2022-05-11

Raya 2022 Part 1


Baiklah, cerita raya bermula.

Tahun ni turn raya Bangi.
Di saat orang lain dah pecut balik kampung seawal Jumaat pagi, aku bersantai-santai lepas Zohor hari Ahad baru balik Bangi dalam suasana tenang, tanpa jem.
Gitu berlagaknya mukadimah aku kali ni.

Boleh je nak balik awal tapi nak buat apa.
Bukan boleh masak-masak pun lagi.
Baiklah aku lepak kat rumah mengemas apa yang patut, walaupun takde apa nak dikemaskan sebab bibik dah datang kemas 😆.
Maka aku menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di rumah saja.
Cariklah kerja apa-apa yang patut nak kill the time.

Ima sampai Bangi Ahad around 2 pagi.
Aku siang tu siap goreng spageti aglio olio untuk bawa berbuka kat Bangi.
Lepas Zohor, rilek-rilek keluar rumah balik kampung.
Kali ni aku pulang beraya dengan bawak kuali, sudip, papan pemotong dan pisau sendiri.
Tak reti aku nak guna barang-barang Mak Aji.
Karang aku terkibai-kibai kat dapur dia marah.
Tahun ni kita jadi bijak sikit ya, bawak harta sendiri.
Bantal and selimit of course lah sendiri punya juga.
Walaupun rumah Mak Aji melambak-lambak bantal, tido kat bantal sendiri juga yang selesa.
Terasa seperti tido di katil sendiri.

Petang tu lega aku dapat tolong masakkan makanan berbuka dengan guna kuali sendiri.
Barulah cantik kejadian ikan goreng aku.
Kalau tak, macam bodoh tak reti menggoreng ikan je aku kat dapur tu.
Nak pulak kalau Mak Aji standby kat tepi, lagilah macam bingung kejap aku.
Petang tu berbuka dengan cukup korum - Pak Aji, Mak Aji, aku sefamili, Ima sefamili, Ibal sefamili and Aiman with Dill pun ada sekali. Complete.
Tak sempat nak ambik gambar je.

Menantu ni dari awal minggu dah ditugaskan untuk pasal lampu lip lap.
Lampu pun dia tukang belikan. Sampai ke Bangi terus dia pasangkan.
Nasib baik mood dia datang nak pasangkan lampu petang tu jugak.
Dibuatnya dia plan nak pasang besoknya, tak huru-hara sebab esok raya terkejut.

Ini lauk berbuka petang tu.
Nasib baik Mak Aji dah siap-siap masak rendang hari Sabtu. Gara-gara Ima nak balik hari Sabtu, Mak Aji masakkan rendang awal-awal supaya bersahur pagi esoknya boleh makan rendang. Helok pulak rendang paru, rendang daging and rendang ayam complete ada. Berbuka hari last tu kebetulan lemang yang ditempah pun sampai. Just nicelah dapat berbuka lauk rendang dengan lemang.

Suasana masa berbuka puasa.
Yang sebelah En Wan tu Aiman. Dia family kitorang.
Masa berbuka ni dah sembang-sembang "Kalaulah esok raya, meloncat nak siapkan sambal goreng malam ni jugak".
Hati tu dah berkata-kata berat kepada esok raya sebab beberapa hari sebelum tu kawan aku yang connection dengan Jakim dah bagitau kebarangkalian besar raya Isnin.
Tapi dalam masa yang sama berharap janganlah esok raya sebab mood sedang mahu bersantai-santai.

