2021-12-20

Bullet Journal 2022 dah ready.


How are you everyone?

Alhamdulillah, hari ni nampaknya matahari dah kuat.
Tadi masa nak ke ofis nampak orang kampung sebelah dah mula balik ke rumah masing-masing. Air dah surut.
Sabtu lepas, berjujuk kereta parking tepi jalan Putra Heights sebab dorang bawak keluar kereta dari kampung.
Hari ni nampak kereta dah berkurang, nampak moto ulang-alik ke DIY angkut penyapu, berus, baldi.
Kesian pulak tengok. Tapi apa pun keadaan dah semakin pulih, alhamdulillah.
Ni tadi Ketua Komuniti tempat tinggal aku dah war-warkan warga Putra Heights tolong bersihkan surau.
Hari ni orang dah balik bersihkan rumah, takde siapa nak bersihkan surau dan dewan yang ditinggalkan.
Jadi, komuniti Putra Heights ayuhlah kita bergotong-royong mengemas.
Apa-apa pun lega semuanya dah kembali ke asal.
Tapi masih ada kawasan yang belum surut katanya, semoga baik-baik saja.

Ok back to work.
Berkenaan dengan Bullet Journal 2022.
Sampai kena buat blogpost khas pasal ni.

Sabtu lepas aku up gambar Bullet Journal 2022 keluaran company aku, tetapi tiada sebarang logo XZIZ Biotech, mahupun GreenAard.
Tahun ni GreenAard tak buat sebarang free gift yang berlogokan GreenAard.
Nanti sabar, aku cerita dulu kasi perabis.

Why Bullet Journal?

Siapa yang follow IG aku tahu kadang-kadang aku share habit tracker aku.
Ramai yang suka tengok habit tracker.
Ada yang tanya mana nak beli the buku, and how to do the tracker.
Dalam ramai-ramai tu, ada yang request aku produce Bullet Journal yang dah siap berlukis kerana tak pandai nak lukis katanya. Baiklah.
Alhamdulillah dapat juga hasilkan journal ni.

Aku memang seorang pem-bullet-journal tegar.
Malah, segala benda aku suka catat.
Apa yang aku nak buat di ofis pun aku susun dari sekecil-kecil perkara seperti "Update LinkedIn", atau "Post morning quote di IGS" pun aku tulis.

Ini adalah 'planner' wajib ada.
Hat ni bukan planner pun tapi buku nota biasa.
Ini wajib ada di mana-mana aku pergi.
Apa terlintas semua aku tulis sini, especially yang melibatkan kerja hakiki (XZIZ Biotech), kerja attachment (MJA) ataupun study.
Aku masih old-fashion, suka menulis dari menaip reminder kat phone.
Lagipun aku suka color.
Bila menulis boleh pakai macam-macam pen color. Tu pasal aku suka shopping pen :)

Selalunya aku siapkan list apa nak buat ni malam, sebelum tido.
Bangun tido esoknya, mula-mula sekali bukak buku ni and check apa nak buat.
Puas rasanya bila memulakan hari dengan ikut turutan list. Heheh.
Aku tahu apa yang aku buat ni bukan terbaik untuk semua orang, tetapi terbaik untuk diri aku.
Jadi, kalau rasa cara aku ni terpakai untuk diri sendiri, silakan ambil.
Kalau tak sesuai, tinggalkan. Jangan kecam. Giteww.

Bullet Journal berbeza.
Aku gunakan bullet journal untuk track habit aku sehari-hari.
Walaupun ada di antara habit ni dah auto-pilot sebab dah terbiasa buat hari-hari, tapi aku tetap nak track sebab suka.
Di bawah ni antara tracker yang aku buat.

Aku pun tak pandai melukis, tapi suka menconteng and sukakan color.
Rasa puas tengok setiap hari tracker kita 'berwarna'.
Terasa disiplin nau diri ini. Hahaha.

Aku always berpendapat berbanding motivasi, disiplin jauh lebih penting.
Motivasi memang perlu ada to keep us going tetapi motivasi tak selalunya ada.
Ada hari mood kita lari, atau kita terasa penat.
Maka di sinilah pentingnya disiplin.
Bila ada disiplin, mood lari pun tak apa.
Motivasi tak hadir pun takpe, sebab ada disiplin yang push us to keep doing rutin kebiasaan sehari-hari.
Lama-lama kelamaan perkara tu akan jadi kebiasaan dan tak rasa terbeban lagi, malah rasa tak sedap pula kalau tak buat.

