2021-11-03

Jus buah boleh jadi punca hati berlemak.


Hari ni tulisan berbentuk ilmiah sikit, ya. 
Terpanggil nak ulas panjang jawapan aku pada soalan follower di atas, untuk panduan semua.
Actually, aku ada blog lain di website GreenAard.
Kalau nak baca tentang kaitan food and health, boleh ke SINI dan klik pada button KNOWLEDGE.

Ok, penyakit hati berlemak is not so common sekarang.
Selalunya yang ada hati berlemak ni dikaitkan dengan obesiti, diabetes and various other diseases
Hati berlemak berlaku bila terlampau banyak lemak berkumpul kat sel hati. 
Liver tak perlu too clean dari lemak sebenarnya.
It is normal ada sikit lemak dalam hati cuma, hati dianggap berlemak kalau kandungan lemak lebih dari 5%.

Penyakit hati berlemak selalunya orang kaitkan dengan alcoholic tapi non-alcoholic fatty liver (NAFL) is much more dangerous sebab boleh jadi punca sakit jantung dan buah pinggang.  
Obesiti is risiko utama untuk dapat hati berlemak.
Ramai yang ada NAFLD tanpa sedar. 
Sesiapa yang sedang atau pernah gemuk untuk tempoh yang panjang, try buat liver test to check if ada fatty liver.
Selalunya yang pernah obese bertahun-tahun ada penyakit hati berlemak.

Lagi satu indicator you might have fatty liver bila perut besar/buncit.
Lemak perut can develop fatty liver.
Malah, someone dengan berat badan normal pun boleh develop fatty liver kalau ada excess lemak kat perut dan pinggul. 

Untuk soalan follower tu aku tanya if dia ada minum jus.
Because inilah yang orang selalu terlepas pandang.
Selalunya kita anggap - Jus dari buah, buah is plant, plant rendah kolesterol, kaya vitamin, less fat - maka jus is some kind of healthy food.
Yang orang tak tahu air buah tinggi kandungan fruktosa.
Fruktosa ni sejenis gula.
Hati adalah satu-satunya organ yang dapat me-metabolisme fruktosa dalam jumlah yang banyak. 
Bila kita ambil jus buah, hati akan dipenuhi dengan fruktosa. 
Fruktosa yang berlebihan akan diubah menjadi lemak. 

Air yang tinggi fruktose is soda and jus buah.
Imagine orang yang minum pressed juice everyday?
Nampak macam minuman sihat sebab katanya fresh dari buah takde tambah gula, padahal jus buah tinggi fruktose and the damage it can do to your liver sama macam impak minum alcohol.

Kadang aku berbulu juga asal sakit buah pinggang, salahkan supplement.
Asal sakit jantung, salahkan supplement.
Asal hati berlemak, salahkan supplement.
Tapi orang terlupa yang produce supplement tu maybe bukan doktor tetapi mereka adalah food technologist and chemist.
Meh ambik course food science atau food safety belajar macamana cara kita buat risk assessment sebelum produce supplement.
Ada formulanya, ada toxicology test-nya, ada threshold dose yang kena follow sebelum product tu lulus untuk dipasarkan.
That's why ada arahan penggunaan dalam supplement. Tak boleh ambil sesuka hati.
Tetapi, fruit juice kita pandai-pandai sendiri prepare.
Kita pandai-pandai sendiri atur nak minum berapa gelas sehari.
Kita sesuka hati minum bergelas-gelas sebab kita rasa itu healthy food.

Antara minum jus buah dengan makan buah, better makan buah.
It's important to understand that walaupun fruktosa ada dalam buah, ia tak menjadi mudarat kalau dimakan dalam bentuk buah, berbanding jus buah. 
Kerana, buah ada serat. 
Bila kita makan buah, kita makan bukan sahaja fruktosa-nya tapi juga seratnya.
Untuk mencapai tahap fruktosa yang berbahaya, kita perlu makan BANYAK buah (a very large amount), dan ini sangat mustahil untuk kita buat. 
Berbeza dengan minum jus buah, hanya air buah (dan frukrosa) yang diambil, manakala serat dibuang.
Selalunya kalau kita makan oren, kita makan sebiji saja sekali makan.
Tapi untuk menghasilkan segelas jus oren, kadangkala perlukan sampai 3-4 biji.
Seumpama minum gula segelas!
Lepas tu bila berat badan tak turun kita tanya "Makan apa?"

"Tak, saya tak makan nasi pun".

Bila korek korek korek, memang tak makan nasi tapi minum jus everyday sebab ingatkan jus tu healthy food.
Memanglah healty, kalau dia dalam bentuk buah.
Dah jadi jus buah, dah tak healthy dah.
Dah macam minum Coke everyday je tu.

Orang yang gemuk selalunya triglyceride-nya tinggi.
Orang yang high trigliceride susah nak turunkan berat badan.
Orang yang ada masalah berat badan selalunya ada fatty liver.
Boleh nampak tak yang dia pusing-pusing kat situ je?
Overweight -- high triglyceride (kolesterol) -- fatty liver.
Maka, salah satu treatment yang kita boleh buat selain reduce weight, kena turunkan kolesterol juga. Kerana trigliserida yang tinggi bukan sahaja menjadi penyebab hati berlemak, tetapi melambatkan penurunan berat badan. 

Buat masa ni tak ada treatment untuk fatty liver.
Kena ubah gaya hidup saja.
Stop fruit juice, kurangkan refined carbs, kurangkan berat, kurangkan kolesterol.
Insyallah, kalau kurangkan kolesterol trigliceride akan menurun.
Bila trigliceride menurun, berat badan lebih senang berkurangan.
Bila berat badan berkurangan, liver bertambah baik.

Kalau nak cuba produk GreenAard yang khas untuk masalah kolesterol, boleh wasap sini ya.