2021-01-04

Balik Terengganu, wedding Amir.


Khamis lepas, kitorang gerak ke Tganu pukul 6.45am.
Awal? Tak, guysss.
Kalau ikut plan En Wan, dia nak balik pukul 2.30am!
Aku tanya nak buat apa balik awal sangat, nak kejar apa?
Dia kata biar lama sikit kat Tganu. Dah lama tak balik katanya.
Aku halang. Aku paksa dia tido. Balik lepas Subuh.
Keje gila apa nak balik awal-awal pagi, bukannya esok raya.
Last-last semua terjaga at 5.30am, bersiap, lepas Subuh just nice gerak. Badan pun fresh.

Kali ni stay kat town, kat apartment Ladang Tok Pelam.
Dekat je dengan Batu Burok, in fact dari bilik aku dah nampak pantai.
Sejak duduk luar (tak duduk rumah mok), everytime balik Tganu, segala tok nenek jajan dan prepare dari rumah.
Roti, susu kotak, milo kotak, teh, jajan, Coke - apa yang boleh dibawak dari rumah, kitorang bawak.
Bukan takleh beli kat sana, tapi malas.
Lagipun semua yang dibawa memang barang-barang dari rumah.

Alhamdulillah perjalanan pagi tu smooth.
Budak-budak ni taknak breakfast, semua nak minum milo and susu kotak je.
Jadi, kitorang straight je tak stop for breakfast pun.
Around 11am dah sampai rumah mok.
Kak Ngah anak-beranak ada di rumah mok since Monday lagi.
Kali ni semua balik sebab anak Kak Long nikah.
Kitorang ni pun last minit balik, asalnya tak plan pun sebab aku ada kerja UTHM.

Perjalanan ke Tganu nice, mendung.
Sampai area Ajil dah start hujan.
Kak Ngah cakap sepanjang dorang kat kampung, itulah first day hujan.
Rupanya selama ni panas.
Lepak jap rumah mok until 1.30pm, lepas tu gerak ke town untuk check in homestay.
Ini first time lepak town.
Selama ni lepak area Gong Badak.
Tapi sebelum ke bandor, kitorang ramai-ramai makan kat kedai makan dalam kampung. First time makan sini.

Lauk dia simple-simple gini je.
Gulai daging, ayam goreng, telo masin, ulam-ulam, sayur kobis.
Kalau nak kari kepala ikan, kena request.
Sedap je pun lauk gini. Tak payah rencam sangat lauk-pauk.
Konsepnya macam orang jual set bawal - nasi + bawal + ulam.
Yang buat best sebab bawal tu panas and garing.
Gitu je pun dah sedap and viral.
So this kedai kampung guna konsep tu.

Kak Ngah with anak menantu. Murah pulak tu.
Bak kata mok “Orang Tganu kedekut. Nok sedap tapi nok muroh”.
Mok yang cakap eh, bukan aku 😆.
Macam Kak Ngah makan kepala ikan besar, 4 orang semua ambil ayam, sayur, gulai daging - RM65 je.
Kedai makan kat bawah opis aku tu, makan nasi goreng with telor mata dengan air sejuk pun RM6 tau.
Belum lagi nasi lauk pauk.
Tapi mok cakap orang kampung kata kedai kitorang makan tu mahal!
Allah..camana la kedai-kedai gini nak hidup.
Nak murah macamana lagi pun aku tak tau la.
Nak murah masak sendiri lah.

Kari kepala jaws. Besar sangat.
Lepas makan, kitorang pun ke bandor. 
Tapi sebelum sampai bandor haruslah stop kat pekan Manir jap nak beli roti paung.

Beli 2 buku je sudeyy sebab baru lepas makan, masing-masing kenyang kononnya.
Last-last aku and En Wan yang perabiskan 2 buku tu.
Sedap sangat sampai tak sempat nak bagi anak rasa 😆.
Padahal kalau nak ikutkan roti ni kosong je.
Lansung takde renjis cheese ke, badam ke, choc chips ke, takde.
Tapi yang kosong ni la yang sedap.
Walaupun dia dah ada pilihan paung with inti kacang, sejak aku kawen dengan En Wan memang yang kosong ni jugak aku layan.
Dan aku hanya beli roti paung di pekan Manir only.

To me, makanan kat Tganu ni biasa-biasa je, in fact, nasi dagang atas tol yang viral sangat tu pun masih kalah dengan nasi dagang SS19 kat Subang Jaya ni.
Tapi tak tau lah kenapa, bila balik Tganu, makanan tu semua jadi kena je dengan tekak.
Just like roti paung, padahal roti kat Bread Story lagi best 😆.

