2022-12-31

Cuti bersalin 90 hari


Minggu lepas orang dok share pasal cuti bersalin 90 hari.
Ramai pandangan yang bersetuju dan tak bersetuju.
Aku berat sikit nak bagi pandangan, sebab aku majikan.
Karang orang kata aku bias.
Jadi marilah kita bercerita pengalaman jadi pekerja yang pernah mengandung 2 kali ketika makan gaji.

Kaki pertama aku mengandung tahun 2002. Masa ni kerja kat Prudential.
Masa awal-awal interview lagi dia tanya "Ada anak?"

"Takde"

"Ada perancangan untuk mengandung dalam masa terdekat?"

"Belum ada".


Pelik juga aku apesal dia tanya pasal family planning segala.
Bila ditakdirkan aku keguguran, barulah aku tahu company tak berapa suka kalau staff perempuan yang baru diambil bekerja, cuti bersalin.
Masa aku miscarriage, dapat MC 14 hari.
Doktor yang bagi ya, bukan aku yang minta.
Waktu tu aku tak tahupun kalau keguguran kena berpantang.
Aku bukan keguguran semula jadi, tapi terpaksa buat DnC sebab after beberapa jam sarung baby masih belum jatuh tapi dah bleeding dengan banyak sampai tak tahan sakit dah.
Maybe sebab itu aku dapat cuti panjang.

Masuk je ofis, tak dan habis waktu kerja lagi manager dah panggil.
Terus dia tanya "Kenapa tak bagitau you ada planning nak ada baby?"

Aku terdiam beberapa saat sebab tak tahu nak jawab apa.
Kitorang sebenarnya idok le bersungguh sangat plan nak ada baby.
Tapi dalam pada tak bersungguh tu, lekat pulak.
Tapi takde rezeki. Dek kerana terlampau aktif bergerak ke sana sini, lari kejar komuter, turun naik LRT, stress dengan kerja - akhirnya keguguran.

Manager kata dorang tak berapa suka new staff ambil cuti bersalin.
Kalau tahun kedua bersalin, lain cerita sebab at least dah nampak performance kita setahun.
Bila staff yang tak cukup setahun dah mengandung, company terpaksa hire staff kontrak untuk menanggung beban kerja kita.
Dah lah dia ambil kita bekerja belum balik modal, dah kena hire orang lain at the same time gaji kita jalan.

Aku pun offer balik ke dia.
Aku cakap "Takpelah, tak payah bagi saya bonus tahun ni pun tak apa. 2 minggu yang saya MC panjang tu, masa appraisal esok bagilah kredit pada yang menanggung kerja saya".
Dalam ertikata lain, bagilah orang tu dapat bonus lebih atau kenaikan pangkat sebab menganggung kerja aku.
Aku maintain jadi junior medical underwriter tak naik pangkat atau takde bonus, I am ok. 
Dia pun setuju.
Tapi, selepas 8 bulan, aku dapat kerja di company biotech yang dekat nau-nau dengan rumah.
Walaupun ppositionnya sebagai sales executive dan gaji lebih rendah dari Prudential, aku terima je sebab dah tak larat nak kejar komuter pagi-pagi Subuh.
Takde rezeki Prudential nak dapat medical underwriter power macam aku. Kahkahkah.
Tapi tulah, sekarang aku pulak yang jadi tukang tulis appeal letter untuk client En Wan.
Panjang juga jodoh aku dengan Prudential nampaknya.

Masa di company biotech, aku mengandung lagi.
Belum cukup setahun kerja juga.
Awal-awal lagi aku dah explain kat COO, tahun tu tak payah kira bonus dan takde kenaikan gaji pun takpelah.
Aku cuma nak terus bekerja di situ sebab dekat dengan rumah.

Tahun tu aku mengandungkan Redza.
Morning sickness tak berapa dapat, jadi takdelah isu banyak ambil MC.
Masa tu pakai kereta Kancil. Keras betul seat dia.
Demi nak elakkan keguguran lagi, aku beli kusyen extra untuk duduk atas supaya pantat aku tak terhentak-hentak bila driving sana sini buat sales.
Sales memang ligat aku buat sebab dah tahu nak bercuti panjang nanti.
At least kalau sales power, sejuk sikit hati majikan.
Aim aku cuma taknak diberhentikan saja.
Takde bonus dan takde kenaikan gaji tak apa, sebab aku faham aku belum cukup setahun dah mengandung.

