2022-05-12

Raya 2022 Part 2


Raya tahun ni aku tak tahulah sama ada aku yang tak tengok TV atau memang takde cerita raya yang best kat TV.
Ke stesen TV terkejut raya awal sampai semua program jadi tunggang-langgang?
Masa kecik dulu seingat akulah, program TV banyak cerita best sampai malas keluar beraya!
Cousin aku siap ada buku tulis yang dia senaraikan cerita apa pada hari raya ke berapa.
Punyalah taknak miss cerita yang best-best.
Now macam takde cerita best dah.
Semalam aku bukak TV ada ulang tayang telemovie Quran Buruk.
See? Cerita-cerita macam ni jugak yang 'in' untuk raya.
Asyiklah diulang tayang.
Mana ntah cerita-cerita macam ni sekarang.

Ok berbalik pada cerita raya.
Selalunya raya kedua, kitorang akan ke rumah makcik aku di Bangi.
Plan tahun ni macam tu lah, raya kedua nak pi rumah adik Mak Aji di Seksyen 2 Bangi, lepas tu ke rumah adik Pak Aji di Seksyen 7.
Rupanya adik Pak Aji dah pindah Banting.
Seminggu lepas arwah nenek meninggal, makcik aku pindah duduk rumah anak dia di Banting.
Yang adik Mak Aji pulak ke Melaka beraya dengan keluarga di sana.
Aku cakap kat Ima, kita lepak je la kat rumah hari ni sebab makcik aku gi Melaka.
Esok je baru kita beraya rumah dorang.
Rupanya makcik aku tukar plan.
Dia ke Melaka raya ketiga. Raya kedua rupanya ada je kat rumah tapi kitorang tak tahu.
Tapi raya ketiga aku pulak dah balik.
Hmm, kena pegi beraya lain minggu nampaknya.

Raya kedua tu disebabkan takde program beraya, kitorang ke kubur nenek.
Plan asal nak ke kubur nenek hari Isnin (petang raya), tapi raya mengejut, semua plan bertukar.

Ini first time aku ziarah kubur nenek (mak Pak Aji).
Nenek meninggal sebab Covid sebelum puasa hari tu.
Tak pergi-pegi lagi jumpa nenek.
Pagi raya kedua tu baru aku anak-beranak sampai.
Rupanya kawasan perkuburan mangsa Covid dalam tapak tanah kubur yang sama, cuma dia asingkan jauh sikit.
Hari tu masa ke sana, belakang kubur nenek ada liang lahad dah ready.
Sedih pulak, orang lain sibuk beraya, ada keluarga yang kematian keluarga on hari raya.

Lepas ziarah kubur, aku bagi signal kat En Wan untuk terus ke IOI City Mall.
Kidnap Pak Aji and Mak Aji ikut sekali.
Saja nak bagi dorang rest lepak-lepak pekena teh tarik.
Sebab raya pertama adik-beradik dah datang beraya, jadi raya kedua takde siapa dah nak datang.
Marilah kita bawa dorang jalan-jalan.
Jalan mall masa raya lah best, orang tak ramai.
Inilah bestnya kampung kat bandar.
Bak kata Rayyan "Kampung nenek Bangi ada teknologi" 😆. 
Mall pun kat sebelah je.
Untunglah kampung zaman sekarang semua benda ada.
Kampung aku dulu jamban pun kat luar.  

Pak Aji risau aku bawak masuk mall "Bukak ke kedai raya-raya ni?"

Aku cakap, nak menjual dalam mall ada syarat, Pa.
Dorang takleh tutup walau raya.
Sebab tu kedai-kedai ni mesti ada staff berbilang bangsa supaya ada orang ganti kalau festive season.
Mana-mana yang tutup time raya tu selalunya samada tak cukup staff atau staff terdiri dari satu bangsa saja.

