2021-11-10

Orang yang katanya hate kita tu sebenarnya bukan hate, tetapi ENVY.


Kes pulau-memulau dan silent treatment di tempat kerja adalah perkara biasa.
Malah, zaman skolah pun ada perangai gini.
Di kalangan cikgu-cikgu aku dulu pun ada.
Selalunya yang perangai gini, di kalangan cikgu-cikgu sesama sendiri pun ada yang tak suka dia.

Ada sorang cikgu tu tu sangat competitive.
Kelas dia tak menang kelas tercantik pun dia buat student musuh (student kelas yang menang).
Pernah cikgu tu masuk kelas kitorang (untuk tengok-tengok), lepas tu selamba cakap "Kelas macam skolah tadika".

Puncanya, kat board belakang kelas ada sudut kitorang letak gambar-gambar baby.
Bukannya ada maksud apa-apa pun, cuma gambar-gambar tu comel, jadi kitorang tampal kat situ.
Cikgu-cikgu yang mengajar kelas kitorang semua suka dengan gambar tu.
Sejuk hati nak mengajar nampak muka budak-budak comel kata dorang.
Tapi yang cikgu sorang tu berangin pulak tengok.
Padahal dia tak mengajar kitorang pun.
Asal selisih dengan kitorang je menjeling.
Lepas tu buat-buat tak minat nak mendengar.
Ntah hape hape perangai.

Seingat aku, tak pernah lagi kena pulau di tempat kerja.
Kalau ada pun aku tak perasan sebab aku tak berapa minat nak ambik tau apa orang lain buat kalau takde keperluan untuk aku ambil tahu.
Boleh jadi inilah agaknya punca kenapa aku sorang je dicampakkan ke department lain.
Agaknya dia memulaukan aku tapi aku tak perasan aku kena pulau.
Bengang agaknya aku tak perasan kena pulau, terus dia tukarkan aku ke unit lain. Hahahaha.

Banyak kali dah aku cerita pasal ni.
Sorang pegawai tu tukarkan aku ke unit lain dengan harapan aku miserable kat atas bila terpaksa berkerja sorang (tanpa geng).
Sekali kat atas tu lagi best.
Walaupun aku sorang je Research Assistant dan berkerja dengan 4 orang pegawai, meja sendiri pun takde (kerja dalam meeting room), tapi seronok.
Kat department baru takde politik.
Dorang meeting pun ajak aku join sekali, siap tanya pendapat aku lagi.
Pegawai preparekan speech text untuk Menteri, bila ada spot kesalahan tatabahasa dan aku cadangkan pembetulan, dorang accept.
One thing yang kebanyakan majikan terlepas pandang adalah, pekerja rasa seronok bila ada penglibatan.
Ini tak, kalau pegawai, pegawai je. RA level lain.
RA hanya menerima arahan, takleh bagi cadangan.
Kalau bagi cadangan, kena kecam. Pastu kena transfer.

Cuma tu lah, orang-orang macam ni sebenarnya weak.
Dia ingatkan kita yang weak sebab tu dia pulaukan kita.
Kadang tu dia buat geng pulak untuk mengutuk kita berjemaah.
Hat ni lagi satu perangai orang weak.
Mula-mula dia pulaukan kita. Lepas tu dia kutuk kita.
Bila tengok kita macam takde efek jalan terus, dia cari pula kawan baru dengan cara menjual cerita buruk kita.
Konon nampak macam dia di pihak yang betul sebab berjaya tambah kawan yang sama-sama tak suka kita.
Dia tak tahu orang yang dikutuk tu dunianya jauh lebih besar.
Dalam dunianya pula, kau tu sebesar hama pun tak, that's why dia boleh buat dek je bila kau pulau and mengutuk dia. Ada faham?

Baru-baru ni kawan aku cerita di tempat kerjanya dah ada pakatan untuk menjatuhkan dan kemungkinan membuang dia terus dari situ.
Tau kenapa?
Hanya kerana kawan aku berjaya create satu projek bernilai jutaan ringgit. Funny, kan?

