2023-01-03
Severe acne memang ambil masa yang lebih lama untuk sembuh.
This customer nak cuba bekukan gel ni untuk dijadikan sabun. Menarik, kan?
Sebenarnya, dulu Cleansing Gel ni berbentuk bar (sabun buku), tapi disebabkan cleansing bar tu ramai yang suka, dan mereka bawa bila travel ke mana-mana, dah jadi susah pula nak pek.
Lagipun aku perasan yang bila dalam bentuk sabun buku, dia senang nak lembik bila terdedah dengan kelembapan/air.
Jadi kita tukar ke bentuk gel supaya senang nak bawa travel, tak lembik dan mudah benyek bila terdedah kepada air dan kelembapan dan lebih menjimatkan sebab picit amount yang kita nak pakai sahaja.
Actually dulu pernah ada pengguna Makeup Remover tanya if boleh bekukan MR sebab nak bagi boleh tahan lama.
Sebenarnya, mana-mana produk skin care, mesti disimpan di tempat yang ventilationnya ok -- tak too humid, tak terlalu dry, dan tak terdedah dengan heat.
Heat tak semestinya bawah terik matahari.
Dalam kereta yang berbahang pun, produk skin care boleh berubah warna.
Aku pernah tercicir serum Clinique yang baru dipakai 3-4 kali, dalam kereta.
Ntah macamana boleh terkeluar dari beg makeup.
Alih-alih sedar dah 2 hari aku tak nampak serum aku.
Rupanya duduk bawah seat.
Tengok-tengok warna serum dah bertukar kuning. Nak pakai pun takut.
Ada juga product yang macam tak 'basi-basi', contohnya, Vaselin.
Aku pernah terlupa nak ambik Vaselin dalam kereta, masih ok sebab tak berubahw warna.
Tak semua produk bagi tindak balas yang sama walau terdedah pada heat.
Tapi most of the time bila produk berubah warna atau berubah bau, it is because the ingredients dah melalui perubahan tindakbalas chemical, yang kemudian bertukar into new substances.
Selalunya kalau jadi macam ni, kita question "Eh? Letak kat dalam laci pun boleh bertukar warna?"
Kita je yang nampak macam produk tu tak kena cahaya, hakikatnya ingredients dalam tu tengah 'busy' berubah tindakbalas disebabkan heat dalam laci tu.
Perubahan temparature akan menyebabkan everything vibrate with energy.
Kita sendiri pun kalau kesejukan, badan start to shiver sebab nak produce heat.
So same goes to skin care product.
Produk yang terdedah dengan panas/bahang boleh menjadikan chemical bond dalam produk tu pecah.
Bila chemical bond pecah, atom-atom dalam tu akan bebas dan mungkin membentuk satu substance lain [hah kauuu tetiba subjek kimia...].
Yang membuatkan produk berubah warna adalah ascorbic acid dalam tu.
Boleh je kalau nak guna walaupun produk dah berubah jadi kuning, cuma saja nak bagitau yang sebarang perubahan warna adalah tanda kemerosotan.
Maksudnya, potensi produk tu dah berkurangan sebanyak 25% atau 15%.
Boleh je nak teruskan guna cuma keupayaan produk tu dah tak optimum.
Jadi, untuk isu Cleansing Gel ni, aku suggest tak perlulah freezekan sebab dalam gel tu ada air.
Bila air membeku, dia akan mengembang.
Dalam Cleansing Gel ada extract tumbuhan dan dalam extract tumbuhan ada sel.
Bila bekukan Cleansing Gel, air akan mengembang dalam sel mengembang, akibatnya sel akan pecah.
Bila pecah, wallahualam apa jadi. Very likely ia akan membentuk satu tekstur yang benyek.
Lagipun dalam Cleansing Gel ada minyak.
Kita gunakan 3 jenis minyak -- minyak zaitun, minyak kelapa and tree tea oil.
Kalau bekukan Cleansing Gel, air akan expand and squeeze minyak ke tepi menyebabkan emulsion ter-separate.
Bila you defrost Cleansing Gel tu nanti, you takkan dapat tekstur yang sama.
Freezing tak sama dengan heating tau.
Heating merosakkan bahan aktif dalam produk, tapi kalau freezing tak.
Lepas defrost, emulsion memang berubah tapi produk masih boleh digunakan cuma tekstur dah tak cantik.
Bila tekstur dah tak cantik, nak apply pun susah nanti.
Maka, tak perlulah bekukan Cleansing Gel tu ok?
Terima kasih kat customer ni yang rajin ambil gambar progress penggunaan Cleansing Gel.
Bukan senang nak dapat customer yang willing to share progress macam ni. Thank you again!
Ada yang tanya betul ke bila dah guna satu-satu produk untuk tempoh yang lama, kita jadi resistant?
Jawapannya TAK.
Ada kebarangkalian kita yang ubah konsistensi penggunaan.
Itu yang menjadikan seolah-olah produk tu dah resistan dan tak memberikan progress lagi sebab selalunya manusia bersungguh-sungguh gunakan produk pada awal-awal je.
Maksudnya, konsistensi dan disiplin tu dah berubah seiring masa.