So this is apartment kitorang.
Apartment Ladang Tok Pelam, owner-nya Shahadan AJ Empire.
SANGAT PUAS HATI!
Bersih, cantik, lengkap and tak kedekut.
Persekitaran apartment pun bersih.
Perabot moden, walaupun TV hanya Astro Enjoi, takde hal sebab bukan tengok TV sangat pun.
Oh tapi, takde wifi. But still oklah sebab line internet tak sehazab kat kampung.

Ada 3 bilik.
Sorang satu bilik masing-masing.
Bilik aku and En Wan je yang nampak pantai.
Dari apartment kitorang ni dekat sangat dengan Matt Ori Cafe, The Manhanttan Fish, Uncle Chua, A&W Batu Burok, and dekat dengan gerai pulut lepa Ladang 🥰.
Memang best gila spot kali ni.

3 gambar di atas, adalah bilik aku.
Selesa, nak bersolat pun just nice tak payah bersempit ruang kiblat.
Bagus susunan katil dia tak kacau arah kiblat.
Yang best tu setiap bilik ada air freshner.
Jadi apartment ni always wangi.
Extra pillow and extra blanket pun disediakan dalam almari.
Iron and board ada.
Ada 2 bilik air, bilik aku je ada bilik air sendiri.
Bilik air depan ada heater. Bilik air aku takde heater.
Yang penting semua toilet ada hose! Aircond tip top.

Kitchen complete dengan segala tok nenek pinggan mangkuk yang banyak, periuk kuali semua siap.
Ada microwave, periuk nasi and Coway.
Siap ada beras, garam, gula, asam belacan and kunyit.
Dalam fridge ada telor 2-3 biji.
Teh, milo, nescafe 3 in 1 pun ada.
Memang tak kedekut owner dia. Tapi aku tak masaklah.

Gambar dua atas bilik Redza, gamba bawah kiri bilik Rayyan. Cantik, kan?
Selesa anak-anak aku, alhamdulillah.
Bapaknya pun selesa, tido bukan main nyenyak takde gangguan, siap berkelubung sampai pagi.

Aku cakap kat En Wan, bukan aku taknak duduk rumah mok.
Selama kawen dengan dia nak masuk 20 tahun, baru-baru ni je aku ajak tido tempat lain.
Sejak aku kena migrain attack raya tahun 2019, melepek first raya tak bangun-bangun dari katil, aku dah tobat taknak tido rumah mok lagi.
Rumah mok tu memang sejak dulu lagi panas.
Dari hari pertama aku kawen, duduk bilik En Wan, everytime balik kampung aku akan sakit kepala.

Setiap kali balik sana mesti singgah farmasi beli panadol atau ponston.
Tapi kali tengah malam, sejuk.
But nak menunggu tengah malam tu kau kena bertelanjang atas katil.
Badan En Wan (badan lelaki) jenis panas.
Kalau tido rumah mok, aku tak benarkan dia hug atau landing tangan dia atas badan aku time tido.
Jangan nak menambahkan panas. Aku dah la panas ni, karang hati pun sama panas.

“Kenapa tak pasang aircond?”

Mok tak penah bagi kitorang pasang aircond kat rumah dia.
Dia kata kawasan kampung tu banyak penagih.
Tong gas dia dah banyak kali kena curi.
Kalau ada aircond lagi mengundang katanya.
Kat bilik kampung, everytime aku balik, akan pasang 2 kipas PLUS air cooler.
Itupun masih tak menyejukkan sangat.
Dia punya bahang waktu siang tu memang satu macam.
Kalau nak lega sikit, kena duduk hall.
Takkan la aku nak terkangkang tersiat kat hall tu depan-depan orang kan.
Ni duduk homestay aman-aman je kau boleh peluk aku tetiap malam.

Sangat tak lengkap kalau tak pekena sotong celup tepung kat Mengabang Telipot.
Kalau nak ikutkan, apartment aku tu dekat sangat dengan Batu Burok.
Kat pantai Batu Burok pun ada jual celup tepung tapi kureng feel sebab sesak dan semak.
Nak kena pi area Pok Nong jugak.

Kitorang sebenarnya tak berapa yakin nak makan sotong kali ni sebab cuaca macam tak ok.
Tak hujan tapi mendung and angin tersangatlah kuat.
Dah lah warung-warung ni semua tepi pantai.
Macamana nak makan kalau angin kuat sangat.

