2021-08-18

Penilaian berdasarkan emosi


Terima kasih yang ucap tahniah kat POST NI.
Kot lah ada yang tertinggal tak sempat nak respond. DM aku masih banyak unread messages rupanya.
Ingatkan dah baca semua, rupanya ada yang aku terlangkau baca.
Kat bawah-bawah tu berderet lagi unread. Insyallah, sis cuba.

Takpe, tentang beruk Aussie tu, lupakan sajalah.
Yang penting, dia tak berjaya menggagalkan aku.

One thing aku belajar from here, jangan bergantung sangat pada final project untuk kaut markah.
Ada orang bab exam dia tak beria sangat sebab dia bergantung pada assignment, case study and final project.
Ada jenis orang, dia tengok markah dulu.
Kalau markah setakat 10, dia sanggup burn.
Ada orang lain pula, exam 10 markah pun pulun macam nak rak.
Aku adalah kategori yang pulun exam walau 10 markah.

Belaja kat U bukan macam SPM.
SPM tu apa yang keluar kat exam paper, itu sajalah yang dikira.
Tapi exam U, point kau dikira dari Day 1 di situ.
Semuanya ada carry marks.

Bab ni aku ada cerita yang aku takkan lupa sampai bila-bila.
Kisah masa aku 2nd year dulu.
Pointer aku cantik.
Dari awal sem sampai ke ke tahun 2 tu, pointer aku tak pernah bawah dari 3.0.
Sebab aku punya aim satu je - taknak bayar balik loan MARA.
Aku nak convert loan kepada scholar.
Syaratnya, aku kena grad dengan 3.0 ke atas.

Masa kitorang tahun 3 semester pertama, ada sorang lecturer baru masuk mengajar.
Grad overseas. Young, and bertitle Dr.
Agak hensem.
Kitorang semua excited bila tahu lecturer tu akan mengajar kitorang.
Sekali, hampa. The lecturer sangat kerek.
Apa benda dia mengajar kat depan, aku tak taulah.
Bagi aku, dia membaca nota yang dia tulis atas slide je.
Maybe masa tu dia baru jadi lecturer, jadi skill dia belum mantap.
The way dia mengajar tu membosankan.
Nasib muka dia hensem je, tu pasal kitorang stay sampai habis.

Dia tahu the students tak enjoy his class.
Tutorial yang dia buat, keputusannya agak hampeh.
Nampak sangat student tak faham.

Ada satu ketika tu aku terpilih untuk wakil Uni ke KL, ada program berdialog bersama PM (masa ni Tun M tadbir).
Seluruh wakil Uni di Malaysia berkumpul di Mint Hotel untuk sesi berdialog tu.
Wakil dari UNIMAS dalam 30 orang.

Kebetulan hari yang kitorang berangkat ke KL adalah hari yang sama lecturer tu buat exam.
Exam tu petang, flight aku pun petang.
Jadi, a day before, aku pi mengadap dia bagitau aku akan wakil Uni untuk ke KL ada program bersama PM.
Aku minta kalau boleh diawalkan exam untuk aku.
Nak buat sekarang pun takpe.

Oh, dia bengang! Dia kata aku tak respect kelas dia.
Dia nak aku masuk jugak esok.
Aku takde cakap banyak, terus pi Pejabat Canselori, jumpa dengan pegawai pengiring untuk program di KL.
Pegawai tu call Dr ni depan-depan aku, bagitau yang aku dipilih oleh Uni ke KL.
Lepas tu pegawai tu cakap Dr nak jumpa aku di fakulti.
Aku pun pegi balik jumpa dia.

Sampai je kat cubicle dia, dia mengamuk dengan aku.
Aku ingat lagi ayat dia "Awak pandai, ya. Awak ikat kaki dan tangan saya di Pejabat Canselori supaya awak boleh ke KL. Teringin sangat ke pegi KL tu?"

Aku pandangggg je muka dia. Speechless.
Aku syak dia ingat aku tak penah jejak KL kot, tu yang dia rasa aku menggelabah sangat nak ke KL sampai sanggup ambik test dia lebih awal.
Dia syak aku anggap paper dia tak penting kot.
Dia kata "Macam ni lah, awak boleh ambik paper esok pagi. Tapi kalau saya ada lah. Kalau saya tak ada, tak ada lah".

Aku angguk.

Dia tanya lagi, "Faham tak saya cakap? Kalau saya ada, ada. Kalau saya takde, takde."

Nampak sangat memang dia dah plan untuk taknak datang pagi dan taknak allow aku ambik paper lebih awal.
Saja nak pedajal aku.
Nasib baik masa tu duit MARA ada lagi.
Aku dah bajet, ni kalau dia tak lepas aku ambik paper awal, maknanya aku kena pi KL dengan duit sendiri.

