2023-01-17

Isteri kedua lebih manja dan lebih mendengar kata. Katanyaaaaa.


Menggelegak je aku baca artikel pasal pakcik yang kawen pompuan muda ni.
Sejak kawen perempuan muda katanya lebih rajin ke masjid.
Tu dalam erti kata lain nak kata bini kedua menjadikan dirinya bertambah baiklah, ya?
Seolah-olah bini pertama tak pernah mengajak suami menjadi baik.
Kau tu budak-budak lagi ke nak jadi baik pun kena bini ingatkan?
Nak ke masjid pun nak diingatkan?
Kalau tak diingatkan tak teringat. Gitu?
Patutnya dah jadi laki orang, kaulah membimbing isteri.
Kaulah yang ajak bini sama-sama ke masjid.
Ni tak, harap bini pulak influence dia.
Yang benarnya bukan sebab bini muda buatkan diri tu rajin ke masjid, tapi sebab baru tersedar yang diri tu dah tua!
Dah patut sangat pun rajin ke masjid.
Toksah lah beria nak up bini muda. Nak damage control ke tewww.

Aku sembang dengan En Wan pasal ni semalam.
Aku tanya apesal lelaki yang dah kaya pilih isteri kedua yang macam bimbo, atau yang macam bodoh-bodoh alang dan manja meleseh-leseh?
Bercakap pun macam hape je.
Konon nak bagi bunyi manja tapi dah macam terencat aku dengar.
Tak semuanya, tapi MOSTLY gitulah.
Dan selalunya alasan si suami — “Isteri kedua lebih manja dan lebih mendengar kata”. Halah halahhhhh.

Look. Kalaulah isteri pertama tu tak manja dan tak mendengar kata, kenapa baru sekarang kau bosan?
Kenapa after so many years, after dah beranak 2-3 orang, after dah mengharungi zaman susah baru kau nak bosan?
Kenapa semasa susah bersama-sama dulu tak bosan.
Kenapa dulu elok je bertahan?
Kenapa bila dah senang baru kata bini pertama tu tak manja, garang, tak dengar kata. Why?

En Wan cakap — lelaki memang tidak suka dibantah. Itu memang sifat lelaki.
Lelaki memang suka pada perempuan yang bak kata Prof Muhaya — “bodoh-bodoh”.
Perempuan yang mendengar kata, yang setuju je apa suami cakap, yang gedik-gedik.
Kerana fitrah lelaki memang EGO, jadi mereka sukakan perempuan yang patuh.
Tapi selalunya lelaki jarang dapat perempuan manja-manja ni di zaman mudanya.
Kerana di zaman muda, selalunya lelaki belum ada apa-apa.
Standard bila orang takde apa-apa, dia tidak boleh memilih.
Dia akan pilih mana yang dia boleh bertolak-ansur saja.
Contohnya — perempuan independent dan outspoken, tetapi baik hati.
Perempuan bijak dan bossy, tetapi tidak berkira bab duit dan tenaga.
Maksudnya walaupun perempuan tu jenis tak mendengar kata sangat, lelaki itu pejamkan mata sebab ada beberapa kualiti lain yang dia boleh consider.

Tetapi ketika lelaki ada segalanya, masa itulah dia mula memilih.
Dan dia akan pilih wanita yang dia benar-benar mahu.
Selalunya dia pilih yang manja, yang meleseh-leseh, yang gedik, yang dengar kata (katanyaaaaa).
Because dia dah ada segalanya, tak perlu dah independent woman mahupun wanita yang sanggup bersusah-payah bersama. No need.
Sebab aku tak perlukan dah. Aku hanya perlu perempuan yang boleh gembirakan aku je. Gitu.

Pastu aku tanya En Wan balik — nak tahu tak kenapa isteri kedua SELALUNYA lebih manja dan lebih mendengar kata?

En Wan tanya “Why?”

Sebab, yang kedua tu selalunya TAK PERLU SUMBANGKAN APA-APA.
Dia perlu jadi manja, jadi bodoh, jadi gedik 24/7. Sebab itu je modal yang dia ada.
Dia menggedik kat laki orang pun guna modal tu.
Tu pasal dia kena maintain manja dan bodoh-bodoh, because they have nothing to offer.

Isteri pertama selalunya adalah wanita yang sanggup sama-sama kerja keras untuk membina hidup.
Isteri inilah yang sanggup keluar modal duit dan tenaga untuk meringankan beban suami.
Biar susah asalkan dapat hidup bersama.
Kau ingat isteri pertama tu tak teringin nak bermanja ke?
Lebih daripada manja dia boleh bagi.
Tapi dek kerana nak ubah hidup, nak membina keluarga yang lebih baik dari tahun ke tahun, nak meringankan beban suami — sanggup dia ketepikan nak bermanja.
Dia sama-sama berpenat cari duit untuk membina kehidupan keluarga.
Nak uruskan rumah tangga, nak besarkan anak, nak cukupkan belanja suami, dengan nak melayan kau lagi. Nak bermanja celah mana cakap?