Mula-mula guna, excited. Every morning sebelum pi kerja - apply.
Slowly, mula tukar habits.
Dah tak pakai awal pagi tapi pakai pukul 11 pagi. At least pakai pagi juga katanya.
Lepas tu anjak pulak - pakai malam before tido. Janji tak miss pakai setiap hari katanya.
Look.
Kena faham bahawa aktiviti setiap badan kita berbeza pace and speed mengikut masa.
Even kalau nak timbang berat badan sekalipun, pukul 9 pagi adalah waktu paling baik untuk timbang berat, bukan pukul 3 petang.
Jadi, kalau dah start guna that produk pukul 9 pagi, pastikan konsisten guna setiap pukul 9 pagi.
Train badan untuk bertindak pada waktu-waktu tertentu.
Kalau missed waktu-waktu aktif ni, result akan berubah.
Another reason adalah, perubahan dalam diet adan hormon.
Sometimes cuaca pun mempengaruhi tindakbalas produk.
Manusia alami perubahan dalam pemakanan dan hormon hampir setiap hari.
Stress level meningkat juga boleh buatkan tindakbalas terhadap produk berubah.
Jenis makanan yang diambil pun boleh buatkan tindakbalas badan terhadap apa-apa produk yang kita gunakan, beri respond yang berbeza.
Ini lagi satu customer yang sudi hantar progress acne dia from severe to BETTER SKIN!
Jarang kami dapat testimoni bergambar dari severe acne case macam ni.
Ye lah faham, bukan semua orang willing nak share gambar, kan.
Takpe, yang penting manfaatnya. Our concern is menyelesaikan masalah pengguna.
That's why every GreenAard produk fokus pada satu-satu masalah, bukan one-for-all product.
Untungnya GreenAard, customer ni bersabar dengan progress.
Aku tahu kesannya takkan nampak sekejap. Severe acne selalunya mengambil masa.
Seronok bila customer ni willing to mencuba dan bersabar.
1 bulan dia konsisten dengan Cleansing Gel. Semoga skin dia menjadi lebih baik selepas ni.
Alhamdulillah, dia suka dengan hasilnya.
Selalunya severe acne memang ambil masa yang lebih lama untuk sembuh.
Jerawat jenis ni memanjang sampai ke dalam kulit.
Bila dah masuk ke dalam, bacteria akan masuk sekali.
Itu yang nanti tumbuh cyst and nodul.
Dan selalunya bila sembuh akan meninggalkan parut.
Insyallah parut boleh hilang tapi takkan licin macam kulit baby la, sebab kulit tu dah tembus sampai ke dalam.
At least the nodul and cyst tu dah takde, and lubang kulit tertutup.
Lagi satu, mesti berpantang.
Ramai orang bila makan ubat atau supplement, dia ingat produk tu akan jadi magic.
Kena help the produk juga.
Kalau dah tau rengsa pada kulit menjadi-jadi bila cuaca panas, pastikan jangan berpanas.
Kalau dah tau kolesterol tinggi, jangan makan makanan high kolesterol.
Kalau dah tau badan tu susah nak turun berat, elakkan makanan yang akan buatkan badan bertambah berat.
Walaupun makan GC Plus, walaupun makan Nutrijuice, walaupun guna Cleansing Gel, please help dengan makanan yang betul atau penjagaan kulit yang betul.
Bila orang tanya "Saya ada ekzema. Boleh tak guna Cleansing Gel?"
YES, BOLEH.
Tetapi perlu faham yang ekzema ni sejenis automimmune disease.
Dia takkan hilang, tetapi boleh dikurangkan simptomnya.
Walaupun selepas Cleansing Gel boleh meredakan simptom ekzema, you kena tahu apa punca yang trigger the flare.
Ekzema ni ada beberapa punca penyebab dia meradang.
Ada yang disebabkan oleh suhu sejuk, seuhu panas, peluh, buih sabun, dust - macam-macam.
Make sure you tahu apa penyebabnya supaya ketika rawatan, kulit tak tededah kepada penyebabnya.
Terima kasih banyak-banyak pada this customer yang bagi feedback about Cleansing Gel.
Setahun lamanya dia guna produk akhirnya masalah lebam-lebam di kulit yang tak diketahui puncanya, akhirnya hilang. Dengan izin Allah.
Aku sangat kagum dengan level kesabaran dan consistency customer-customer macam ni.
Bukan apa, sebab tak ramai yang nak istiqomah guna satu-satu produk lama-lama, selalunya nak pakai hari ni minggu depan dah baik.
Sebenarnya aku pun tak sure apa punca kesan lebam-lebam pada kulit muka tu, dia pun tak pasti, even dokter pun tak pasti tapi apa-apa pun alhamdulillah masalah selesai.
Kalau sesiapa ada masalah yang sama, maybe boleh try Cleansing Gel.
Jumaat ni last day YES 2022.
Sedang helok kalau nak grab sebotol waktu ni sebab selepas ini harga Cleansing Gel menjadi RM65.
Belilah sekarang semasa YES, harganya RM55 sebotol. Kalau beli 2, ony RM100.