2021-12-17

Kak Sarina's Shop


Bila kau dapat lambakan makanan untuk di-review dan salah satunya adalah makanan kanak-kanak, maka yang jadi 'guinea pig' dah tentulah Widad Iskandar.
Ini adalah cereal KIDDOBITES.
Akak yang hantar makanan ni bagi sampai 4 kotak!
Terperanjat aku punyalah banyak makanan dia hantar (ada banyak lagi. Kau tunggu aku review satu-satu ni).

Nama pun makanan kids, memang aku tak rasa lansung. Terus bagi kat Widad.
Budak-budak tak pandai menipu, ya. Kalau sedap memang dia makan punya.
Alhamdulillah, KIDDOBITES ni nampaknya kena dengan tekak anak sedara aku.

Kelebihan cereal ni, dia panjang-panjang jadi budak-budak mudah pegang.
Nak kata panjang sangat tu tidaklah, tapi selalunya cereal kan bulat-bulat je.
Kali ni panjang, ada kelainan sikit.
Nak kata healthy sangat, idok le.
Sebab mana-mana cereal pun ada sugar hidden di dalamnya.
Tapi, KIDDOBITES cuba untuk lari dari kebiasaan cereal yang lain yang mana dia produce 2 jenis flavour iaitu perasa kurma dan raisin.
Cereal kurma namanya Choco Dates Puff. Yang raisin namanya Raisin Milk Puff.

Actually cereal memang makanan paling mudah prepare untuk anak-anak.
Zaman aku dulu lain, cereal memang mahal sebab tak banyak pilihan.
Anak orang have-have je makan cereal waktu pagi.
Anak marhaen macam aku makan roti selet butter je.
Roti pun beli kat India moto tu, bukan Gardenia.
Zaman tu Gardenia belum hidup lagi.

Now parents are busy.
Cereal pulak dah semakin mudah dan convenient.
Aku tahu ada sekelompok golongan yang ready nak kecam bila founder-founder kata cereals are healthy.
Ya, secara saintifiknya cereals memang bukan kategori healthy food.

Kenapa ia jadi tak healthy?
Ia jadi tak health bila kita makan lebih dari serving size yang sepatutnya.
Cereal ni sedap dimakan. Dan selalunya kita tend to makan lebih dari serving size (aku lah tu).
Aku kalau makan cereal, lajak sampai 2 mangkuk.
Walaupun brandnya FITNESS, kalau kau makan lebih dari sepatutnya, takkan fit sampai kiamat.
Mana-mana cereal, kandungan gulanya tinggi.
That's why makan ikut serving size yang dicadangkan.
Kalau follow, insyallah healthy. No problem.
It’s not bad to feed your kids cereal from time to time, asal jangan melebihi had.

Cadangan hidangan?

Hidangkan ketika kau sebagai parents memang betul-betul tak sempat nak buat breakfast yang 'proper'. Ataupun sebagai snek. It is not the worst thing you can feed your kids for breakfast, but it certainly is not the only answer for a quick breakfast. Macam aku, cereal sentiasa ada kat home. Itu untuk kunyah-kunyah kalau dah takde benda nak makan sangat. Kadang sekotak pun tak habis sebulan. To perants, yang berminat dengan KIDDOBITES ni boleh lah simpan 1-2 kotak at home buat standby.

Bukan takat yang umur 3 tahun. Yang umur 8 bulan ni pun nak jugakkk.
Budak-budak umur macam ni kan dah start suka pegang barang taknak lepas, kan. Kiddobites ni pulak cereal jenis mudah pegang. Memang senang bagi Izzudin makan sendiri. Yang dia pegang ni perasa kurma.



Selain dari Kiddobites, aku dapat a few biscuits/cookies. Walaupun aku tahu cookies macam ni orang beli masa nak raya je. Tapi boleh je nak beli untuk makan-makan hari-hari. Abis tu kau makan kukis Famous Amos heloknya sepanjang tahun takpe, takkan kukis local beli time raya je, ye tak?

