2022-07-03

Ada parents get agigated dan menjadikan parenting satu competition.


Tadi aku nampak video ni lalu kat FB:


Cikgu ni buat disclaimer awal-awal yang menyatakan parents budak ni tak pernah paksa anak untuk bersaing.
It's just that budak ni rasa left out bila kawan-kawan ada yang dah boleh membaca.

Menangis aku tengok video ni.
Terasa macam cikgu ni menceritakan kisah Rayyan.
Rayyan dulu sebijik macam ni.
Dia masuk tadika sama macam budak-budak lain, at age 4.
Tapi dia slow berbanding lain.
Hujung tahun masa ambil report card, cikgu kelas kata Rayyan sorang yang tak pandai membaca dan mengeja. Menulis pun out.
Aku tengok cikgu tunjuk budak-budak lain dah boleh tulis nama sendiri (walau tulisan ke atas ke bawah), tapi Rayyan lansung tak boleh mengeja.



Sebak betul aku masa tu.
Walau macamanapun, aku tak push Rayyan untuk bersaing.
Aku bimbing dia menulis and membaca at home, slow-slow ikut pace dia.
Pada aku, tak kisahlah kalau tulisan tak cantik, atau hanya boleh membaca yang basic, asalkan dia tak rasa ketinggalan.
Budak macam Rayyan ni, walaupun dia hanya tahu baca word "SAYA", dah happy dah.
Bagi dia dah improvement sangat sebab at least dah boleh membaca.

Rasanya yang baca blog aku dah tahu journey Rayyan - dari tak pandai mengeja, tak pandai menulis, kemudian menulis condong ke bawah, tak boleh mengira - sehinggalah dia di-diagnosed dengan mild dislexia.
Masa umur 4 tahun kitorang tak terfikir lansung dislexia. Sebab kecil lagi, kan.
Ingatkan biasalah tu umur 4 tak pandai mengeja.
Bila tengok budak-budak kelas dia dah pandai, tersentak juga aku.

Bukan aku nak dia jadi outstanding sangat, tapi janganlah sampai ketinggalan sangat.
Kalau majoriti boleh menulis, tiba-tiba anak kau sorang tak boleh menulis, dah boleh buat sesuatu dah tu.
Rayyan macam budak yang cikgu ni ceritakan.
Dia pernah cakap "Ma, adik tak pandai ke, Ma. Kawan adik cakap adik tak pandai".
Sedih aku masa tu.
Tapi nak emosi sangat pun yang cakap anak aku tak pandai tu pun budak-budak juga.
Umur 4 tahun sama dengan Rayyan.
Buruk nau rasanya mak-mak nak bergaduh dengan budak umur 4 tahun 😆.
Jadi, aku hanya teruskan train Rayyan di rumah dan bagitau dia, "Adik bukan tak pandai, adik belum pandai".



Ini masa umur 6 tahun.
Dah boleh membaca ayat penuh berperenggan.
Kemain suka lagi bila dia dah faham apa yang buku tulis.
 


Ini pun age 6.
Membaca bahan bahasa inggeris pula. Lancar juga.

Bila dapat anak yang slow macam ni, mak bapak jangan putus asa.
Kemampuan anak-anak tak sama.
Tengok sajalah kita. Dulu kita di sekolah macamana?
Ada tak yang lagi pandai dari kita?
Itu pun membuktikan kemampuan manusia tak sama.
Yang penting, jangan ketinggalan sangat.
Sebab itu aku paling tak setuju streaming class dimansuhkan.
Streaming class sebenarnya membantu anak-anak belajar ikut pace yang sesuai.
Berada dalam environment yang tahap kefahamannya sama membantu budak-budak belajar dalam condition yang lebih baik.
Cikgu pun senang nak guna teknik pengajaran yang sepadan.

Ini tak. Dah la syllabus mengarut tinggi.
Tak buat streaming class pulak tu.
Syllabus nak kena kejar.
Penyudahnya yang laju, faham.
Yang tak laju, tertinggal.
Naik kelas tahun depan yang ketinggalan tadi bertambah blur.
Bila datang sekolah pun tak faham, mana nak datang seronok belajar?

