2021-01-06
Cari kawan baru di usia 50-an
Hari tu aku dah janji nak cerita pasal kes Pak Aji kena tipu dengan 'kawan lama', RM48K, kan?
Ok ni nak cerita.
Bak kata Kak Ngah, kalau umur cecah 50a-n esok, toksah la nak buat kawan baru sangat.
At least jangan masa ni baru nak create new BFF.
Percentage untuk kau dapat kawan yang ikhlas di usia ni, sangatlah rendah.
Umur-umur nak pencen macam ni, memang ramai yang mendekat, maklumlah, lagi 2-3 tahun dapat duit ganjaran.
Kisah ni berlaku pada Pak Aji.
Ceritanya 1-2 tahun sebelum kejadian, dia terserempak dengan seorang kawan sekolah lama.
Orang kampung sendirilah ceritanya.
Yang pelik tu, Pak Aji tak register lansung pakcik ni.
Tapi biasalah adat menjadi con man, gaya bercerita memang convincing berserta point-point yang boleh membangkitkan keyakinan kau bahawa itu memang kawan sekolah yang kau tak teringat.
Aku ingat lagi Pak Aji bercerita tentang bisnes kawan lama ni.
Bunyinya macam berjaya sangat sebab bisnesnya waktu tu bukan jual produk dorect selling, tapi ada projek buat dermaga (pelabuhan) kat Terengganu!
Hah kauu, tak terkesima kau dengar kawan bisnes juta-juta boleh ingat muka kau lagi? Harus!
Pak Aji kata kawan dia ni seronok dapat jumpa balik dengan dia.
Rajin pulak bercerita tentang business and networknya yang besar.
Pak Aji ni kerja kerajaan, dan dia bukanlah lulusan universiti.
Gajinya tak tinggi.
Bila ada kawan kaya-raya yang sudi berkawan dengan dia, dah tentu dia rasa seronok.
Ada pula sorang kawan di kalangan orang-orang yang berjaya, yang di luar dari crowd sedia ada, dah tentu happy.
Crowd bapak aku dulu di kalangan cikgu-cikgu and pegawai pendidikan saja sebab memang itulah field of work-nya.
Dia takde kawan selain dari crowd itu dan orang-orang kampungnya.
Bila jumpa kawan yang 'lain dari yang lain', dah tentu teruja.
Pak Aji sempatlah kagum dengan pencapaian kawan sekampung dia ni.
Ye lah, sekampung, satu sekolah, now dah jadi jutawan. Mestilah proud.
Mesti Pak Aji nak belajar juga macamana cara orang berjaya bekerja.
Eh, tau-tau kawan dia ni ajak Pak Aji invest dalam projek dermaga dia tu.
Yang cerita berlaku depan mata aku ni, aku tahulah.
Yang berlaku di belakang aku, aku tak tau.
Dia mula berkenalan dengan kawan lama ni masa aku di UNIMAS.
Tahun-tahun terakhir 'persahabatan' dorang, aku sempat jumpa dengan pakcik ni.
Namanya Malik (tak sure lah kalau ini bukan nama sebenar).
Satu malam, maybe waktu ni aku balik bercuti, atau maybe time ni tengah praktikal.
Malam, Pak Aji ajak kitorang sekeluarga (except Ima sebab Ima kat asrama), bersiap-siap nak gi jemput si Malik kat airport, baru sampai dari Terengganu.
Menguruskan projek dermaga dia tu lah.
Malam tu lah untuk pertama kalinya Pak Aji nak kenalkan keluarga dia pada Malik.
Kitorang jemput dia kat airport, masa ni aku tak rasa apa-apa lagi.
Rumah Malik ni kat Shah Alam.
Sebelum hantar ke rumah dia, dia ajak pi minum-minum dulu sebab nak cerita hal projek dermaga ni kat bapak aku.
Kitorang lepak kat mamak.
Again, aku repeat MAMAK.
Like , hello?
Kau nak bincang projek juta-juta kat mamak? Kemon lah.
Siap bukak briefcase, keluarkan segala paperwork lambakkan atas meja mamak and discuss kat situ.
Hoih, mana exclusivity projek kau ni? Nampak macam cikai sangat.
Tapi power jugak paperwork dia siap ada drawing dermaga bagai.
Aku duduk sebelah Malik ni.
Pak Aji depan dia, and Mak Aji sebelah Pak Aji.
Ibal somewhere kat situ.
Aku maybe 'budak-budak', waktu tu, tapi aku tak bodoh.
Dari tepi tu aku dengar and perati je apa si Malik dia cakap.
Dah terdetik dalam hati aku, something is not right.
Ok now time balik. Kitorang nak drop si Malik ni kat rumah.
Dia suruh drop kat simpang je. Alasannya dah malam, nanti payah nak pusing.
Halah, bukannya bapak aku kayuh beca, dia bawak kereta kot.
Lagipun bapak aku memang kerja Shah Alam, takde yang susahnya pun untuk dia.
Ceruk Shah Alam ni dia faham sangat.
Pak Aji insist nak hantar sampai depan rumah jugak.
Dia pun tunjuk rumah dia. Tapi rumah tu gelap, but ada lah kereta besar kat porch.
