2021-12-18

Diana dan makanan, bersatu teguh bercerai roboh.


Followers kat IG request aku buat blog post yang banyak gambar.
Dah lama katanya aku tak penuhkan blog dengan gambar.
Ha'ah, betul. Menjak dah makin tua ni, malas pulak nak up cerita bergambar.
Semua gambar aku up kat IG.
Itu pun snap 30, up 2 je. Selebihnya peram.

Baiklah, hari ni entry bergambar lagi.
Tapi gamba makanan.

Semalam aku up gambar ni, Gula Cakery.
Gula Cakery banyak cawangan.
Salah satunya Gula Petite kat IOI City Mall (opposite Sepiring).
Gula Cakery yang aku selalu pergi ni kat Kota Kemuning.
Boleh dikatakan tempat wajib pergi setiap 2 minggu sekali.
Selalunya aku melepak dengan Ayda kat sini sebab lokasinya di tengah-tengah antara ofis aku and ofis Ayda.
Walaupun sebenarnya kalau saka kitorang merasuk badan, boleh je pergi pekena Pau Yik Mun Tanjung Malim tu haa.
Kalau masing-masing busy tapi nak catch up juga, maka Gula Cakerylah portnya.

Semalam aku pergi beli kek je, dengan En Wan.
Redza suka kek Gula Cakery.
Ada 2-3 kek baru yang aku perasan semalam.
Aku tak berapa sangat dengan kek.
I mean benda yang manis-manis ni aku boleh makan tapi tak boleh habiskan.
Kek satu slice pun jenuh nak perabiskan.
BULAN LEPAS, aku beli Garret popcorn almond caramel.
Beli tak besar pun, size medium, tapi sampai sekarang ada separuh lagi dalam fridge. Cannot gi.

Selalunya kalau ke Gula Cakery, aku order nasi goreng Gula Cakery and mushroom soup dan Garlis Bread.
Mushroom soup ni memang datang dengan sekeping garlic bread.
Tapi aku khennnn. Aku mana cukup sekeping.
Maka, orderlah garlic bread extra, iaitu sepiring lagi bersamaan 3 keping.

Ok ini lagi satu followers IG selalu cakap "Bestnya, makan banyak tapi badan tak naik".

Memang sekali imbas nampak aku makan sekali hadap banyak gila.
Itu baru satu meal, macamana pulak meal yang lain. Betul tak?
Hakikatnya kadang-kadang yang aku tunjuk itu sajalah meal aku untuk hari tu.
Bukan diet, tapi tak lapar.
Bila tak lapar, tak makanlah.
Selalunya hari yang aku breakfast nasi lemak, aku akan makan semula pukul 4-5pm.
Dan itulah lunch merangkap dinner.
Kalau lapar sangat, tengah-tengah malam pukul 10pm aku makan roti dengan butter.

Ini selalunya menu Ayda. Dia cukup suka spageti.
Yang bestnya kat Gula Cakery ni, dia punya selection of other food sama banyak dengan kek-kek yang dia display.
Jadi, kita tak bertumpu hanya pada kek saja.
Walaupun sebenarnya selling point dia adalah kek, tapi makanan lain pun ada dan sedap.

Contohnya nasi goreng Gula Cakery tadi, yang tu memang sedap.
Cuma satu yang aku tak berapa berkenan, lauknya banyak.
Dengan ayam, udang, fish cake, keropok - sampai aku kena asingkan lauk.
That's how meriah nasi goreng dia.
Aku ni kalau makan nasi goreng, dah namanya NASI, takde lauk sangat pun takpe, janji nasinya ada.
Kalau namanya Nasi Goreng Ayam tapi ayamnya 3 helai, haaa yang ni aku hangin.
Kau letak nama Nasi Goreng Ayam tapi ayamnya halimunan, dah kenapa?

Aku pernah try Nasi Daging Dendeng.
Haa, semalam aku post pasal dendeng, kan?
Terlupa pulak kat Gula Cakery also ada Nasi Daging Dendeng dah dendengnya rasa berbeza dari dendeng-dendeng yang aku pernah makan.
Jadi, aku syak dendeng memang ada pelbagai resepi.

Ini 3 kek terbaru dari Gula Cakery - Peanut Butter Snickers Cake, Blackout Chocolate Cake and Triple Fudge Brownies. Aku macam nak try Blackout cake tu one day.

Selain dari kek, Gula Cakery pun ada ice-cream.
Askrim dorang ni semuanya adalah askrim perisa kek-kek yang dorang jual.
Interesting, kan? Haaa, now you know kenapa aku selalu lepak sana, kan?

Sehingga 3 Jan nampaknya kita pause dulu sesi gossip sebab Ayda outstation 9 hari ke Penang, manakala aku tengah pulun siapkan assignment and kerja-kerja ofis seperti biasa.

