2023-02-01

Dolly Dimsum lagi dan lagi. Wati Corner, Nilai.


Macam sepanjang minggu ni aku bercerita pasal makan, kan?
Makan je kerja si Diana ni.
Tak, tetiba aku rasa macam penatnya menulis berat-berat.
Apa kata minggu ni aku tulis yang ringan-ringan merepek macam dulu-dulu?
Dulu, masak telur dadar pun 3 perenggan aku cerita kat blog tau.
Ada pula yang baca tu. Heran betul aku. Kahkahkah.

Isnin, aku lunch dengan Ayda.
Dari sehari ke sehari plan, manjang tak jadi. Minggu ni kita kasi jadi.
Kisahnya next week Ayda nak ke umrah.
Tu yang busy yakmat menghabiskan kerja-kerja sebelum cuti panjang.
Aku bagi pilihan kat dia -- nak Dolly Dimsum ke Gula Cakery?
Ok dia nak Dolly. Kali ni kita ke Dolly AEON Shah Alam.
Tak pernah lagi masuk branch sini. Cantik juga, quite besar.
Lebih kurang macam IOI City Mall besarnya.
Kitorang pergi pukul 11am -- cun-cun dia buka je, terus masuk.

Selain Dusty Pink Tits, geng makan aku adalah Ayda.
Aku memang enjoy food. Kalau order makanan mesti nak banyak.
Biar puas makan. Takleh rush-rush.
Jenis yang kena duduk makan sembang, duduk makan sembang.
Nak lagi kalau makan dimsum atau sushi.
Makanan jenis ni kau takleh makan laju-laju.
Pesen dia memang makan rileks-rileks sambil bergossip.

Spicy Chicken Feet tu feveret Ayda. Asal ke sini je dia mesti order tu.
Aku tak pernah try sebab tak reti makan kaki ayam.
Ramai yang kata sedap. Silakanlah cuba.
Kalau Siew Mai tu memang wajib order setiap kali aku ke sini.
Walaupun banyak orang jual siew mai, kat Giant pun ada frozen siew mai -- tapi rasanya tak sama.
Dolly lebih besar, lebih padat isi dan lebih sedap.
Aku pernah try yang kat Giant (brand dah lupa), dan aku pernah try Hobeku ke apa ntah namanya.
Bolehlah makan, idoklah kata tak sedap. Tapi jauh lebih sedap Dolly.

Sweet and Sour Beancurd tu sosnya masam-masam manis.
Yang Yam Croquettes tu isinya ayam and keladi.
Szechuan Dumpling tu favourite aku and En Wan.
Kalau order ni mesti 2 set. Taknak kongsi, biar sorang satu sebab sedap sangat.
Isinya udang and ayam. Yang buat best tu sos dia.
Ada rasa pedas-pedas sikit.
Beef kuay teow ni kalau banding dengan char kuey teow Pulau Mutiara kat pasar malam, sedap lagi yang pasar malam.
Cuma yang buatkan kuay teow Dolly ni berada di cartanya yang tersendiri sebab dagingnya besar dan banyak. Puas makan.
Portion kuay teow pun not bad.
Bila kau dah order macam-macam dimsum, kuay teow ni dah jadi boleh makan 3 orang.

Roasted BBQ Bun ni aku tak suka.
Be it kat Dolly, mahupun kat Cyberview Resort. Sebab isinya manis.
Dia ada letak madu. Isinya ayam dengan madu.
Takdelah teruk nau rasanya. Ok je. Cuma tak berapa kena dengan tekak aku.
Aydah makan ok je aku tengok.
Oh by the way, kalau korang ke Cyberview Resort pun ada buffet dimsum.
Rasanya RM55/pax. Apa yang ada kat Dolly ni, most of it ada di sana.
Cumaaaaaa, Dolly lebih sedap.
Walaupun begitu dah 3 kali aku makan dim sum kat Cyberview.
Dalam pada kata tak sesedap Dolly tu kannnn.

Shrimp Cheong Fun ni kat Mohamad Chan pun ada jual.
Ini basic dish kedai dim sum kot. Memang ada menu ni. Sedap.
Golden Fish Cracker tu favourite aku and Redza.
Dia macam fish cake yang ada cheese spread dan tengah-tengahnya telur masin.
Hat ni takde kat Cyberview.
Sesame Mochi Ball adalah super duper sedap!!
Rasanya 3 ketul ni kau hadap sorang je lah.
Cyberview ada yang ni tapi kureng sedap. Doly terpalinggggg sedap. Tak caya, rasalah.
Ini adalah mochi balls (tapi idokla liat macam mochi Jepun tu), filled with ground peanuts.

Makan kat Dolly memang standard kalau meja kau penuh sebab hidangannya kecil-kecil saja.
Umpama kau makan sushi. Bertingkat-tingkat piring.
Nampak macam buruk lantak nau, padahal portion kecil-kecil.
Jadi, jangan risau nak order banyak. Takde siapa judge.

Semalam, aku and En Wan ke Nilai.
Hantarkan Redza ambil driving licence test. Alhamdulillah, lulus.
Settle satu task. Lega.
Kat Nilai, sementara dia ambil test tu kitorang merayap siapkan kerja masing-masing.
Waktu lunch, En Wan bawa ke kedai ni.
Masakan nogori - Wati Corner namanya.
Kecik je kedai dia, dan dilindungi oleh pokok-pokok and pagar tinggi.
Kedai ni buka sehingga 2 pm saja. Ramai orang datang makan. Time aku sampai kena queue.

Makanannya pakai set.
Set daging salai cili api. Set ikan asam pedas. Set ayam kampung goreng.
Setiap set RM10 (kalau tak salah aku).
Memang murah, tapiiiiii portionnya kecil.
Set daging salai tu datang dalam 6 ketul daging saja.
Dan kecil-kecil ketulannya, macam daging tetel.
Tapi berbaloilah dengan harganya, RM10. Kau nak banyak mana kalau harganya RM10 je kan.
Cuma, daging salai lemak cili api ni takde dalam bentuk ala carte.
Kalau kau nak tambah, kau kena order set dengan nasinya sekali.

Ayam kampungnya jenis ayam kampung yang liat. Pure ayam kampung.
Yang pakai gigi palsu, letak Polident double, ya.
Karang, tercampak pulak gusi masuk mangkuk meja sebelah.
Sangat tak recommended untuk orang-orang tua. Liat.
Setiap set datang dengan ulam dan ikan masin.
Ulamnya adalah timun dan togeh.
Kira oklah ni RM10 dapat nasi, timun, togeh, ikan masin and lauk utama.
Ada macam-macam set and ala carte, boleh pilih. Kitorang ambik set ini je hari tu.

Landamark -- kedainya depan kubur. Sambil makan, sambil muhasabah diri.