2022-07-01

Terkeliru dengan keperluan, kehendak dan perasaan mahu lebih dari semua orang.


It is interesting to see orang yang tak pernah sekolah tetapi faham nilai duit.
Ternyata walaupun tak sekolah, ramai yang tahu tentang duit.
Ini membuktikan duit can make people smart, at least smart about money.
Orang yang tak bersekolah pun pandai buat duit.
Sampai ada yang cakap "buat apa belajar tinggi-tinggi, buat perabis duit je".
Ada juga yang kata "belajar pandai-pandai belum tentu jadi kaya".

Betapa besarnya pengaruh duit sekarang.
Sampaikan orang yang belajar pandai pun dipandang lekeh kalau tak kaya.
Buang masa katanya.
Habiskan bertahun-tahun belajar untuk gaji yang tak seberapa.
Katanya tak ada kaitan antara kaya dengan belajar sebab ramai yang tak pandai belajar tetap boleh jadi kaya.

Kesian dengan metaliti macam ni.
Patutlah tak pandai. Dangkal sangat cara berfikir.
Sedangkan kita belajar bukan untuk jadi kaya semata-mata tetapi kerana ketamadunan manusia perlu dipertahankan.
Kaya tapi bodoh - apa akan jadi dengan tamadun manusia?
Sebab tu perlu belajar, perlu ada orang yang jadi doktor, guru, engineer, arkitek, ahli agama, mathematician, etc - supaya ketamadunan manusia terus subur.

In social life, duit adalah penting. Tak dinafikan.
Apa saja sekarang perlukan duit.
Without money, one's life will be difficult.
On the other hand, with money, one's life will be easy.
Semua aspek kehidupan manusia bergantung kepada duit.
Tanpa duit, semua aspek kehidupan boleh tersekat.
Malah dalam aspek ibadat, kita perlu duit untuk bina, maintain dan mengimarahkan tempat ibadat.
Nak jaga kebersihan, kecantikan dan keselesaan sendiri pun perlu duit.

'Perlu Duit' dan 'Perlu Kaya' adalah dua benda berbeza.
Duit adalah necessity untuk memenuhi keperluan hidup, tapi tak bermakna perlu jadi kaya.
Even nak jadi success pun tak perlu jadi kaya terlebih dulu baru boleh dikatakan kaya.
Dalam konteks yang mudah, menjadi success tak perlu ada banyak harta, perlu menjadi CEO atau ada syarikat besar.
Everyone has their own level of success.
Sedih bila dah tahun 2022 masih lagi ada orang yang kaitkan belajar dengan kaya.
Takde kaitan pun! Every success has its own portion.
It's not always about luxury.

Duit akan jadi manfaat jika kita jadikannya sebagai keperluan hidup.
Tapi bila duit menjadi tujuan hidup, insyallah penyakit stress akan sampai.
Kerana hidup itu murah. Yang mahal adalah gaya hidup.
Cukup atau tak, sangat bergantung pada rasa syukur.
Kalau rasa syukur kurang, banyak mana sekalipun duit yang ada tetap takkan rasa cukup.
Sebanyak mana pun kita berhabisan beli itu ini, tetap rasa tak puas.

Macam kisah yang aku ceritakan semalam.
Masa belum ada apa-apa, semuanya terasa cukup.
Bila dibagi upgrade sikit, mulalah mencari-cari apa lagi yang belum cukup.
Dek kerana terlampau mencari 'success', akhirnya tak kemana. Hanyut.

Flow-nya macam ni, ya.
Bila rasa syukur berkurang, duit terasa manjang tak cukup.
Sebenarnya duit tu ada, tapi terasa macam kurang. Macam tak banyak.
Sebab dalam kepala tu terlampau ambitious nak macam-macam.
Ambitious tu bagus, supaya kita ada motivasi untuk mempertingkatkan hidup.
Tapi bukan sikit-sikit orang yang dek kerana tingginya cita-cita, habis semua dia langgar.
Yang jadi scammer, jadi conmen, jual produk timbang kilo tak ketahuan asal usul, overclaim produk, buat content merepek hanya kerana mahukan kelainan.
Katanya kalau nak hidup luar biasa, content kena yang 'luar biasa'.

