2021-04-23

Betapa pentingnya menjadi orang penting di zaman sekarang

Nampak ni tadi kat FB. Ayat last tu buat aku senyum sendiri.
Bukan apa, saling tak tumpah dengan statement kawan aku.
Dia kata dulu masa belum ada title PhD, dalam meeting apa yang dia usulkan ada je yang membangkang.
Cakap benda betul pun salah.
Now, dah ada title Prof, cakap benda merepek pun orang bagi perhatian.
Maknanya betul la, macamana kau baik sekalipun, macamana kau betul sekalipun, itu semua hanya sekadar termaktub dalam teori saja.
Realitinya, kalau kau bukan siapa-siapa, boleh jalannnnn.

Sejak akhir-akhir ni macam-macam kisah tentang how double standard layanan marhaen vs kayangan.
Aku cuba jugaklah mencari dari pelbagai sudut untuk mencari sekecil-kecil point yang menyebelahi tindakan pihak authority tapi entahlah, makin goyang.
Betapa menjadi ORANG PENTING adalah PENTING.

Orang penting biasanya adalah somebody.
Boleh jadi orang kaya, orang terpandang, orang terhormat.
Ada nama, kedudukan, gelaran atau jawatan penting.
Ada pengaruh. Ada kuasa. Ada duit.
Orang Tak Penting biasanya bukan siapa-siapa.
Maybe orang miskin, orang biasa-biasa, yang tak dipandang dan tak tergolong orang terhormat.

Sebenarnya orang penting dan orang tak penting ni dah wujud lama dulu cuma kita tak perasan.
Boleh jadi kita pun pernah practice double standard juga.

1. Orang Penting vs Orang Tak Penting - kahwinkan anak.

Biasanya kalau dapat invitation ke wedding anak dari keluarga kaya atau terhormat, agak-agaknya berapa duit salam yang kita masukkan dalam envelope sebagai hadiah? RM20?
Paling tak, RM50 konfem.
Segan nak datang berlenggang tak bawak hadiah ke majlis orang-orang kaya.
Nampak sangat datang nak makan sedap-sedap semata.
Maka berangkutlah hadiah yang agak besar dan pastinya ‘ada harga’.
Manalah tau kot-kot pengantin tag hadiah kita kat FB nanti, takdelah malu kalau bagi hadiah murah.

Di lain waktu, kita dapat undangan majlis nikah anak orang biasa-biasa.
Berapa duit kita masuk dalam envelope?
Bagi RM20 pun dah habis riak rasa.
Bawak hadiah pun sekadar hadiah biar tak dikata orang.
Tu pun mujur. Ada yang lansung tak datang dengan macam-macam alasan.
Tapi kalau majlis orang have-have seminggu sebelum majlis dah siap plan nak pakai apa.

Makin penting seseorang, makin tinggi nilai yang dia dapat sebagai hadiah.
Makin tinggi juga penghormatan dan kekaguman orang padanya.
Lumrah manusia menilai success dari material, nak buat macamana.
Takkan dengan orang kayangan nak bagi hadiah nilai kecil, ye dok?
Rasanya tak kena sebab ini bukan orang kecil.
Takkanlah nak bagi hadiah biasa-biasa apetah lagi kongsi share hadiah dengan member.
Very the malu katanya.
Makin tidak penting seseorang, makin tidak ada beban bila memberi dengan nilai kecil, sebab orangnya pun "kecil".
Bagi RM20 pun dah cukup besar.
Sedangkan seberapa besar pun pemberian kita pada majlis orang biasa-biasa tetapi bila dibandingkan dengan jumlah yang kita beri pada majlis orang have-have, pemberian pada si kaya generally lebih besar yang miskin dapat.

2. Orang Penting vs Orang Tak Penting - sambut tetamu

Tetamu yang biasa-biasa (orang tak penting) selalunya disambut dengan cara biasa-biasa juga.
Makan apa yang ada. Hidang pakai pinggan mangkuk yang biasa guna hari-hari.
Sebaliknya, tetamu yang dianggap orang penting (kaya atau terhormat) disambut dengan spesial.
Makanan harus yang rare.
Pinggan mangkuk nak dihidang pun guna yang dalam almari, yang tuan rumah pun pakai setahun sekali.
Punyalah beria.
Padahal yang have-have bukan kisah pun kau guna pinggan mangkuk jenama apa.
Jenama yang kau ada tu dia ada 7 kat rumah!

