2021-11-05

Create path dan history sendiri.


Hari tu aku dengan En Wan lepak-lepak sembang kat hall sambil layan teh, aku cakap "Dulu masa budak-budak ni kecik, dengar jugaklah suara terpekik-pekik sana sini. Now senyap-sunyi". 

Hari tu masa Pak Aji and Mak Aji datang tido, bapak aku cakap "Rumah kau ni macam takde orang. Senyap je"

"Area sini memang senyap dari dulu, Pa. Now anak masing-masing dah besar, lagilah takde bunyi"

Betul. 
Area rumah aku ni kalau 10 tahun lepas, nampaklah juga budak-budak main basikal depan rumah.
At least playground tu paling tak ada 4-5 orang budak main petang-petang. 
Selepas 10 tahun, anak masing-masing dah besar, playground dah takde orang.
Nak pulak zaman Covid ni, lagi la takde orang nak berpeleseran kat playground.
Basketball and tennis court kat belakang ni pun takde orang guna.
Petang-petang sekarang hanya nampak mak bapak orang baya-baya aku berjogging.
Budak-budak semua dah tak nampak bayang kat luar rumah.
Tapi, kereta setiap rumah makin bertambah.
Itu petanda anak masing-masing yang dulunya main basikal, sekarang semua dah berkereta.
Jadi, tak hairanlah kejiranan aku sunyi.
Tu yang kadang pukul 10 pagi terasa mengantuk balik semula, sebab environment persekitaran membuatkan katil aku memanggil-manggil.

Tu aku cakap kat En Wan, cara-cara sekarang pun rumah kita lengang.
Esok kalau budak-budak ni dah berumahtangga, lagilah.
Aku tengok kau, kau tengok aku jawabnya.

Betul kata En Wan dulu, "Kita ada dengan anak kita paling kurang, 12 tahun. Kalau anak masuk boarding school, 5 tahun dia di asrama. Habis SPM masuk U pulak lagi 5 tahun. Lepas grad entah-entah kawen".

Aku dah terasa-rasa dah moment tu.
Sejak 5 tahun lepas Redza dah takde dalam rumah ni.
Mujurlah sejak tahun lepas PKP tak habis-habis, nampak jugaklah bayang di dalam rumah ni.
Kalau tak, lagi takde time kitorang bersama.

Bila ingat-ingat balik tentang ni, teringat masa aku habis belajar dulu.
Mak Aji kalau boleh nak aku kerja kat Bangi saja. Secara tepatnya, di UKM.
Kalau boleh semua anak-anak dia, baik aku, Ima and Ibal dia nak longgokkan kat Bangi.
Ima dulu engineer kat Utusan, Bangi.
Malam-malam mesin rosak, pukul 12 malam pun Pak Aji sanggup hantar dia ke kilang.
Kalau boleh Mak Aji nak Ima terus kerja kat Bangi.
Tapi Ima pilih untuk pindah ke JB lepas kawen, rezeki dia suami isteri berkerja di sana.

Setakat ni Ibal je lah yang masih stuck kat Bangi. 
Aku and Ima dah selamatkan diri 😆. 
Ibal terpaksa obedient sebab kakak-kakak rebel taknak duduk Bangi, maka Ibal akur permintaan Mak Aji untuk apply kerja di UKM.
Tapi lepas tu dia berpindah ke HUKM pula.
Takpelah jauh sikit asal masih berulang balik rumah Bangi.
Jauh juga sebenarnya Ibal and CT nak berulang ke tempat kerja hari-hari.
KL-Bangi. Dengan traffic lagi. 
Tapi rumah tu pun bakal dapat kat Ibal, jadi takde alasan untuk dia keluar dari situ.

Pak Aji pula kalau boleh nak anak-anak perempuannya jadi cikgu. 
Alasannya, perempuan sesuai jadi cikgu. 
Bagi Pak Aji, kerjaya cikgu tak melibatkan pergaulan yang bebas kalau nak bandingkan bidang kerja aku dulu hari-hari merayap jumpa customer. 
Bagi dia, kerjaya guru adalah job paling selamat untuk wanita.
Tambahan lagi dia and Mak Aji sama-sama orang gomen, dah tentulah dia nak anak-anak pun kerja gomen juga.