Sebenarnya, kalau aku tarik diri pun takpe, sebab bukan salah aku.
Salah dia tak nak lepaskan aku.
Tapi, aku nakkan experience and exposure tu.
Aku nak dalam resume aku nanti ada tertulis participation aku mewakili Uni ke Program Berdialog dengan PM.

Seperti yang dijangka, dia memang tak munculkan diri pagi tu.
2 jam aku tunggu.
Tapi aku tunggu pun dalam keadaan dah prepare for the worst.
Sambil tunggu dalam bilik pensyarah tu, sambil baca notes. Apa susah.
Sebab aku dah set dalam kepala, aku ambik exam pagi or petang, aku nekad fly ke KL hari tu jugak.

Petang tu, kitorang exam pukul 2pm dalam lab.
Memang obvious sangat dia nak mengenakan aku.
Masuk-masuk je lab, dia tertinjau-tinjau cari muka aku.
Nak make sure aku ada ke tak lettewwww.
Eleh, childish sangat perangai.
Aku buat sardin je ambik soalan, terus buat.
Lagi 15 minit sebelum habis waktu aku hantar paper.
Dia boleh tanya aku "Konfiden ke ni?"

Aku senyum je "Insyallah".
Lepas tu aku terus keluar sebab nak ke airport.
Tapi dalam hati aku menyumpah-nyumpah.
Apa punya lecturer perangai gini.
Dia bajet semua yang submit paper awal tu bangang tak boleh jawab ke?
Walaupun aku rasa terasa-rasa aku takkan boleh dapat A exam tu, at least B+.
Aku target B+ sebab aku tak rasa dia nak bagi aku A.

Bila result keluar, aku terperanjat aku dapat C+ untuk paper tu!
Terduduk kejap aku.
Walaupun half of the class repeat paper, aku kira beruntung sebab lulus.
Tapi C+ aku takleh terima sebab aku tak pernah dapat C, be it C+ ke, C- ke, tak pernah.
Dan aku nak maintain takde C hingga grad.

Memang melopong kejap aku dapat result C+.
Aku jumpa Ketua Program Biotech.
Aku bagitau aku nak mohon semak semula result exam.
Aku ceritalah gitu gini kronologi kes.
Ketua Program senyum je dengar cerita aku.
Dari gaya dia bercakap, seolah-olah aku bukan orang yang pertama mengadu hal ni.
Maybe sesama pensyarah pun ada yang tak puas hati dengan lecturer tu agaknya.

Lepas berbincang, Ketua Program cakap bukan dia taknak terima permohonan aku tetapi ada possibility lecturer tu akan jadi panel penilai final project aku nanti.
Dia kata panjang lagi tempoh aku di situ dan final project penting untuk aku consider.
Lepas aku pikir-pikir and kira balik pointer aku, insyallah, walau ada satu C+ ni aku masih boleh maintain above 3.0 sehingga habis blaja.
Tapi aku minta jasa baik Ketua Program untuk semak 'santai-santai' paper aku tu.
Aku cuma nak tahu wajar atau tak aku dapat C+.
Ketua Program cakap "Kalau saya, saya bagi A-".

A-!!
Kau boleh bayang tak betapa besarnya gap marks lecturer tu bagi kat aku?
That's why masa submit paper hari tu aku bajet paling-paling pun aku dapat B+ sebab of course kita tahu kemampuan kita kat mana, kan.
Sekali dia bagi C+, kau tak hangin?

Kalaulah aku aim untuk jadi The Best Student, memang aku akan fight balik paper tu.
Lantaklah apa nak jadi pun.
Tapi disebabkan aim aku hanya taknak bayar balik loan MARA, jadi aku hanya perlu melepasi 3.0 saja.
Alhamdulillah, meet target.
Takyah bayar balik loan, terus convert jadi scholar.

Oh ada satu bab terlepas.
Selepas kes dia tak kasi aku pi KL tu kan, next semester, aku dapat surat dari Kementerian Pendidikan untuk jadi Peace Ambassador ke Fukuoka.
Kan tahun 1989 aku wakil Malaysia (dengan 40 student lain) ke Fukuoka for Asian Pacific Children Convention.
Tahun 1999, Fukuoka minta Malaysia hantar 1 wakil dari batch 1989 (batch 1989 adalah batch pertama ke Fukukoka) untuk jadi Peace Ambassador (PA).
PA ni akan iring 40 Junior Amabassador yang baru ke sana.
At the same time 5 orang PA dipilih untuk berucap kat Fukuoka Tower, and Malaysia salah sorang yang akan berucap (aku la).