Berjaya aku racun Mak Aji shopping kat dalam tu.
Sempatlah beliau sambal henbeg and blouse.
Lepas shopping, aku teringin nak pekena teh tarik.
Lalu, masuk Sepiring.
Seperti yang dijangka, lengang dalam Sepiring.
Kalau tak, kena queue.
Ingatkan nak masuk Dotty's Pastries & Coffee.
Saja je nak bagi mak bapak aku merasa lepak dalam tu, tapi tekak aku nak teh tarik jugak. Tak jadilah Dotty's.

Beria aku order macam-macam dalam ni sekali Mak Aji yang bayar.
Kalau aku tahu dia nak belanja, aku tapau extra 😆.
Sesiapa belum pernah layan Sepiring, silakan order Baked Mac & Cheese dorang. SEDAPPPP.
Dahlah sedap, banyak pulak tu.
Walau banyak, tetap aku dapat habiskan.
Lawan pulak dengan teh tarik. Pehh!

Hah, yang komplen beraya rumah orang makan tak sedap tu, aku suggest kau datang sini.
Sini dari nasi ambang, ke nasi lemak, ke nasi ulam, ayam percik ada, mee kari ada, laksa asam ada, kepok lekor pun ada! Nak cendol durian, nak ABC, nak kuih melayu semua ada dalam ni.
Makan kau situ sampai terbelahak.
Bezanya tak free lah.
Kalau nak makan free, apa yang dihidang itu sajalah kau makan, jangan banyak bunyi.

Lepas makan, kitorang berpecah.
En Wan bawak anak-anak beli barang.
Aku bawak Pak Aji and Mak Aji masuk Parkson.
Pak Aji cakap duit yang Ima bagi dia belum sempat beli apa-apa lagi.
So aku bawak masuk Parkson biar dia cari baju.

Kadang aku perati mak bapak kita semua ni rezekinya besar.
Dah tua, dah tak berkerja tapi masih mampu shopping, masih mampu holiday.
Sebab anak-anak bagi duit belanja.
Aku cakap dengan En Wan, kita esok dah tua tak tahulah mampu ke tak berbelanja macam dorang.
This is not only kerana anak-anak bagi duit tau, tapi soal rezeki.
Rezeki dorang luas sampai tak perlu meminta-minta.
Anak itu bagi, anak ini bagi, menantu bagi.
Semoga kita semua pun dikurniakan rezeki yang luas.

Petang raya kedua tu aku buat mihun sup.
Konon buat banyak saja standby kot-kot ada orang sesat-sesat datang beraya bolehlah hidanh mihun sup.
Sekali, habis kat orang dalam rumah tu je.
Nasib baik takde orang datang.
Kali ni beria betul aku memasak kat rumah Mak Aji.
Tak sempat dia nak terpekik hidangan dah siap.
Bak kata Pak Aji "Tak sempat lapar", sentiasa ada makanan dah ready.
Berbaloi sungguh bawak sudip and kuali sendiri.
Sangat memotivasikan rupanya 😆.

Lewat petang, another cousin beraya.
Ini cousin aku belah Pak Aji.
Yang datang malam raya pertama hari tu, yang salam Jawa style tu apaknya.
Yang ni anaknya datang.
Dia datang lewat sebab tahun ni turn beraya rumah isteri di Pilah.
Aku lupa apa yang aku hidang hari tu, lemang and rendang kot.

Hari raya kedua berlalu dengan tenang.
Boleh bersantai-santai anak-beranak terbahak-bahak gelak.
Yang lelaki boleh rilek-rilek tengok Netflix.
Aku and Ima kejap-kejap makan kuih raya.
Kuih raya Mak Aji habis kat kitorang berdua je.
Everytime beraya di Bangi keadaannya macam ni lah.
Pagi raya pertama tu dari celik mata sampai ke malam memasak, melayan tetamu, memasak lagi.
Raya seterusnya, tenang.
Kalau ikut hasrat hati tu nak juga balik Tampin tengok kubur atok and melayan Mak Aji nak beraya rumah cousin-cousin dia.
Tapi membayangkan jem kat hiway tu aku tak larat.
Tak memasal dalam kereta aku dah migrain.
Karang beraya tak dapat, muntah belahak dalam kereta yang aku dapat.