Bila selalu merasa tak cukup, bahagia pun berkurang.
Bila kurang bahagia, hati tak tenang.
Bila hati tak tenang, nak beribadah pun malas, maka ibadah pun berkurang.
Bila ibadah kurang, semakin jauh dari Allah.
Bila Allah dah semakin jauh, maka tercabutlah kenikmatan dan ketenangan, yang tinggal hanya keinginan pada dunia tak berkesudahan.
Inilah bentuk musibah yang ramai tak sedar.

Musibah datang tak semuanya dalam bentuk kecelakaan seperti accident, rumah terbakar, anak mati, suami sakit, etc. Tak.
Musibah yang paling dasyat adalah ketika Allah cabut nikmat tenang dan syukur dalam diri.
Bila nikmat tenang dan syukur dicabut, slowly kita akan merasa semua di atas tadi.
Dah dapat, masih rasa kurang. Dah dapat, masih rasa tak cukup.

Tak salah nak cari banyak. Tak salah nak capai lebih.
Cuma kadang-kadang kita mudah terkeliru. 
Terkeliru dengan keperluan, kehendak dan perasaan mahu lebih dari semua orang.
Tahu-tahu je stress.

"Money can't buy happiness" is a truth that is often mentioned.
Walaupun statement tu betul, menjadi miskin pun tak dapat beli kebahagiaan.
Some people become very rich, but they still have to struggle to enjoy their lives.
The thing is bukan soal banyak atau sikit tapi bagaimana kita memaksimakan apa yang ada.

Belum tentu duit yang banyak akan jadi rezeki.
Ingat tak kes pegawai kerajaan yang songlap duit simpan dalam kabinet dalam rumah dulu?
Duit dia banyak. Tapi apa je yang dia boleh buat dengan duit yang banyak tu?
Simpan dalam kabinet. Nak keluarkan takut.
Nak simpan dalam bank pun takut. Nak belanja lagilah takut.
Karang orang curiga pulak kau pegawai kerajaan saja tapi boleh ada itu ini, macamana?
Ujung-ujung usap je lah pintu kabinet tu (ok, ni aku tambah).

Maksudnya kat sini, banyak duit sekalipun, belum tentu boleh dimanfaatkan.
It is not about banyak atau sikit, tetapi samada duit tu mendatangkan manfaat atau tak.
Cuba tanya, kenapa nak beli barang yang di luar kemampuan?
Betul ke kita benar-benar mahu memiliki, atau sekadar nak dikagumi orang?
Jawablah dengan jujur.
Tak perlu bagitau orang apa jawapan kita, cukup diri sendiri tahu.

Dalam kebanyakan masa, orang berhempas-pulas kerja untuk beli itu ini walau di luar kemampuan bukan kerana mereka memang nak pakai, tetapi kerana nak dilihat oleh orang lain.
Kerana material yang mahal membawa isyarat kekayaan.
Orang lain nampak memang kagum, tapi kita?
Kita je yang tahu betapa setengah nyawa nak beli barang tu.
Seksa kerja dari siang ke malam, malam ke siang kerana kita bukan berduit mana pun sebenarnya.
Hanya kerana nak orang nampak kita successful, sanggup berhabisan sampai stress-stress.

Lepas dapat beli, orang pun puji. Kita seronok.
Lepas tu, apa kita dapat? Tak dapat apa pun.
Itu pun nasib baik orang puji, kalau dapat keji?

