2023-02-02
Penjelasan paling mudah nak kenal ciri orang narcissist.
Terima kasih untuk pertanyaan ni.
Banyak kali aku dapat soalan lebih kurang macam ni. Menyeramkan.
Itu bermakna ramai orang ada masalah dengan narcissist.
Narcissist ni sifatnya -- dia tak peduli perasaan orang.
Dia hanya pikir perasaan dan kehendak dia je. Aku bagi contoh.
Ada sorang Hamba Allah ni dulu berkawan dengan aku.
Aku ni jenis dengan siapa aku berkawan baik, aku kenalkan terus dengan parents. Especially lelaki.
Ini adalah common practice.
Kawan-kawan lelaki di sekolah dah biasa diperkenalkan dengan parents aku.
Maksudnya, bila aku kenalkan Hamba Allah ni dengan parents, itu bukanlah tanda dia special berbanding kawan-kawan lelaki aku yang lain.
Kerana diperkenalkan kepada keluarga adalah benda biasa dalam family aku.
Mak bapak aku perlu tahu dengan siapa aku berkawan. Itu saja.
Tapi tak dinafikan ketika itu this Hamba Allah adalah someone special.
Cuma, bila aku kenalkan dia dengan parents, dia bukanlah orang pertama yang melalui proses tu.
Kenapa aku cakap macam ni?
Sebab kawan-kawan lelaki aku yang lain, bila diperkenalkan pada family, dorang tak take advantage.
Dorang tak menggunakan peluang mengenali parents aku untuk kepentingan diri sendiri.
Malah, dorang lebih hormat pada parents aku sebab approve kitorang berkawan.
Tapi bagi orang narcissist, bila dah kenal dengan parents kita, dia gunakan itu sebagai satu weapon untuk mengattack kita kemudian hari.
Dia merasa bila mak bapak kita approve dia berkawan dengan kita, dia adalah special.
Dia rasa macam dia dah jadi sebahagian dari keluarga.
Dia merasa dia ada hak dalam keluarga kita.
Lama-lama perangai dia melebih-lebih macamkan dia anak kandung mak bapak kita.
Bila kitorang bergaduh, dia mengadu kat mak aku.
Bila aku buat bodoh dengan dia, dia mengadu kat mak aku.
Bila fail exam pun dia mengadu kat mak aku kononnya akulah punca dia gagal.
Pelik tak perangai gini?
Mak bapak kau ada, kau taknak mengadu.
Pi mengadu kat mak bapak orang lain.
Kenapa dia buat macam tu?
Sebab dia tahu kalau dia mengadu kat mak bapak sendiri, jawapan yang dia terima adalah "Kau yang bodoh, kenapa nak salahkan orang lain?"
Sebab tu dia tak mengadu kat mak bapak sendiri sebab sure parents sendiri kenal perangai anaknya macamana.
Mak aku pulak bila kejap-kejap dia mengadu itu ini of course risau dan marah.
"Kononnya” anak dia menjadi punca anak orang lain gagal.
Lalu, Mak Aji pun attack aku “Kenapa buat dia macam tu, Diana?”. “Kenapa buat perangai, Diana?”. “Apa yang kurang kat dia, Diana?”.
Narcissist bukan break your heart, tetapi break your spirit.
Dia punya kelaku tu buatkan kau drain habis akhirnya kau pasrah.
Pasrahlah apa nak jadi dengan future kau, kau dah malas nak pikir.
Narcissist takkan pernah kata dia salah. Semua salah orang lain.
Apa yang berlaku pada diri dia, semua salah orang.
Semua kerana orang buat dia. Dia tak buat orang. Dia baikkkkk je.
Contohnya video ni.
Kawan aku share video ni dalam group, tentang statistik kecurangan wanita.
Malaysia adalah salah satu negara yang masuk dalam list.
Dikatakan wanita di Malaysia antara yang tercurang di dunia.
Katakanlah aku share video ni kat FB atau IG, kau terasa tak?
Tak, kan? Sebab kau tak buat.
Tapiiiii orang narcissist yang curang, bila nampak video ni, dia akan cakap aku perli dia.
Nanti dia akan mengadulah kat orang sana, orang sini yang aku ni jahat sebab mengata dia.
Padahal dia yang terasa bersalah bila tengok video ni tapi in denial, ujung-ujung salahkan orang lain.
Nak salahkan siapa pun aku tak tahulah.
Nak salahkan tukang share? Nak salahkan tukang buat content video? Atau nak salahkan statistik?
Itulah perangai narcissist.
Dia punya pelik tu memang takleh brain.
Terlalu insecure sampaikan semua benda dia rasa orang kaitkan dengan dia.
