendek, itu cerita lain.

Korang perasan tak, orang-orang yang daring, jahatnya sendiri-sendiri.
Jarang nampak dia buat jahat dengan orang lain.
Aku ada follow some celebrities yang cantik sexy sebab aku suka tengok cara dorang bergaya.
Dorang yang sexy nak mati ni (nama dirahsiakan. Kalau jumpa, jumpalah), selamba je post gambar pakai 2-piece kat beach, partying, pakai baju terkeluar tetek segala.
Tup-tup ada gambar attend kenduri doa selamat kat masjid, pergi umrah, etc.
Tapi lepas tu ada balik huhahuha sexy sana sini.
I look at them, I saw myself. Sambil berkata-kata "Agaknya ginilah orang tengok aku dulu".

Aku faham apa yang dorang fikirkan.
Dorang berfikir ikut lojik.
Pergi umrah mestilah tutup aurat.
Pergi beach mestilah pakai swim wear.
Pergi club takkan pakai jubah pulekkk.
Dapat tak maksud aku tadi bila aku cakap dorang pikir ikut lojik, bukan hukum?

Tapi perasan tak dorang ni takde pun kita dengar cerita bergaduh dengan orang sana, jahat kat orang sini, mengutuk orang itu, mengata orang ini. TAK ADA.
Orang mengutuk dia ramai tapi dia takde nak berbalas kutukan.
Dorang ni "jahat sendiri-sendiri".
Jahatnya kat mana?
Pakai baju dedah-dedah.
Bergaul bebas.
Suka berhuhahuha kat club.
Maybe minum-minum juga.
Tapi dorang tak buat jahat dengan orang.

Aku tahu pandangan aku ni unpopular. 
Tapi fahami maksud aku dulu.
Bukan aku menyokong, cuma nak bagi perspektif tentang bagaimana cara orang-orang ini berfikir, because I was like that before.
Maka, jangan berasa pelik kenapa some of them daring sangat, macam tak takut Tuhan.
Bukan tak takut Tuhan, tapi belum kenal.
Insyallah bila dah kenal nanti, agaknya kita pun tak percaya dorang boleh istiqomah berubah jadi lebih baik.

Aku tak kata kita kena biarkan je dorang buat macam tu.
Kalau rasa nak tegur, silakan.
Tapi kalau dorang refuse to listen, janganlah kau hangin pulak. Yang penting dah tegur.