Pukul 8pm terpacak masing-masing depan TV dengar berita.
Rasanya TV1 umum awal.
Bila kata raya Isnin, aku and Ima menjerit "Waaaaaaaa".
Bukan menjerit keriangan tapi ketakutan sebab hati ayam, udang, semua dalam freezer lagi.
Laju-laju kemas meja, basuh segala apa yang patut.
Lepas solat keluarkan semua barang-barang mentah.
Aku habis solat tengok kereta aku dah takde.
Rupanya En Wan lagi laju.
Cepat-cepat dia keluar ke Jakel Bangi untuk cari butang baju melayu terlupa nak bawak.
Yang Si Ibal and CT kebetulan berbuka puasa kat luar hari tu.
Dia kata lepas umum esok raya, kedai sebelah menyebelah laju-laju tarik grill.
Semua pun macam dah start kemas-kemas.
Tak tenang dia nak habiskan makanan.

Elok je barang mentah lembut, aku dengan Ima bersinsing lengan terus prepare buat sambal goreng and prep untuk buat lodeh.
Memang nasib baiklah Mak Aji dah siapkan rendang.
Kalau tak, nangislah stay up kacau rendang malam tu.
Dill and Aiman laju-laju balik terus ke Cyberjaya, pack baju sebab dorang nak balik Ampang malam tu jugak.
Geng Ampang (makcik aku) start merendang pukul 12 malam sampai ke 2.30 pagi.

Ini situasi dapur lepas pengumuman raya. Masa ni aku tengah sibuk menggoreng hati, udang, tauhu, tempe untuk buat sambal goreng. Yang kelakar tu, berjemaah pulak dengan jiran belakang.
Yang bunyi blender, yang bunyi tengah menumbuk lesung. Masing-masing panik lettewwwww.

Ini mujur dah settle siang hari. Maka bercahayalah rumah Pak Aji malam raya.
Time ni budak-budak nak main bungapi. Main satu malam je, lepas tu dah raya terus lupa nak main.
Aku tak tahu apa jadi dengan belen bungapi kat rumah Mak Aji tu.

Alhamdulillah tepat pukul 11.10pm, sambal goreng aku siap.
Terus sambung goreng tempe and tauhu untuk prep lodeh esok pagi.
Pukul 1 pagi masuk tido.
Aku dengar lentang lentung kat dapur.
Rupanya CT sambung isi kuih dalam balang and mengemas mangkuk and periuk untuk hidang makanan raya besoknya.

Esoknya pukul 5 pagi aku dah bangun dulu.
Aku tido bilik bawah. Bila dah bangun, malas nak kejut orang atas.
Aku buat je lah apa-apa yang patut dulu.
Gorengkan 50 biji ketupat palas siap-siap.
Lepas tu panaskan semula sambal goreng malam tadi.
Then start buat sambal sotong.
Selalunya buat sambal udang.
Sambal ni nak buat makan dengan lontong.
Tahun ni kita tukar jadi sambal sotong.
Lepas Subuh Ima and CT turun untuk handle lontong and juadah lain.
Walaupun 3 orang je yang berkerja kat dapur tapi meriah, ya.
Suara aku je dah macam 5 orang punya suara.
Pagi-pagi Subuh masing-masing terbahak-bahak kat dapur.
Mak Aji turun pukul 7 pagi, semua masakan dah ready.
Masa tu kitorang dah tengah lap-lap dapur dah. Settle.

Alhamdulillah lauk raya pertama - ketupat palas, nasi impit, sambal sotong, sup tulang, rendang daging, rendang tok, lodeh, sambal goreng, kuah kacang.
Tahun ni first time buat sup tulang.
Supaya orang boleh makan dengan nasi impit ala-ala macam makan soto.

Walaupun raya tahun ni terkejut, tapi buat pertama kalinya kitorang tak kelam-kabut pagi raya.
Selalunya, orang lelaki dah pegi masjid kitorang masih lagi belum mandi dok menyiapkan itu ini.
Tak tahu macamana tahun ni 7.30am semua dah siap terhidang atas meja, dapur dah siap clean.
Padahal tahun ni macam-macam masakannya. Magik apekah?