Tapi nak dijadikan cerita, tahun 1999 adalah tahun aku bergolak dengan kisah cinta kat sana.
En Wan dah plan nak balik bertunang bulan Ogos.
Bulan Ogos tu jugak aku patut je Jepun.
Jadi, aku kawtim dengan Ketua Program.
Aku bagitau dia semua kronologi kisah cinta aku.
Aku minta kalau wakil Kementerian call tentang plan ke Jepun ni (sebab aku bagi contact number Fakulti), tolong jangan benarkan aku pergi.
Aku minta Ketua Program bagi alasan aku ada project yang sangat penting.

Memang berbelah bagi sebenarnya.
Kalau pi Jepun, resume aku bakal ada tambahan satu experience yang hebat.
In fact, speech untuk berucap dah ready dah.
Aku pilih tajuk World Peace. Feeling Miss World giteewwww.
Tapi, kalau aku pegi Jepun, aku takut kes cinta aku ni makin tak selesai selagi aku tak bertunang.
Last-last aku tak pegi Jepun.
Kesian Kementerian kena cari pengganti.
Tak sure siapa yang ganti aku.

Kisah aku ditawarkan pegi Jepun ni tersebar dalam fakulti.
Lecturer tu pun tahu kisah ni.
Lepas cerita aku tersebar dalam fakulti, dah takde dah dia nak buat kerek dengan aku.
Kalau kebetulan ada dalam lab sama-sama pun, dia kalih tempat lain, aku pun kalih tempat lain.
Biar dia tahu student yang dia pedajal ni bukan lekeh-lekeh.
Muka je lah selekeh sikit.

Tapi memang betul prediction Ketua Program, lecturer tu jadi sebahagian dari panel penilai final project aku rupanya.
Masa present, 2 soalan dia bagi aku.
Nasib baik aku dapat menggoreng dengan penuh bergaya.
Muka jangan cuak, itu yang penting.

Moralnya, yang pertama, kalau belajar, jangan bertangguh atau tunggu the right time untuk score.
Kita tak tahu apa yang bakal jadi.
Kadang-kadang kita bijak tapi pemeriksa kertas cuba menggagalkan kita.
Kalau exam-exam yang lepas kita dah score, takdelah cuak sangat bila paper yang akan datang dipedajalkan seseorang.
Masih boleh cover lagi dengan result-result yang lepas.

Yang kedua, benda-benda yang melibatkan penilaian manusia ni akan bermain dengan emosi.
Kalau emosi penilai tak stabil masa menilai final project kau, memang masaklah dia hentam kiri kanan.

Itulah yang terjadi masa defend case dengan Aussie beruk hari tu.
Tah hape mood dia agaknya hari tu, saitan sungguh.
Exam marks hanya 60 markah, purata 8 exam aku dapat 51/60.
Case study and assigments cover 20 markah.
Waktu tu aku belum tahu berapa marks aku untuk ini. Final project another 20 markah.
Passing marks is 75. Tinggi.
Katakanlah assignments aku dapat 10/20 saja (paling busuk), that makes 61/80.
Mana nak cekau 14 markah lagi?
Melihatkan pada hencapan Aussie tu, macam tak mampu aku nak cecah 10/20 pun.
Tapi alhamdulillah, final project aku dapat 14.5/20.
Assignment and case study aku 17.8/20.

Kiranya final project aku contribute marks yang paling rendah sekali antara semua.
Tetapi kelebihannya bila aku dah tapau kat exam, case study and assigment, walapun final project markah sikit, tetap lepas passing grade.

Oh by the way, ada orang tanya aku belajar food safety pun kena buat kiraan maths ke?

Ya, ada.

Contoh soalan dia bagi:
What will be likely if for establishing a dose-response curve for liver toxicity laboratory A uses only half of the number of animals per dose group as compared to laboratory B, and as a result has a larger uncertainty in the data?

Ataupun soalan dia:
If the BMDL05 for the critical adverse effect being reduction in weight gain in mice upon exposure to the mycotoxin deoxynivalenol (DON) is 0.1 mg/kg bw per day in mice, what is true regarding the safe level to be established?

Bendalah macam ini yang kena dikira.
Kena kira chemical compound dalam makanan yang boleh menyebabkan kanser.
Bukan buat kiraan macam teorem pintagoras tu tetapi pengiraan genotoxic chemicals dalam makanan, dose-response curve, risks of a chemical in food, etc.
Macam aku buat kira-kira formula GC PLUS la lebih kurang.