2021-08-16

Pelupa

Lebih kurang macam ni jugaklah tahap pelupa aku.
Pernah pegi kedai Kak Milah kat Fasa 2 [dulu Bangi panggil FASA, bukan Seksyen] dengan naik basikal, balik jalan kaki.
Masalahnya masa tu aku dah duduk Fasa 3.
Fasa 2 and Fasa 3 tu bukan sebelah menyebelah.
Nun...kena menapak siap cross jalan besar lagi.
Sepanjang-panjang aku berjalan tu lansung tak teringat pasal basikal.
Bukan main sardin lagi aku menapak jauh-jauh dari kedai ke rumah.

Sampai ke sudah aku tak teringat pasal basikal, sampailah waktu malam, Pak Aji ingatkan aku basikal bawak masuk dalam.
'Dalam' tu maksudnya simpan kat area patio.
Aku keluar cari basikal tak jumpa.
Pelik, mana pegi basikal aku? Ada orang curi ke?
Pak Aji suruh aku ingat balik mana aku pegi siang tadi.
DANGGGG! Baru teringat basikal tinggal kat kedai Kak Milah.
Terus kena hambat kutip basikal malam tu jugak.

Pak Aji drive aku ke kedai.
Pheww! Nasib baik basikal ada lagi.
Pegi naik kereta, balik kena kayuh basikal sendiri. Malam!
Pak Aji pulak bukan main bersedup peginya tinggalkan aku kat belakang.
Kau tengok eh, mak bapak dulu dia punya tawakkal tinggi.
Selamba je biorkan anak umur 11 tahun, perempuan, balik kayuh basikal sendiri malam-malam tak berteman.
Aku tak taulah dorang yang tawakkal atau aku yang kering hati.

Dulu, tahun 1988, Fasa 3 tak meriah lagi macam sekarang.
Tepi-tepi penuh kelapa sawit lagi.
Yang memisahkan Fasa 2 and Fasa 3 adalah satu jalan besar.
Nak menyeberang ke Fasa 3 tu jauh.
Tapi jalan masuk ke rumah aku ada satu lorong kecik.
Aku pi skolah lalu lorong tu.
Dah la nak nak menyeberang jalan besar tu gelap.
Kena pikul pulak basikal melangkah divider jalan nak masuk ke lorong.
Ceritanya, kau takkan boleh pecut kat situ.
Kalau takut macam nak mampus pun kau kena buat rilek sebab memang kau tak dapat laju.
Kalau ponti tetiba ada depan kau pun kau kena maintain.
Tolong jangan pengsan sebab kawasan tu gelap, takde sape notice kau terbongkang pengsan tepi tu.
Kau memang kena tenang-tenang stop basikal, turun, kendian PIKUL untuk melompat divider.
Kena buat dengan bersopan-santun, kalau tak, tersembam.

Melepasi divider tu pulak aku kena lalu lorong.
Lorong tu sekarang dah jadi jalan masuk di mana tepi-tepinya dah ada 8 bulan rumah banglo.
Kau boleh imagine tak betapa jauhnya perjalanan aku kat lorong tu dulu?
Masa tu lorong tu jalan tanah merah lagi.
Tepi-tepi belukar. Takde lampu jalan.
Kau kena jalan lorong tu sampailah ke hujung jalan baru nampak cahaya dari penempatan rumah-rumah Mak Aji.

Lepas merentas divider tu, aku tak bagi chan dah.
Aku panjat basikal, zassssssssssssssss!
Kalau Dato' Azizulhasni kat sebelah, memang makan asap dia. Kahkahkah.
Bergegar-gegar bakul basikal aku punya pecut langgar lubang lopak segala.
Selamat sampai rumah. Buat muka maintain macam takde apa.

Itu pelupa yang rare-lah.
Kalau pelupa yang common - tertinggal tupperware kat skolah.
Dulu kan bekal letak kat meja khas belakang kelas, memang senang nak lupa.
Masalahnya, yang aku bawak pi skolah tu bukannya Tupperware brand pun.
Sejenis tupperware kedai Siam je.
Tapi aku punya gelabah macam hape je.
Sebenarnya bukan takut kena bantai tapi malas dengar bingit kat rumah.
Rela aku menapak balik pi skolah, jalan kaki panas-panas tengahari buta nak kutip balik tupperware.

Tapi ada satu lagi pelupa, iaitu lupa nak keluarkan bekal dari dalam beg skolah.
Kadang-kadang aku lupa aku bawak bekal.
Tahan aku berlapar kat skolah menung tengok orang makan.
Aku ingatkan aku lupa mintak duit belanja kat Pak Aji, rupanya memang aku tak mintak sebab nak bawak bekal.
Lepas tu terlupa dalam beg ada bekal.
Nak dijadikan cerita, hari yang aku lupa bekal tu hari Jumaat.
2 hari bekal tu dalam beg tak keluar-keluar.
Hari minggu Mak Aji sport check beg, bekal mee goreng aku dah basi!
Mak Aji punya mengamuk. Dia sumbatkan mee basi tu dalam mulut aku.
Adehhh, dah lah berlapar kat opis sebab lupa bekal, pastu kena sumbat mee basi pulak.
2 kali bahana betul. Aku rasa itu last aku bawak bekal kot.

Tertinggal beg skolah pun penahhhhhhh!
Yang ni lagi rare sebab kejadian berlaku aku dah Form 4!
Patutlah rasa ringan je balik skolah.
Lepas makan tengahari transform jadi Cinderella pulak tu, kena kemas rumah segala.
Lagilah tak teringat pasal beg.
Kau tau masa bila aku teringat beg aku takde?
Besoknya, masa nak pi skolah! Kahkahkah.
Nasib baik kelas tu sesi pagi je guna.
Selamat barang-barang aku dalam bag.
Ntah hapelah aku pikir sampai terlupa beg ada kat skolah.
Masalahnya sampai ke besok pagi tu.
Jadi, penyakit blur yang aku hidapi sekarang memang sejak dari dulu dah ada, ya.
Dia kesinambungan dari penyakit pelupa tahap dewa.

Lupa ambik anak kat skolah pun penah u ollsss!
Terlupa ambil Redza. Yang ni sampai menangis aku.
Terlampau sibuk menyiapkan tender kat opis, tiba-tiba bibik call bagitau Redza belum balik.
Meloncat aku dari kerusi. Speed gila aku pecut.
Sampai depan skolah nampak Redza tengah duduk tersandar tepi dinding pondok guard. Muka keletihan. Agaknya lapar.
Allah, menangis aku peluk dia.
Say sorry berkali-kali, terus bawak pi KFC makan.

Adea satu jenis pelupa yang dah berlaku agak banyak kali juga.
Lupa aku sedang period.
Pernah dah siap bangun solat malam tu.
Tengah halfway baca Yassin sementara nak tunggu Subuh tetiba teringat aku period.
Padahal bangun pagi masuk toilet dah ganti pad dulu.
Elok je salin pad terus ambik wuduk.

Ni aku tengah period week.
Hari pertama hari tu macam tu lah.
Dah settle Asar, tengah angkat tangan berdoa, baru teringat aku tengah period.
Ya ampunnnn. Dah kenapalah aku ni. Petanda nak nyanyuk ke hape.

Yang belum lupa setakat ni, makan.