Ini selepas orang balik dari masjid. Semua dah siap cantik menunggu orang lelaki balik.
Aku and Ima siap bergambar dulu bagai. Acara pertama haruslah makan dulu.
Panjang pulak khutbah raya tahun ni aku rasa. Nak dekat 9.30am baru nampak orang lalu-lalang depan rumah balik dari masjid.

Selepas itu bermulalah acara bergambar.
Kena bergambar dulu baru salam raya sebab nanti dah nangis-nangis mekap spoil. Tahun ni kebanyakan gambar mendongak sebab tukang ambik gambarnya tinggi 6 kaki - Ibal. Masa bergambar hari tu nampak macam semua ok je. Bila tengok balik la haiii semua mendongak, mata ke atas je. Hahaha. Lepas ni tak boleh kasi Ibal ambik gambar. Terlampau tinggi. Dia membongkok pun masih tinggi lagi.

Gambar raya Ima agak ok sebab aku yang ambikkan. Kalau Ibal ambik nescaya mata ke atas juga.
Anak sedara aku Jannah minggu depan mendaftar masuk Sekolah Sains Ahmad Shah Pekan, Pahang.
Memandangkan itu satu-satu anak perempuan Malong, maka Malong wajiblah menghantar sama.
Semoga Jannah bertahan di boarding skool mengikut jejak langkah ammak dan appa-nya.
Jangan ikut jejak Malong, ya. Seram Malong membayangkan mak kau melontarkan vokalnya nanti.

Keluarga ni seperti yang dijangka, masih lagi hazab gambar rayanya.
Masa tulah yang nak tido, masa tulah yang nak melalak.
Snap je lah, asal ada bukti berhari raya di Bangi.

Atok and nenek bersama-sama cucu.
Nampak sangat beza Redza dengan cousin lain.
Yang lain kecik-kecik lagi, dia sorang je dah habis sekolah.
Nampak bujang di situ.

Pak Aji and Mak Aji bersama menantu-menantu.

Keluarga asal Ishak :)

Tak cukup dengan gambar kat dalam rumah, masing-masing sambung kat luar rumah pulak.
Panas pun panaslah, janji ada gambar.
Alhamdulillah, setelah 21 tahun kawen, baru kali ni dapat merasa baju melayu warna pink sefamili.
Susah betul aku nak meyakinkan beburung ni semua untuk pakai pink.
Bila dah pakai kemain helok je pun.
Dorang ni asal aku cakap pink je mesti ingat pink yang girly-girly.
Pink ni ada tonanya, kalau kena dengan tone yang betul, elok je bila dipakai.
Kena pulak dengan matching samping lagilah ok.

Tahun ni, dorang je berbaju baru, aku pakai baju 10 tahun lepas. Baju tahun 2012.
Malas nak beli baju baru.
Bukan apa, baju yang aku pakai ni pun beli untuk raya tahun tu, penyudahnya tak berpakai sangat pun.
Daripada aku penuhkan lemari aku dengan baju kurung baru tiap-tiap tahun, baik aku recycle je baju lama.
Kalau aku tak bagitau orang ini baju 10 tahun lepas pun orang takkan tahu, kan? Haha.
Korang yang berkerja pakai baju kurung tu takpelah, berbaloi buat baju baru sebab boleh pakai oergi kerja.
Aku ni nak tengok pakai baju kurung kalau ada meeting dengan Universiti je.

Ini bukti baju ini baju lama.
Zaman pakai tudung awning keras Ariani lagi 😆.
Berbaloi beli baju batik. Dah 10 tahun masih relevan dipakai.
Baju ni aku beli kat Butik Batik Exclusive di Terengganu.

Kan aku dah cakap, kena bergambar dulu apa-apa hal.
Sebab scene ni lah yang akan menyepoilkan mekap.
Elok-elok sihat, lepas scene ni je aku dapat selsema.
Merah-merah mata hidung segala.
Tahun ni terasa bujang sangat Redza.
Raya tahun ni anak aku dah habis sekolah.
Masa Redza salam En Wan, syahdu sangat bapaknya.
Sampai menitik-nitik airmata bila dia cakap "Tahun ni Redza dah habis sekolah, dah tak ada dah lagi papa ajar Redza study macam dulu-dulu lagi. Redza kena pandai-pandai sendiri lepas ni..".
Aku yang ambil video tu pun merembes sekali.

