2021-08-17

Bila suami mati..

Tadi nampak orang share post ni.
Post dari seorang yang arif tentang hibah.
Kisah tuntutan duit dari balu ni bukan cerita baru.
Dah banyak sangat cerita-cerita macam ni, tapi entahlah.
Masih ramai yang tak clear lagi bab ni.

Dalam hampir kebanyakan kisah, bila seorang suami meninggal, mesti ada cerita tak sedap tentang balu yang ditinggalkan.
Balu tak kenang jasa mertualah.
Balu kaut duit suami sorang-soranglah.
Balu taknak kongsi duit suami dengan adik-beradik ipar, etc.
Kenapa tiba-tiba balu jadi villain dalam cerita ni?

Aku suka perati perangai manusia yang merasa dia layak dapat harta adik-beradik yang dah mati.
Selalunya terserlah habis kebodohan masing-masing.
Nampak macam tak teringin harta si mati.
Konon hanya nak pertahankan hak makbapak yang masih hidup.
Tapi bila dapat je duit, sorang-sorang perbesaq dapur, tambah gelang, yang tak pernah-pernah masuk Ikea tetiba shopping kat Ikea macam nak rak.
Huh, pertahankan mak bapaklah sangatttt.

Pernah berlaku pada kawan aku.
Bila suami mati, habis harta suami keluarga tuntut.
Selagi boleh korek habis dikoreknya.
Segala KWSP, insurans, Tabung Haji semua disoal-siasat.
Padahal si anak mati meninggalkan cucu.
Kau takde ke rasa kesian kat cucu?
Sampai sekarang kalau aku ingat-ingat balik, mendidik darah aku.
Nasib baik mak bapak kawan aku tu masih bekerja, dapatlah menumpang rumah mak bapak sambil-sambil nak bangkit bina hidup baru.
Mujur juga kawan aku ni bekerja, kalau tak?

Ramai isteri-isteri kat luar sana, bila suami mati, terkapai-kapai nak berpaut.
Masa suami masih hidup, oh pandai kata isteri hak suami.
Nak-nak lagi kalau bab beraya.
Boleh jadi berganduh kalau anak laki dia tak balik beraya raya pertama kat kampung.
Dikatanya ikut telunjuk bini.
Bila anak laki mati, takde pulak kau berebut ajak menantu balik beraya, kan?
Mampuslah situ hidup ke mati takde sape nak kisah dah.
Melainkan si isteri kaya.
Insyallah, masih ada yang nak mengaku keluarga.

Kadang-kadang suami kita baik, tapi keluarganya belum tentu lagi.
Bab-bab harta ni kau jangan buat main, sekejapan je boleh terbang serban dengan jubah!
Masa ni lah kau nak tengok yang tak pernah jadi lebai pun tetiba jadi lebai.
Bersusun-susun hadis pasal faraid dia keluarkan.
Tapi tanggungjawab penerima faraid tak dihujahkan pulak. Dia buat senyap.

Harta and duit ada power untuk ubah karakter seseorang sekelip mata.
Nak tengok karakater yang alim-alim pendiam berubah jadi saitan, masa ni lah.
Masa ni baru kau tau yang bermulut celupar rupanya tak jahat mana.
Rupanya yang nampak macam pendiam bodoh-bodoh tu lah kepalanya.
Dia yang lebih-lebih hasut orang sana sini untuk rebut harta si mati.
Time tu barulah nampak ohhh ramai rupanya yang 'concern' dengan arwah suami kau.
Masing-masing nak masuk share bercerita penat lelah membesarkan anak, membesar bersama-samalah, berkongsi segalanyalah - semata-mata nak menjustifiasi hak dia ke atas harta si suami.

Masa laki kau terlantar sakit, muka-muka yang nak rebut harta ni tak nampak bayang pun.
Takde effort pun nak mengambil tanggungjawab menjaga.
Takde pun hulur-hulur bantuan ke, sumbangan ke, belikan ubat ke, belikan barang-barang dapur ke, takde.
Elok je Hamba Allah tu mati, baru nampak laki kau ni ramai sedara rupanya.

"Dia kan ada bini. Apa guna ada bini kalau tak boleh jaga suami?"

Ha'ah memang ya.
Bini-bini ni memang tugasnya menjaga orang sakit.
Adik-beradik cuma tanya khabar je, itu pun kalau teringat.
Bila suami dah takde, tugas bini agih-agihkan pulak harta suami kat keluarga masing-masing, kan?