Lepas tu merentan sorang-sorang.
Orang yang narcissist adalah orang yang palinggggg insecure.
Dan selalunya mereka menggunakan orang-orang di sekitar kau supaya kau nampak jahat dan akhirnya kau yang diattack, bukan dia.
Padahal dia yang salah ni.
Hamba Allah yang pernah berkawan rapat dengan aku dulu pernah call Mak Aji pukul 1 pagi just nak mengadu “Makcik, saya minta maaf saya tak dapat nak jaga Diana lagi. Diana nak minta putus”.
Kau boleh brain tak seorang lelaki, yang bukan tunang kau, hanya baru berkawan rapat, call mak kau pukul 1 PAGI hanya untuk bagitau aku minta putus.
Eh kau takde telur ke kote dah berbulu masih nak mengadu kat mak orang masalah peribadi kau.
Pukul 1 pagi pulak tu. Normal ke orang macam ni?
Kalau kau sebagai orang tua, apa kau rasa?
Mak aku terus takleh tido sebab meng-imagine betapa kejamnya aku mintak putus sampai si lelaki tu serabut tak boleh tido pukul 1 pagi dek kerana kecewa sangat.
Padahalllll dia sihat sejahtera layan DVD sampai pagi.
Lepas tu call mak aku pagi-pagi buat mengadu kononnya sengsara kena tinggal. Bladihel.
That’s how far a narcissist can go to destroy your spirit.
Dia punya plan tu orang normal takkan sanggup nak buat.
Tapi jenis ni tak peduli.
Dia kisah apa kacau orang tido malam-malam. Janji drama dia menjadi.
This Hamba Allah juga pernah email mak aku mintak bertanggungjawab sebab dia fail exam. Kau rasa?
Kononnya dia terlalu frust sebab aku tinggalkan dia maka sebab itulah mak aku perlu bertanggungjawab. Boleh?
Yang mak aku pulak sampai naik-naik darah tinggi dia pikirkan pasal ni.
Aku cakap kat mak aku "Takyah nak percaya sangatlah. Dia bukannya pandai pun. Tak pernah cecah 3.0 pun dari awal masuk".
Korang mesti pelik apesal dia asyik mengadu kat mak aku tapi tak berani berdepan dengan aku.
You know why?
Because dia tahu mak aku melayan karenah dia.
Dengan aku, aku memang tak layan.
Dia takde point nak argue dengan aku.
Cerita dia ni dia takleh jual kat aku.
Dia hanya boleh jual cerita rekaan ni kat orang yang tak tahu kisah sebenar.
Narcissist memang pakar buat jalan cerita yang dramatik supaya orang nampak kaulah yang jahat dalam cerita ni.
Takpe..aku sabar dengan dia.
Aku bagi dia buat macam-macam drama dulu.
Senyap-senyap aku plan bertunang dengan orang lain. Settle.
Orang macam ni, kau jangan banyak bunyi.
Kau plan senyap-senyap je apa kau nak buat.
Surprisekan dia dengan plan kau. Mesti terdiam punya.
Narcissist memang suka acah-acah kita. Dia suka ugut-ugut.
Nak mati lah. Nak kelar tangan lah. Nak lari hilangkan diri lah. Mogok lapar lah.
Eh kau kalau nak mampus sangat, pergila mati diam-diam sana. Bingitlah okeh?
Kau rasa narcissist ni berani sangat ke? Tahiklah.
Hamba Allah yang aku tinggalkan tu pun macam-macam drama dia buat.
Elok je aku bertunang, takde pun dia terjun jambatan bunuh diri macam dia selalu acah-acah dulu.
Helok je pun move on.
Narcissist memang gini.
Dia akan perah semangat kau cukup-cukup sampai kau tertekan dan pasrah dan ikut telunjuk dia.
Cuba kau tamparkan sekali, konfem dia kembali ke dunia realiti.
Tapi tulah masalahnya, orang-orang normal takkan sampai hati nak buat macam tu sebab kita always consider banyak perkara.
Kita fikirkan keluarganya, masa depannya, kerjayanya, etc.
Aku rasa itulah penjelasan paling mudah untuk paham tentang seorang narcissist.
Ini adalah PENYAKIT, ya.
Aku tak pasti if penyakit ni boleh diubati atau tak.
Maybe boleh dikurangkan simptomnya kot. Entah.
Kalau boleh, elakkan diri dari ada apa-apa hubungan dengan orang macam ni, walaupun berkawan.
Sebab kau tak tau bila waktunya kau akan terperangkap dengan drama dia.
Aku dah serik.
Now, kalau aku sense someone ada ciri-ciri narsistik, aku buat tak reti.
Bertanya khabar pun tak. Malas.