2020-04-09

Malaysian Rock Bands



Semalam aku main ni dengan member sengal aku and also family members [di dua group yang berlainan].

Tak susah sangat untuk seorang Diana jawab soalan ni sebab seorang Diana forever stuck kat dunia 80-90an.
Tapi agak hiruk-pikuk jugaklah. Aku ni main apa pun bising.



Some of lagu-lagu dari kumpulan rock tu ada memori tersendiri.

Medicine contohnya.
2 lagu yang masih ada dalam playlist aku - Kerana Cinta & Tika dan Saat Ini.

Masa aku form 1, lagu Medicine yang tengah naik was Kerana Cinta.
Waktu aku kat TKC, aku dok humming lagu tu [korus je tahu lirik] almost everyday, tatkala budak-budak dorm aku melayan lagu Belinda Carlisle.
Ada la 2-3 orang buat muka pelik bila aku nyanyi lagu Medicine ni.
Tak ramai kot kenal Medicine waktu ni, nak-nak lagi budak-budak asrama ni mesti masa sekolah rendah kuat baca buku, tak macam aku kuat dengar radio, tu pasal aku je kenal Medicine kat situ.

Pertengahan tahun, aku quit and masuk skolah harian.
Barulah aku berada di tempat yang betul sebab budak-budak kelas aku semua jenis yang layan lagu rock.
Sampaikan ke kumpulan rock yang aku tak pernah dengar pun ada.
Pernah dengar Kumpulan Putra, yang hit dengan lagi Cinta Kain Putih?
Aku tak pernah dengar lansung lagu ni kat radio.
Aku minat gila dengan lagu ni sebab kawan sekelas aku nama Fuad, hari-hari nyanyi lagu ni.
Sampai aku pelik, apesal aku tak pernah dengar lagu ni kat radio?
Jenuh aku dengar radio menunggu DJ pasang lagu ni. Hampeh takde.
Jadinya, EVERYDAY aku akan suruh Fuad nyanyi depan aku. Seriously everyday!
Sampai givap member tu melayan perangai aku.
Asal nampak muka aku je, dia start nyanyi terus.
Sampailah zaman matrik, aku beli kaset kompilasi lagu-lagu rock 80-90an.
Barulah first time aku dapat dengar lagu tu dan macamana suara penyanyi Kain Cinta Putih.




Rupanya suara penyanyi asal tak sedap sangat.
Yang buatkan lagu tu sedap kat telinga aku, adalah suara Fuad.
Asal dengar lagu ni, mesti aku teringat Fuad.
Mana pegi meruyup ntah budak ni, rasanya Form 2 dia dah takde kat skolah yang sama.
Kalaulah one day jumpa balik Fuad, memang benda pertama aku nak dengar, dia nyanyi lagu ni.

Lefthanded, Search and Wings aku tak minat.
Padahal ini group gempak, kan.
Tapi entahlah, tak berapa layan sangat, maybe the melody tak kena dengan telinga aku.
Lagu Search yang aku layan cuma Isabella and Pawana je.
Lefthanded yilek. Wings yilek.
Tapi aku suka tengok Awie berlakon. Nyanyi tak suka.

Kenangan lagu Search - Isabella.
Aku tak pernah missed tengok AJL dari tahun 1986 [sekarang je dah tak layan. Tua dah].
Tapi AJL 1989 aku tak dapat tengok sebab masa ni aku tengah orientasi di Maahad Hamidiah Kajang.
Takkan nak layan rock lagi dah masuk skolah agama, kan. Hahaha.
Masa pendaftaran lagi walkman aku dah kena reject, tak boleh bawak masuk kawasan asrama.
Masa tu kurasakan dunia ini gelap seketika.
Dah la mengejut kena pakai tudung, kena pakai kain dalam, kena pakai stokin, kena mandi berkembam sebab guna air kolah, pastu muzik dah tak boleh dengar. Oh tidakkkkkkkkk!!!
Later, baru aku tahu, akak-akak dorm ramai-ramai tengok AJL beramai-ramai.
Tak tahu lah kat mana, kantin kot. Cis!

Lagu kumpulan rock yang paling banyak dalam list aku - Spring, Iklim, and UK's.
Tapi UK's ni tak macam kumpulan rock lansung, kan?
Aku pun tak reti nak kategorikan UK's ni apa.
UK's ni sejenis SLAM - lagu dan suara tak pernah rock tapi masuk kategori kumpulan rock.
Nasib baik lagu semua sedap-sedap.

