Sungguh kehidupan berkahwin banyak cabarannya.
Kadang suami isteri dah aman-aman, mak bapak pulak masuk campur.
Kadang mak bapak ok, adik-beradik buat perangai.
Hujung-hujung mak bapak and adik-beradik kekal bersama, yang putus si suami dan isteri.
Ni ha semalam ada yang berkongsi cerita tentang adik-beradik punya hal.
Kisahnya si pencerita (aku bagi nama A) duduk rumah mertua.
Mertua semua ok, hinggalah mertua meninggal 2 tahun lepas.
Dorang suami isteri nak berpindah tapi adik-beradik minta terus duduk di situ dah alang-alang suami bekerja di kawasan yang sama.
Daripada rumah pusaka tu tinggal bodoh gitu, lebih baik ada orang duduk.
Si A tak berkerja.
Sejak dari tu, masalah timbul.
Every time adik-beradik balik kampung, masing-masing tido rumah pusaka (rumah yang abang duduk sekarang).
Katanya itu rumah mak bapak jadi kalau balik kampung of course semua balik tido di situ.
Masalahnya, bila A dan suaminya nak berpindah, dorang tak kasi.
Tapi masing-masing buat rumah tu macam masih rumah mak bapak sedangkan mak bapak dah takde.
Setiap kali balik, adik-beradik terus masuk bilik masing-masing (dulu masa mak bapak masih ada, itu bilik biasa dorang tido).
Anak-anak si A terpaksa keluar tido kat hall everytime pakcik makcik balik kampung.
Dulu pun macam tu juga.
Setiap kali balik kampung, anak-anak pindah tido bilik dia.
Tapi itu masa ada mertua, takleh cakap apa sebab tuannya masih ada.
Now tuannya dah takde.
A kata adik-beradik balik buat perangai macam mak bapak masih ada.
Time makan terus pi dapur makan.
Takde lansung nak tolong-tolong masak.
TV pun dorang conquer, tuan rumah sampai tak jumpa remote.
Kemuncak yang jadi punca gaduh besar adalah bulan December lepas.
Adik-beradik minta bagi kunci rumah sorang satu supaya senang everytime nak balik tak payah kakak abang tunggu.
Boleh terus masuk anytime.
Bunyinya macam berbudi bahasa kan?
Tapi takde common sense.
Kalau aku pun bengang.
Dah aku ni macam tukang jaga rumah tu pulak.
Siap kena berkongsi kunci rumah kat satu keluarga.
Dah tu mana privasinya duduk dalam rumah tu kalau sesiapa pun boleh keluar masuk?
Pulak tu masing-masing balik nak tido bilik.
Kesian anak-anak kena pindah bilik lain.
Kalau seminggu, seminggu la agaknya budak-budak tu macam nomad tido luar.
Dah macam dorang pulak menumpang rumah mak pak sedara.
Look. Memang rumah tu rumah mak bapak, tapi now mak bapaknya takde.
Kalau masing-masing tak kasi si A pindah cari rumah lain, maka pakat-pakatlah bagi rumah tu kat abangnya (suami si A).
Jadikan rumah tu rumah dorang terus.
Masa mak bapak ada yelah itu tuan rumah.
Now mak bapak dah takde, A dan suaminyalah otomatik jadi tuan rumah.
Walaupun itu rumah mak bapak kita, tapi now dah jadi abang punya, maka beradab la sikit masuk rumah.
Abang awak tu ada isteri.
Jangan buat macam kak ipar tu tunggul kayu, mentang-mentang orang tu tak berkerja.
Minta izin kalau nak balik.
Tak perlu nak mintak buat pendua kunci rumah bagai.
Balik setakat 2-3 hari tak mati kalau tido hall.
Paling biadap sekali time makan taunya nak mencekik.
Dah la makan free, tulang tu cuba ringan-ringankan sikit membantu.
Kalau taknak bantu, gi tapau makanan makan kat rumah.
Aku faham benda macam payah sikit nak sampaikan pada adik-beradik, karang masing-masing sentap.
Mulalah kata dengan adik-beradik pun nak berkira.
Masalahnya kau takde common sense.
Itu bukan rumah mak bapak kau lagi. Mak bapak dah takde.