Tapi tu lah, nak buat macamana, kan.
Dah sistem kita diset-kan begitu.
Nak tak nak, mak bapak terpaksa kerja lebih untuk bantu anak-anak.
Masa Rayyan tak boleh membaca dulu, di samping ajar kat rumah, aku ambil 1 jam extra untuk dia belajar membaca di skolah.
Kesian pulak aku tengok.
Budak-budak lain dah balik, dia extend lagi 1 jam.
Mujurlah Rayyan ni jenis ikut arahan. Dia tak merungut.
Lagipun cikgu-cikgu layan dengan baik, jadi dia takde rasa stress kena belajar lebih masa.
 


Ini masa age 10 tahun.
Dah terlampau bijak bercakap pulak dah masa ni.
Sampaikan dia boleh explain kat aku perbezaan iPhone and phone jenis android.
Melopong kejap aku.
Aku yang belajar habis ni pun kalau nak beli phone "skrin besar, kaler apa ada?"
Itu je spec yang aku pandai 😆.
Si Rayyan explain pasal phone macam penah buat part time kat Low Yatt. Kahkahkah.

Yang paling penting, nasihat aku (kalau boleh dipakai), mak bapak jangan banding-membanding anak-anak.
Kita yang dah tua ni pun kalau dibanding-bandingkan oleh boss, sakit hati kan?
Maka, janganlah buat.
Anak-anak ni walaupun kat sekolah dia tak sepandai orang lain, tapi kalau kat rumah mak bapak support, suasana harmoni, environment condusive, insyallah dia boleh improve.
Tak sepandai orang lain tak apa, asalkan jangan lost sangat. Kesian anak-anak kalau di kelas dia blur blur. Jadi mak bapak kena assist kat rumah. Make time.

Dari anak mula meniarap, merangkak, berjalan, tumbuh gigi, bercakap, pandai berak dalam toilet, pandai membaca....sampailah anak berjaya masuk law school (belum grad lagi, baru diterima masuk je), menjadi fitrah manusia untuk membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain.
It's human nature.
Walaupun some parents menerima kelebihan dan kekurangan anak masing-masing dengan hati terbuka dan berlapang dada, ada parents yang get agigated dan jadikan parenting satu competition.

Jangan berasa pelik setiap kali exam atau setiap kali ada kisah anak-anak berjaya dalam exam, akan muncul pendapat-pendapat di kalangan ibubapa tentang patut ke tak patut score straight As, atau patut tak anak-anak dihantar ke skolah berasrama, atau patut tak hantar anak ke kelas tusyen, etc.
Jangan merasa tertekan. Ini adalah benda biasa.
Bolehlah dianggap sebagai "upacara tahunan".

Dia punya "kemeriahan" arguing tu sama meriahnya dengan competition antara ibu bekerja vs ibu surirumah, jaga anak sendiri vs hantar pengasuh, bawa bekal vs beli makanan kat kantin, beranak normal vs beranak operate, kawen grand vs kawen kecil-kecilan, hantaran murah vs hantaran mahal...and the list goes on.

Ini semua adalah isu-isu biasa yang takkan habis!
Kalau tahun ni kau bakal hadap salah satu dari 'competition' ni, mohon bertenang saja.
Selagi pendapat mereka tak mendatangkan kesusahan untuk kita, kita dengar je.
Lagipun everyone is entitled to their opinion tak kiralah apa pun pendapat tu.
Selalunya pendapat tak jadi masalah, yang bawa masalah adalah respond terhadap pendapat tadi.
Jadi, kalau rasa pandangan tu tak sesuai, jangan ikut.
Lepas tu move on. Simple.

Kalau ada yang kata "Aku buat X, Y, Z untuk anak-anak aku", itu tak bermakna kita pun kena buat benda yang sama.
Kalau rasa perlu buat, buat.
Rasa tak perlu, jangan buat.
No need to rasa tertekan or left behind.
We all have our own strengths as parents.
Kadang-kadang, bila dengar orang lain buat something untuk anak-anak mereka, kita teringin nak buat benda yang sama supaya anak dapat kemahiran dan pengalaman yang sama macam anak orang lain.
However, you don't need to be doing everything all the time.