Kawan aku tu, sampai ke KWSP arwah suami pun pak mertua dok bertanya everyday!
Bukannya call nak tanya khabar menantu dengan cucu.
Sibuk nak duit KWSP anak sebab nak bagi adik-adik merasa duit arwah katanya!
Teruk benau gamaknya sampai tak pernah merasa duit abang sendiri selama ni.
Aku ni puas merasa duit adik-beradik aku.
Pergi rumah adik, dia jamu makan.
Tu kira merasa duit adiklah.
Balik Bangi, adik belanja KFC.
Itu kira merasa duit adiklah.
Kau nak merasa apa lagi?

Yang aku pelik, cara mintak duit tu menggelabah sangat.
Macamkan daif sangat dah.
Padahal anak yang lain ada je.
Yang kenapa harta anak yang mati ni jugak nak ditanya hari-hari.
Dah takde siapa nak menjaga pakcik ke sampaikan harta arwah anak disibukkan?
Anak-anak yang lain tu apa fungsinya. Kira bulu kote hari-hari?

Kesian kawan aku.
Akhirnya dia bagi semua simpanan arwah suami pada keluarga mertua (bekas mertua).
Dia kata puak-puak macam ni jangan disimpan sebagai keluarga.
She did the right thing.
Sebab dia orang ada otak, ada pelajaran.
Orang yang ada otak ni, boleh hidup campak mana-mana.
Bagus jugak dia tak simpan keluarga mertua macam tu.
Kalau tak, agaknya sekarang semua jenis mengendeng nak menumpang duit dia.
Kawan aku dah hidup selesa sekarang.
To me, bodohlah keluarga mertua yang buat dia jadi musuh dulu.
Kalau tak, sekarang ni boleh gak kau menumpang kasih dengan menantu.
Ini tak, gelupur sangat nak duit si anak yang tak banyak mana tu, lama mana sangat boleh hidup dengan duit tu?

Kawan aku ni suami dia meninggal belum umur 40 lagi.
Berapa sangat duit KWSP and simpanan yang sempat kumpul dengan kerja yang tak sampai 20 tahun?
Tapi dah kalau itu yang kau nak rebutkan sangat, ambiklah.
Orang jenis macam ex-mertua kawan aku ni, yang menggelabah dengan duit yang banyak, kau bagi 500K pun tak sampai setahun sadaqallahulazim dia boleh settlekan.
Aku bajet sekarang melopong masing-masing stalk FB kawan aku.

Bukan isteri taknak bagi harta and duit suami.
Faraid hukum Islam. Wajib patuhi.
But let's face realiti.
Berapa kerat keluarga suami yang bila dah dapat harta, willing to pikul tanggungjawab ambil alih tugas menjaga keluarga si mati?
Padahal itulah alasan kenapa harta si suami layak dapat kat keluarga dia.
Kerana bila suami meninggal, tanggungjawab menjaga anak si mati terletak pada bahu keluarga suami - datuk dan pak sedara.
Malangnya, ramai yang bila dapat je duit/harta, terus jadi halimunan.

Kalaulah keluarga si mati celik agama, nescaya tak akan ada kes balu-balu teraniaya dalam dunia ni.
Macam kawan aku tu, jangankan kata bapak mertua, adik-beradik lelaki arwah suami ada tiga orang.
Sorang pun tak nampak muka sampai sekarang.
Nampak muka time nak bincang pasal harta dulu.
Sekarang ni insurans pun dah dibahagi-bahagi ikut faraid tau. Baik-baik ya.
Sementara hidup lagi ni, pegi arrange wasiat.

The issue here is bukan duit semata-mata tetapi perangai tu.
Kalau boleh, walaupun suami dah takde, biarlah semua masih dalam satu keluarga.
Aku faham semua mak bapak pasti nak 'pampasan' kehilangan anak especially mak bapak yang tak ada sokongan kewangan (pencen).
Tapi kalau bawak perangai menggelupur tu, tak jadi keluarga pun takpelah.
Ni entah-entah esok bila habis duit arwah anak, duit raya cucu pun dia sebat dengan alasan darah daging.
Eh mana nak tau kan, spesis gini unpredictable sikit perangainya.

Kawan aku cakap, bab hutang-hutang suami, bila ada yang bertanya, keluarga mertua mintak jumpa dia (kawan aku) untuk settlekan.
Aku gelak je dengar.
Bab settlekan hutang, sorang tak nak mengaku keluarga.
Bila bab faraid, kemain lagi masing-masing mencanang penat lelah membesarkan anak.
Helokkkk sangat perangai.

Kadang aku pelik jenis lelaki yang nak berbakti sangat pada mak bapak sampaikan isteri dibuat macam tak penting.
Patutnya sediakan keperluan asas isteri dan anak-anak dulu.
Anak-anak tu waris kot.
Tergamak biar waris hidup mengharap ihsan orang?
Rumah yang dibeli tu biarlah jadi hak isteri dan anak-anak.
Kot teringin sangat nak balas jasa mak bapak, kau belikanlah another rumah for them nanti.

