Kejap je, rasa macam baru je masuk Darjah 1.
Yang best tu, aku tak tahu pun anak aku gi skolah hari ni untuk konvo.
Mati-mati aku ingat dia datang sebab nak ambil sijil koko.
Memang always ketinggalan aku ni.
Tapi bak kata En Wan, "Bukan ketinggalan, memang jenis tak ambil tahu".
Ya, betul. Aku cenderung untuk tak mengambil tahu banyak perkara.
Ini adalah kriteria yang jatuh kat Redza.
Time Redza konvo Darjah 6 pun aku tak tahu. Mak apeni??
Tak sangka Rayyan punya gamba konvo atas wheel chair.
Tapi En Wan kata kawan-kawan dia supportive.
Agaknya dah lama tak jumpa Rayyan, ramai yang berkumpul tanya khabar.
Yang lelaki bergilir-gilir tolak wheel chair ke sana sini, siap tolong pakaikan jubah.
Alhamdulillah, bila nampak anak kita dihargai kawan-kawan, maybe dia disenangi kawan-kawannya.
Kesian juga di akhir-akhir zaman sekolah rendah, dia dah tak dapat ke sekolah.
Kelas tingkat atas, you. Jenuh.
Cikgu pun ambil maklum ketidakhadiran Rayyan.
Rayyan hanya belajar di rumah.
Boleh je kalau nak dia tetap ke sekolah tapi kena duduk bilik khas di bawah, cikgu akan ajar dia bila kelas dah habis.
Tapi buat masa ni, kitorang pilih untuk dia belajar di rumah dulu.
Berpeluh jugalah nak bahagikan masa antara waktu kerja dan ajar Rayyan di rumah.
Taknak mengeluh dan merungut, walaupun penat.
Sebab aku dah stay sebulan di hospital.
Dah dapat balik ke rumah ni dah syukur sangat.
Penat memang penat. Program outstation work semua berubah.
Tak sampai hati nak biarkan Rayyan di rumah dengan mok.
Rayyan ni boleh tahan berat walaupun kurus gitu.
Kalau mak yang uruskan karang mak dengan dia sama-sama tergolek.
Setiap pagi and petang aku akan papah dia ke bathroom - mandikan, uruskan dia nak solat, uruskan nak makan, nak pakai seluar -- semua masih perlukan bantuan sebab kaki masih tak dibenarkan jejak lantai.
Kesian juga dia always tanya "Adik susahkan mama ke?", "Mama penat ke jaga adik?", "Mama tak jadi outstation sebab adik ke?".
Boleh je kalau aku nak dia mandi sendiri tapi since kaki tak boleh cecah lagi, payah dia nak berpaut-paut.
Aku taknak ambil risiko lagi.
Dibuatnya tertonggeng, satu hal aku nak repeat balik semua proses ni.
Sejak menjaga Rayyan sebulan lebih ni, aku banyak masa bersembang dengan dia.
Mungkin inilah hikmahnya.
Selama ni aku sibuk, hanya bersembang dengan dia waktu makan.
Selebihnya dia buat hal sendiri.
Sejak patah kaki, banyak masa dengar dia bercerita.
Barulah aku sedar Rayyan ni suka bersembang dan suka berkongsi pandangan.
Hari tu dia ajak aku sembang pasal John Kennedy. Not bad juga pengetahuan dia.
Mak kau? PM Malaysia pun aku habis study lagi.
"Mama tahu tak, kawan-kawan adik kat kelas selalu minta adik ajarkan matematik kalau dorang tak boleh siapkan homework".
"Kawan-kawan adik kata English adik macam American"
"Teacher Eddy (keyboard) kata dia nak bawa adik untuk perform kat mall"
Itu Rayyan. Semua benda dia nak cerita kat aku.
Kalau Redza, aku tak pernah dengar semua benda ni dari dia.
Tau-tau je naik pentas.
Tau-tau je wakil sekolah untuk pertandingan chess.
Tau-tau je jadi XYC kat maktab.
Tau-tau je naik pentas ambik anugerah.
Tu pun dapat tahu dari mak-mak yang share gambar. Kalau tak, sampai ke sudah dia tak bercerita.
Rayyan ni suka cross-check apa saja info yang dia dapat.
Hari tu masa check up kat Avisena, doctor cakap tukang dia shows good healing tapi macam pendek sebelah.
Setakat ni pendek 1 cm.
Aku tenang. Aku dah penat nak stress.
Aku cakap kat doktor aku tak mahu pikir sangat bab tu.
The fact that dia sihat, tulang dia sihat, bahagian patah bercantum, dah boleh naikkan kaki 90 darjah, dah boleh berdiri, tak perlu baring sepanjang masa dan tak perlu duduk hospital lagi -- ni pun banyak untuk aku syukurkan.
Kaki pendek 1 cm, aku taknak fikir dulu buat masa ni.
Belum sampai ke rumah, dalam kereta dia dah google pasal tulang kaki.
"Ma, google ni cakap, in some cases, growing bones can auto correct. Dia boleh jadi sama panjang balik".
Aku jawab "That's good news"
"Ma, kalau 1 cm short, adik masih boleh jalan, kan? Bukan disable, kan?"
Sedih pulak dengar. Maybe dia pikir pasal sports.
Takpelah, dik. At least you have memories wakil club main hockey.
You will create more experience and history nanti.