Be guided by your child, not by your parent friends.
Berinteraksilah dengan anak-anak untuk memahami kehendak dan keperluan mereka.
Dari situ nanti kita tahu apa yang anak-anak lebih perlu.
Being a parent is not a competition tapi satu pekerjaan dan satu tanggungjawab.
Membesarkan anak-anak tak sepatutnya jadi persaingan.
Kita tak boleh kawal pendapat dari mak bapak lain, tapi kita boleh sesuaikan dengan cara kita berfikir dan our reactions.
Ini membantu kita mengelakkan diri dari bersaing dengan orang lain.
At the same time mengurangkan kebimbangan dan tertekan dengan our own parenting decisions.

Manusia berkembang pada kadar yang berbeza.
Jangankan kata budak-budak, kita yang dah tua bangka ni pun berbeza kecekapan, berbeza tahap kefahaman dan berbeza bakat.
Ada anak-anak yang tak perlu dihantar tusyen, belajar selak-selak gitu pun dah pandai.
Ada anak-anak yang perlu belajar siang malam sebab slow learner.
Ada anak-anak perlu dihantar tusyen sebab suasana kat rumah tak kondusif untuk belajar.

Dek kerana anaknya tak dapat straight As, dia kata straight As belum tentu boleh jadi jutawan.
Dek kerana anak dia tak dapat masuk kelas pertama, dia kata sistem pengkelasan zalim kerana mewujudkan kasta.
Dek kerana anak dia tak dapat masuk boarding school, dia kata sekolah berasrama belum tentu melahirkan pelajar bagus.

Aku dah lali dengan competition-competition macam ni.
Sebab semuanya tak berpihak pada aku pun.

Mak yang best katanya mak yang bersalin normal. Aku tak.
Mak yang best katanya mak yang menyusukan anak dengan susu badan. Aku tak.
Mak yang best katanya mak yang masakkan bekal untuk anak ke skolah. Aku tak.
Mak yang best katanya mak yang ajar anak-anak mengaji sendiri. Aku tak.
Mak yang best katanya mak yang berhenti kerja, duduk rumah jaga anak. Aku tak.

Kalau nak ikutkan piawai orang lain, aku dah kalah teruk.
Tapi biarlah.
Like I used to say, kalau aku perlu bagi dia menang, aku bagi je dia menang.
Tapiiiii, there are some people who are dissatisfied bila kita selesa dengan 'kekalahan' ni.
Kita buat rileks buat hal sendiri pun dia bengkek.
Padahal dia yang kata segala yang dia buat tu the best.
Tapi dia masih tak puas hati dengan kita.
Tak puas hati bila kita tak kisah kita 'kalah'.

Menjadi mak bapak adalah tugas paling mencabar.
Nak-nak lagi di zaman sekarang bila mak bapak mula melabelkan kejayaan anak has something directly to do with the parent's abilities.
Ada parents yakin pendapat mereka is the only right way.
Itulah punca mereka jadi sangat competetive.
Parents yang suka membanding-bandingkan development anak-anak boleh jadi merupakan kelompok parents yang insecure.
Maybe ada expectation meraka yang anak-anak tak dapat penuhi.
Lalu mak bapak ini rasa kecewa tapi malu nak mengaku kekecewaan.
At the same time merasa 'loser' bila anak sendiri tak sehebat anak orang lain.
Maka, jalan paling sesuai adalah mencipta teori sendiri untuk menjustifikasi kekurangan anaknya.

Keluarlah dari perdebatan "siapa lagi bagus".
Jangan pernah merasa apa yang kita buat pada anak-anak kurang bagus berbanding orang lain.
Kalau betul belum cukup bagus, biarlah itu datang dari comparison dengan our previous tindakan, bukan compare dengan orang lain.
Apa yang menjadikan kita parents yang bagus adalah keupayaan kita untuk melakukan yang terbaik untuk anak-anak.
It's not about apa yang anak-anak boleh bagi in return, tetapi apa yang kita boleh bagi untuk anak-anak.
So just be secure in your own decisions.
Bila kita rasa senang dengan keputusan kita, kita tak perlu justify our action to others.


 

 Video speech Rayyan yang the latest. Dia bercakap tentang HFMD.
Tak menang sebab sekolah kata hanya pilih satu orang mewakili satu competition.
Kebetulan essay writing dia menang, jadi cikgu bagi orang lain menang pula untuk speech.
Takde hal lah, janji pengalaman tu ada.