2022-05-10

Pergi rumah orang nak demand layanan macam hotel!


Ni lah jenis manusia yang aku tulis hari tu.
Jenis yang datang beraya rumah orang nak mentekedarah sampai kenyang.
Kemain lagi demand nak makan itu ini, nak makan sedap-sedap tapi nak makan FREE! Apa punya kedana lah.

Nak makan sedap, nak makan sampai terbelahak, spend la RM160/pax makan kat hotel buffet.
Bulan-bulan raya ni hotel buffet ada buat hidangan raya.
Paling tak pun mesti ada rendang.
Kuih and kek melambak-lambak sampai tak larat nak pilih.
Siap dengan ABC eskrim segala.
Makan kau situ sampai muntah.

Orang macam ni lah yang aku cakap tahan dia berlapar tak nak alas perut semata-mata nak makan kat rumah orang.
Bila juadah rumah orang tak meet his expectation, ginilah jadinya. Jadi beruk.
Taunya nak makan sedap.
Masak malas, nak makan free pulak tu. Pastu memilih.
Jenis ni kalau kau ajak pi makan buffet, konfem dia kata “Aku tak berapa minat makan buffet hotel”.
Cuba kau cakap kau belanja, dia dulu bersiap lebih dari kau.

Dulu kalau aku bercerita kat blog pasal perangai manusia kebulor macam ni, ada yang tak percaya.
Nampak macam aku exaggerate buat cerita, kan?
Yang benarnya jenis ni WUJUD.
Antara kau jumpa dengan tak je.

Aku ni kalau pikir serik, memang taknak dah buat makan-makan kat rumah.
Masalahnya, aku suka buat makan-makan sebab sekali jalan menjamu tetamu, tak payah runcit-runcit kejap-kejap nak masak itu, masak ini.
Lagipun, zaman sekarang orang tak suka beraya dari rumah ke rumah melainkan dijemput.
Kalau tak dijemput, orang tak datang.
At least kat tempat tinggal aku macam ni. Kat tempat korang tak tau lah.
Masing-masing sibuk kerja.
By the time sampai rumah dah lewat petang.
Nak berehat. Malas nak beraya.
Kalau ada jemputan open house barulah nampak muka.

Aku tak tahu dari mana datang ‘trend’ datang beraya rumah orang aim nak makan sampai kenyang.
Mana datang trend ni?

Baru semalam aku terbaca satu post dari seorang ustazah/ustaz (lupa dah).
Dia kata kita pi beraya ni bukan untuk makan sangat.
Tetapi nak bersilaturrahim.
Makan tu hanya bonus, ihsan dari tuan rumah untuk jamah-jamah semasa bersembang.
Tak wajib ada hidangan berat pun.
Kalau dia hidang mee goreng saja, mee gorenglah kita makan.
Itu pun dah besar rahmat dia willing nak siapkan mee goreng.
Ingat nak buat mee goreng tu tak renyah ke?
Kalau raya pertama orang hidang mee goreng, sumpah aku happy.
Sebab kat rumah aku pagi-pagi mesti aku dah makan ketupat rendang lontong.
Maklumlah, rumah I jenis masak pagi raya, bukan macam kau aim nak breakfast kat rumah orang.
Yang komplen makan mee goreng ni mesti rumah dia takde makanan.
Mengharap nak meradak kat rumah orang je kejenya.

Jenis ni kalau dapat pegi open house mesti dia buat majlis tu tempat gathering dia.
Pernah terjadi kat rumah aku.
Dia datang segerombolan, tapi taknak makan asing. Nak jugak berlonggok.
Satu meja untuk 8 orang.
Patutnya kau berpecahlah, makan kat dua meja.
Taknakkkk. Dia nak kumpul satu meja juga.
Jadi dia tarik kerusi meja sebelah.
Penyudahnya meja sebelah tinggal 4 kerusi je.
Orang macam ni dia pikir selesa dia je.
Common sense lansung takde.
Ingat ni kat mamak ke nak tarik-tarik kerusi meja sebelah?

Tapi bila dipikir-pikirkan balik, agaknya itulah sebab tak ramai yang nak buat open house untuk jemputan yang besar sebab nak melayan the ‘aftermath’ tu yang sakit kepala.
Yang aku pelik tu, sekian banyak orang dok share kejadian-kejadian yang tak diingini semasa open house, masih juga kejadian macam ni timbul kat sana sini.
Masih lagi ada parents yang tak pegang anak, biar anak berkuntau dalam rumah orang.
Aku sendiri tengok dengan mata telinga kejadian berlaku dalam rumah aku.
Saksi ramai. Cousin aku, mak mertua aku, En Wan sendiri pun nampak.
Mak bapak helok bersembang terbahak-bahak depan rumah enjoy the food, yang anak bersilat dalam rumah, turun naik masuk bilik aku, bukak katup fridge ambik Coke, ambik air kotak Milo, main keyboard hentak-hentak.
Menyirapppp je aku.

Jangan kata “ada anak bermasalah”.
Anak sedara aku autism, ya.
Tapi adik aku tak pernah tak bercampur orang.
Kenduri kawen ke, raya ke, semua dia campur.
Macamana dia buat? Gilir-gilir jaga anak.
Tak pernahnya dia nak makan berdua dengan laki apetah lagi nak bersantai-santai.
Makan sekadar menjamah, datang sekadar memenuhi jemputan biar bercampur orang.
Lepas dia makan, dia ambik anak.
Nanti laki dia pulak makan. Helok je pun.
Yang benarnya, anak-anak yang membuas dalam rumah orang tu sebab mak bapaknya tak ambik kisah.
Mak bapak sibuk nak “me time”.
Anak-anak dibiarkan pandai-pandai bawak diri.
Biar anak-anak nak main katanya.
Masalahnya, anak kau je yang tak makan saman.
Anak orang lain helok je main dendiam.