Yang pelik-pelik je orang sekarang.
Staff tak perform disimpan.
Simpan sebab orang tu pak turut, jenis tak berkutik.
Yang perform-perform ni semua dalam pemerhatian.
Agak-agak terlampau perform, ujung-ujung kau tengoklah.
Kena tindakan warning letterlah, kena tindakan tatatertiblah.

Aku pernah kena dah.
Bukan nak kata aku perform tapi kat mana lojiknya aku sebagai sales exec, bila punch card bolong-bolong, aku disoal.
Aku cakaplah aku ni sales exec, kerjanya mencari sales.
Kalau punch card aku bolong-bolong, kau checklah sales aku hit target ke tak.
Kalau tak hit target baru kau soal aku.
Ini aku hit target every month, pastu kau question pulak aku apesal punch card aku teruk.
Sebab aku keluar buat sales la maka attendance aku berlubang-lubang.
Nak attendance cantik, tukar aku jadi keranilah. 24 jam di ofis.
Bila aku explain balik macam tu, dia spin kata aku very loud.
Eh? Dah kau trigger aku, camana aku tak loud.
Cuba kau buat kerja pakai otak, mesti aku diam tak kacau.

Toksik di tempat kerja bukan benda baru.
Samada nak layan atau tak je.
Macam kawan aku tu, aku cakap kat dia "Buat dek je".
Orang-orang yang suka buat kerja pulaukan orang, cari salah orang 24 jam, dorang ni sebenarnya takde solid reason to hate us.
The reason is because we do better than them.
Actually dorang bukan hate kita, tapi envy.
They hate the fact that they don't own those qualities yang kita ada which make us better than them. Itu je sebenarnya.

Come to think of it, kalau kita really benci someone, kita tak kuasa nak ambik tahu pasal dia.
Macam aku benci dengan ex aku, takde de aku nak stalk dia atau nak mencari tahu life dia sekarang macamana. Gasak kau situ.
That's why orang yang envy dia tetap tahu hal kita sebab dia bukan benci kita.
Dia cuma bengang kita ada apa yang dia takde.

Ada sorang blog reader pernah bagitau aku.
Dulu masa mula-mula baca blog aku dia rasa aku ni abusive sangat.
Suka carut, suka maki. Dia merasakan aku sangat rude.
Tapi yang pelikknya dia tetap baca blog aku for so many years.
Mula-mula dia ingatkan dia menyampah kat aku sebab aku rude, but she said she was wrong.
Tapi betullah aku dulu kuat carut.
But that was not the sole reason for hating me katanya.
Rupanya dia 'benci' sebab aku ada quality yang dia takde.
I could do some things very easily that she could never do.
Dia suka sikap aku yang tak peduli apa orang kata kat belakang, dia suka sebab aku loud, dan aku konfiden dengan apa aku tulis serta tulisan aku dibaca ramai orang.
That quality dia wish ada dalam diri dia.
Dia mula merasakan diri something wrong bila dia found out satu jabatan baca blog aku termasuk bos.
Katanya dalam satu meeting the bos cadangkan satu perkara yang dia tahu aku yang quote that sentence dalam blog 😁.
Lepas tu baru semua orang tahu bos pun baca blog aku.

Macam kawan aku yang buat projek juta-juta tu, aku kata kata kat dia kena kecam selepas kita berjaya, itu benda biasa.
People feel jealous because they never work on themselves.
They never focus on growing themselves.
Dia ingatkan dia dah di tempat yang tinggi maka dia berhenti grow. Rasa hebat dah.
Tup-tup ada orang berjaya buat benda yang lebih success dari dia, dah tentulah gelabah.
Sedap kot lama duduk atas dapat perhatian dan pujian sekali ada orang steal the attention.
Gelabah beruklah.

Aku cakap kat dia yang sebenarnya dorang bukan hate you because of you.
But they hate because you can do what they can't do.
And you have the courage to do it sampai jadi.
Orang-orang macam ni dia cakap je dia menyampah, tapi kalau apa yang kita buat tu dapat kat dia, 2 minggu canang kat Facebook tak habis.