Haaa, satu lagi point yang best kat Gula Cakery adalah, dia ada sistem point.
Kumpul banyak-banyak nanti boleh dapat diskaun.
Aku kalau Redza balik, memang sekali banyak beli kek. Puas kumpul point.
Lepas tu 2 minggu sekali lepak sini pulak tu, lagilah banyak kumpul point.
Bagus bila ada sistem ni, customer rasa 'terikat' dan malas nak makan tempat lain sebab nak kumpul dan guna point.
Nasib baik makanan dia sedap-sedap, tak jemu-jemu datang sini.

Hari tu En Wan bawak aku ke Cake Jalan Tiung di Seksyen 4.
Hat ni ada beberapa cawangan lagi rasanya ada di Seksyen 13 juga tapi kebetulan kitorang di Seksyen 4, En Wan singgah situ saja.
Lama dah aku dengar pasal tempat ni tapi tak pernah berpeluang pergi lagi.
Aku syak yang di Seksyen 4 ni kedai asal.

Somewhat disappointing sebab pilihan kek tak banyak. Itulah saja yang ada di-display. Malah itu sajalah display storagenya. Aku tak sure di cawangan lain bagaimana. Maybe aku dah terlalu biasa di Gula Cakery buatkan aku expect more di Cake Jalan Tiung. Tapi kat sini ada sourdough bread. Hat ni takde di Gula Cakery. Siapa suka sourdough bread boleh cari di Cake Jalan Tiung.

I must say creampuff Cake Jalan Tiung is the best creampuff aku pernah makan.
Dia punya kulit puff tu sedap gila!!!
Creamnya tak terlalu manis dan tak terlalu tebal/pekat.
Sedap je lalu kat tekak. Yang ni korang must try. Thank me later. Gitu.

Selain dari lepak kat kedai kek (tapi makan nasi goreng), aku juga suka lepak kedai roti dan farmasi (yang ni cerita lain).
Kedai roti yang aku suka pergi adalah Bread Story dan Lavender.
Dua-dua tempat ni ada roti kesukaan aku iaitu Parmesan Bun.
Ya Allah sumpah sedap! tapi roti Parmesan kat Bread Story lagi sedap.
Hari tu gi Sunway Piramid singgah Lavender.
Quite new juga branch ni. Besar dan sedang dalam Xmast vibe.
Kukis Gingerbreadnya hensem-hensem belaka.

Roti kat sini sangatlah banyak pilihan. Not only roti tapi pastries juga. Dari hujung je hujung pilihannya. Shopping roti je dah beratus. Sekarang nak Krismas kan, kek-kek Krismas dah start jual.
Aku takleh imagine esok nak raya mesti banyak gila kuih raya dia jual. Terbayang-bayangkan akulah antara yang akan beratur kat sini nanti. Maklumlah, nak buat kuih tak pandai.

Macam nak rak aku shopping roti hari tu.
Bak kata En Wan "Roti je pun, tapi menggelinjang".
Well, Diana dan makanan bersatu teguh bercerai roboh.

Aku memang suka roti. Maunya tak, kalau dari kecik disumbat roti tetiap pagi?
Dari Darjah 1 sampai Form 5, breakfast pagi 98% adalah roti.
Macamana aku boleh tak jemu tak taulah.
Sampai sekarang suka roti.
Tak dapat roti fancy-fancy, roti putih Gardenia pun jadiklah.

Tapi seriously, branch Lavender Sunway Piramid sangat best pilihan rotinya. Nampak tak betapa banyak pilihan kukis kat sini? Tu ha, biscotti pun ada. Oh, sebut pasal biscotti, aku tak jumpa-jumpa lagi melayu yang buat biscotti sesedap Justins Cakes N Kueh. Pertama kali aku makan biscotti dia adalah pemberian blog reader. He is a Chef, jadi mungkin dia kenal owner Justins Cakes.

Ini biscotti Justins Cakes N Kueh.
Sedapppppp ya ampun! Bukan apa, kesedapannya tu terletak pada pistachio and cranberry yang tak kedekut.
Some biscotti yang aku pernah makan, kacang and raisin tak banyak. Tak puas makan.

Justins Cakes N Kueh ni aku tak sure halal ke tak.
Dah selamat aku telan dah pun.
Dah habis telan baru tanya pemberi beli kat mana. Hahahaha.
Justin ni Baba Nyonya. Dia dah biasa dengan masakan melayu.
Selain biscotti, dia also buat tempahan nasi lemak, laksa baba nyonya, kuih-kuih melayu macam talam, onde-onde.
Baba Nyonya kan macam melayu sikit tekaknya.
Please, please....sesiapa yang boleh buat biscotti pakai pistachio and cranberry please bagitau aku. Aku nak beli.