Anak tetamu yang datang rumah aku dulu, dah la berlari-lari dalam rumah.
Kabinet aku semua dia bukak.
Yang berkunci pun dia gegarkan.
Pastu kat tangga ada display kabinet Lego Redza.
Dia jerit “Bukak! Bukak ni! Nak tengok!”
Ya Allah, aku kan kalau ikut hati aku nak je piattttt telinga budak tu.
Sekian lama display kabinet tu kat situ dari Redza sekolah rendah, takde siapa berani gegar apetah lagi suruh bukak.
Ramai je anak-anak sedara and cucu-cucu En Wan datang rumah, takdenya perangai gini.
Sebab? Sebab mak bapaknya ambil peranan.
Jadi, toksahlah kata “Budak-budak, biasalah”.
Budak mana?? Budak manaaaaaa?
Anak kau je kot. Aku aku tak pun? 🙄

Aku tengah solat dalam bilik dia gendang pintu bilik aku dari luar "Bukak! Bukak! Nak masuk!"
Bila aku bukak, meluru dia masuk ke dalam raba sana sini.
Aku suruh dia keluar.
Yang maknya jenguk kejap ke dalam rumah "Ohh dia tengah main, ya? Takpelah, seronok jumpa kawan". Boleh??

Jangan samakan tempat public dengan rumah orang.
Kat public, anak tu nak dibiarkan terkangkang-tersiat pun takpe. Takde orang larang.
Tapi ini rumah orang. Rumah orang tu harta orang.
Ajarlah anak tu beradab masuk rumah orang.
Jangan samakan tabiat suka melasak kat rumah sendiri di rumah orang.
Anak mesti tahu beza ini.
Alangkan kalau terpecahkan gelas kat restoran pun kena ganti.
Tapi bila terpecahkan pasu kat rumah orang kita harap orang tu maafkan kita dengan alasan “budak-budak memang macam ni”.
Anak kau je yang macam tu. Anak orang lain tak pun.

Jangan samakan rumah orang dengan rumah kita.
Rumah kita apa je yang ada.
Rumah Hamba Allah tu bukan main berhiasnya.
Takkan disebabkan anak kau sorang, dia kena alihkan segala perhiasan dia.
Wahh, besar pangkat?
Patutnya kita masuk rumah orang, kitalah kena hormat barang orang.
Ni tak. Tuan rumah pulak disalahkan kenapa letak barang perhiasan kat tempat yang mudah dicapai. Eh kau ni.

Ni lagi satu statement yang buat aku nak muntah - “Anak-anak yang aktif adalah anak-anak yang bijak”.
Halah halahhhhh. Dia punya justifikasi nak memenangkan kebuasan anak sendiri bukan main lagi.
Tak agak-agak.
Anak-anak awak tu kecik lagi.
Belum terbokti lagi betul ke tak esok jadi bijak.
Ce tanya anak-anak orang lain yang bijak-bijak tu.
Tanya anak-anak dia dulu melasak tak tentu arah macam anak kau tak?
Anak-anak aku tak aktif mana pun masa kecik.
Helok je pun perkembangannya.
Jangan nak merapeklah.
Aktif dan Buas adalah dua benda berbeza, ya.

Bila barang tuan rumah pecah/rosak, penunggang agama pun cakap “Benda tak boleh bawak mati”.
Ya, pasu yang pecah memang takleh bawak mati.
Tapi dosa menyakitkan hati orang boleh bawak mati, kan?
Sometimes, barang yang pecah tu bukan tak boleh dibeli baru.
Tapi sentimental value tu yang mungkin kita tak dapat ganti.
Entahkan pastu tu pemberian arwah mak dia ke, pemberian kawan baik yang dah 20 tahun tak jumpa ke, hadiah birthday dari anak ke.
Pikir sikit ya, pikir.

Yang paling aku takleh lupa ada tetamu yang buang spender anak dia dalam jamban aku.
Tak lama lepas majlis aku, bilik air bawah tersumbat.
Panggil plumber. Rodok punya rodok keluar seluar dalam budak perempuan.
Mana datang? Ni mesti masa majlis tu ada anak yang terberak dalam seluar.
Tak sure la si anaknya yang buang sendiri seluar tu dalam toilet aku atau maknya malas nak mengangkut seluar dalam kotor bawak balik lalu buang dalam toilet.
Yang pasti inilah perangai-perangai yang aku terpaksa hadap.

Benda-benda macam ni orang nanti kata kita mengungkit.
Disuruhnya kita buat kat dewan.
“Kalau tak nak rumah kecah, lain kali buat kat dewan. Tak payah buat open house”.

Oh, memang kalau buat open house, tetamu boleh datang bawak perangai beruk, ya?
Kalau buat open house, tetamu boleh buat majlis sesuka hati, ya?
Kalau buat open house, tetamu boleh biar anak-anak berkelintau macam pelesit dalam rumah, ya? Gitu?
Alahaiiiii..orang lain helok je datang tak membawa masalah.
Dapat kat keluarga kau, huru-hara majlis orang.
Tengok kiri-kanan sikit, semua orang buat macam tu ke atau keluarga kita je yang buat macam tu?