Ini menu esoknya, raya ketiga.
Terjaga pukul 5 pagi, tak tau nak buat apa, aku terus masak nasi lemak sambal udang.
Ni semalam ada yang tanya "Adik and ipar Kak Di pernah tak buat giliran pagi kau masak, tghri kau pulak masak?"

Tak.
Maybe sebab kitorang tak ramai.
10 orang je dalam rumah tu.
Siapa rasa nak masak, masak. Siapa ada kelapangan nak masak, masak. Siapa terbangun awal, masak.
Kalau aku kena masak sorang-sorang pun, yang nak makan nanti laki and anak-anak aku juga.
Jadi, alang-alang tu masak je lebih boleh ramai-ramai makan.
Yang orang jadi marah tu bila balik-balik orang yang sama je masak, yang lain hanya tahu bercantik-cantik, lepas makan blah.
Maybe inilah punca kenapa ada yang buat sistem giliran memasak.

Hari raya ketiga malam, aku balik ke Putra Heights semula.
Malam yang sama juga Ibal and CT gerak ke Kelantan.
Esoknya pagi-pagi Ima pulak balik je JB.

Reason kitorang balik malam tu sebab nak bersiap-siap esoknya En Wan nak bawak kitorang stay 1 malam kat Genting.
Wedding anniversary kitorang tahun ni jatuh pada raya ketiga.
Selalunya a day before anniversary kitorang dah stay kat mana-mana untuk celebrate.
Tapi kebetulan tahun ni jatuh pada hari raya, tak bestlah kalau nak pi bercuti sedangkan adik-beradik ada berkumpul.
En Wan tak bagitau aku pasal plan ni.
Aku pun tak expect dia nak celebrate juga time-time raya.
Ingatkan postpone hujung bulan.
Rupanya tak, ya. Beliau nak jugak celebrate sekarang.

Masa tengah lepak-lepak atas katil sebelum tidur, En Wan cakap "Cuba tanya Mama nak tak join kita pi Genting esok?"

"Abang book bilik besar ke?"

"Abang book 3 bed-room suite"


Zassssss! Terus aku tanya Mak Aji.
Of course la Mak Aji nak join. Semua anak-anak dah takde esok, buat apa duduk rumah sorang, kan.
Esok pagi lepas Ima gerak balik, Mak Aji and Pak Aji datang rumah aku.
Park kereta kat sini. Gerak satu kereta je ke Genting.

Alhamdulillah, kereta banyak juga yang naik ke atas ni tapi tak jem, dan parking pun tak susah.
Sampai-sampai je gi makan dulu kat Madam Kwan's.
Suka aku dengan mall dia sebab kedai makan pelbagai.
Absolute Thai pun ada. Kedai baju pun banyak. Xixili pun ada.
Kot terlupa bawak coli esok, boleh la beli kat sini.
Cuma tu la, aku takde mood nak bershopping. Banyak cuci mata je.

Yang kuat bershopping dia ni lah.
Asal nampak Uniqlo je terus melulu masuk.
Apa yang dia berkenan ntah dengan baju-baju kat dalam ni.
Aku tengok everytime dia beli balik-balik warna putih.
Tak putih, hitam. Itu je dok ulang-ulang.

Nak ajak apaknya bergambar ntah mana menghilang, sauk anak pun boleh.

3 generasi.


En Wan kan suka buat kerja surprise-menyeprise kan bini.
Rupanya dia dah siap beli tiket untuk theme park.
Sekali, aku taknak masuk. Rayyan pun taknak main. Redza pun taknak. Hahaha.
Aku cakap kat En Wan, anak-anak kita ni dari dulu pum bukan jenis yang suka naik roller coaster dan segala tok nenek permainan nak menyeramkan ni.
Anak-anak aku ikut maknya yang suka kedamaian dan ketenangan. Gitu.
Last-last jual balik tiket. Jual harga murah je.
Tak susah nak jual sebab queue panjang, ramai je nak beli tiket aku.
Dah settle semua, keluar check in hotel pulak.

