2020-04-11

Ini bukan air milo sesuka kau nak bancuh


Mula-mula nak bagitau, semua tracking number hand sanitizers aku [company] tak dapat nak bagi sebab man power tak cukup sepanjang PKP ni, jadi aku minta staff focus kat packing and delivery only.
Sesiapa nak tracking number, please request dari nombor ni : 60137557424. Whatsapp only ya.



Budak ni send aku this gambar of someone using some hand sanitizer tak tahu brand apa and dia kata tangan kering and mengelupas tumbuh biji-biji.

Ok, kat sini ada 2 kemungkinan.

Yang pertama, boleh jadi calculation hand sanitizer silap.
Inilah bahayanya especially kalau buat hand sanitizer sendiri, especially yang bidan terjun, tak tahu hujung pangkal tetiba nak jadi saintist.
Kagum jugak aku ramai yang berani main dengan chemical.
Aku yang masuk lab pun tak berani main dengan bahan kimia kalau tak kena gaya.
Nak buat disinfect untuk lap-lap pun beria calculate formula, inikan pulak nak guna kat diri sendiri.
Please, jangan buat main-main dengan chemical, kesannya mungkin tak nampak sekarang, tunggulah esok 2-3 tahun lagi.

Yang buat hand sanitizer dari Clorox lagilah aku tak faham kenapa semudah itu aniaya diri sendiri.
Kau dah lama hidup ke apa.
Bahan aktif dalam Clorox namanya chloroxylenol.
Bahan ini act as bleach.
Memang sangat effective, tengok je lah Clorox memang mudah hilangkan stain.
Tapi perasan tak Chlorox ni ada satu bau yang menyengat?
To some people, bila terdedah dengan bau Clorox lama-lama jadi pening?
Ok, itu adalah salah satu kesan sampingannya.
Tak semua orang dapat kesan pening ni tetapi SEMUA orang akan dapat kesan yang sama kalau terdedah dengan Clorox untuk tempoh yang lama, iaitu, slowly mucus pada kulit, hidung and mulut akan rosak in the long run.

Walaupun chloroxylenol ni bahan aktif, tapi, effectiveness-nya tak stabil.
Seiring dengan masa, effectiveness-nya akan berkurangan.
Maknanya, kalau kau buat hand sanitizer dari Chlorox, dalam masa 24 jam kau kena buang bancuhan tu.
Habis ke, tak habis ke, tetap kena buang sebab no point, dia dah kurang effective bunuh kuman.
Dalam erti kata lain, duit kau lagi banyak habis, masa and tenaga membazir sebab hari-hari nak kena bancuh 'sanitizer' baru.
Oleh itu, janganlah memandai-mandai bancuh itu ini ikut lojik akal kita semata.
Ada sebab kenapa bahan aktif ini duduknya di situ, ada sebabnya bahan aktif ini duduknya di sini.
Dan yang paling penting, ada sebabnya alcohol/ethanol dilabelkan sebagai Flammable.
That's why duduknya dalam lab, kerana SOP lab sangat ketat berbanding SOP dapur rumah.

Ok, berbalik pada gambar tadi, kemungkinan kedua adalah - kulit pemakai sensitif pada alkohol.

Yang ni selalu orang viralkan, be it krim muka, sabun, and now hand sanitizer.
Asal kulit rabak je, terus viralkan.
Entah-entah kulit dia sorang je rabak, orang lain pakai ok je.

Ok dia macam ni ceritanya.

Apa-apa produk hygienic untuk tangan, cara dia bertindakbalas adalah dengan cara mengubah intracellular lipid [protein].
Lipid samada akan menyusut atau re-organized.
Bila lipid berubah, kapasiti kebolehan kulit menakung air pun menyusut, jadi kulit start merekah.
The main concern bila ini berlaku, bahan aktif dalam produk [contohnya alkohol] akan masuk deeper ke dalam skin.
Bagi orang yang kulitnya jenis sensitif, guna hand sanitizer dengan terlampau kerap lebih berisiko dapat kulit merekah, menggelupas and berbiji-biji.
Bila jadi macam ni, lebih banyak bacteria yang akan bersidai atas kulit tu.