The thing is, dari zaman sekolah lagi aku dah plan untuk keluar dari Bangi bila habis belajar. 
Cukup-cukuplah dari kecil membawa ke besar duduk Bangi. 
Aku nak ada kampung.
I mean, bila raya balik kampung.
So aku nak bila raya, aku balik Bangi. Bangi kampung aku.
Aku taknak duduk di kampung sendiri. 
Aku nak ada feeling balik kampung tu.

Bandar Baru Bangi ni terlalu "baik" untuk orang macam aku. 
Orang-orang Bangi semua soft, bersopan, berhemah. 
Jenis macam aku ni elok dicampak keluar je dari Bangi 😁. 
Lagipun dulu bayangan mak bapak terlalu kuat kat situ.
Bangi bukan besar mana pun dulu. Setakat sampai Fasa 3 je.
Pusing kot mana dorang kenal sama sendiri.
That's why aku tak plan nak duduk di Bangi.

Lepas grad, Mak Aji dah siapkan jadual untuk aku pergi interview kat UKM. 
Masa tu aku macam...huh??
Apesal aku kena kerja kat situ?
Sejak bila aku nak kerja kat Bangi?

Yang pertamanya, aku tak plan bekerja di Bangi. 

Second, aku tak nak kerja setempat dengan Mak Aji. 
3/4 isi UKM tu kenal mak aku (ketika tu).
Dari kecil lagi aku dah join program-program di UKM.
Hari sukan UKM pun aku join tau.
Sesekali ikut Mak Aji ke ofis.
Gathering kawan-kawan dia pun aku pergi.
Boleh dikatakan aku kenal kawan-kawan mak aku, dan dorang pun kenal aku.
Paling tak pun, "Oh, ini anak Dahlia". 

Bukan nak kata rimas, tapi aku tahu aku takkan seronok berkerja di sana.
Aku tak mahu aku terpaksa jadi orang lain demi menjaga hati orang lain.
Stress aku nanti.

Masa zaman sekolah aku dah lalui situasi ni.
Masa Form 1 orang belum tahu aku anak Ishak, Pegawai Disiplin and Kaunseling Jabatan Pendikan Selangor.
Masa Form 2 aku start wakil skolah untuk Pesta Pantun. Dapat jadi juara wakil daerah.
Pemantun 1 & 2, cikgu-cikgu dah kenal sebab dorang aktif di sekolah.
Aku junior, entah dari mana tiba-tiba muncul, boleh berpantun pulak tu.
Cikgu-cikgu start bertanya siapa Diana ni? Budak mana?
Salah seorang cikgu disiplin kat skolah recognize aku "Dia ni lah anak En Ishak JPS. Bapak dia ni dulu cikgu kugiran masa mengajar STF dulu. Saya dulu satu skolah dengan bapak dia".

Bila seorang cikgu jadi reference siapa bapak aku, terus aku jadi perhatian.
Ramai cikgu baik dengan aku lepas tu. 
Nak-nak lagi cikgu yang nak tahu peluang bertukar sekolah.
Terusssss tahun depan aku dilantik jadi pengawas.
Aku tak tahulah aku dilantik sebab aku aktif, atau menghargai jasa aku carry nama sekolah, atau aku dilantik sebab Ishak.
Biasalah, semua sekolah ada masalah disiplin dan kaunseling, kan.
Apa-apa jadi dalam Selangor laporan akan sampai ke meja bapak aku.
Masa tu aku tertanya, aku dilantik jadi pengawas sebab aku layak atau sebab skolah respect bapak aku?

