2020-08-04

Asal bukan kau yang menang.


Tadi aku ada discussion dengan team Halal.
Sambil-sambil bincang pasal kerja, bersembang pasal isu dengki.
Rupa-rupanya the 3 of us ada pengalaman di-jaki dan di-sailang oleh orang-orang yang sakit hati dengan kejayaan kami [of course lah kan, sape pulak nak dengki dengan kegagalan].

Antara 3 orang yang berdiskusi tadi, aku orang paling awal jump into business.
Awal-awal dulu, kalau aku berdepan dengan kes orang sakit hati, dengki, sailang, - aku akan bercerita dengan si A.
Everytime aku bercerita, dia always kata aku kuat.
Kalau dia ada di tempat aku, dia takkan mampu.
Nak dijadikan cerita, dia akhirnya jump into business.
And now dia dapat pengalaman yang sama.
Yang menjaki ni pun bukannya orang lain.
Ada di antaranya di kalangan kawan-kawan sendiri yang di depan macam menyokong tapi di belakang dia sama-sama mengapi-apikan orang lain untuk mengumpat kita.
Ada juga dari kalangan kawan-kawan sekerja.
Ada juga dikalangan competitor [hat ni biasalah, nama pun competitor].
Tapi yang paling tak boleh brain - someone yang tak pun buat bisnes yang kita buat,
In fact dia tak berminat pun nak buat apa yang kita buat, tapi dia sakit hati bila tengok kita berjaya.

Come to think of it, perasan tak kenapa orang mudah rasa jealous pada kawan sendiri berbanding celebriti?
Padahal celebriti jauh lebih popular dan [mungkin] lebih success.
Tapi, kawan yang jawatannya hanya satu tangga atas dari dia yang dia dengkikan.
Kawan yang anaknya pelajar terbaik Darjah 1 [belum SPM lagi ni] yang dia dengkikan.
Kawan yang suaminya hantar bunga rose 4 kuntum ke ofis yang dia dengkikan.
WHY?

Lagi satu kan, jarang kita nampak seorang engineer dengkikan doktor yang berjaya.
Tapi engineer dengki sesama engineer, ada. Especially yang kerja seofis.
So what is that all about?

Jawapan simple.

Kita jealous bila merasa kita berada dalam competition dengan orang yang kita jealouskan.

Ahmad merasa jealous bila Ali dipuji oleh bos.
Yang sebenarnya Ahmad takut hilang jawatan kepada Ali.
At the same time Ahmad takut pangkat yang diidam-idamkan dapat kat Ali.
Boleh jadi juga, Ahmad tak kisah kalau tak dapat naik pangkat, tapi jangan Ali yang dapat!

Penyakit si Ahmad ni yang kitorang sembangkan tadi.
Si polan tak buat the same business pun macam kitorang, tapi dia sakit hati bila kita berjaya close deal sana sini.
Punyalah bontot terluka [butthurt], sanggup pula mencari tahu siapa competitor kita and tolong competitor close deal.
Padahal dia tak dapat apa-apa pun dari 'kerjasama' tadi.
Konsepnya asalkan kita tak menang, dia dah cukup happy.

Kawan aku tadi, aku kenal dia like berbelas tahun sudah.
I am with him dari dia bukan siapa-siapa, until now dia dah somebody.
Aku tahu cara kerja dia, and apa yang dia dah lalui sebelum sampai ke tahap ni.
Dia berada di tempat sekarang pun dengan tak cukup tidur, tak cukup rest, korbankan masa melepak dengan kawan, korbankan masa dengan family, masanya banyak habis di tengah jalan outstation sana sini - he deserve apa yang dia dapat now.
Apa yang dia dapat bukan jatuh bergolek depan mata.
It was all hardwork berbulan-bulan, bertahun-tahun.
And I am truly happy for him.
Malangnya, dia kata tadi, tak sangka rupanya bila dia berada di kedudukan sekarang barulah nampak true colors perangai manusia.
Sanggup kawan dia halang company dia dari dapat projek tertentu, padahal si kawan tak buat the same business pun, tapi gigih mencari tahu itu ini sebab nak sailang peluang orang.

Ada juga manusia bila dia rasa tak boleh bersaing dengan kita, dia akan berkawan dengan orang-orang yang sama-sama tak suka kita.
Padahal kalau kau tak boleh menyaingi, kau bersekongkol dengan 20 orang pun tetap tak jadi apa.
Tapi ye lah kan, bila berlonggok ramai-ramai nampaklah macam gempak, padahal hampeh.
Ujung-ujung, dia sama dia nampak true colors masing-masing. Hah tepuk!

"Aku bukannya jealous, aku meluat!"

Hello...?
Kalau betul meluat, dah kenapa semua benda tentang dia kau tahu?
Kenapa segala ceruk rantau pasal dia kau ambil tahu?
Kenapa stalk dia di semua channel?
Orang kalau meluat, dia malas ambil tahu.
Takde de nak membodohkan diri ambik tahu luar dalam pasal orang yang dia konon meluat tu.

Listen.
Jealousy is a weakness. At least in most cases, it is.
Kita tak akan pernah merasa jealous terhadap seseorang melainkan kita menganggap dia adalah pesaing yang susah disaingi.
Semakin tinggi jealous kita pada seseorang, itu adalah petunjuk semakin lemah diri kita dibandingkan dengan dia.
Kalau kita merasa kita jealouskan seseorang tak sudah-sudah, then consider to start changing things about yourself instead of hating them.