To some people, kulit dia sangat sensitif, bila dia pakai hand sanitizer, sistem immune badan akan detect sanitizer as allergen.
Tu pasal kulit jadi merah, gatal-gatal and melepuh.
Belum tentu lagi disebabkan oleh bahan dalam produk, boleh jadi kulit dia too sensitif.
Tapi apa-apa pun, penting untuk kita pastikan produk yang kita gunakan diyakini.

Alkohol memang effective dan lebih selamat dari detergent lain tapi dia boleh mengeringkan kulit kalau tak betul cara bancuhan.
Sebab itulah our Pure Effective hand sanitizer macam-macam agen moisturiser aku letak kat dalam tu supaya kulit jadi moist and tak kering.
Oh lagi satu, ethanol is less irritatting berbanding n-propanol or isopropanol, sebab itulah aku pertahankan penggunaan ethanol dalam hand sanitizer aku.
Cuma kalau korang mula-mula bukak botol hand sanitizer aku, ada satu bau menyengat keluar.
Macam bau makmal bacteria.

Why?

Because we use denatured alkohol.
Sifat denatured alkohol memang baunya purposenya dibuat begitu supaya orang tak berminat nak gunakan denatured alkohol bagi tujuan lain.

So, awal-awal bukak botol tu memang baunya macam bau bahan kimia, but lepas sapu kat tangan, bau tu hilang and berganti dengan bau wangi.
This is another calculation yang kena buat dengan berhati-hati because ada impak bila hand sanitizer diletak atas skin.
Sama macam kes perfume tadi.
Tindakbalas kimia antara kulit and hand sanitizer somehow akan allow bau wangi tu released.

Jadi, kalaulah kita buat hand sanitizer sendiri, tetapi tak arif dengan tindakbalas kimia bahan yang kita dok bancuh tu, itu akan memudaratkan intracelullar lipid.
Ini sekarang kau bancuh bahan kimia tau, bukan bancuh air milo.
Bendalah lipid ni kita tak nampak sebab berlaku intracell, tapi kat dalam badan dia dah haywire.
Kalau tak nampak kesannya sekarang, lagi 1-2 tahun nampak kesan.



Semalam aku naikkan ni kat IGS.
Saje nak bagi peringat kat those yang bancuh sendiri hand sanitizer at home.
Bancuh tu bancuh jugak, yang nak sembur tu kat tangan sendiri, jadi jangan main bancuh tak tengok pH apa semua.
Walaupun alcohol basically neutral pH, tapi kalau kau dah campur itu, campur ini, hasil akhirnya nak kena check juga.

Seram aku bila tengok orang DIY hand sanitizer.
Kau nak pakai kat diri sendiri kot, tolonglah jangan ambil mudah.
Dah alang-alang nak buat, beli terus pH meter ni.
Walaupun harganya boleh dapat hand sanitizer berpuluh botol, tapi dah alang-alang nak jadi saintist, apa salahnya beli satu simpan kat rumah, kan?

Hari tu ada yang tanya aku boleh tak guna hand sanitizer yang dah expired.

Selalunya hand sanitizer tempoh expiry 2-3 tahun.
Kalau hand sanitizer tu ada alkohol, takpe, masih boleh digunakan walau dah expired sebab alcohol ni bahan aktif yang bagus.
Tetapi, alkohol sifatnya mudah meruap.
Dah lebih 3 tahun tutup bukak tutup bukak botol tu, lebih banyak penyejatan berlaku.
Bila alkohol meruap from time to time, peratusan bahan aktif [alkohol] berkurangan, jadi dia kurang berkesan, atau takkan berkesan lansung.
So to be on the safe side, belilah baru.
Kalau nak beli baru, apa kata try yang bawah ni? Hahaha.



This week, aku keluarkan Surface Disinfectant.
Ini untuk sembur-sembur kat kunci pintu, pintu kereta, tombol pintu, meja, bench, mainan anak-anak pun boleh.
Aku guna Panthenol, a form of alkohol tapi mild sikit because bila dia diabsorbed oleh badan, dia bertukar jadi Vitamin B5.
Walaupun mild, tapi cukup kuat untuk mematikan enveloped virus.

Kalau nak try - ISI FORM SINI.