2021-04-26

Mak pun kena ragging


Halah halahhhhh. Macam-macam hal sekarang ni.
Yang kes Covid naik mencanak-canak ni memang dah satu hal.
Ni tak tau hujung pangkal mana timbul isu cikgu mengajar berbaur lucahlah, ustazah meraba pepek student lah, yang cikgu membantai budak sampai patah pembaris.
Dia memang macam ni tau, satu isu keluar, berderetttt keluar benda yang sama.
Kalau ada kes haruan makan anak, satu minggu tu melambak-lambak kes haruan makan anak.
Kalau kes dera di taska, berderet seminggu tu kes yang sama.
Now tengah panas cerita kisah-kisah cikgu dan sekolah.
Memang seminggu dua ni aku agak benda ni akan berlarutan.
Tapi aku ada cerita yang sipi-sipi melibatkan hal sekolah tapi lain sikit.

Kan hari tu aku tulis pasal isu ragging kat boarding school.
Ada sorang mak ni cakap "anak masuk asrama kena ragging tu biasa. Mak kepada anak-anak ni pun ada yang kena ragging juga".
Aku ingatkan dia maksudkan dia dulu pun pernah dirangging masa kat boarding school so aku tanya dia dulu skolah mana.
Rupanya dia maksudkan, sejak anak masuk asrama, dia kena "ragging" oleh kawan-kawan di media sosial.
Perkara ni berlaku bukan pada dia sorang je tapi pada a couple of her friends yang sama-sama anak dapat masuk boarding school katanya.
Ceritanya, dia selalu update tentang hal anak di sana.
Cikgu whatsapp gambar-gambar anak-anak beraktiviti di skolah, so this mother upload kat media sosial.
Rupanya mengundang tak puas hati orang.

Ok sebelum aku meneruskan hujah aku (ahgiteww), meh aku retrieve balik post-post FB aku berkenaan Redza sejak tahun 2017 (tahun dia masuk Langkawi).

A total of 6 post only pada tahun pertama Redza di sana dan tak ada satu pun gambar Redza sepanjang di sana dalam post-post ini.
Dalam post-post tu aku tak cerita lansung apa achievement anak aku, apa aktiviti dia buat di sekolah, samada dia excellent atau tidak - NONE.
Yang aku cerita pasal bisnes maggi dia.
Nak tahu kenapa?
Sebab aku dah lama sedar tak semua orang suka bila kau cerita apa yang dia takde.
Jadi aku pilih untuk cerita hal yang bodo-bodo macam Redza jual maggi, Redza buat promotion maggi pakej masak dan basuh mangkuk sekali.
Benda yang orang baca dia tak rasa tercabar malah maybe dia akan suka sebab "Anak si Diana basuh baju pun tanya mak, nampak sangat maknya tak pernah ajar anak buat kerja rumah".
Haaa, gitu.

Walaupun (ini statement benar) pada waktu tu ramai yang minta aku update pasal Redza sebab dorang baca blog aku dari Redza pakai pampers.
Boleh kata ada yang anggap Redza macam anak sendiri.
Jadi kalau aku update setiap minggu pun mungkin dorang suka but aku pilih untuk tak update.
Bukan apa, orang kalau dah benci, dia tak dapat sakitkan hati kita, dia akan sakitkan hati orang yang kita sayang - suami, anak-anak, umpamanya.
Banyak gambar Redza masa tahun pertama kat sana.
Cikgu-cikgu rajin hantar gambar kat parents aktiviti anak-anak.
Tapi semua aku simpan sendiri.
Kalau yang betul-betul follow blog aku, kisah Redza masuk Langkawi ni aku cerita 1 shot je dalam blog.
Satu post saja, done.

Post atas ni aku update tentang cerita pendaftaran Redza, dalam bentuk blog.
Why blog? Sebab hanya orang yang nak tahu je klik baca.
Kalau tulis kat FB nanti yang tak nak baca pun terbaca sekali lalu jadi menyampah.

Itu je lah satu-satunya update tentang pendaftaran Redza.
Lepas tu, aktiviti minggu orientasi ke, aktiviti public speaking ke, samada dia wakil itu ini atau dapat jadi itu ini, aku simpan.
Achievement academic pun aku malas cerita melainkan PT3 and IGCSE.
Itupunnnnnnnnnnn sebab En Wan update kat FB dia, lepas tu ramai-ramai ucap tahniah kat aku and mintak aku update.
En Wan lagi rajin update aktiviti anak-anak baik Rayyan, atau Redza.
Aku lagi suka update pasal diri aku je. Hahahaha.

Tak, seriously benda-benda macam ni memang mengundang sakit hati, iri hati dan meluat dari orang yang memerhati.
To them, alahaiii kau ni dah takde cerita lain ke balik-balik cerita pasal anak kat asrama.
Kita semua tahu walaupun ada yang kata "belajar di mana-mana pun sama", hakikatnya kalau anak mereka dapat peluang ke boarding school, siapa je mak ayah yang tak proud, betul tak?
Jadi bila ada parents yang anaknya tidak dapat peluang ke boarding school, kita kena faham itu boleh jadi punca sakit hati mereka.
Padahal media sosial kita bukan sekadar ada kawan tetapi relatives.
Sometimes relatives nak tengok update dari kita tentang anak-anak, especially anak yang jatuh di mata.
Tapi tu lah, tak semua orang suka.
Bila ada yang tak suka, kita kena "ragging" bak kata mak tadi.