Masa Form 4, perlantikan Majlis Pengawas, aku tak hadir ya.
Tapi aku dapat jadi Setiausaha Tertinggi. Pelik, kan?
Aku macam...ini sebab aku layak atau sebab bapak aku?
That's why aku pelik macamana aku boleh jadi Setiausaha sedangkan satu minit mesyuarat aku tak pernah buat.
Tapi aku husnuzon je lah, boleh jadi aku dipilih kerana aku layak dan aktif di sekolah.

Asal ada program skolah atau masuk bilik guru, mesti dengar suara "Itu anak En Ishak JPS".
Sometimes bapak aku datang melawat skolah. Biasalah, pegawai displin kan.
Asal aku nampak kereta bapak aku kat skolah, aku menyorok.
Padahal bapak aku melawat skolah, aku tetap balik jalan kaki sebab taknak orang nampak aku ada kabel di situ.

Some people proud bila ada kelebihan macam tu di sekolah, tapi aku rimas.
Sebab aku tak tau treatment yang aku dapat dari orang sekeliling pure atau fake.
Bila cikgu PRS sebut-sebut nama aku untuk jadi Presiden, aku tak tahu nak respond macamana.
PRS kan di bawah unit kaunseling.
Aku ni layak ke? Ke dia nak ambik hati bapak aku? Apa pulak kata kawan-kawan?
"Diana jadi Presiden sebab bapak dia orang Jabatan".

Bukan aku tak bangga dengan bapak aku. 
Aku sangat bangga dengan achievement dia.
Bapak aku pernah jadi jaga parking kot, pernah berhenti skolah jadi penoreh.
Of course aku bangga dengan achievement dia selepas tu.
Tapi aku nak create history aku sendiri.
Sikit-sikit menumpang nama bapak boleh lah, tapi kalau semua benda nak kena kaitkan dengan nama bapak, nampak sangat aku tak grow.

Berbalik pada impian Mak Aji nak aku kerja di UKM, kalaulah aku kerja di situ, agaknya semua orang  aku greet "Assalamualaikum Aunty" 😆.
Abis tu kalau dah semua kenal dan aku biasa tengok dari kecil.

Masa matrik, aku kerja sementara as data entry clerk di bahagian akademik UKM.
Satu jabatan tu kenal mak aku. 
Aku pulak dah terbiasa panggil dorang Aunty, sebab dorang biasa datang rumah Mak Aji. 
Bila kena kerja situ, otomatik panggilan bertukar jadi Puan. 
Tapi puan-puan tu sendiri yang bahasakan diri dorang 'Aunty'. 

"Diana nanti tolong key in list ni, nanti dah siap pass kat AUNTY, ya?"
"Diana, AUNTY nak naik pejabat mama kejap, nak ikut?"
"Diana stayback siapkan kerja boleh? AUNTY dah bagitau mama. Nanti AUNTY hantar Diana balik".

Dah macam keje dengan famili pulak.
Masa interview dengan satu pegawai di sana, the pegawai tersasul bahasakan diri dia 'Uncle' 😆.

Alhamdulillah kalau nak aku kerja kat UKM insyallah mudah dapat tempat.
Tapi aku yang tak reti nak kerja dengan suasana macam tu. 
Terasa macam aku sebenarnya tak layak tapi diambil berkerja sebab mak aku ada kabel.
Mana aku pergi orang tahu aku anak Dahlia.  Seriau nak kerja di UKM. 
Kena jaga ‘protokol’ satu hal sebab berada dalam zon “kakak kawasan”. 
Karang apa-apa hal jadi, tersangkut-paut dengan mak aku sekali pulak. 
Aku ni kalau merempan tak kira orang, aku redah je. 
Sebelum mak aku sakit jiwa dengan perangai aku, baik aku jangan libatkan diri. 

Masa aku kerja sales, aku minta kat majikan jangan bagi aku handle customer UKM sebab aku tak nak terserempak dengan mak aku dan orang-orang yang aku kenal di sana.
Bos aku cakap ada kabel lah bagus, senang nak buat sale.
Ya, aku tahu mudah.
Bukan menidakkan kelebihan yang ada depan mata, tapi entahlah, aku tak berapa suka cara tu.
Walaupun UKM tu lubuk sales, senang nak dapat komisyen, takpelah, aku pass area tu kat colleague aku. 