Memang dah agak lewat waktu tu, around 11pm lebih (zaman 90s, pukul 11 malam dah lewat ya, anak-anak).
Dia just "Inilah rumah saya". Ok, dah malam so tak dapat nak jemput masuk. Faham.
But, dia turun dari kereta, takde pun tekan loceng ke apa ke.
Dia just berdiri tegak depan tu and say goodbye dengan kitorang.
Kebetulan lorong tu gelap, rumah dia pun gelap.
Pelik jugak aku takkan rumah sebesar ni tak bukak sebijik lampu waktu malam padahal lampu bersepah-sepah.
At least bukaklah lampu porch. Ini tak.
Yang si Malik ni pun tertonggok depan tu tak berganjak.
Mula-mula Pak Aji tunggu juga, nak tunggu gate dia terbukak, at least dia tak bergelap sorang-sorang kat situ.
Tapi nampak macam dia tak berganjak, mendekat pada gate pun tak, so kitorang pun gerak.
Kat situ aku dah pelik dah. Tersangat pelik.
Macam, entahlah tak reti nak describe.
Dalam kereta aku cakap "Pa, boleh percaya ke Pa pakcik tu?"
Aku tak sure lah if Pak Aji terdetik sesuatu atau tak, tapi dia balas "Ishh, kan tadi nampak projek-projek dia tunjuk? Tapi papa tak paham sangat. Saja je, suka dengar".
Oklah, bapak aku just nak berkawan agaknya.
Aku pun takde lah bertanya-tanya lagi.
Lepas aku kawen beberapa hari, aku tanya Mak Aji, "Ma, hari tu pakcik Malik tu ada datang sekali ke? Apa cerita dia eh?"
Mak Aji dengan muka tak puas hatinya balas "Kau tak tau cerita? bapak kau, takde kerja cari kerja. Dia invest RM48 ribu kat Malik tu, gone! Beberapa bulan lagi kau nak kawen dah jadi hal! Nasib baik ada saving lain. Anak nak kawen, dia pi invest kat merepek-repek".
Hah kau! Baru tahu cerita.
Kau tau lah mak aku kan, dia smash kaw-kaw.
Pak Aji kat tepi diam je. Hahahaha.
Aku speechless. RM48K??
Bapak aku bukan orang bisnes nak dapat RM10-20K sehari.
RM48K tu ntah berapa tahun dia saving, tau-tau dapat kat si Malik.
Entah hape yang Malik cakap sampai bapak aku percaya.
Tapi bapak aku ni jenis redha.
Dia takde pun report polis ataupun mencari si Malik sampai ke lubang cacing.
Takde. Habis kat situ je.
Kalau dapat kat aku, memang aku gegar pintu rumah macam aku buat kat kontraktor rumah aku dulu.
Tapi betullah kan, orang yang kaki scam dan yang suka meminjam tak reti bayar memiliki sifat yang sama iaitu, TAK TAHU MALU.
Mak Aji cakap, beberapa tahun lepas tu, dia datang jumpa bapak aku.
Dengan muka tak malunya, ajak bapak aku minum.
Sekali tu je la bapak aku jumpa dia.
Dia cerita bisnes tak menjadi, dah bercerai....ntah ye ntah tak.
Aku syak dari awal lagi dia dah takde bini.
Mak Aji cakap, rumah yang kitorang pegi malam tu rupanya rumah bapak mertua dia.
Apesal dia tak tekan loceng masa tu kalau betul rumah mertua?
Aku rasa waktu tu lagi dia dah takde kena-mengena dengan keluarga tu.
Sape nak jadikan menantu kalau perangai sampah.
Yang best tu, masa Pak Aji jumpa, Pak Aji hulurkan sikit duit sebab katanya takde duit.
Tu la dia, orang macam bapak aku ni memang kau dapat tipu, tapi yang cepat miskin adalah kau.
Bapak aku tak miskin-miskin pun.
Hah, ada lagi sorang. Bekas jiran. Kejiranan lama. Pun sepesen gak.
Bila dapat tahu bapak aku dah pencen, sanggup dia menapak pi rumah kitorang cari bapak aku, nak pinjam duit.
Memang tak lah bapak aku nak bagi.
Sepanjang-panjang kitorang pindah dari tahun 1987, kau tak pernah melintas depan rumah, eh tau-tau bapak aku dah pencen kau datang melawat?
Jenis manusia apa gini. Pelik orang macam ni.
Jenis mendekat hanya untuk memenuhi keperluan sendiri.
Lepas dapat meminjam, terus meruyup.
Kadang bila aku tengok orang-orang yang berani meminjam pada orang yang tak rapat, kenalan baru atau kenalan alam maya, dorang ni sebenarnya bukan takde adik-beradik, saudara-mara atau kawan rapat yang boleh membantu, tapi semua tu tak kuasa nak membantu dia dah.
Dorang dah terkena. Jenis meminjam tapi tak reti bayar.
Tu pasal dia sanggup meminjam kat orang yang dia tak berapa kenal.
Berbalik pada kes Pak Aji kena paw tu, aku yakin dengan teori Kak Ngah.
Nak berkawan-kawan setakat nak tambah kawan baru tu ok, tapi di usia 50an kalau baru nak cari kawan rapat, BFF, tak payahlah.