Warung Cik Su tempat aku selalu lepak makan sotong, tutup 😔.
Katanya, warung dia teruk kena simbah ombak.
Memang warung Cik Su ni apling dekat dengan pantai.
Pok Nong memang tidaklah aku nak pi, umat punyalah ramai.
Last-last kitorang makan kat Nizam.
Nizam ni area jalan besar, tapi masih tepi pantai.
Kalau tengok gambar, belah kiri bawah tu nampak bahagian belakang ditutup dengan kanvas kelabu, kan?
Kalau kanvas tu buka, boleh nampak pantai.
Tapi dia tutup sebab angin terlampau kuat, silap-silap terbang sotong kau.
Masa kitorang beratur nak ambik sotong, boleh terasa pasir membantai muka. Punyalah kuat angin.

Tapi kat Nizam ni kureng sedap.
Tepung dia tak sedap sangat.
Makanan yang dia dah display macam ikan, udang and kepok lekor, dia tak panaskan semula bila customer nak makan.
Kau ambik, terus makan.
Kalau Warung Cik Su, lepas kita pilih-pilih, dia panaskan semula baru hidang kat kita.
Lagipun kat Nizam takde air batu jagung 😭.
Agak frust kali ni makan sotong takde air batu jagung.

Mereka berdua je yang bergambar tepi pantai.
Aku and Rayyan tak berani.
Dorang kata sampai sakit mata angin kuat sangat.
Lepas makan, kitorang terus balik sebab dah nak Maghrib.

Perjalanan balik lalu Miami Beach (kat sana pun ada Miami Beach kau jangan main-main).
Ombak memang kuat and agak tinggi.
Tapi masa ni masih happy-happy lagi gelak-gelak tengok ombak, rupanya malam tu Miami Beach ditutup.
Ombak melimpah sampai ke jalan dah. Seram tengok.
Aku dah la duduk tepi pantai ni.
Terbayang kalaulah tsunami, konfem aku yang kena simbah dulu.



Ini video waktu petang time nak balik apartment.
Masa ni ombak pun dah lain macam.
Malam tu, angin punyalah kuat.
Aku duduk tingkat 16, bergegar tingkap aku.

Dinner, aku tak keluar.
En Wan and Redza je keluar jalan kaki ke Matt Ori Cafe.
Dekat je tapi Redza kata jenuh juga nak sampai sebab angin kuat.
Rambut dah tak macam orang bila sampai cafe.
Walaupun aku tak pegi tapi tapau adalah wajib.

Aku order chicken grill. Sedap.
Tapi tu la, air root beer yang jadi trademark Matt Ori dah takde 😭.
Business is not so good nowadays.
Semua terkesan sebab Covid. Mana yang boleh cut, kita cut.
Tapi insyallah Matt Ori Cafe akan terus bertahan.
Malam tu aku makan pukul 12 malam, boleh?
Kemain lama dia bersembang dengan member, takpe aku bagi chan.
Lagipun banyak jajan aku bawak dari rumah.
Malam tu tidur dengan selesa, with aircond, berpeluk-pelukqn sampai ke pagi. Ah giteww.

Pagi esoknya dimulakan dengan nasi dagang Atas Tol cawangan bandor.
Aku pun baru tau Nasi Dagang Atas Tol ni ada banyak cawangan.
Punyalah panjang queue, tapi nasib baik En Wan dah buat booking. 
Sampai-sampai terus bagi nama, ambik makan dan balik. Settle.
Kau imagine nak beratur punya panjang gini, pukul berapa nak makan?

Balik dari ambil nasi dagang, En Wan singgah warung kawan dia masa kerja kat Hitachi.
Kawan dia resign balik kampung bukak kedai makan.
Signature dish is Nasi Ayam Tempayan. Dia bagi 2 pek.
Boleh 4-5 orang makan sebab ayam punyalah besar.
Rupanya En Wan beli rojak kateh sekali and kuih-muih.
Rojak kateh tu lemak kaki lembu.
Aku dulu masa dengar En Wan and adik-beradik dia makan rojak lemak kaki lembu, aku macam ... dah takde bahagian lain kat lembu tu kau nak makan?
Oh jangan lupa, everytime korban, batu (testis) lembu tu jadi rebutan untuk dimakan, boleh? 😆

