2021-11-09

Rumah sewa macam kandang babi.


Jumpa orang share gambar di atas.
Rumah sewanya yang disewa kepada student PEREMPUAN.
Geleng kepala aku.
Ini kalau dapat kat rumah aku, memang nangis.
Maunya tak kalau dah serupa kandang babi gini.
Nak mengemas satu hal, nak merepair satu hal lagi.

Ingat tak aku pernah cerita bilik air bawah aku tersumbat, bila pumber repair jumpa spender budak perempuan yang aku syak dibuang oleh salah sorang guest masa open house?
Ok, itu cara-cara majlis yang sekejap, pun dah ada orang buat hal.
RM200 terbang ke plumber.
Imagine penyewa ni duduk ramai-ramai sekian lama gini, entah apa lagilah yang bakal dijumpa bila merepair esok.
Ngeri nak bayangkan.
Duit jangan cakaplah, kalau gini punya teruk, takde ratus-ratus punya.
Konfem beribu nak repair.

Aku tengok fridge dia pun nak termuntah.
Yang dorang duduk berlonggok ramai-ramai dalam tu takde ke sorang tergerak nak kemas fridge?
Tak pun, tak geli ke bukak tutup bukak tutup fridge tengok berlendir macam tu sekali?
Ya ampunn, aku menaip ni pun kembang tekak.
Botol air dalam fridge tu aku jamin, bangsa yang main togok ke mulut je tu tak pakai gelas.

Bilik air tuan rumah tak post, katanya terlampau teruk dan geli nak dishare.
Eloklah jugak dia tak share, kemurungan orang ramai tengok nanti.
Kalau dapur and hall pun dah hazab gini, kau rasa toilet berkilat?
Silap-silap tempat duduk toilet tu pun berlumut.
Boleh terbayang dengan lantai berlendir, dinding kuning, plastik pad berkumpul dalam toilet.
Ni mesti jenis yang spender pun bertaik lalat. Konfem!

Walaupun selalunya dalam post-post sebegini pasti ada orang komen "Kita tak tahu apa masalah sebenar dorang".
Aku tahu jawapannya.
Jawapanyya - PEMALAS.
Orang kalau dah malas, memang macam nilah rumahnya.
Jangan nak katalah rumah macam ni sebab miskin atau sebab takde masa.
Kalau nak bodoh, biar bodoh sorang, jangan sebarkan pemikiran bodoh tu kat orang lain.

Tu ha, orang kampung Pak Aji lagilah, ramai yang susah, rumah kayu, jamban pun kat luar.
Tapi bersih walaupun miskin.
Walaupun kat dapur takde kitchen kabinet tapi periuk kuali semua elok je bersangkut kat dinding, pinggan mangkuk semua bersusun atas para.
Elok je pun.
Bilik air dorang walau ada kolah and gayung saja, tapi bersih.
Lantai tak berlendir pun.

Ni bukan apa ni, sebab ada mentaliti "Ini rumah sewa, bukan rumah aku. Aku dah bayar sewa kot".

Jenis mentaliti macam ni, kau tengoklah besok kalau ada rumah sendiri.
Macam ni jugaklah berkeraknya. Silap-silap sampai ke sudah menyewa.
Jenis mentaliti macam ni, semua nak tunggu jadi best, baru dia boleh bertindak best.

Ada rumah sendiri esok, baru berhias berkemas.
Dah ada rumah sendiri, gitu jugak perangai.
Oh, rumah sekarang kecik, payah nak berhias, tunggu pindah rumah lebih besar nanti katanya.
Gitulah pesennya.
Pesen menunggu semuanya jadi best baru nak bertindak best.
The thing is, kalau kau tak bertindak best, macamana keadaan kau nak jadi best.
Situlah jugak tak gerak-gerak.
Benda ni simple je, kalau yang sikit pun tak dijaga, kau rasa boleh dapat yang besar?
Kalau rumah sewa kecik pun tak terjaga, toksah berangan nak duduk rumah sendiri yang besar.
Allah dah bagi formula, "Kalau kau bersyukur, Aku tambah lagi".
Jenis tak reti bersyukur gini, memang good luck lah.

Ni pun semalam nampak orang share.
Apa yang dibuatnya dalam bilik sampai jadi gini?
Kau training beruk sarkas ke kat dalam tu?
Kalau pun dalam bilik tu duduk sampai 10 orang, takkanlah sepuluh-sepuluh takde otak.
At least sampah ikat dalam plastik kumpul setempat.
Selalunya kalau cadar and selimut dah terbarai, aku tarik je terus semua gulung-gulung letak satu sudut.
Towel memang wajib letak dalam bathtub/lantai (sebab yang ni memang hotel yang ajar, used towel letak atas lantai).

