2022-11-18

Bottom line is, masing-masing ada susah dan senangnya.


Pernah tak terfikir kenapa ya ada orang dilahirkan kaya dan ditakdirkan untuk terus menjadi kaya-raya.
Banyak contoh yang kita nampak di media sosial now.
Tertanya juga dia ni buat apa, apa kerjanya sampai mewah sangat.
Asyik cerita pasal bercuti je.
Kalau buat launching produk bukan main mewah lagi, padahal produknya accessories rantai gelang subang dari batu-batu sungai (contoh).
Produk demand ke ni? Ada ke yang nak beli?
Kenapa beria sangat launchingnya padahal produk ni entah sape-sape nak pakai.
Pernah tak terfikir macam tu?

Dan kita pun mengeluh sebab tak ditakdirkan menjadi kaya, atau tak lahir dari keturunan yang kaya.
Segalanya perlu dilalui dengan susah-payah.
Walaupun dah berusah-payah masih lagi tak mencapai tahap kaya si anu.
Demotivated sangat rasanya. Betul, tak?

Aku pernah tanya seorang yang berilmu, dia kata apa yang kita dapat ni Allah memang tak bagi kat semua orang, tetapi kalau kita mahu berfikir, kita akan nampak semua ni adalah sama.
Segala yang kita dapat di dunia tak kiralah miskin, kaya, ada pasangan, takde pasangan, ada anak, takde anak, keluarga bahagia, keluarga toksik - segalanya jambatan untuk ke syurga, cuma kekdahnya berbeza.
Manusia selalu aim untuk hidup selesa di hari tua. Sampai situ je aim manusia.
Sedangkan aim sepatutnya ke syurga.
Disebabkan aim untuk selesa di hari tua, itu yang always rasa tak cukup-cukup.
Berbeza kalau aim ke syurga, pasti apa yang ada sekarang dimanfaatkan untuk raih syurga. Gitu kata dia.

Contoh, kau miskin.
Kau merungut miskin sebab aim kau hanya untuk dunia.
Sedangkan miskin itu boleh menjadi asbab ke syurga jika bersabar. Lebih kurang macam tulah maksudnya.
Aku tak pandai sangat nak explain, tapi aku faham apa dia sampaikan.
Betul juga kata dia.
Kita (aku) letak aim singkat sangat - untuk hari tua.
Berkejar nak saving, nak invest, nak kumpul harta supaya ada pasif income di hari tua, nak bersara awal, etc.
Tu pasal kelam-kelibut kerja macam nak mati sebab aim-nya hanya hari tua.

Kalau sekarang umur 30, pasti hari tuanya 50 tahun.
Yang 40an macam aku, hari tua untuk aku adalah 60 tahun.
Untuk yang sekarang 50 tahun, hari tuanya maybe 70 tahun.
Masing-masing punya definisi TUA itu sendiri berbeza-beza.
Disebabkan masing-masing punya "HARI TUA" adalah 20 tahun lagi, tak heranlah masing-masing hidup kelam-kelibut.
Sebab hari tua tu 20 tahun je lagi, takut tak sempat nak kumpul savings.
Nak pastikan "hari tua" hidup selesa.
Maka kalau zaman sekarang rebut kuasa, rasuah, sailang bisnes orang, kejar pangkat menjadi normal, memang patut pun.
Kerana masing-masing mengejar hari tua.

Seorang ustaz dalam ceramahnya cakap, kalau semua orang dapat yang best-best, maka apa alasan untuk dimasukkan ke syurga?
Orang A kaya. Kekayaan itu menjadikannya banyak bersedekah. Dia ke syurga.
Orang B miskin. Kemiskinannya membuatkan dia bersabar. Dia masuk syurga.
Ini maknanya apa yang Allah bagi, ada alasan - iaitu alasan untuk membuatkan kita layak ke syurga.
Kita ni alim pun tidak, bukan ahli Al-Quran, jadi da'i pun tak, wali kutub tak, wali abdal tak, imam pun tak adil, sabar pun tak, miskin pun tak.
Jadi apa jalan kita ke syurga? Memang kau ada kabel kat sana nanti?
Maka sebab itu tak semua orang dapat benda yang sama.
Supaya apa yang kita dapat itu kalau kita manfaatkan dengan baik, boleh menjadi alasan untuk ke syurga.