Entahlah, lelaki yang takde otak macam ni sebenarnya tak ramai. Tapi ada.
Dia rasa hanya dengan berbakti pada mak bapak saja jalan ke syurga.
Yang anak orang kau ambik ni, pandai-pandailah nak hidup.
Memang mertua bagi anak perempuan dia kat kau untuk kau aniaya, kan?
Tunggulah esok kau tengok depan mata anak perempuan kau kena aniya dek suaminya.
Masa tu tengok kau sedih ke tak.
Selagi tak kena batang hidung sendiri tak tau macamana rasanya.

Sometimes, tak semua orang tua boleh faham situasi ni.
Tapi sebagai anak, kita kena ada common sense.
Macam Mak Aji kan, dulu kitorang kan bukan orang senang.
Aku and Ima cucu yang rapat dengan arwah nenek.
Cucu lain bukan tak rapat, tapi masa tu dorang kecik sangat lagi.
Kitorang asal cuti skolah je duduk kampung.
Ke mana-mana memang dengan nenek.
Bila nenek belikan baju atau rantai and gelang, aku mesti dengar Mak Aji cakap "Mak, mak jangan kecai-kecaikan duit. Duit tu anak-anak mak bagi. Cucu mak bukan anak Yah sorang. Nanti mak asik belikan budak-budak ni barang, apa kata anak-anak lain".

Walaupun mak aku tu memetir, tapi common sense dia tinggi.
Dia sedar diri dia bukan orang kaya dan dia tak bagi duit kat maknya sebanyak adik-adik lain.
Jadi, setiap kali nenek belikan kitorang hadiah, mak aku akan ingatkan arwah nenek tentang cucu-cucu lain sama.

Aku respect family Mak Aji.
Sebelum arwah atok meninggal, dia nak bagi-bagikan tanah.
Anak-anak yang kat Singapore cakap "Takpelah, bagi anak-anak yang kat Malaysia saja. Dorang dekat, boleh jaga. Apa-apa hal kitorang susah nak balik uruskan".

Akhirnya anak-anak kat Malaysia saja mewarisi tanah-tanah atok.
Takde lansung scene bertekak berebut tanah.
Yang dapat tanah ni semua, hasil tanah (getah) semua masukkan ke akaun khas.
Dorang tak ambik pun.
Bila arwah nenek sakit, anak-anak masukkan ke hospital swasta.
Bayar hospital guna je duit hasil tanah yang dorang simpankan untuk nenek.
Selebihnya dorang tambah-tambah.
Takde pening-pening gaduh pasal duit.
Bila nenek dah meninggal barulah duit hasil dorang merasa.
Takde de menggelabah nak merasa duit tanah sampai kebajikan tanggungan diketepikan.
Padahal boleh je nak ambik kan, sebab tanah dah ditukar ke nama sendiri.
Tapi tak. Itu beza orang ada otak dengan tak.

Masa arwah nenek meninggal, semua barang kemas and jam Rolex nenek aku anak-anak di Malaysia kumpulkan and minta anak-anak Singapore pilih dulu.
Sebab dorang kata anak-anak Singapore yang banyak bagi duit kat nenek (duit sana tinggi).
Yang lelaki memanglah tak pakai barang kemas, tapi adik-adik perempuan ni mintak abang-abang dorang ambikkan barang kemas nenek untuk bagi pada kakak-kakak ipar.
Kakak ipar dah ambik, barulah selebihnya anak-anak kat Malaysia ambik untuk diri sendiri.
That's why sampai sekarang, walau atok nenek takde, the family bond masih strong.

Mak Aji tu, kalau aku buat open house, dia tanya "Eh, Uncle Faizul kau jemput tak? Uncle Yem kau jemput tak?".

Padahal itu semua cousin dia eh, bukan immediate uncle and aunty aku tau.
Tapi bak kata mak aji "Jangan sampai tak kenal saudara!"
Walaupun uncle jauh bau-bau bacang, mesti jemput.
Datang tak datang lain cerita.  
That's why open house aku macam kawenkan anak. 
Tak boleh tidak, kerana family besar.
Tak campur dengan family En Wan lagi tu.

Aku respect didikan arwah nenek and arwah atok pada semua anak-anak dia.
Walaupun semua makcik-makcik aku bangsa memetir belaka, takde lansung pertelingkahan bab harta and duit.
Ipar duai semua jadi family.
Kalau keluarga kita sekarang tak bersatu bab-bab ni, takpe.
Biar kita jadi pemula.
Biar kita penyebab keturunan kita selepas ni menormalisasikan menjaga kebajikan satu sama lain, lebih bersatu and caring supaya tak ada hidup yang terbiar. Tak payah tunggu semua orang bersedia untuk buat.
Biar kita start dulu.