Now abang dah jadi man of the house.
Kalau nak claim rumah tu masing-masing ada share, maka jangan jadi raja.
Share tanggungjawab sama.
Bangun pagi ke dapur tolong buat breakfast.
Tolong kemas-kemas apa yang patut.
Kita ni kalau ringan tulang, tuan rumah konfem tak kata apa.
Ni kalau jenis nak jadi tuan 24 jam payahlah.
Rumah Pak Aji kat kampung (Muar) adik bongsu dia duduk.
Tak pernah lagi Pak Aji terpacul depan pintu tak inform tuan rumah.
Let alone nak minta kunci rumah extra.
Bila dah bagi rumah tu kat adik, please respect hak orang.
Walaupun itu rumah dorang membesar bersama-sama, banyak memori, tetapi now dah jadi rumah adik.
Sometimes kalau Pak Aji balik raya dan estimate sampai lambat, Pak Aji cakap jangan tunggu nanti dia tido hotel berdekatan dulu, pagi-pagi esok cerah baru masuk kampung.
Tak manis nak masuk rumah orang malam-malam.
Lagi satu Mak Aji sebagai kakak ipar, kalau balik Muar mesti bawak balik beras, minyak, susu tin, barang-barang groceries.
Itu namanya adab ziarah rumah orang.
Nak pulak kalau kita balik beraya jenis nak tido 1-2 malam.
Takkan balik bawak perut je.
Kita balik ramai-ramai beraya, ntah orang tu mampu ke tak menjamu keluarga besar kita.
Takkan dia nak bagitau dia tak mampu menjamu, kan.
Kita kena pandai-pandailah pikir bab ni.
Dulu mak bapak kita masih hidup lainlah, bolehlah nak bermanja-manja balik rumah terbongkang tunggu mak panggil makan.
Ini mak bapak dah takde, dalam rumah tu ada ipar.
Kalau dah tau kau tu pemalas ke dapur, rajin-rajin sikit menghulur barang dapur everytime balik.
Sejuk sikit hati tuan rumah.
Benda ni benda basic, tak payah ajar kat skolah pun patut boleh pikir.
Kita sendiri seronok orang datang bawa buah tangan atau hadiah, kenapa tak buat benda yang sama kat orang?
Last week aku balik Bangi kejap berdua dengan En Wan, alang-alang ada kerja kat sana.
Mak Aji cakap dorang tengah plan nak renovate bilik tengah (bilik Ima) untuk jadikan bilik Dobot.
Aku dengan Ima dah lama allow Mak Aji renovate bilik-bilik kitorang.
Aku cakap biarlah, kesian Ibal and Siti sampai bila nak berkumpul 3 beranak tido sebilik.
Rumah tu esok jadi rumah Ibal, baiklah renovate je dari sekarang.
Walaupun Ibal and Siti masing-masing dah ada rumah sendiri tapi Mak Aji memang plan nak bagi rumah Bangi tu kat Ibal.
Kalau dah ada planning, maka renotave je sekarang, kitorang tak kisah.
Kitorang balik Bangi pun sekali-sekala, takde hal nak tido hall.
Paling tak pun berulang balik ke PH pun boleh lagi.
Bukan jauh sangat PH ke Bangi.
Esok kalau Mak Aji and Pak Aji dah takde, takde dah berkumpul raya rumah tu.
Aku dah cakap, esok kalau mak bapak takde, port berkumpul raya akan jadi rumah aku.
Aku dah jadi orang tua. Meh sini balik rumah aku, apehal aku pulak nak balik berkumpul rumah korang walaupun itu rumah aku dibesarkan.
Dah jadi hak Ibal esok, jadilah.
Memang ada je spesis yang tak nak let go rumah mak bapak kat adik-beradik dengan alasan banyak memori kat rumah tu, tapi bukannya dia reti nak tong-tong untuk maintenance rumah.
Membelikan baru pun tak, membaikpulih yang sedia ada pun tak, mengaut lagi ada.
Bila ditegur sentap.
Bila minta duit chip in untuk baiki apa-apa, mengelat.
Tapi mati-mati pertahankan dia ada share dalam rumah tu.
Kau kalau aku lempang karang berlumba-lumba gigi kau masuk perut.