Tapi tidaklah bermakna semua kena bercita-cita jadi miskin sampai menyusahkan orang lain pulak.
Kalau menjadi kaya boleh menjadi peluang ke syurga, bukan ke lebih baik jadi kaya. Betul tak?
Cuma bila ada yang bertanya kenapa ada orang hidupnya smooth dan selesa dari sejak lahir sampai ke tua.
Lahir atas duit. Hidup bergelumang harta. Dihormati. Disanjung.
Sedikit sebanyak macam rasa tak adil, kan?

*hela nafas yang panjang*

Sebenarnya kan, yang kita nampak kaya tu pun ada masalahnya.
Tapi mungkin masalahnya bukan pada duit.
Yang kita nampak keluarga bahagia tu pun ada masalahnya.
Tapi masalahnya bukan pada kasih sayang.
Yang nampak hebat dan berjaya tu pun ada masalahnya.
Tapi masalahnya bukan pada kerjaya yang hebat.
Percayalah, semua orang Allah bagi nikmat dan masalah, tinggal lagi nikmat dan masalah tu tak sama.
Yang tak berduit, kaya kasih sayang.
Bagi kita yang perlukan duit, memanglah tak mandang kasih sayang sebab kasih sayang yang kita dapat cukup.
Tapi untuk orang yang ada duit tapi takde kasih sayang, duit tak bermakna bagi dia.
See? Sama je masalahnya.

Aku ada kawan yang dari sudut kewangan, sangat establish.
Takde masalah nak beli property cash.
Tapi takde luck dalam perkahwinan.
Beberapa kali dah bercerai.
Kebanyakan dari kitorang kawan-kawan cakap "Takpelah, kau berduit. Boleh je dapat pengganti".
Bukan nak kata dia boleh 'beli' wife dengan duit tapi bila lelaki berduit, tak ada masalah untuk mencari pengganti.
Itu kata kita, tapi bagi dia, duit banyak pun tak boleh beli bahagia.

Ada seorang lagi kawan, kerjayanya hebat. Successful.
Hakikatnya dia lonely.
Berkahwin tetapi sekadar mempertahankan perkahwinan kerana anak-anak.
Suami kawen lagi satu. Dia terpaksa sibukkan diri dengan kerja supaya tak bersedih.
Kitorang cakap "Takpelah laki kau kawen sorang lagi, yang penting poket kau penuh, kau success".
Sebab apa? Sebab kitorang belum se-success dia, maka to us duit jadi lambang success.
But to her, duit berkepuk tak bermakna bila kena berkongsi kasih sayang suami.
Pergi bercuti dengan anak tanpa suami.
Beraya dengan anak tanpa suami. Sedih, kan?

Bak kata seorang kawan, kalau dah usaha sehabis baik tetapi masih belum capai apa yang kita nak, anggap sajalah memang kita tak ditakdirkan untuk capai apa yang kita mahu tu.
Apa yang kita nak maybe baik untuk orang lain, tapi boleh mendatangkan buruk pada kita.

Aku pernah tengok Bersamamu TV3, sorang perempuan asalnya berkerjaya.
Ditakdirkan mak sakit lumpuh.
Dia nekad berhenti kerja untuk duduk kampung jaga mak.
Duit simpanan habis uruskan mak, sampai masuk Bersamamu. Punyalah dah susah.
Surprisingly dia nampak tenang. Dari tutur kata nampak dia content.
Walaupun tak senang dari sudut kewangan, tapi hatinya senang dekat dengan mak dan dapat berbakti pada mak.
Kita nampak dia susah, tapi maybe dia sendiri tak rasa susah mana.
Yang kita ni ada orang duit, ada kerja, tapi cuti tak lulus. 
Menangis tak dapat balik jenguk mak.

Bottom line is, masing-masing ada susah dan senangnya.
Terpulang cara kita menyingkapi takdir masing-masing.
Kalau ada sikit, kita manage dengan cara sikit.
Ada banyak, kita manage dengan cara banyak.
Kalau pendapatan hanya banyak ini, uruskanlah hidup dengan banyak itu dulu. Kendian usaha lagi.
Asyik mikir kenapa orang tu kaya, kenapa orang tu tak pernah susah, kenapa orang tu buat semua menjadi -- takkan mengubah hidup kita pun.
Tapi ye lah, realizing that there are people who are struggling just like us, makes it a little less lonely.
Kalau macam tu, luahkan. Share the problems with your people. 
Hiding problems not making your days better. 
Kadang-kadang keadaan kita tak teruk mana, tapi imaginasi kita yang buat teruk. 
Sesekali bila meluahkan dan dapat buah pikiran orang lain barulah kita sedar ohhh keadaan aku taklah teruk mana.