Sukses adalah apa yang kita kerjakan.
Apa yang kita usahakan, adalah sukses.
Hasilnya, hak Allah.
Kalau segala usaha dah dibuat dengan dedikasi dan ikhlas, namun belum rezeki, bertenang.
Setidak-tidaknya kita sudah success menjalankan hak kita untuk berusaha.
Kerana memang usaha adalah hak kita.
Tapi hasil hak Allah.

Memiliki barang mahal, bukan calang-calang ujiannya.
Kerana bila kita ada barang mahal, kita cenderung untuk show off.
Bila dah show off satu, pasti nak show kedua.
Lepas tu ketiga, keempat..dan seterusnya.
Sampai satu tahap dah jadi satu bebanan supaya orang tahu kita sentiasa memiliki.
Mestilah orang nak tengok lagi apa yang kita ada, kan.
Yang kita pun dah seronok dikagumi, terpaksalah kekalkan momentum tu, berhabis demi nak kekalkan pujian orang.
Ujung-ujung stress sendiri.
Stress memang tak tunjuk kat orang. Tapi sendiri tahulah.

Bukan tak boleh berbakti pada orang lain, especially pada mak bapak.
Sesekali nak belikan barang-barang mahal, tak salah.
Malah, mulianya hati bila ada rasa mahu mewahkan parents.
Tapi, patut padanlah dengan kemampuan.
Kalau dah sampai stress pikir mana nak cekau duit, tak perlulah sampai macam tu.

Sifatnya manusia seronok bila dipuji, mudah sukakan orang yang buat baik padanya, walaupun sekadar dapat pujian.
Dan, manusia cepat benci orang yang buat jahat padanya, walaupun hanya dikritik.
Perasaan tu melonjak-lonjak bila dipuji. Tak tentu arah rasanya.
Bila hati dah rasa seronok, diri cenderung tunjukkan kebaikan-kebaikan lain.
Kepala asyik mikir apa lagi nak buat supaya pujian tu tak stop kat situ je.
Malah, ada yang sanggup menipu dan buat cerita dongeng supaya orang lain kagum.
Tu yang dulu ramai plagiat kisah cinta aku tu.
Dek kerana dah mula seronok dengan kekaguman orang, mulalah buatlah cerita dongeng.
Kisah orang dia ngaku kisah dia.
Gambar rumah orang, ngaku gambar rumah dia.
Lepas tu buat blog ambik post-post orang, jadikan post dia konon.

Pelik, kan? Mula-mula nampak macam small matter.
Setakat nak jadi kaya, apa salahnya.
Tapi, when money has become the measure of everything, it will destroy the order of humanity.
Kau akan jumpa perangai yang pelik-pelik macam tu.

Ramai orang lebih peduli dengan apa yang orang lain fikir.
Maka ramailah yang meletakkan value diri sebaris dengan material.
That's why some people sanggup ni kelebet dan korek habis-habisan nak tahu samada kawan dia beli LV ori ke tak.
Sakit hati kalau kawan tu beli ori.
Lega kalau kawan tu beli copy punya.
Selalunya jenis yang tak puas hati macam ni, bukannya berduit sangat.
Dia beli hat ori tu pun susah-payah kumpul duit.
Jadi bila ada orang lain beli sebijik sebijan macam dia, dia jadi sakit hati dan tak puas hati.

Kaitkan someone yang pakai Proton dengan bawa henbeg Prada.
Dia assume that Prada is not original.
Sebab apa jadi macam ni?
Kerana dia meletakkan nilai diri satu level dengan harta.
Kalau pakai branded item, maka orang itu kaya.
Kalau pakai kereta local, mungkin kerjanya kerani.
Kalau kerjanya hanya kerani, apa yang orang tu cakap boleh dipertikaikan.
Kalau bawa Prada, jangan cari pasal sebab mungkin orang tu kerjanya lawyer. Ahgitu.

For those of you who are currently struggling, be enthusiastic and keep moving forward relentlessly.
For those currently still living with sadness and anxiety don't worry. we don't always live with problems.
For those of you who are still insecure, success is within us, not according to what we see.