Yang kau pikir nak bini yang manja, yang menyejukkan pikiran, yang mendamaikan hati.
Kau ada sejukkan pikiran bini kau?
Kau dah cukup mendamaikan jiwa bini?
Kau ada bagi ruang untuk bini bermanja? Tak.
Yang kau tahu, balik kerja nak metekedarah.
Semua benda kena disiap aturkan.
Spender pun tak reti cari sendiri.
Taunya nak mengote. Tak dapat mengote, salahkan bini tak reti layan suami.
Kote jenis ni kalau dapat kat aku, aku pijak hentak sampai pecah enam!

The thing yang aku menyampah, kau dah lah kawen lain, pastu highlite konon hidup kau semakin baik setelah kawen baru.
Apa teruk sangat ke life kau yang dulu?
Kalau life dulu teruk, takde maknanya yang isteri kedua tu nak pandang kau.
Disebabkan life yang “teruk” bersama isteri pertama tu lah yang buatkan kau nampak sangat wow di mata isteri kedua.
Isteri pertama tu lah sebenarnya yang contribute kepada ketrampilan kau yang hot di mata penyondol.

Tak paham aku ntah hape yang teruk sangat life dengan isteri pertama yang segala best-best semua ada pada isteri kedua sekarang.
Jangan salah faham, ya.
Kau nak kawen tiga belas, lantak.
Yang aku berbulu ni, asal kawen baru je, isteri pertama semua buruk.
Yang best-best semua isteri baru.
Isteri pertama tu bising-bising bersebab.
Isteri pertama susah dibentuk, punnnn ada sebab.
Kalau perangai isteri pertama tu sejak awal macam tu, dah tentu kau takkan jadikan dia isteri, kan?
Tapi seiring dengan usia perkahwinan, sikapnya berubah. Kenapa?
Kenapa dia berubah? Mesti ada sebab.
Tang kenapa tu kau tak kaji. Taunya nak komplen.

Isteri adalah cermin untuk suami.
Kalau suami selekeh, isteri akan tegur.
Kalau suami salah, isteri nasihatkan.
Kalau suami lupa, isteri ingatkan.
Supaya suaminya jadi the best, suaminya jadi hebat, suaminya jadi somebody.
Tup tup dah jadi hebat, merenyam pulak kote abang, ya?
Isteri kau yang baru tu tak marah-marah, tak melawan, sentiasa cantik bergaya sebab dia kawen dengan kau ketika kau dah ada segalanya.
Tak payah bersusah-payah apa dah. Semua dah siap sedia.
Dia hanya perlu jaga kote kau baik-baik je. Tak perlu pikir benda lain dah.
Aku ni pun kalau kawen-kawen terus cuci kaki masuk mahligai, lebih dari manja aku boleh bagi.

Semalam tengok kat berita TV3 Puteri Sarah failkan cerai — nampak dia memang looking forward untuk hidup yang baru.
Itulah ciri-ciri isteri pertama yang got nothing to lose.
Dia dengan happynya failkan penceraian sebab dia tahu selama ni dia bukan menumpang hidup ehsan suami. Dia BERKONGSI. Bukan menumpang.
Maknanya, dia takde masalah to walk away.

Aku ni tidaklah kenal Puteri Sarah, tapi makcik dia jiran Mak Aji.
Aunty Maria tu Professor, ya (makcik Puteri Sarah). Muka akan-akan Sarah juga.
Kalau siapa ingat aku pernah cerita kitorang buat open house sekali pasar tak bukak.
Terpaksa pinjam 4 ekor ayam jiran sebelah.
Ayam aunty Maria la yang aku sebat tu sebab kebetulan sehari sebelum tu dia buat open house.
Ayam ada belen 4 ekor belum guna, terus dia bagi kitorang.

Puteri Sarah tu rajin beraya rumah Aunty Maria.
Mak Aji biasa dah nampak Puteri Sarah and Syamsul datang beraya rumah sebelah.
Now aunty Maria and pakcik Samad dah pindah kat Seksyen 2, rumah banglo.
Puteri Sarah ni keluarga dia bukan lekeh-lekeh.
Sepupu-sepupunya (anak-anak aunty Maria) bijok-bijok.
Dua orang anak perempuan both kat SSP (Sri Puteri), tapi dah habis dah. Dua-dua fly dah sekarang.
Yang bongsu lelaki, kat sekolah sains.
Keluarga jenis baka bijak takde de nak buang masa habiskan hidup pada perkahwinan yang takde future.
Jenis ni boleh create path sendiri.

