2021-11-04

Rex Panda


Percaya ke tak kalau aku cakap sejak PKP 1.0 sampai sekarang, 80% hari-hari aku hanya berkaftan siang malam?
Sebelum PKP, kaftan aku semua tersimpan rapi.
Ada yang sebulan pun tak sekali dipakai.
Baju tido kaftan aku tak banyak mana.
Tapi sebulan tu boleh pakai lain-lain pesen, tak rotate.
Tu pasal ada yang sampai tak berpakai.
Tapi sejak negara istihar PKP, aku macam dah takde baju lain dalam rumah.
Asal lepas mandi je, tarik keluar kaftan.
Sampai naik lusuh kaftan aku.
Agak-aagk boring, barulah pakai baju lain.

The thing is, aku tak banyak baju basahan.
Kebanyakan baju aku blouse.
Dulu bukannya hari-hari duduk rumah. Siang dah tentu kat ofis.
Balik dari ofis dah petang, mandi, salin baju tido terus.
Sekarang ni bila dah always at home, baju dah jadi masalah untuk aku.
Takkan nak goreng ikan pakai blouse Dorothy Perkins kot.
Jalan penyelesaiannya?
Ya, betul. Belasah T Shirt En Wan.

En Wan punya T Shirt banyak.
Dari 15 tahun lepas pun masih dipakai sebab badan dia tak naik mana.
Walaupun dia berisi berbanding dulu tapi dulu dia underweight.
Now badan dah naik sikit, T Shirt lama masih boleh fit.
Syukurrrrrlah, kalau tak, dah satu masalah takde baju aku nak pakai.

Aku tak banyak T Shirt.
95% T Shirt aku dibeli ketika di bercuti di luar negara.
Berapa kali je pun aku pi overseas. Tak banyak.
T Shirt "I LOVE" series memang banyak.
I love Korea, I love Tokyo, I love Hong Kong, I love Phuket, I love Krabi, I love Gold Coast.
Pakkal aku belum jumpa I love Mekah je lagi.
Kalau ada, itu pun agaknya ada dalam lemari aku sekarang.
Selain "I Love" series, aku ada beli sikit semasa ke Disneyland, Universal Studios, dan T Shirt yang takde brand tapi ada print nama-nama negara yang aku pergi.
Itu je lah, selebihnya tapau T Shirt En Wan.

Perasan tak zaman kita sekolah dulu, T Shirt adalah pakaian paling lekeh.
Sesuai di pakai kalau ada projek kat skolah atau nak pi tusyen.
Kalau nak nampak bergaya sikit, jangan haraplah pakai T Shirt.
Kebanyakan boys akan pakai kemeja atau T Shirt berkolar.
Tapi zaman sekarang lain.
Budak-budak muda pakai T Shirt round neck pun dah nampak stylish.
Kadang tu T Shirt plain je, takde print apa pun, tapi nampak classy sangat.
Si Redza tu pun asal beli baju mesti nak yang plain.
Kalau bergambar pun secotet je print-nya, itupun aku tak paham apa benda yang baju tu tulis.
T Shirt plain macam tu banyak kat Giordano.
Tapi harganya pun harga Giordanolah.



T Shirt plain macam ni kesukaan Redza..dan juga Mark Z.
Simple tapi senonoh. Maybe fabrik memainkan peranan.
Bila fabrik bagus, jahitan pun otomatik jadi bagus, baju jadi jatuh terletak atas badan.
Yang gambar atas ni dari brand REX PANDA.
Premium shirt ya, bukan jenis yang 3 kali masuk mesin dah tetas.
Yang bestnya, dia premium shirt tapi harga marhaen. Kau ada?

Orang-orang muda sekarang memang tengah in T Shirt macam ni.
Aku rasa warna memainkan peranan.
Macam T Shirt REX PANDA ni, warna-warnanya warna yang selamat dan smart untuk lelaki.
Kalau belikan untuk pasangan, atau untuk kawan-kawan, atau untuk anak lelaki, tak payah takut sesuai ke tak warna ni kat dia, suka ke tak dia agaknya dengan warna ni. Tak payah takut.
Kau beli je apa-apa warna pun konfem dorang suka.
Sebab ini warna-warna yang lelaki suka pakai.
Dalam lemari Redza, warna-warna ginilah juga pilihan dia.
 


Antara warna-warna terkini yang fresh dan selamat dari REX PANDA are:

- Ocean Pink
- Bondi Blue
- Laurel Green
- Dolphin Gray
- Lavender Blue

Dalam video tu nampak warna-warnanya. Fresh, kan?

Yang best about this collection, kesemuanya regular cut (210GSM).
Dan dia gunakan heavy cotton with 5% spandex.
Maknanya ini bukan jenis fabrik yang terkibai-kibai atau jarang, ya.
Ini solid punya fabrik.
And semua orang tau fabrik cotton sangat sesuai dan selesa dibuat T Shirt.
Budak-budak muda mana suka fabrik kejung-kejung.
Fabrik sejuk macam ni barulah sedap pakai.

"Perlu gosok?"

Ya, aku tahu ini another selling point yang perlu diambil kira kalau target crowd orang lelaki.
Kalau anak aku, memang inilah yang ditanya dulu, "Kalau tak gosok renyuk tak?"

Nope.
Koleksi T Shirt REX PANDA semuanya pre-shrunk, bermakna fabrik yang digunakan untuk buat T shirt ni telah melalui treatment yang mengelakkan pengecutan fabrik so that bila baju tu dibasuh dia takkan jadi renyuk sangat.
Senang cakap tak perlu gosoklah.
Tapi tak bermakna baju tu won't shrink further.
Walaupun fabrik tu dah di-pre-shrunk, still likely akan ada some shrinkage in future.
Itu normallah. Kebanyakan fabrik akan mengecut secara purata 3-7% selepas digunakan beberapa kali.
Tapi selalunya kita tak perasan pun sebab tak obvious sangat.

Price-wise?
Just like aku cakap tadi - barang premium, harga marhaen.
Sehelai at normal price baru RM32.90. Sekarang ada promosi 10%.
Kalau beli 3 helai dapat another RM5 off on top of harga promosi.

Kau ingat spender dengan tudung je jual dalam kotak?
Beli T Shirt REX PANDA pun dapat kotak ya, provided beli 3 helai lah.
Sesuai kot nak buat gift. Kalau nak request wish note pun boleh. FREE katanya!

Ini aku tak jual ya, tapi aku suka tengok koleksi-koleksi premium like this.
Kasi aku warm-up dulu la usha baju-baju orang lain sementara bisnes baju aku blom start ni.
Kalau sesiapa nak try REX PANDA, boleh ke IG dorang, klik link ini.



Boleh juga whatsapp purchase korang di sini.