2020-10-17

Ladang dakwah Neelofa


Sebolehnya aku taknak ulas tentang penghijrahan Neelofa yang sekarang dah berniqab.
Tapi aku tau ramai yang mempersoalkan penghijrahan dia, tak kurang yang mengecam.
Ada juga yang dah start counting days nak tengok sejauh mana dia bertahan dengan imej baru.
To me, benda ni tak perlu jadi bahan argumen pun sebab niqab itu sendiri tak jatuh hukum wajib dalam mazhab kita.
Jadi, apa yang dia pilih sekarang adalah something extra yang dia nak buat untuk diri sendiri.
Umpama kita solat dan puasa sunat, tak buat tak dosa, tapi kalau buat dapat pahala.
Andai kata one day dia pilih untuk buka niqab, masih tak menjadi kesalahan.
Jadi, tak perlulah kita menghitung hari menunggu masa nak tengok lama mana dia bertahan.
Effort kita tu bolehlah alihkan kepada misi 1 hari hafal 1 ayat.
Hat ni pun tak wajib buat, aku bagi cadangan je, tapi kalau buat dapat pahala. Tak gitu?

Ada juga yang predict perubahan Neelofa adalah untuk tujuan bisnes.
Katanya now dia dah keluarkan niqab, kalau pakai model biasa takkan jalan.
Orang nak tengok Neelofa yang pakai, sebab itu dia berniqab. Katanya lah.

Dia macam ni lah, toksah susah-susah nak kaji kenapa dia buat.
Ambil saja mana yang boleh dipakai, yang rasa-rasa tak boleh pakai, jangan ikut.
Aku takde masalah pun kalau dia buat untuk bisnes sebab itu lebih baik daripada dia promote turban.
Kerana walaupun ber-turban dan pakai inner neck yang melekap, itu namanya membalut.
Bahagian badan yang dibalut melekap, maka bererti aurat belumlah tertutup walau kelihatan macam masih cover rambut.

Katanya dia dah takde hati dengan urusan dunia.
Tak sure apa yang dimaksudnya dengan ini.
Kalau dia dah made up her mind, it's still her choice, takpelah.
Tapi kalaulah cadangan aku boleh dipertimbangkan, aku nak Neelofa terus berada dalam dunia fashion.
Bukan menggalakkan dia atau wanita lain ber-tabarruj, tapi ini adalah satu ladang dakwah.

Neelofa bukan saja satu nama yang besar, malah dia juga adalah ikon fashion.
Dia sangat pandai bergaya dan ada taste dalam memilih gaya.
Kalaulah dia boleh produce pakaian yang syari'i yang kelihatan fresh and modern, tak nampak 'kolot', aku yakin dia mampu tarik lebih ramai berpakaian syari'i.

Contohnya ni.
Ini gambar sebelum dia berniqab, sebagai menghormati imej dia sekarang, aku mosaickan muka dia sikit.

Pakaian dia ni sangat syari't, tapi masih bergaya, kan?
Inilah maksud aku tadi, dia masih boleh berdakwah dengan cara ini.
Aku harap sangat dia tak tinggalkan dunia bisnes dan fashion.
Aku yakin Neelofa kini lebih arif dalam soal tabarruj, sebab dia sendiri dah memilih untuk jadi modest.
Kalau dia nak teruskan dengan bisnes fashion, aku percaya dia faham apa yang aku maksudkan.
Tolonglah sesiapa kalau boleh sampaikan pada Neelofa cadangan aku ni.
Ini adalah ladang dakwah yang besar untuk dia.
Sebab dia ada nama, ada gaya, ada crowd yang huge.
Aku yang crowd cinonet pun masih ada yang berterima kasih sebab ter-influence dengan tulisan aku, inikan pula Neelofa.

Dakwah is not just an attribute.
Masyarakat Islam di Malaysia umumnya anggap bahawa sifat berdakwah mestilah berjubah, kalau yang lelaki mesti pakai serban, bawak tasbih dan lain-lain.
Cara pemikiran begini dah lama wujud.
Maklum je lah, kalau kita tengok gambar-gambar ulamak terdahulu hampir semua pakai jubah dan serban.
Dan pemikiran serta andaian seperti itu masih berlaku sampai sekarang - kalau nak berdakwah mesti pakai begini begini - barulah layak berdakwah.

Kalau kita tengok pendakwah Indonesia, Ustaz Muzammil Hasballah contohnya, pakaiannya masih gaya anak-anak muda, pakai cap, penyampaian dakwahnya pun santai, gaya bahasa pun gaya bahasa anak-anak muda yang mudah faham.
Ya, aku tahu itu lelaki.
Maksud aku, dakwah itu boleh datang dalam apa juga bentuk dan cara, asalkan tak bertentangan dengan syariat.

Dah sampai masanya kita ubah mindset dan sudut pandang tentang hakikat dakwah yang sesungguhnya.
Dakwah tidak harus menggunakan atribution atau berada di lokasi yang khusus untuk berdakwah.
Apetah lagi di era milenial macam sekarang, content dan lokasi dakwah mesti diselaraskan dengan keperluan zaman.
Berdakwah itu tujuannya untuk mengubah sesuatu yang buruk menjadi baik. Ini konsep yang mesti dipegang.

Manusia mencontohi manusia lain.
Dulu pernah viral kat Indonesia sorang pendakwah yang berdakwah dalam kelab malam.
Caranya, dia masuk kelab tu, dia berselawat dan berqasidah sampaikan semua dalam tu akhirnya ikut.
Mula-mula memang pendakwah ni kena kecam, tapi rupanya dakwah itu berkesan.
Bila ditanya kenapa dia berdakwah cara tu, dia kata kalau yang dalam kelab malam tu dipaksa ke masjid, mereka akan rasa mereka dihina dan tak layak masuk masjid.
Jadi, kalau mereka tak mahu datang masjid, apa salahnya kita yang datang kepada mereka.
Wow, masa aku dengar tu meremang bulu roma.
Just like Ustaz Ebit Liew buat, kan?

Hakikat berdakwah adalah mengajak manusia berubah menjadi lebih baik dan mencegah mereka melakukan perkara buruk.
Dakwah berhak diberikan kepada sesiapa sahaja, walaupun dia seorang pelacur atau pakar maksiat.
Dia berhak menerima dakwah, mudah-mudahan dengan cara itu Allah beri petunjuk kepadanya.
Jadi berbalik pada isu Neelofa ni, aku berharap dia tak tinggalkan dunia bisnes fashion.
Kelebihan yang dia ada dalam bidang tu adalah ladang dakwah untuk dia.