2020-10-16

Jangan berhijrah kerana manusia.


Motif hijrah semestinya kerana ALLAH. Sayangnya, sering kali hijrah disalahgunakan untuk motif lain.

Pertama, hijrah kerana “ikut-ikut”. Dianggap menjadi trend, orang pun ramai-ramai berhijrah.
Gaya berpakaian, cara bercakap dan gesture berubah akibat ikut-ikutan.
Hijrah seolah-olah telah menjadi lifestyle, bukan semata kerana Allah. Ini berbahaya.
Bayangkan, kalau one day hijrah dah tidak popular lagi, boleh jadi pelakunya kembali seperti dulu.
Inilah yang banyak terjadi.
Terinspirasi dengan hijrah orang lain itu boleh, tapi niat kena perbetulkan. Jangan lari.

Kedua, hijrah kerana paksaan.
Ini juga berbahaya.
Contohnya, orang yang mengaku sudah berhijrah memaksa orang lain untuk berhijrah seperti dirinya.
Hijrah bukanlah paksaan, tapi panggilan hati. Tulus ikhlas, tanpa paksaan.
Walau bagaimanapun, jika hijrah itu hukumnya wajib, ia mesti dipaksa.
Maksudnya empunya diri yang mesti memaksa dirinya untuk berhijrah.
Contohnya, bertudung. Ia wajib dan tak perlu menunggu hidayah kerana hidayah adalah pentunjuk.
Petunjuk sebenarnya sudah lama ada, cuma kita yang menolaknya.

Ketiga, hijrah kerana mencari perhatian dan pujian.
Ini lebih teruk lagi. Sudah jelas keikhlasannya rosak.
Ramai orang berhijrah hanya mahukan dirinya dianggap baik, alim, islamik, dan layak diinspirasikan.

“Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak.” [An-Nisaa, 100].

Di dalam ayat di atas, Allah berjanji kepada orang-orang yang berhijrah.
Janji itu paling tak akan mencakupi dua perkara.
Yang pertama, tempat hijrah yang luas dan kedua, rezeki yang banyak.

Janji pertama yang diterjemahkan sebagai tempat hijrah yang luas ini, boleh jadi bukan sebuah tempat dalam erti kata yang sesungguhnya.
Ia boleh menjadi orang yang berhijrah dari tempatnya menuju tempat lain, kemudian dia menjadi sukses di tempat baru itu, serta banyak mendapat rezeki.

Janji yang kedua dalam ayat itu adalah mendapatkan rezeki berupa kekayaan harta yang banyak.
Boleh jadi rezeki yang dimaksukan bukan berupa harta, tetapi berupa jalan kebenaran dan petunjuk dari Allah.
Dengan kata lain, luas dan banyaknya rezeki yang dijanjikan Allah, boleh jadi berupa harta atau nikmat Allah yang lain.

Bila sebut tentang hijrah, selalunya digambarkan sebagai dari tak bertudung kepada bertudung.
Ataupun digambarkan sebagai perubahan penampilan.

Berhijrah yang sebenarnya adalah menjadikan diri lebih baik dari sebelumnya.
It could be dari sisi agama, kehidupan, tutur kata, cara berpakaian, sikap, cara berfikir dan masih banyak lagi.
Dari malas menjadi rajin, dari kurang baik dalam bertutur kata menjadi baik dalam berbicara, dari yang berpakaian masih sesuka hati mengikut trend menjadi sesuai dengan syariat islam, dan sebagainya.

Setiap orang pasti ada history masa lalu yang baik ataupun buruk.
Seburuk apapun masa lalu tidak boleh menjadikan kita manusia yang terus kekal di dalamnya.
Kerana orang baik/alim sekalipun pasti ada kisah hitam masa lalu.
Belum tentu dia yang memiliki masa lalu yang paling buruk akan memiliki masa depan yang buruk juga, begitulah sebaliknya.
Boleh jadi dia yang memiliki masa lalu paling buruk memiliki masa depan yang baik yang tak pernah terlintas difikiran.

Tips hijrah?
Ini bukan tips kerana aku juga masih belajar. Tapi sekadar berkongsi pengalaman.

Pertama, NIAT.
Semua bermula dari niat.
Bukan sekadar pasang niat untuk berhijrah tapi mesti always ada niat yang kuat untuk berhijrah menjadi lebih baik lagi, setelah mula berhijrah.
Niat adalah alasan yang kuat kenapa kita mampu istiqomah.

Contohnya ada yang berhijrah kerana ikut-ikut orang lain.
Kalau satu hari nanti orang itu ada melakukan khilaf, pasti hijrah jadi goyah kerana punca kita berhijrah adalah kerana melihat ‘kesempurnaan’ orang tersebut di mata kita.
Rupanya dia juga buat silap.
Manusia tidak pernah sempurna, maka hijrahlah kerana Allah.
Ada yang berhijrah kerana nak dapat jodoh yang baik.
Itu pun bagus tetapi sebaik-baiknya niat berhijrah adalah kerana ingin mendapat redha Allah semata.

Kedua, Al-Quran.
Al-Quran selalu dilupakan oleh mereka yang sedang stres, gelisah, atau ditimpa musibah.
Mereka bermati-matian mencari solution sedangkan apapun masalahnya semua solution tersedia dalam Al-Quran.
Tinggal lagi kita nak memanfaatkan atau tak.
Semakin kita mendekatkan diri kepada Al-Quran, semakin dekat kita dengan hidayah Allah, semakin mudahlah kita berhijrah kerana Allah.

Ketiga, berkawan dengan orang soleh.
Ini rumus standard.
Dengan siapa kita berkawan, itulah kita akan jadi.
Kawan dengan orang pandai, pandailah jadinya.
Kawan dengan orang yang suka bercantik, cantiklah jadinya.
Kawan dengan orang berjaya, berjayalah kita.

Kadang kala niat dah tulus, niat dah solid tetapi masih susah untuk start.
Maka periksalah lingkungan kita.
Boleh jadi lingkungan kita yang kurang supportive atau tak membantu jalan hijrah.
Jadi, hijrahlah kita mencari orang-orang yang soleh dan berkumpullah bersama mereka insyaallah Allah mudahkan jalan hijrah dan lebih mudah istiqomah.

Kebanyakan gagal hijrah kerana menunda-nunda, padahal kita tidak tau berapa balance umur kita di dunia ini.
Setiap kebaikan mesti disegerakan.
Nak sedekah, buat sekarang. Jangan tunggu esok.
Tergerak nak mengaji, buka henfon sekarang dan mengaji 10 minit [kalau lebih lagi bagus].
Mengubah kebiasaan lama dan meninggalkannya memang berat, tapi tak harus menunggu atau bertangguh baru nak dikerjakan.
Inilah yang dikatakan mesti dipaksa. PAKSAKAN!
Insyallah lama-kelamaan jadi terbiasa, dan akhirnya jadi biasa lalu menjadi kebiasaan.

Hijrah untuk mencari pujian, samalah seperti jual-beli dengan Allah.
Kita menjual hijrah, berharap Allah membelinya dengan pujian. No way.
Semoga kita tak termasuk dalam kelompok hijrah yang sebegini.
Buat yang sudah berhijrah atas nama Allah, tahniah.
Kerana sesungguhnya hijrah itu mudah, konsistennya yang susah.