Betul rupanya, anak-anak ni dengan kita tak lama mana.
Pejam celik pejam celik dah bujang dan pandai bawa diri sendiri.
Hujung-hujung kita suami isteri berdua semula.
Nasib baik amma seorang blogger.
Dapatlah kelebet balik moment-moment 15 tahun lepas.
Kadang-kadang tu bila aku baca balik conversation Redza masa kecil yang aku pernah share di blog, bersyukur semuanya aku dokumenkan di sini.
Sebab aku sendiri pun dah lupa semua tu.

Ini another moment yang syahdu untuk aku adik-beradik.
Bila kau semakin tua, semakin terasa tak banyak balance masa yang ada.
Dan tak tahu sampai bila kita masih dapat berkumpul cukup ahlinya seperti sekarang.  
Membesar bersama-sama di rumah yang sama, kemudian aku and Ima keluar dari situ tinggal kat tempat lain, nak berkumpul macam ni bukan selalu.
Sedih betul bila Ibal pegang tangan kitorang bersalam raya.
Menitik-nitik airmata 3 beradik.
Mak Aji pulak menambahkan rasa sedih "Kalau mama takde, kau ambik Papa duduk dengan kau. Jaga adik-adik jangan berpecah".
Besar ya tanggungjawab anak sulung ni.
Dari kecil sampai ke tua tak habis-habis kena jaga adik-adik 😊.

Masa CT salam kitorang "Terima kasih sebab selalu support CT..".
Eh of course la. Kita ambik anak orang bawak masuk dalam keluarga kita, haruslah kena jaga.
Dahlah anak orang tu duduk dengan mak bapak kita.
Mak bapak dia pun dia tak jaga, tapi mak bapak kita dia jaga.
Haruslah akak-akak ipar berterima kasih.
Nak pulak bila dia duduk dengan orang tua.
Kita sebagai anak memang apa-apa pun akan cakap mak bapak kita paling baik. Itu memang dah pasti.
Tapi, duduk serumah dengan orang tua dengan balik jumpa orang tua sekali sekala tak sama, ya. Tak sama.
Yang tinggal bersama orang tua dengan yang sekali sekala datang menjenguk, layanan orang tua mungkin tak sama.

Mak Aji dan Pak Aji bukan mertua yang kejam. Itu CT sendiri akui.
Tapi biasalah bila dah duduk serumah, pasti ada hal yang buatkan kecik-kecik hati yang mungkin dia tak cerita. Itu pasti.
Keluarga kitorang ni jenis bising. CT ni family dia lembut-lembut je.
Manalah tau kot-kot dia masih belum terbiasa.
Aku and Ima akan sentiasa mencari sekecil-kecil perkara untuk 'menangkan' CT sebab jasa dia sudi duduk dengan mak bapak aku sangat besar.
Tak ramai menantu nak duduk serumah dengan mertua.
Aku and Ima sendiri tak duduk dengan mak bapak.
Untuk itu aku sangat berterima kasih pada dia.

Ini pose paling win tahun ni.
Masih lagi Widad Iskandar memegang carta.
Lambat nau bapak aku ni habis bersalam katanya, meh aku bersenggayut kat belakang.

Dah alang-alang semua berkumpul, kita sekalikan celebrate Mother's Day.
Nasib baiklah kek siap awal. Plan asalnya kek hantar Isnin petang sebab nak celebrate malam raya lepas buat tahlil. Kalaulah baker baru nak buat malam Ahad tu, konfem tak jadi potong kek pagi Isnin.
Alhamdulillah rezeki.