Sebab tu dia tak kisah failkan penceraian.
Bukan kerana dia bossy, tapi kerana dia tahu tak ada gunanya bertahan kalau hidup single lebih menggembirakan.
Cuba kalau kau -- dibesarkan dengan kasih-sayang, kegembiraan, pendidikan yang baik, kesenangan, keluarga yang bahagia, dan support system yang kuat.
Kau nak ke dari hidup yang happy-happy, masuk ke kehidupan yang buat kau sengsara emosi? Baik single.

Entahlah kan, tak faham aku apa sebenarnya seorang lelaki nak dari seorang perempuan.
Yang peliknya, kenapa selepas berjaya baru nak pilih perempuan manja dan mendengar kata 🙄?
Kenapa masa kau selenga bergaji RM1800 tu tak pilih perempuan manja?

Kau tau kenapa?
Sebab, perempuan manja gedik meleseh bimbo yang macam kau nak tu taknak hidup dengan lelaki sengkek!
Let alone nak sama-sama bersusah-payah membina hidup. Mimpilah.
Tapi dah itu yang kau kejar, kan. Silakanlah.
Lama mana sangat pun larat melayan manja tu.
Dah tua esok larat kau nak melayan karenah meleseh-leseh tu lagi?
Sebagaimana kau bosan dengan perangai isteri pertama, benda yang sama juga kau akan rasa tak lama lagi dengan isteri kedua.
Silap-silap yang nombor dua tu bosan dulu melayan orang tua macam kau.

Hari tu post aku pasal poligami, ada yang butthurt.
Dia kata aku tolak poligami.
Bila masa? Aku cuma cakap aku tak boleh terima poligami kalau berlaku pada diri aku.
Kalau kau nak berpoligami, go ahead. Takyah nak paksa orang lain bersetuju.
Beria kata orang-orang yang tak bersetuju ni tak faham konsep takdir.
Jodoh kuasa Allah katanya. Dah takdir kawen suami orang.

Ya, kak. Kawen laki orang tu takdir.
Sebagaimana kau nak orang terima takdir kau kawen laki orang, kau kena terima la juga takdir kena kecam dek orang.
The thing is, bukan orang marah sangat berkawen laki orang. Tapi perangai tu.
Dah tau kawen laki orang, nak jugak up diri sendiri tanpa rasa bersalah.
Kena faham yang sampai bila-bila pun masyarakat susah nak terima perkara ni.
Bila kau dah pilih nak kawen dengan laki orang, maka kena bersedia untuk hidup low profile.
Bersedia untuk mengalah banyak. Bersedia untuk tidak menonjolkan diri sangat.
Tak payah cakap "dunia ni tak adil".
Tak adil saja kalau tak kena dengan kehendak kau, kan?
Masa kau ambil laki orang ada kau pikir dunia ni tak adil? Tak pun.
Ingat nak sedap je? Sedap dapat, sakit pun kau dapatlah. Life is FAIR.

Again, poligami tu tak salah kalau kena caranya.
Cuma, sakit tu memang sakitlah.
Jangan pula bila kau menjadi penyebab berlakunya poligami, lepas tu kau nak merungut "Kenapa isteri pertama nak kaut semua? Kena taknak bertolak-ansur dengan yang nombor dua?"

Tolak ansur apa lagi yang kau nak?
Dia dah kongsi laki dia tak cukup tolak ansur lagi?
Bukan aku tak kenal ya orang-orang yang kawen dengan laki orang lepas tu nak keadilan.
Raya pertama kena gilir-gilir. Kalau tahun ni dah raya pertama sana, maka tahun depan raya pertama dengan yang kami (nombor 2) pula.
Hello...?? Since when kena gilir-gilir beraya?
Siapa cakap boleh gilir-gilir?
Kau dapat beraya dengan laki raya ke-7 pun dah besar rahmat tau.

Look.
Sebelum kau datang, dorang dah 10-15 tahun hidup dengan rutin yang sama, iaitu tahun ni raya pertama di kampung isteri, tahun depan raya pertama di kampung suami.
Rutin tu dah dipraktikkan selama berbelas tahun.
Tup-tup kau datang nak memandai tukar rutin ikut sedap kau.
Kau dah lah datang kendian, tau-tau nak ubah kebiasaan.
No, ya. No. Kau masuk dalam keluarga yang dah sedia ada rutinnya, maka kau yang kena adapt dengan kebiasaan. 
Kau yang kena suaikan diri dengan rutin yang sedia ada, bukan mengubah rutin orang! Sakai perangai.

Again, ini adalah post untuk penyondol yang tak sedar diri.
Kalau korang adalah isteri kedua yang jenis menghormati isteri pertama, tak payah terasa. Baca sekali lalu je dah.