Nampak ruang-ruang berwarna merah?
Yang tu namanya tengah period, sebab tu warnanya merah.
Warna merah tak sama dengan kotak yang tak diwarnakan.
Kotak yang tak diwarnakan adalah petanda malas atau cheating :).

Habit tracker can be anything. Be it '5 minutes run', atau 'pakai night cream', atau 'no sugar' - semua boleh. Terpulang pada diri sendiri nak disiplinkan apa. Contohnya aku buat 'Study 2 hours'. Dulu masa belum kawen, belum ada tanggungjawab lain nak dipikirkan, bolehlah nak tumpukan pada study sepenuh masa. Ini bila kau dah ada family, dah ada company nak diurus, at the same time nak study, mudah sangat nak berasa "Alah, esoklah study". Betul tak? Jadi habit tracker ni in a way sangat membantu untuk mendisiplinkan diri supaya berada di track yang dirancangkan.

Hari tu aku up sikit habit tracker aku di IG (habit tracker bulan lain). Ada yang tanya "Kak, Berroca tu apa?". Tu namanya vitamin C. Vitamin C pun nak track juga, ya. Hahaha.
Jangankan vitamin C, minum air 2L pun aku track.

Ini weekly planner aku dalam Bullet Journal. Orang suka mewarna ginilah.
Jangan risau, dalam Bullet Journal 2022 aku sediakan weekly planner juga.
Korang tinggal isi saja, tak perlu nak lukis-lukis bagai.

Ini weekly planner yang kita lukiskan:

Boleh tulis things to do di sini.
Reminder pun boleh. Notes pun boleh. Apa-apa je lah.

Ini salah satu design yang ada dalam Bullet Journal 2022 iaitu quote dan mood tracker.
Mood tracker ni ada pada setiap bulan. Setiap bulan design yang berbeza.
Cara nak isi mood tracker ni aku jelaskan dalam video di akhir post ni.

Ini habit tracker.
Setiap bulan ada habit tracker sheet, yang designnya juga berbeza-beza.
Aku letakkan 6 habit tracker saja setiap bulan.
Kalau korang ada banyak habit nak di-track, nampak sebelah tu blank page?
Haaa, di situlah korang tambah tracker korang nanti.
Sebab itu sengaja aku letakkan duduknya blank page tu di sebelah habit tracker.
Ada 4 pages blank page. Lukislah berapa banyak tracker korang nak.

Mula-mula aku nak buat weight loss tracker tapi pikir-pikir balik ini bukannya under GreenAard.
Dah kenapa nak dibuatkan weight loss tracker, kan.
Jadi, korang kalau rasa nak buat weight loss tracker sendiri, boleh lukis di blank page tu, ok?






Seperti yang aku cakap di video, semua orang boleh beli this Bullet Journal.
Sesuai je kalau orang lelaki nak beli pun.
Kalau tak nak mewarna, tak payah warna. Yang penting tracker tu.
Yang nak jadi agen pun boleh.
Trust me, ini senang dijual sebab tak ramai orang ada Bullet Journal.
Seronok bila track habit sendiri.
Nak pulak bila semuanya dah siap dilukis, tinggal nak isi saja.

Siapa yang perlu ada Bullet Journal 2022 ni?

Ok, kalau itulah soalan korang, aku punya jawapan adalah kita kena kembali kepada konsep.
The concept behind this bullet journal is to streamline your plans, tasks, notes and to-do lists supaya korang kekal berada di track yang dirancangkan.
Dalam erti kata lain, semua orang sesuai pakai Bullet Journal 2022.
Konsep bullet journal ni cara paling mudah untuk kita prioritise and manage rutin supaya kekal productive and organised.
Dan yang paling best, it is flexible.
Sukati korang nak track apa.
Kalau nak test out new management, it’s worth buying this bullet journal.

Sales people, you must have one. Trust me. You need this.
It keeps sales information at your fingertips.
It helps you untuk keep track prospek, sales cycle, track komisyen so that korang tahu jumlah komisyen yang diperoleh untuk for that period too.
Trust me, I am sales person too. I know what you should have.

Tak mahal, hanya RM20/sebuah.
Designnya our home graphic staff yang buat. Konsepnya dari aku.
Kalau nak jadi agen, minimum beli 20 buah at RM15/sebuah.

Kepada customer GreenAard, pembelian bernilai RM130 dan lebih, boleh beli Bullet Journal 2022 pada harga RM10 sahaja.
Kalau pembelian korang RM200 dan lebih, we give this bullet journal for free.

Sila whatsapp pembelian anda di SINI.