Bukan nak suruh kemas rapi sebelum check out, tapi come to think of it, memang bilik tido kau kat rumah gini jugak ke sepahnya?
Selalunya yang menyepahkan bilik macam ni, bilik dia kat rumah tu pun gini juga.
Tu pasal kelaku pelik ni terbawak-bawak ke bilik hotel.
Sebab dah jadi kebiasaan.
Takyah cakaplah "Aku bayar kot bilik ni, tanggungjawab housekeeping lah kemas".
Hotel pun tak sampai RM200 semalam, lagi mahu kerek.
Tak, yang sebenarnya kau pemalas.
Orang yang rajin, bilik dia maybe tak kemas, tapi takkan berselerak gini.
Macam aku pernah tulis dulu, dapur mak-mak kita tak kemas sebab semua benda dorang nak atur kat atas kaunter, tetapi dapur bersih.
Lantai tak berminyak, sinki berkilat, dapur tak berkerak. Cuma kurang kemas saja.
Tetapi orang yang pemalas, kemas dah tentu tak, pengotor dah pasti.

Yang penyewa rumah tadi boleh geng dengan bekas penyewa rumah nenek aku dulu.
Dulu sebelum berpengalaman sendiri tengok rumah nenek aku jahanam dibuat dek penyewa, aku tak berapa nak ambik port sangat kes-kes macam ni.
Tapi bila dah terkena, payah aku nak husnuzon.
Tak lojik nak bersangka baik bab-bab gini.
Sebab aku pernah jadi penyewa juga. Rumah sewa aku dulu kecil juga.

Ini rumah sewa aku sebelum ada bibik.
Bukan nak kata rumah aku bersih tapi nak tunjuk yang aku juga pernah menyewa rumah kecil.
Masa ni duduk berdua sahaja.
Dapur hanya sekangkang kera, kabinet dapur tu pun sebenarnya rak kasut yang diubah jadi tempat simpan pinggan mangkuk and periuk.
Kuali je takde tempat nak letak jadi setiap kali lepas guna, aku basuh dan tangkupkan kat dishrack.
Segalanya basic saja.

Orang kata duduk berdua senang nak kontrol katanya. Bullshit!
Patutnya kalau dalam rumah tu ada 10 orang DEWASA, lebih senang rumah nak berkemas sebab ramai yang boleh buat kerja.
Melainkan sepuluh-sepuluh takde otak.
Kat mana lojiknya, satu rumah sewa 5-6 orang tapi rumah berkerak?
Apa juga alasannya, memang tak boleh dipakai.
Bila ada sikap 'aku tunggu kau buat, kau tunggu aku buat', gitulah jadinya.
Yang jadi mangsa tuan rumah.

Dulu Mak Aji ada rumah sewa.
Rumah pertama dia beli, dia sewakan.
Lama juga dia sewakan, tapi tak untung mana. Buat habisk bayar loan je, lepas tu jual terus.
Sebab lagi lama disewakan, lagi banyak keluar duit.
Kadang aku pelik, kitorang pernah duduk dalam rumah tu, takde pun kejap-kejap pili bocor, tangki bocor, tingkap pecah, paip pecah.
Kau bersenggayut kat batang paip ke camne?
Asal penyewa keluar je, mesti ada benda nak direpair.

Aku menyewa rumah yang apartment dulu dapat balik full deposit, ya.
Aku serah balik rumah tu dalam keadaan bersih.
Dinding semua kita tampal balik bekas paku. Cat semula.
Cuci balik lantai semua sebelum serah kunci.
Takde kejadian paip pecah, toilet tersumbat, sinki tersumbat segala.
Duduk rumah tu 4 tahun dari berdua sampai berempat (bibik and Redza), helok je pun.

Rumah pertama kitorang, dijual.
Tak berani nak sewa.
Orang kata rugi tak sewakan. Takpelah, no thank you.
Aku tak nak serabut otak mikir kejap-kejap nak repair benda rosak, tu belum lagi masalah nak cari penyewa dan kejar duit sewa.
Aku bukan boleh benda-benda macam ni.
Dibuatnya rumah sewa aku jadi macam gambar atas tadi, silap-silap aku jadi pembunuh.