Selasa minggu lepas gi Kenny Hills IOI City Mall dengan Dusty Pink Tits.
Rabu minggu ni repeat lagi, kali ni dengan cousins.
Jatuh pulak hari Wilayah. Lain macam dia punya queue.
Cara-cara sampai pukul 11.15 pagi pun queue panjang siap belok lagi, punyalah panjang.
Tapi sebuah kegigihan, beratur jugak tak kira!
Nasib baik Kenny ni besar tempat dia, tak lama mana pun beratur.
Nak lagi kalau kau datang berdua atau bertiga, cepat sampai giliran kau.
Selalunya yang pi sana in group. Lambert la sikit menunggu kalau datang ramai-ramai.
Hari tu aku beratur 20 minit je.
Berlapis ya queue-nya. Ni semua wajah-wajah cekal ni.
Sanggup beratur lama untuk makan.
Kat sini pun dah boleh tahu restoran ni sedap. Sebab tu ramai sanggup tunggu.
Walaupun hari tu dah hazab menapak dari old wing, kali ni aku tetapppppp park kat old wing. Kahkahkah.
Sejenis cekal, kan?
Konsepnya, bior menapak, daripada aku sesat nak cari parking kat new wing.
Malas nak serabutkan kepala pagi-pagi mikir mana ceruk nak parking. Kita park kat tempat biasa je sudah.
Tapi kali ni tak terasa sangat menapaknya. Tau-tau dah sampai hujung.
Mungkin inilah yang dikatakan alah bisa tegal biasa. Gitu.
Aku ingatkan aku dah blur, rupanya dia ni lagi blur.
Aku syak blur aku ni penyakit keturunanlah.
Nadiah belum pernah sampai new wing, tapi dia konfiden park kat new wing.
Aku pulak ingatkan dia tahu dah Kenny ni kat new wing.
Aku cakap "Kenny Hill paling hujunggggg sekali".
Dia menapak dari new wing ke old wing! Kahkahkah.
Tu dia angkat tangan dari jauh nak tunjuk tanda kejayaan berjaya jumpa Kenny.
Kitorang dari sini pun angkat tangan melambai-lambai dari kejauhan. Macam sambut orang balik dari haji gayanya.
Both of them, maknya adalah adik Mak Aji.
Mak Aji kan tiga beradik di Malaysia, lagi 10 di Singapore.
Jadi ini adalah cousin aku yang maknya di Malaysia.
Dill balik bercuti, dia duduk Qatar dah 10 tahun. Kerja di sana.
Nadiah baru resign sebab nak fokus sepenuh masa kat menjahit.
Ni bukan sekadar jahit baju, ya.
Tahun ni dia dah start jahit beg sekolah. Nanti aku tunjuk.
Ok, FOOD. Kali ni aku pilih Lamb Shepherd's Pie.
Nadia pilih pizza and Dill dengan big breakfast.
Tapi kongsi-kongsi la rasa sorang sikit.
Lamb Shepherd's Pie dia sedap.
Selalunya makan tempat lain dapat lamb yang potong dadu atau chunk sedang-sedang saiznya.
Yang kat Kenny dia bagi daging siat-siat panjang!
Memang setiap suap ada daging besau-besau.
Pizza beef pepperoni ni sedapppppp. Serius sedap.
Bukan aku sorang cakap sedap. Dill and Nadiah pun cakap sedap.
Aku kalau pizza sedap ni yang payah.
Mesti lepas tu makan Dominos dah rasa .. ermmmmm. Mulalah tekak ni mengada.
Lagi satu pizza yang best adalah Chicken Cheese Pizza DOME.
Allah sedapnya. Kena pulak dengan teh tarik dia. Pehhhhh!
Bergembira lemak-lemak aku diraikan sebegini.
Dapat gift dari Nadiah.
Setiap kali jumpa mesti aku dapat beg.
Hari tu kat hospital datang melawat Rayyan, aku dapat beg untuk isi lunch box.
Lepas tu dapat cosmetic bag. Ni dapat beg kecil untuk isi duit raya 😁.