Kenangan lagu Spring - Sejiwa.
Masa ni aku skolah menengah, Form 2-3 kot.
Again, aku tak pernah dengar pun lagu Sejiwa ni kat radio sebelum tu.
Aku pun tak pasti lagu apa ajelah yang aku dengar. Padahal bukak radio hari-hari.
First time aku dengar lagu ni dari kawan sekelas jugak.
Ramai budak-budak kelas aku yang suara sedap.
Pakkal takde Akademi Fantasia je dulu.
Kalau tak, separuh dari kelas masuk bertanding.
Zaman dulu mana ada internet ni semua nak gugel lagu.
Tajuk lagu tu pun aku tak tahu. Nak sing along pun tak tau lirik.
Jadi, aku cuma boleh berharap by the time aku kat tepi radio, lagu ni keluar. Harammmm.
Dah form 4-5 gitu baru aku dapat puas dengar lagu Sejiwa sebab masa tu aku dah ada radio sendiri.
Bila ada radio sendiri, bolehlah rekod lagu-lagu yang keluar kat Pilihan Bersamamu [siapa pernah layan program ni?].
Kadang-kadang tengah sedap rekod, tetiba DJ bercakap. Kimeks.

Rusy Blade, Love Hunterm Black Rose - tak minat.
Lagu dorang takde dalam playlist aku. Tak kena dengan telinga.

Fotograf, May, XPDC, Ella and the boys and Bloodshed ada dalam playlist aku.
Nak-nak lagi XPDC memang wajib dalam list jangan dikeluar-keluarkan.
En Wan kalau bunyi lagu XPDC je dia bertukar jadi Mael.
Tapi versi Mael Lambong lah.

Fotograf pun ada kenangan.
Tapi bukan kenangan kat lagunya, tapi kawan aku ada sorang minat gila dengan Shamrin.
Aku tak sure kat mana port-nya, tapi kawan aku cakap sometimes geng-geng Fotograf lepak Kajang dengan geng Damasutra.
Dia selalu lepak dengan dorang ni.
Everytime dia melepak dengan group-group ni, mesti ada cerita pasal Bagio terselit.
Jarang takde cerita Bagio.
Aku dulu minat Bagio Damasutra, memang tunggu je lah cerita dari kawan aku ni.
Kadang tu takde cerita Bagio pun, dia cuma melepak dengan bassist Damasutra je.
Bassist Damasutra je ceritanya pun, tapi aku dah seronok gila dengar. Bassist pun bassist lah.
Terasa aura Bagio tu begitu dekat. Kahkahkah.
Sampai skarang aku tak pernah lagi jumpa Bagio live.

AJL 1991.
Aku terpacak depan TV semata-mata nak tengok Bagio.
Dulu aku takde duit nak beli URTV, dan segala tok nenek kaset.
Kadang-kadang URTV ada keluar poster kumpulan rock.
Kalau beli kaset dapat poster.
Tapi aku takde duit nak beli kaset, jadi takde chan la nak dapat poster Bagio.
So, kalau Bagio keluar TV, wajib ambik seat depan sekali.



Masa ni mic dia tak function.
Tapi takpelah, orang kalau dah cinta, takde suara pun takpe. My love is strong.
Bagio antara artist hot dulu sebab suara dia sedap nyanyi live and boleh tarik tinggi....dan hensem.
Lepas AJL, Damasutra jadi semakin glemer because of Bagio punya suara masa AJL power and orang kagum dia sebagai newcomer tapi maintain cool atas stage walau ada teknikal error and dia tak salahkan team TV3 pun. Dia cool je.
URTV keluarkan poster dia, kawan aku Ramona baik hati koyakkan URTV maid dia [kahkahkah] untuk bagi poster Damasutra kat aku. 

Aku masih stuck dengan lagu-lagu lama.
Tak pernah bosan.




p/s : Surface disinfectant [botol spray] and hand sanitizer 1L akan mula dipos TODAY batch by batch. Surface disinfectant tu boleh spray mainan anak, tombol pintu, pintu kereta, kunci, etc. Isi form kalau nak. - ISI FORM SINI.