Theme park (indoor) kat atas tu ok je.
Cuma crowded sikit. Rasa terkepung.
Aku berdiri dalam tu pun rasa sesak.
Maybe ruang dia tak cukup besar, atau pencahayaan tak cukup sebab malap.
Kalau dia besarkan lagi maybe lega sikit aku bernafas.

Ini 3 Bedroom Suite ni Grand Ion Delemen Hotel.
Agak konfius sebenarnya mula-mula.
Sebab En Wan tak bagitau aku yang dia book hotel, dia kata dia book service apartment macam 8 Kia Peng dulu.
So aku imagine mestilah ada pinggan mangkuk segala kat dalam tu.
Bila En Wan kata ada kitchenette, aku pun bawaklah maggi, roti segala.
Plannya boleh lah malam-malam masak maggi makan dengan Pak Aji.
Beria aku angkut makanan sekali, rupanya ini adalah hotel.
Memang nampak macam service apartment tapi ia kategori hotel.
Dalam suite tu takde pun pinggan mangkuk.
Tapi ada la dapur and microwave oven.

Suite dia cantik, sangat puas hati, dan sangat selesa.
Master bedroom spacious, ada bilik air sendiri.
Another room katil kelamin juga. Yang ni bilik Pak Aji.
One more room 2 katil single bilik Redza and Rayyan.
Hall luas, kitchen luas. Puas hati.

Last aku pergi Genting masa Rayyan umur setahun, taklah sejuk mana.
Tapi yang baru-baru ni pergi, meloncat-loncat aku tahan sejuk.
Waktu ni around 4pm, aku and En Wan turun untuk pilih afternoon tea set.
Saja je nak menikmati minum petang di ketinggian lebih 5000 kaki dari aras laut.
Dia punya sejuk kat atas tu, teh panas berasap-asap pun aku togok selamba.
Macam tak rasa panas sangat sebab sejuk nau atas tu.

Lepas pilih afternoon tea set, singgah beli Oden untuk Redza.
Redza taknak join afternoon tea.
Dia nak memerap dalam bilik.
Karang lapar pulak, so aku belikan Oden.

Aku sebenarnya tak tahu apa rasa Oden.
Mak Aji kata macam kuah asam pedas.
Redza kata macam kuah tomyam.
Memang ada 2 rasa ke camne?

Kali ni aku tak bawak bantal sendiri 😁.
En Wan telah meyakinkan aku bahawa bantal hotel ni sedap.
Memang betul sedap.
Jenis bantal ni seingat aku macam bantal Majestic Hotel KL, macam Double Tree Hilton, macam Grand Hyatt (just to name a few).
Jenis bantal kepala tak tenggelam bila baring.
Macam bantal bilik aku, cuma bantal aku tak sepanjang bantal hotel.
Bantal hotel kan macam panjang sikit.
Try beli Air Active Deluxe. Aku beli 3 tahun lepas kat iSetan, helok sampai sekarang masih gebu.

Lepas Asar, turun minum petang.
Masa ni tengah tunggu orang siapkan meja, jadi kitorang ambik-ambik gambar dulu kat sini.
Alhamdulillah, cuaca ok kat atas tu.
Nampak je macam nak hujan tapi sebenarnya tak.
Cuma satu je aku tak berkenan dengan Grand Ion Delemen ni.
Kedudukan building dia kat lereng bukit.
Ada satu tower tu betul-betul kat lereng yang disupport oleh tiang-tiang kurus panjang.
Allah...serious tak tenang aku tido mikir janganlah masa ni dia nak landslide.
Aku harap building ni bertahan sampai bila-bila.
Kalau jadi apa-apa, nayaaaaaa.