Lepas breakfast kitorang balik rumah mok sebab En Wan nak solat Jumaat kat kampung.
Lama jugaklah aku lepak rumah mok, dapat tengok cucu baru.
Cucu lahir bulan Nov, dah tahun 2021 baru nenek dapat jumpa.
Lepas Jumaat, En Wan bawa Redza singgah kubur arwah ayah.
Ini aktiviti wajib En Wan everytime balik kampung, never failed to pegi kubur arwah ayah.
Tahun 2020 Redza lansung tak sempat balik Tganu due to Covid, jadi pembukaan tahun baru gi melawat arwah to’ki dulu.
Walaupun to’ki tak kenal pun cucu dia ni tapi cucu insyallah akan terus lawat to’ki.

En Wan sampai je rumah, kitorang gerak gi rumah Mok Ndong pulak (second mother).
Mok Ndong dah tak duduk bandor dah, dah pindah kat kampung.
Anak dia (adik En Wan) buatkan rumah di kampung. Alhamdulillah cantik rumahnya.

Bukan main bersila macam Laksamana anak aku.
Ini di rumah baru Mok Ndong.
Aku syak kalaulah mok masih duduk kampung, mau hari-hari dia mintak Kak Long drop dia kat sana untuk bergossip 😆.
Mek (adik En Wan) kata, sejak mok sampai sana gossip tak settle-settle lagi walaupun dah 2 kali datang. Adoiyaiii.

Dari rumah Mok Ndong, singgah jap rumah Kak Long.
Kat rumah Mok Ndong dah jamu teh O and puding.
Kat rumah Kak Long, dijamu karipap daging and keropok keping.
Balik dari rumah Kak Long, singgah semula rumah mak, lepak-lepak lagi.

Not bad jugak cara kitorang ni.
I mean apa salahnya tak tido rumah mok kalau siangnya kitorang akan ke kampung juga jumpa keluarga.
Aku sebenarnya lagi selesa duduk asing.
Bukan apa, bila duduk serumah ni jadi tak sedap bila nak memerap dalam bilik sedangkan orang lain duduk bersembang kat hall.
Aku ni pulak jenis suka membaca diam-diam dalam bilik.
Takkan sepanjang hari nak bersembang kat depan.
Aku suka option yang kitorang pilih ni - duduk asing, tapi siangnya datang rumah mok lepak-lepak.

Kat rumah mok, sempatlah Redza main monopoli seround dengan sepupu-sepupu yang semuanya pompuan kebetulan.
Sempat juga pekena sata seketul.
On the way balik ke bandor, singgah Apit Buke Pintu.
Ini first time singgah sana waktu petang.
Selalunya malam.
Apit Buke Pintu ni another warung dalam kampung yang wajib kitorang singgah setiap kali balik.

Kau nampak tak betapa pure-nya air dia siap buah berketul-ketul atas tu?
Aku punya feveret will always be Pineapple.
Kalau En Wan and Redza, air mangga.
Kali ni tak dapat la pekena maggi udang galah dia.
Itu kesukaan En Wan.
Aku kalau pi Apit Buke Pintu suka makan lamb atau chicken grill.
Idok le sedap mana tapi level-level kampung dah ok dah ni.

Ya, begitulah. Tempat wajib singgah - A&W Baru Burok.
Walaupun kat Taipan ni pun ada A&W, the feeling tak sama dengan beli dari Batu Burok.
Umat punyalah ramai dalam tu.
En Wan kata itu semua orang luar, orang Tganu takde de nak makan hotdog petang-petang.
Tapi Batu Burok memang ramai gila manusia. Mana datang tak tau.
Walaupun angin and ombak punyalah kuat, aku tengok santai-santai je dorang ni semua melepak siap main layang-layang.
Kitorang lepas beli A&W cepat-cepat nak balik apartment.
Tak kuasa nak bersidai tepi pantai.
Dibuatnya ombak tetiba naik hantu, sadaqallahualazim aku kat situ.

Sebelum belok ke apartment, stop jap kat gerai ni beli pulut lepa.
Tu pasal aku cakap apartment aku kali ni memang spot yang terbaik.
Segalanya dekat.
Dulu masa mok tinggal kampung, kitorang tak berapa reti sangat port makan dekat town sebab memang makan kat rumah je.
Now dah pandai sikit cari tempat makan.

Malam, aku and En Wan je turun ke Uncle Chua seberang jalan.
Dari bilik aku boleh nampak kedai Uncle Chua.
Again, punyalah ramai umat.
Memang ramai betul balik Tganu sambut New Year agaknya.
Lepas makan, balik apartment and tido.
Besok pagi-pagi dah kena gerak menghantar pengantin nikah kat Marang.