Rezeki anak agaknya, selepas ada Redza, dia belum sampai umur 6 bulan, aku naik pangkat jadi Sales Manager.
Rupanya company tak nak aku cari kerja lain sebab aku bring sales every month hit target.
Maintainlah aku di situ sampai 4 tahun sebelum berpindah ke company lain.

Pada pandangan aku, kita as pekerja kena ada understanding dengan kepayahan majikan.
Kalau dah tahu tahun tu bakal bercuti panjang, bertolak-ansurlah.
Pulunlah sales sebanyak-banyak ada sebagai ganti kita bercuti.
Kalau tak mampu bring sales pada company, maybe boleh consider apa yang aku buat dulu, iaitu bagitau majikan taknak ambil bonus (cadangan sajaaaaa. Tak paksa pun).
Takde orang yang nak tolak bonus, aku tahu.
Lagipun "Cuti bersalinkan hak pekerja?" Gitu.
Ya, aku tahu. Sebab itu aku cakap takde paksaan. Terpulanglah.

Ya, kalau aku sedang mencari kerja, ini mungkin antara sebab yang aku perlu takut.
Majikan pasti lebih berhati-hati dan buat tapisan sebelum accept wanita yang dah berkahwin untuk diambil bekerja.
Tapi, memandangkan aku dah ada pengalaman lalui situasi ni, nasihat aku - JANGAN TAKUT.
Korang hanya perlu bertahan jap setahun untuk tak mengandung.
Sabar dulu. Tunjukkan performance dulu kat majikan.
Cukup setahun esok, boleh start cuba dapat baby.
Insyallah masa tu majikan ok dah.

Setakat ni aku ambil pekerja semua yang belum berkahwin.
Dah kerja 4-5 tahun baru kawen sorang.
Dalam masa 4-5 tahun tu dah nampak cara dia bekerja. Contribution tu jelas.
Jadi bila bersalin, silakan berpantang dengan selesa.

Aku pernah ambik staff yang dah berkahwin. Boleh tahan banyak "urusan" dia.
Suami tak kasi stayback, suami tak sihat, hari ni suami hantar lambat.
Suami ajak balik kampung Sabtu.
Asal balik kampung weekend, Isnin je emergency half day. Tak pun MC.
Itu cara-cara baru dia dan suami je. Belum ada anak lagi tau.

Benda-benda macam ni sebenarnya bergantung pada individu.
Masih ramai lagi yang tahu bezakan hal kerja dan peribadi.
Tetapi, bila majikan dapat pengalaman dengan individu yang salah, susah orang yang seterusnya nak dapat kepercayaan dan peluang bekerja di situ.
Maka jangan pelik kenapa ada majikan yang semacam racist, atau bitter dengan employee.
Pasti dia ada pengalaman yang tak best dengan pekerja terdahulu.

Masa aku kerja dengan company Devil Wears Prada dulu, hari last aku di sana, dia cakap kat aku "You are not a typical malay".
Entah berapa lama agaknya dia hidup dengan sangkaan macam tu.
Aku orang melayu pertama yang diambil bekerja.
Masa awal-awal aku kerja kat situ, aku tak dibagi pembantu, atau diajar untuk buat apa-apa.
Semuanya dia bagi aku buat sendiri.
Aku kena belajar produk knowledge sendiri. Kena bangunkan new department sendiri. Kena develop customer database sendiri.
Totally new department.

Pernah aku terfikir, dia ni beli aku sebab nak pekena aku ke (aku dibeli dari company lain, bukan aku apply kerja kat company dia).
Adakah dia biarkan aku buat kerja sorang-sorang untuk test aku, atau dia memang nak tengok sejauh mana skill aku develop new department?
Bila on last day dia cakap I am not a typical Malay, aku syak dia pernah ada bad experience dengan staff malay.
Itu buatkan dia kelihatan seperti racist. Agaknyalah.
Selepas aku left, aku masih attach dengan company dia sebab aku jadi their distributor.
Sesekali datang ke sana untuk collect stock, terperasan ada pertambahan staff melayu.
Dia dah mula percaya untuk terima malay employee.

"Be the change you wish to see", kata Mahatma Gandhi.
Whatever changes you would like to effect in our society has to begin with you.
Berbalik pada cuti bersalin 3 bulan tu, I have no problem with that.
Kalau itu yang dicadangkan dan ditetapkan, company aku akan obey. Takde masalah.
Tapi dah tentulah aku akan cari cara untuk dapatkan win-win situation.