Aku lupa harga afternoon tea set ni.
Kitorang ambil 2 set, satu savoury, satu yang sweet.
Nampak macam sikit je, tapi itupun tak habis.
Savoury dia sedap-sedap tapi kek-kek ada yang kureng.
Mak Aji cakap "Buat apa lah kau minum mahal-mahal gini".
Sebenarnya bukan sebab nak minum sangat tapi nakkan experience and create memories tu.
10 tahun pun tak sekali aku sampai ke atas ni, bila dah sampai, apa yang kita rasa boleh buat, kita buatlah.
Bukan selalu orang bawa mak bapak celebrate wedding anniversary sekali, kan?
Selama ni anak-anak pun aku tak bawak.

Bukan nak makan sedap sangat, tapi nak jamah-jamah waktu bersembang.
Makan sambil menceceh kan sedap 😁.

Alhamdulillah 21 tahun melayari hidup berumahtangga.
Dah sampai tahun ke 21 ni dah tak reti nak mintak apa-apa dari En Wan.
Dapat spend time berdua rileks-rileks macam ni, badan sihat dah bersyukur sangat.
Celebrate anniversary yang ke 21 dengan mak bapak masih ada, lagilah bersyukur.
Esok-esok inilah gambar kenangan untuk diselak-selak.

Ini keramat hidup aku.
Alhamdulillah, di usia aku 44 tahun masih ada dorang berdua untuk aku share macam-macam perkara.
Hari tu Mak Aji hadiahkan aku beg Michael Kors. Harganya RMXXXX.
Mula-mula dia nak beli untuk diri sendiri.
Lepas dia pilih, dia cakap "Kau pilih satu".
Aku terperanjatlah sebab aku tak ready nak dapat henbeg.
Aku cakap eh takyahlah.
Dia suruh jugak pilih.
Lepas aku pilih dia cakap "Kau rasa Ima dengan CT suka kaler apa?"
Aku macam eh mak aku ni, beli henbeg ke beli ikan?
Sekali 4 biji dia beli hari tu.
Design yang sama, kaler je lain.

Ada satu benda aku belajar dari sini.
Mak bapak aku dalam tak sedar dah setkan satu benchmark yang tinggi untuk aku follow.
Aku tak tahu if aku boleh buat macam tu kat anak menantu.
I mean dia tunjuk kat aku apa anak dia dapat, menantu dapat sama.
Dia belikan aku gelang and rantai, Ima and CT dapat juga. Design yang sama.
Mak Aji tunjuk kalaulah mak mertua levelnya sama macam mak sendiri, maka menantu juga seperti anak sendiri, bukan orang luar.
Tapi, kalau dia memetir siaplah, ya.
Dengan anak, dengan menantu semua pun kena sekali.
Silap-silap bapak aku yang tengah baca sokabar kat depan tu pun kena sekali 😆.

Ini je lah yang masih nak keluar ikut ke mana-mana.
Sementara dia tengah nak ikut.
Kalau abang dia tu dah bujang sangat.
Lagi suka duduk dalam bilik layan laptop, tengok movie atau main game.
Lepas geram agaknya abang kau tu, selama ni asyik kena study je, now dia pulun berehat.

Ada 2 jenis pool, indoor and outdoor. Pilih mana nak.
Masa ni dia berdua je mandi dengan apanya.
Maknya tengah bergulung dalam selimut macam tenggiling.

Malam tu kitorang 4 beranak je turun makan di cafe hotel.
Mak Aji and Pak Aji malas nak turun sebab dorang ada join kelas agama online. Tapaukan makanan je.

Not bad seafood kat sini.
Tomyam dia sedap, sotong telur masin pun sedap.
Ingatkan order tomyam set besar tak habis makan, rupanya habis juga.
Udang dalam tomyam tu besar-besar! Kalah tomyam Absolute Thai.

Malam sangat sejuk.
Tak tahulah tiap-tiap malam sejuk, atau malam yang aku datang tu kebetulan sejuk.
Tapi sejuk-sejuk pun ramai je bersidai kat bawah, tak faham aku.
Aku anak-beranak meloncat-loncat kesejukan, ada yang rilek je boleh lepak sembang-sembang. Aku peratiiii je.

Nanti esok sambung post lagi, ya.