Meriah kan bila ada suara Malong gelak?
Walau 4 orang je dalam frame ni terasa seperti ada 14 orang 😆.

Sekali harung celebrate birthday Widad Izuddin.
Kesian dak Judin ni. Rasanya tahun ni 3 kali dah potong kek, sentiasa ada hal jadi yang buatkan majlis tu tak sempurna mana. Rupanya nak tunggu pagi raya celebrate sama-sama Malong and Mangah.
Itupun orang lain yang tiupkan lilin.

Macam biasa, kalau turn beraya di Bangi, pagi raya rumah Mak Aji jadi tumpuan cousin-cousin aku berkumpul.
Atok and nenek dah takde, jadi Mak Ajilah jadi rumah orang tua.
Adik-adik berkumpul di sini.
Tapi ini adik-adik di Malaysia lah. Yang di Singapore tak turun.
Makcik pakcik aku semua dah tua-tua.
Nak datang KL pun tak larat nak drive jauh-jauh, tunggu anak-anak free baru ke sini.
Tapi ini pun dah cukup meriah sebab makcik-makcik aku semua dah bercucu, jadi memang ramai.
Nak kumpul macam ni tunggu raya je.

Tu pasal pagi raya pertama kitorang bersoseh kat dapur menyiapkan segala makanan sebab acara wajib adalah tunggu group Mak Aji sampai.
Tahun ni lauk yang baru selain lauk standard raya adalah sup tulang and sambal sotong.
Saje nak bagi lain sikit sebab lodeh and rendang tu kat rumah dorang pun ada.
 


Kekecohan time nak bagi duit raya.
Kau nampak tak tudung aku dah bertukar kaler dari pink ke hitam?
Itu tanda-tanda seorang tuan rumah yang busy.
Shawl pink pagi tadi hanya untuk bergambar je.
Lepas settle bergambar terus bukak pakai tudung sarung je sebab nak start merewang kembali di dapur.
Lengan baju aku tu lencun dengan air kejap-kejap membasuh pinggan mangkuk.
Tu yang best bila pakai baju 10 tahun lepas, takde la rasa terkibai-kibai sangat nak buat kerja kat dapur.

Ini adalah gambar wajib setiap tahun.
Bukti semua berkumpul di rumah Mak Aji.
Lepas tu share kat group Singapore.
Tahun ni Singapore raya lambat jadi dapat balasan gambar raya dari orang sana pun lewat sehari 😁.
Alhamdulillah, lauk raya semua settle.
Lodeh settle, rendang settle, sup tulang settle, nasi impit 60 biji settle, ketupat palas 50 biji settle, sambal sotong semua settle.
Bagus. Senang kerja. Tak payah nak simpan-simpan lauk.

Ini adik Pak Aji, dia datang malam.
Memandangkan lauk raya dah clear, kita masak nasi minyak kenduri kawen pulak malam tu.
Tapi tak cukup bahan, iaitu takde papadom. Tapi aku yakin sedap. Ahgitewww.
Maklumlah kuali and sudip bawak sendiri dari rumah.

Part ni yang best.
Bila tengok orang Jawa bersalam raya.
Kitorang punya salam raya awal pagi tu tak setanding dengan salam raya Jawa yang betul.
Ginilah sopan santunnya orang Jawa bersalam.
Duduk bersimpuh/bersila and halusnya bahasa. Tersusun ayatnya.
Kalau kita bila bersalam fokus nak minta maaf salah silap, kan.
Tapi orang Jawa lebih mendalam lagi minta maafnya.
Hari tu aku dengar pakcik aku cakap "Maaf kerana kesibukan sampai kurang mengambil berat khabar Uda sekeluarga".
Kurang mengambil berat pun minta maaf, ya.
Kau ada terkilan sebab kurang bertanya khabar?
Tak terpikir, kan? Hah, termasuklah aku *nangis*.

Ok done post Raya Day 1. Raya Day 2 dah seterusnya menyusul kendian.