"Ragging" kat sini antaranya kena perli, kena pulau, kena silent treantment dek member-member...maybe ada lain, ntah aku tak tahu.
Pelik tapi benar.
Jangankan kata hal anak, achievement diri sendiri pun kalau boleh jangan cerita kat orang lain.
Aku pernah terkena dah. Pernah cerita pasal ni kat blog pasal ni.
Kisahnya tahun 2016, cukup setahun GreenAard di market, GreenAard hit sales 1M.
Aku cerita pasal berita gembira tu di blog.
Yang kenal aku, mesti tahu GreenAard hanyalah brand dalam XZIZ Biotech.
XZIZ Biotech tu sendiri ada cabang bisnes lain.
XZIZ dah buat more than 1M sejak tahun 2009 lagi sebab waktu tu aku jual equipment.
Sekali jual RM40K, RM60K, RM120K punya equipment.
Jadi, nak hit sales 1M memang dah pasti.
So sales jutaan bukan something yang luar biasa untuk business yang jual equipment.
Yang jadikan aku excited bila GreenAard hit 1M sebab GreenArd tu produk yang berharga RM90.
Tahun 2015-2016 produk GreenAard paling mahal harga RM90. RM100 pun tak sampai.
Pulak tu hanya ada SATU je produk.
Produk tu pulak bukan produk semua orang boleh guna.
Hanya certain orang je boleh guna (produk kurus mana ada semua orang guna).
Jadi, bila GreenAard capai angka tu, aku macam excited gila.

Natijahnya...ada orang hantar 'barang' kat aku.
Aku memang syak yang hantar ni takde orang lain, mesti yang baca blog aku sebab aku cerita hal tu di blog.
Samada 'barang' tu dihantar oleh relatives, kawan atau blog reader - aku tak tahu dan tak mahu tahu.
And jujur aku maafkan dia. Malaslah aku nak mencari tahu siapa dan kenapa.
Malas simpan dendam ni. Doa tak terangkat nanti.
Impak lepas dapat 'barang' tu aku jadi malas sangat nak kerja.
Malas yang tak tak boleh bawak bincang.
Asyik nak tido. 2-3 bulan lepas tu aku sihat semula lepas 'barang' tu dibuang.
Macam merepek je cerita ni kan?
Tapi it happened.
Jangan cakaplah dunia moden dah takde orang buat benda-benda macam ni.
Kebanyakkan yang buat gini bukannya orang bodoh, orang skolah-skolah tinggi juga.
Tapi bila hati tu dah dikuasai setan, itulah jadinya.

Benda yang sama jadi pada kawan aku.
'Barang' yang dia dapat tu tempiasnya kena pada aku sekali.
Sebelum tu kitorang memang selalu sembang-sembang pasal progress kerja masing-masing.
Dia dengan company dia, aku dengan company aku.
Dari sembang-sembang tu dia cerita ramai kawan-kawan rapat menjauhkan diri.
Aku cakap aku boleh agak dia akan alami tu sebab aku tengok di media sosial dia kerap update aktiviti bisnes.
Bear in mind, tidak ada update tentang sales hit atau tunjuk duit, cuma update aktiviti seharian je.
Update tentang hari ni dia meeting dengan menteri, esok meeting dengan wakil luar negara, fly untuk projek di luar negara, etc.
Just update saja.
Itupun dah cukup buatkan orang yang membaca sakit hati.
Especially di kalangan orang yang dulu selevel dengan dia (agaknya la).

One day, dia kena attack secara tiba-tiba.
Luckily masa tu aku and sorang lagi kawan ada sama.
Terpaksa pimpin lengan dia turun tangga sebab dia macam nak melayang dah.
Kereta dia pun kitorang drivekan.
Malam tu kat rumah, aku pulak kena.
Tengah mandi tiba-tiba datang satu pening yang amat lalu blackout, BAMMM langgar pintu shower and terus terduduk atas lantai.
Esoknya, kawan aku yang lagi sorang kena jugak, sakit kepala sampai muntah tak boleh bangun.
Tapi kitorang kena macam kejap je, tempias je kot.
Yang dia berhari-hari.
3 kali check dokter ambil darah apa semua, doktor kata ok.
Last-last aku cakap cuba panggil ustaz.
Sah! Memang ada 'barang' melekat.

Orang sekarang tak takut seksa kubur.
Rela buat apa je asal hati puas.
Mati esok cerita lain katanya.
Walaupun kita rasa macam "Aku update pasal anak aku kat sekolah je".
Ya, itu kata kita. Hati orang kita tak tahu.
Jadi, pada mak yang kena "ragging" tu, terpulanglah.
Aku pun takde idea nak dicadangkan. Pandai-pandailah korang. Yang update sales tu lagilah, orang yang menyokong memang ada.
Tapi yang benci selalunya lagi ramai.