Last aku pergi UKM atas urusan kerja was tahun 2008. 
Pegawai yang uruskan pembelian bersembang dengan aku, tiba-tiba tanya pasal parents. 
Bila dengar nama mak aku, "Ohhhhhh...Dahlia? Tu dulu geng-geng saya bersukan. Dia main hoki dulu”. 
Tapi yang bagusnya invoice aku laju dapat payment.
Ok part payment laju ni aku suka  😁.

Masa aku kat UNIMAS, Timbalan Naib Canselor namanya Prof Charlie. 
Dia lecturer Immunology aku. 
Ada satu hari tu dia panggil nak jumpa kat bilik. 
Excited aku bila TNC nak jumpa. 
Masa sembang-sembang aku cakap aku orang Bangi.
Dia kata dulu dia belajar UKM. 
Aku cakap "Mak saya pun keje UKM" (masa tu Mak Aji belum pencen lagi).
Aku bajet takkanlah TNC ni kenal mak aku, aku pun sebut nama Mak Aji.
Sekali dia cakap "Laaa...anak Dahlia you? I kenal your mum. Dia uruskan cuti belajar I dulu”

Phewww, lap peluh!
Nasib baik immunology dapat A. 
Boleh imagine tak beban yang aku kena bawa bila lecturer kenal mak aku? 
Dah lah kena bertertib, terpaksa score pulak tu karang jatuh airmuka mak aku anak dia bangang. 
Like aku cakap, Bangi tu dulu tak besar mana.
Mak Aji pula otai UKM, dari zaman UKM di Lembah Pantai lagi.
Nombor staff dia 506, bermakna group terawal kerja di UKM.
Dah tentu ramai kenal.

Sorang lagi lecturer aku di sana nama Prof Dr Awang Iskandar.
Dah habis belajar baru dia tahu aku ni anak saudara isteri dia. 
Mak mertua Prof Awang and arwah nenek aku adik-beradik. 
Dorang suami isteri saling kenal Mak Aji cuma tak kenal aku.
Masa dapat tawaran belajar di sana lagi Mak Aji nak contact sepupu dia untuk bagitau aku belajar di sana, tapi aku tak kasi mak aku bagitau.
Aku cakap kalau nak bagitau tunggu dah grad nanti.
5 tahun aku di sana dorang tak tahu ada anak sedara belajar di tempat kerja dorang.
Kalau dorang tahu aku di situ, agaknya tetiap bulan aku kena outing ke rumah dia.

Dah lah Prof Awang ajar subject Molecular yang susah nak mati tu. 
Karang aku dapat A orang kata dia bias. 
Kalau aku dapat F, dia pulak malu ada anak sedara bangang. 
Jadi aku memilih untuk tak kenalkan diri sehinggalah hari konvo. 

Bila anak-anak aku semakin membesar, barulah aku faham kenapa mak bapak aku tak kasi aku kerja jauh. 
Itu adalah kerana dorang nak anak-anak berada dalam zon yang selesa.
Meraka rasa di Bangilah tempat yang paling selamat and selesa untuk anak-anak.
Mak Aji encourage kitorang kerja kat UKM because UKM treats her well, dan disebabkan itu dia merasa UKM akan jadi tempat yang bagus untuk anak-anak dia juga. 

Hakikatnya, tak ada mak bapak yang nak anak-anak duduk jauh. 
Semua nak anak duduk celah ketiak. Nak-nak lagi anak perempuan. 
Payah nak biar anak duduk jauh, kerja jauh, apetah lagi nak bagi anak duduk menyewa. 
Sesetengah parents allow tapi aku percaya diorang tetap risau. 

