2022-11-26

Kalau setakat tunggu PRU baru kita nak cakap berdegar-degar pasal politik, to me, lebih baik simpan sendiri.


Sedang elok aku nak buat post pasal ni, ternampak pulak post Puan ni.
Pinjamlah terus status dia.

Gini, ada sorang pembaca blog PM aku kat FB.
Dia bagitau ada orang order makanan sempena sambutan hari kanak-kanak kat sekolah area tempat tinggal dia next week.
Dah tempah sebelum PRU lagi sebab kuantiti agak banyak.
Tapi dia belum beli barang lagi, tunggu customer buat payment last week.
Sekali customer kensel.
Aku cakap oklah tu sebab awak tak rugi apa-apa, barang belum beli. Modal tak keluar lagi.
Dia setuju, cuma terkilan sebab dah seronok dapat order yang banyak.
Aku cakap, takpelah, takde rezeki. Habis kat situ.

Tapi lepas tu dia cakap "Kak, customer tu kensel order sebab parti dia kalah"

😆😆😆

Lepas stalk FB customer tu, dia come with that conclusion.
Aku tanya balik, "Dah tu apa kaitannya dengan kensel order? Bukannya dia order untuk celebrate PRU. Dia order untuk majlis hari kanak-kanak"

Kisahnya, yang PM aku ni dok buat status pasal politik everyday.
Biasalah, tengah vibe PRU katakan.
Agaknya ada pihak yang berasa hati (atau maybe meluat?).

Dia ginilah, ya.
Kita boleh anggap customer tu childish, atau tak profesional, atau tak berlapang dada, atau apa sahaja.
Tetapi at the same time, tengok diri kita.
Adakah kita profesional? Adakah kita berlapang dada? Adakah kita tak childish?

Bak kata Puan Ainon (screeshot tadi), bila berniaga, kita kena pelihara hubungan baik.
Memang kita boleh cakap "Suka hatilah aku nak sokong siapa. Kalau tak suka, itu masalah kau".
Ya, betul. Kita ada hak untuk suka siapa dan apa sahaja.
Tapi lepas tu janganlah pulak terkilan bila customer kensel order.
Sebagaimana kita mahu hak untuk sokong siapa, dia juga ada hak untuk beli dari siapa.
Hat tu kita kena beringat.
Mulut memanglah cakap "Tak kisahlah kalau dia kensel order. Rezeki Allah tentukan", tapi hati? Bengkek, kan?
Kalau kita benar-benar terima konsep rezeki, maka sepatutnya takde masalah bila orang kensel beli dengan kita, betul tak?

Sebenarnya aku pun terkejut juga bila ada cerita macam ni.
Sebab aku tak pernah ada pengalaman macam ni so far.
Bunyinya macam kelakar juga, tapi ye lah, dah orang taknak beli, dah dia nak kensel, takkan kita nak paksa.
Kalau berasa terkesan dengan cancellation tu, lain kali kena beringat. Simpan sikit galak tu.
Nampak macam customer tu tak profesional. Tapi boleh jadi itu teguran Allah supaya kita juga perlu kaji balik tindakan sendiri.

Duduk dalam negara berbilang kaum, agama dan demokrasi, sensitiviti terhadap perkara-perkara ini perlu dijaga.
Jangan galak sangat secara terang-terangan.
Kau merempan dalam whatsapp group je sudah.
Nak beria-ia sangat nak buktikan apa.
Entahlah, aku pun pi gak mengundi tapi idok le galak nau berpolitik kat media sosial.
Tak update pasal politik tak bermakna kita tak ambil tahu. Berpatut-padanlah.

Bukan apa, culture dalam Malaysia ni ada banyak perkara yang boleh mencetuskan kontroversi.
Soal kaum, agama, politik, kenegerian -- ini antara topik-topik sensitif.
Boleh putus kawan dibuatnya.
Kalau kita ni sekadar 'berpolitik' masa PRU, toksah la beria sangat update itu ini tentang politik.
Bagi yang ahli saja buat kerja tu, yang memang kita tahu dia seorang yang konsisten dengan berita-berita politik.
Kalau setakat tunggu PRU baru kita nak cakap berdegar-degar pasal politik, to me, lebih baik simpan sendiri.

Dah tak memasal hilang customer untuk satu projek besar.
Bukan aku suruh mengampu customer. Tak.
Cuma kalau dah tahu kita ni sales tak banyak, nak dapat big order pun bukan selalu, maka lebih baik tumpukan pada business development dulu.
Biar politik ni orang yang lebih pandai manage. Kita manage periuk nasi kita.

Yang ada akaun dengan GreenAard, boleh whatspp sini tu untuk check baki points. Points valid setahun je. Rugi dah kumpul point banyak tapi lepas tu burn.