Masuk sini untuk tengok hasil kerja tangan dia.
Baju, beg, langsir, alas meja, kusyen -- semua boleh.
Orang kalau kerja dengan passion memang ginilah. Belajar kat You Tube je pun jadi.
Muka Diana tengah makan haruslah lebih.
Begitu riang sekali Diana kalau jumpa makanan.
Sedang elok je lah Kenny letak aku kat meja luar paling hujung. Barulah selesa aku nak mengilai.
Agaknya dia tengok muka aku pun dia tau dah akak ni sesuai duduk luar je.
Ada banyak lagi makanan best yang aku belum try kat Kenny.
Macam kena pegi lagi, maybe tunggu Redza balik.
Cuma tu la, pak incik aku tu tak berapa minat makan-makan gini.
Dia kalau nasi dagang takpe.
Oh by the way, makanan aku and Nadiah kena order pukul 12.
Selagi belum 12, takkan appear dalam website.
Hari tu kitorang order makanan Dill dulu. Dah pukul 12 baru order makanan aku.
Kalau korang pegi pagi, memang tak jumpalah pizza and shepherd's pie.
No wonder lah lepas kitorang habis makan around 2 pm, masih ada lagi orang queue. Agaknya nak makan menu after 12.
Hari tu tak jadi ambil pastry sebab dah kekenyangan. Tapau pun tak.
Tapi semua pastry and keknya sangatlah tempting. Biscuits semua nampak sedap.
Aku kalau kek, dalam kepala dah tune Gula Cakery cake.
Walaupun tak makan sangat, kalau makan pun selalunya half je, tapi rajin membeli sebab Redza suka kek.
Ni aku tengah melobi En Wan untuk tidak beraya di Tganu tahun ni.
Aku nak bawak Tganu ke Putra Heights.
Rayyan tu belum fit lagi untuk bergerak ke sana sini dengan selesa.
Tak sesuai kalau nak bawak dia ke sana sini dengan bertongkat jauh-jauh.
Lebih baik semua kumpul rumah aku je.
Kalau jadi men-terengganu-kan Putra Heights, dapatlah aku order kek Gula Cakery for pagi raya. Cadangnya gitulahhhhh.
Memandangkan hari ni aku dah launch shawl yang diperam sekian lama.
Lama tau design ni diperam, sebab 2 tahun PKP kita stop produce because tak jumpa fabrik yang aku suka.
Alhamdulillah dapat juga produce.
Asalnya ada 16 warna, tapi kalau aku print semua 16 warna, takkan sempat release today because kena queue raya.
Disebabkan aku nak release awal, aku minta potong queue tapi dengan syarat print sikit je dulu.
Aku print 8 warna dulu. Lagi 8 warna, insyallah akan menyusul.
Ramai yang minta aku produce version bawal.
Sorry, aku tak rasa akan produce printed bawal sebab aku tak reti pakai bawal.
Rasanya pembaca blog ni tahu aku sejenis yang pakai apa aku jual.
Be it zaman jual candy jeans, shawl China, cardigan, GreenAard mahupun shawl sendiri.
Aku jual kerana aku nak pakai/guna.
Pernah produce plain bawal.
Kalau plain takpe sebab plain ni kita beli kain kosong satu kayu satu kayu and potong. Simple.
Tapi kalau printed ni kita design sendiri, kemudian print.
Kalau aku sendiri tak pakai, rasa tak selesa nak menjual.
Nantilah, tengok macamana ya.
Mana tahu one day tergerak hati nak produce bawal pula. Buat masa ni biarkan shawl dulu.
Memandangkan kali ni sikit je amount yang aku print, tak berbaloi nak pakai model shoot yang studio.
Kita sendirilah je la yang memodelkan.
Senang, tak banyak karenah model ni.
Sendiri lilit tudung, sendiri mekap, sendiri pose, sendiri promote. Kahkahkah. Jimat duit company.
Sesiapa nak beli, boleh whatsapp sini.
Material chiffon georgette, 1.8 x 0.7m.
Harga RM78/pc. Belilah 3 pcs, RM210.