Walaupun aku tak makan chocolate (tak semua coeklat boleh masuk), kugagahi juga try kukis ni.
Yang membuatkan aku boleh telan adalah kerana ada oat. Oat dia crunchy (sesuai dengan namanya), membuatkan aku tak berasa muak dengan rasa chocolate. Boleh tahan.

Yang ni not bad. Kalau raya, biskut yang tak pernah lupa untuk order adalah biskut cornflakes sebab aku suka gigit kismis-kismis dalam tu. Ada beberapa orang yang jual kukis raya pakai cranberry, aku telah menjadi regular customer beberapa tahun. Aku syak anything yang ada cranberry aku suka. Makanya, otomatik biskut Cranberry Almond ni jadi sedap di tekak aku.

Yang ni bila kau makan, berasa serdak-serdak kelapa. Kepada yang suka kuih berasaskan kelapa, boleh cuba. Tekak aku tak berapa berkenan dengan kuih ada kepala kecuali onde-onde dengan kuih lopes. Apa yang ada kelapa pun aku buang dulu kelapanya baru boleh makan.

Ok yang ni not bad. Aku peminat kuih bangkit. Setiap kali raya, kuih bangkit wajib ada dalam list order. Cuma satu je la, kuih bangkit ni wajib manis. Jadi, takleh makan beria sangat. Makan 1-2 dah. Esok 1-2 lagi. Jimatlah beli sebalang.

Ok hat ni aku konfius sikit. Sebab tajuknya "Belado". Aku ni paling tak kuat pedas. Aku tahu dah range pedas aku tahap mana. Kalau aku cakap "pedas gila!", maybe level pedas geli-geli je pada orang lain. Tapi bila aku cakap "Tak pedas lansung", so korang boleh imagine betapa tak pedasnya makanan tu. Tortilla Nachos Belado ini adalah kategori tak pedas di tekak aku. Tapi rasa rempah tu ada. Budak-budak boleh makan ni sebab tak pedas.

Ini juga antara produk yang akak ni carry, iaitu Daging Dendeng.
Hat ni bukan home-cooked tapi ready-to-eat. Dah siap retort.
Jadi, takde masalah kalau nak pos sampai ke luar negara pun.
Makanan yang diretort tahan lebih lama sebab packaging dipanaskan dengan suhu yang tinggi (suhu autoclave).
Bacti confirm mati.
Jadi, kalau beli dendeng ni esok, tak letak dalam fridge pun takpe. Nak makan, panaskan.

Aku pernah rasa 3 jenis dendeng.
Tak sure kenapa setiap dendeng yang aku cuba, rasanya lain-lain.
Takdelah lain benar, cuma ada beza.
Dendeng yang dalam gambar ni not bad, sedap.
Daging tu bukan hancur akibat retort tau, tapi dendeng memang teksturnya hancur macam ni kot.
Dendeng yang aku pernah try sebelum ni (home-cooked) pun hancur macam ni jugak.

Aku tak sure apa sebenarnya yang patut ada dalam masakan dendeng - adakah wajib pedas? Atau manis? Atau macam rasa daging masak itam?
Sebab, dendeng yang bibik aku masak dulu, dagingnya macam disalai kering, kemudian dicarik-carik dan pedas.
Dendeng yang kedua aku makan teksturnya hancur dan berasa macam daging masak itam dan ada hawa-hawa pedas.
Yang dalam gambar ni tekstur hancur, lembut tapi tak pedas malah ada rasa manis-manis sikit.
Jadi, kalau korang beli dendeng ni nanti, jangan pulak pelik kalau rasanya berbeza dengan dendeng yang pernah korang rasa sebelum ni.
Aku syak dendeng ada variasi resepi.

Semua ni kalau korang nak cuba, boleh whatsapp link di bawah.
Kak Sarina ni yang jual. Kak Sarina duduk Kedah.
Tapi ok je dia boleh pos ke mana-mana.
Yang kat belah-belah utara nun lagilah Kak Sarina boleh hantaqkan.

1) Pertanyaan: KLIK SINI

2) Pembelian: KLIK SINI

3) Info produk: KLIK SINI