Mak Aji dulu expect aku duduk sekali dalam rumah tu selepas kawen. 
Siap saiko aku "Duduk dengan mama takyah bayar sewa, makan sekali dengan mama, pergi kerja tak pakai minyak banyak, takyah pakai tol, boleh saving..." 
Jadi, aku sangat paham kenapa some mak bapak tak kisah anak bergaji rendah, asalkan kerja dekat.
Tak kisah berlonggok anak-beranak dalam satu rumah asalkan anak depan mata. 
Tak kisah anak tak berpindah keluar selepas kawen asalkan anak tak terbeban dengan hutang beli rumah.
Mak bapak kita ni sebenarnya bukan nak sangat duit kita bagi tiap-tiap bulan tu. 
Tapi kalau kita bagi memang dorang berbesar hati. 
Yang sebenarnya tengok kita hidup selesa, makan cukup, semuanya selamat depan mata, dah cukup bagi dorang. 

Aku dah boleh faham perasaan mak bapak aku dulu. 
5 tahun Redza duduk jauh. 
Ni esok lepas SPM kalau masuk U, berjauhhhh lagi. 
Tup-tup karang kawen, jauhhhh lagi. 

Masa aku nak pindah Subang Jaya selepas kawen, Mak Aji macam tak berapa suka sangat. 
Siap takut-takutkan aku lagi "Kau tu nanti duduk rumah sorang-sorang, Wan pegi keje. Kalau jadi apa-apa kat rumah camana?".
Macamkan aku ni budak kecil nak ugut-ugut aku gitu, kan?
Yang sebenarnya dia nak aku berada dalam zon selesa.
Memang selesa duduk dengan parents, itu tak dinafikan.
Tapi untuk diri aku, aku tak boleh grow kalau tak keluar dari situ.
Pada waktu itu, kalau aku stay di Bangi, aku akan hidup dengan dibayangi nama Pak Aji and Mak Aji.

"Oh itu anak cikgu Ishak"
"Oh itu anak Dahlia"

Nama Diana orang tak kenal.
Orang akan highlite nama mak bapak.
Susah aku nak grow dan cipta history aku sendiri.
Bukan nak semua orang kenal aku, cuma aku nak create something untuk diri sendiri.
Aku nak diberikan kepercayaan berbuat sesuatu kerana aku layak, bukan kerana aku anak seseorang.
Aku tak mahu sampai dah tua esok asal nak berurusan dengan orang-orang berkepentingan kena mention "Saya ni anak Ishak Naim" atau "Saya anak Dahlia Abd Rahman".
Sampai bila nak jaja nama mak bapak yang pada ketika itu entah-entah dah tak ada dah.
Sebesar mana nama mak bapak kita, sehebat mana jasa dorang pada masyarakat dan penduduk setempat, satu hari nanti orang akan lupa juga.
Nak pulak kalau mak bapak kita dah takde, tapi kita masih lagi nak menjaja nama mereka demi mendapat kepentingan.
You think people care kau anak siapa ketika tu?
Tak, masa tu orang tengok siapa kita pula.

Ahamdulillah, aku rasa aku dapat apa aku nak.
Bukan kerana aku berjaya, pandai, atau bagus. Itu semua kebetulan saja.
Bak kata ustaz, kejayaan kita hanya 20% atas usaha sendiri, selebihnya doa mak bapak.
Cuma bila berjaya create path sendiri, setidak-tidaknya ada keyakinan dan kepuasan untuk diri sendiri.
Itu saja.

Aku dan En Wan sedang mempersiapkan diri untuk menerima keadaan itu sekiranya anak-anak mahu cipta history mereka sendiri.
Bak kat En Wan, biarlah.
Mak bapak kita allowed kita pilih jalan hidup kita, now it's their turn cipta path and history sendiri pula.
Bagilah dorang peluang cipta history untuk diceritakan pada anak-anak nanti.
Tugas kita bagi pelajaran, guide mana yang perlu, selebihnya uruslah sendiri.
Tak perlu nak atur life dorang jadi perfect dan selesa 24/7
Biarkan dorang sesekali lalui rasa susah-payah dan buat silap kerana itulah pelajaran paling berharga.

Uncle and Aunty yang baca post ni, tolong doakan Redza and Rayyan, ya.