Yang kawen ni anak Kak Long yang ke-6, Amir.
Masa dia bertunang last year aku tak attend sebab aku ada kelas.
Buat nikah je dulu, bersanding bulan 3 nanti.
Payah keadaan sekarang nak buat majlis.
Buat mana yang wajib dulu.
Patutnya hantaran pun takyah bawak, plan bawa masa bersanding tapi macam tak best datang rombongan tak bawak apa so bawa la juga kuih-kuih.

Cuaca mendung je sepanjang kat sana, hujan sikit-sikit tapi tak lebat lagi time ni.
Yang penting, makanan sedap-sedap.
Pandai tuan rumah buat majlis, makanan sedap betul.
Siap ada laksa. Kuih macam-macam jenis, kalah buffet kat hotel.

Yang best tu kan, roommate aku pulak yang dah macam wakil tuan rumah.
Tiba-tiba dia yang mengatur macamana pengantin posing, siapa yang akan bergambar lepas ni, cari mak bapak pengantin untuk bergambar bagai.
I is konfius ni sape punya majlis?

Budak-budak ni kejap je dah jadi laki orang.
Masa aku kawen dengan En Wan, budak-budak ni ada yang belum sekolah lagi.
Yang masih dalam perut Kak Long pun ada.
Technically aku nampak budak-budak ni membesar.
Macam Amir ni rasa macam baru sangat kitorang menghantar dia mendaftar kat RMC hari tu, eh tau-tau dah kawen.
So now anak Kak Long tinggal 2 orang je masih available.
Anak Kak Ngah sorang je lagi.
Settle anak-anak kakak semua barulah turn anak aku kot. Eh.

Seluruh khemah ni rakyat kitorang je.
Pandai tuan rumah asingkan waktu.
Pagi sampai tengahari hanya keluarga besan.
Jemputan jiran and orang kampung semua selepas 2pm. Jadi tak bertembung.
Kalau tak, payah gak sebab khemah 2 je.
Just nice la fit our family that day.

Kak Ngah paling enjoy food. Seronok tengok Kak Ngah kalau makan.
Semua pun dia nak rasa. Berani mencuba orang kata.
Oh by the way masa sembang-sembang kat rumah mok, Kak Ngah pesan.
Kalau umur dah cecah 50 esok, toksahlah buat kawan baru.
Umur-umur gitu kalau nak berkawan pun takat gitu-gitu je dah la, jangan rapat-rapat sangat.
Banyak sangat dah kes orang-orang yang umur pencen ni kena tipu dengan kawan yang kenal 2-3 tahun kebelakangan.
Teringat kes Pak Aji kena paw RM48k dengan ‘member sekampung’ yang baru jumpa balik after so many years.
Ok yang ni aku cerita lain kali.

Perbanyakkanlah gamba dengan anak, ya.
Esok lusa kot dah kawen dah payah nak ajak bergamba berdua pulak.
Tak sangka betul aku Redza dah mau diajak bergambar.
Lama betul aku bersabar dengan ‘penyakit’ allergy kamera dia ni.
Dulu asal nak bergambar je buat perangai. Now, always kamera ready.
Redza ni payah nak jumpa bergambar dengan kitorang sebab dia tak duduk sekali, kan.
So sesekali dia balik ni, kena pulun bergambar.

Pukul 12 tghri kitorang semua bergerak ke destinasi masing-masing.
Aku and Kak Ngah balik terus KL. Yang lain patah balik ke KT.
Mok tak ikut balik, dia nak balik dengan cucu dia.
Selalunya memang gitulah, sesekali mok balik memang lama.
Lagipun cucu tido rumah mok, dah tentu mok kena stay lagi, kalau tak sape nak kunci rumah nanti.

Alhamdulillah perjalanan balik walaupun hujan sampailah ke Putra Heights, tak jem dan tak banjir.
Cucu-cucu mok patutnya balik semalam tapi sebab LPT banjir, semua akan balik today (Isnin), termasuk mok sekali.
Jadi, hari ni aku tak masuk opislah ya sebab nak temankan budak-budak yang dalam rumah ni.
Work from home la kekdahnya.

Y.E.S 2020 masih berlansung walau kita dah di tahun 2021. Sehingga 8 Jan.
Lepas tu kita start dengan harga normal semula.