Teringat a few years back seorang tuan rumah arahkan anaknya bawak masuk (simpan kat dapur) kek raya yang dah sedia hidang atas meja.
Alasannya, kek tu nanti untuk keluarga Dato and Datin yang nak datang petang nanti.
Orang biasa-biasa tak reti makan kek katanya, pandai makan kuih-kuih biasa je.
Sekali, si Dato Datin tak jadi datang sebab stuck lama sangat kat majlis orang lain.
Hah kau! Padan muka.
Orang tu pun tau memilih majlis.
Ingat dia hadap sangat nak datang rumah kau?
Hadaplah kek kau tu sorang-sorang sampai lebam.

Ohh ada lagi. Lauk-pauk balance majlis ada sikit lagi.
Si perasan kaya asingkan ayam yang dah hancur dari ayam yang masih cantik.
Idok le hancur mana pun, tersiat sikit sana sini je.
Bila ditanya ayam yang hancur ni nak dibuang ke?
Dia suruh bagi kat guard.
Kita tanya balik apesal nak bagi yang hancur, kan yang cantik ada.
Oh tak boleh. Yang cantik ni simpan kot ada orang sesat-sesat sampai (lambat sampai majlis).
Beranginnya aku dengar. Pantang betul aku perangai gini.
Aku cakap “Guard tu pun orang. Kalau nak bagi orang bagilah yang senonoh. Yang nak simpan untuk orang yang takde nak buat apa. Kalau ada yang terpacul nanti kita hidang je lah apa yang ada. Siapa suruh lambat”.

Maka terpinga-pingalah pihak yang disound direct oleh aku tu.
Dan tak lama lepas tu nama aku meniti dari bibir ke bibir makcik-makcik bawang.
Eh kisah pulak aku kan.

3. Orang Penting vs Orang Tak Penting - menunggu

Seronok jadi orang penting.
Orang penting akan ditunggu dengan sabar.
Persiapan bukan calang-calang.
Sedangkan orang tak penting kena sabar menunggu.
Dialah yang menunggu tuan rumah, dialah yang menunggu setiap kali bertemu janji, dialah yang kena menunggu giliran, dialah menunggu itu dan ini.
Takpe, orang biasa-biasa boleh menunggu.
Dorang bukan ada keje pun nak buat.
Kalau ye pun ada keje, apa sangatlah keje dorang.
Bukan orang penting pun.
Dia bukan orang kaya, bukan orang terpandang, bukan orang terhormat.

Lain kisahnya bila orang yang menunggu adalah orang penting.
Maka tuan rumah/tuan punya syarikat akan meminta-minta maaf sebab dah buat orang penting menunggu.
Semakin penting seseorang, makin sungguh-sungguh disambut dan dilayani.
Makin tak penting seseorang itu, makin biasa-biasalah pula sambutan dan layanannya.
Sometimes, dek kerana tak pentingnya orang tu, sanggup dia kata takde di rumah.
Whatsapp pun dia bagi blue tick je guyss 😆.

Orang yang sudah dimuliakan di dunia kerana kaya, kerana ternama, kerana pengaruh besar - semakin dimuliakan manusia.
Sedangkan, orang biasa-biasa, kesederhanaan taraf hidupnya alone dah mengecilkan dia.
Dan manusia tambah lagi bebannya dengan treat dia sepadan dengan taraf hidupnya, why?

Betul, penghargaan bukan milik semua orang tapi semua orang berhak dihormati dan dilayani dengan baik.
Kalau perlu double standard tolonglah jangan obvious sangat.
Pandai-pandailah simpan.
But dari sudut positif, marilah kita jadi orang have-have kerana that is the game they play.
Itulah permainan dunia.
Tapi kita tukar game tu biar kita jadi orang have-have, orang berkedudukan, orang berpengaruh dan orang terhormat yang ada hati perut.

Yang sebetulnya tak ada orang penting dan orang tak penting dalam dunia ini.
Yang ada hanyalah orang yang DIANGGAP PENTING dan DIANGGAP TIDAK PENTING.