2020-04-07

Keyakinan


Aku dah lost count berapa lama terkurung dalam rumah.
Sejak hari pertama PKP aku tak keluar-keluar.
Paling jauh aku keluar ke gazebo depan rumah.
Tu pun sebab nak ambik gambar hand sanitizer, kalau tak, memang memerap dalam rumah sampai ke sudah.

2 minggu pertama PKP, boleh nampak ramai yang stress.
Aku sendiri boleh rasa aku sedang stress.
Maunya tak kalau dah terperap 2 minggu.
Aku yang suka memerap dalam rumah pun boleh terasa bosan, apetah lagi yang memang tak reti duduk diam.

Selepas 2 minggu pertama rasanya orang dah makin immune dengan PKP.
Ramai yang dah mula beradaptasi dengan situasi.
Nak pulak bila PM umumkan macam-macam pakej bantuan.
Masing-masing dah mula lega sikit.

Tapi sedih juga hari tu dapat 2 email dari blog readers bagitau dorang kena unpaid leave.
Aku tak tahu nak respond apa.
Dalam keadaan sekarang, kalau nak tuduh employer kurang empati - entahlah.
Masing-masing pun dalam keadaan yang susah.
Memang majikan boleh buat pinjaman bank untuk survive tapi bagi aku, pinjaman adalah berbaloi untuk diambil sekiranya ada bisnes.
Maksudnya to expand the business.
Buat apa meminjam kalau dah sah-sah bisnes pun tak berapa baik.
Jadi, it's unfair juga kalau nak kata majikan takde empati kerana kita tak pun berada di tempat dia.

Like most professionals, business owners selalunya ada business itu je as primary source of income.
Tak ramai business owners ada 3-4 income.
Kalau dorang side hustle pun usually bukan untuk company, tapi as side income.
Maksudnya, boleh jadi dorang ada 20 biji rumah sewa tapi itu atas nama persendirian, bukan harta syarikat.
Duit sendiri and duit syarikat adalah dua benda berbeza.
Gaji pekerja dibayar dari duit syarikat, bukan duit simpanan.
Some majikan willing to keluarkan duit simpanan untuk bayar gaji pekerja, alhamdulillah.
But kalau keadaan ini berterusan, that majikan pasti terpaksa fikirkan masa depan dia dan keluarga juga.
Ceritanya sekarang, SEMUA pun struggle.
Bezanya, ada yang dah mula terasa sekarang, ada yang bakal merasa lagi 2-3 bulan.
If the business bukan kategori essential services, bermakna less work during PKP, less income kepada syarikat, eventually leads anxiety.

Kawan-kawan supplier aku ramai yang berpeluh gak ni.
Dah lah customer lab tak kerja, maknanya takde pembelian.
Deal yang besar-besar semua tangguh.
Payment pun tangguh juga.
Cara-cara tak PKP pun kadang payment lambat masuk, inikan pulak PKP, memang terbakor rasa.
Mana yang ada good money management, alhamdulillah.
Bolehlah tarik sana sini sikit untuk cover mana-mana yang patut.
Tapi ada juga company yang man power ramai tapi cash reserve tak banyak mana because majikan sangat baik menggajikan ramai orang.
Memang ada orang yang berbisnes cara ni.
Dia menggajikan ramai pekerja bukan kerana dia banyak duit atau dia memerlukan pekerja tetapi dia nak bantu orang lain supaya ada income.

Yang pastinya, during PKP, kita semua hidup in a completely different life.
Online meetings, long-distance collaboration and spent more time in planning.
XZIZ Biotech pun dah start gunakan khidmat reseller untuk our hand sanitizer.
Aku nak kurangkan penglibatan staff di tempat kerja supaya lebih banyak masa diguna untuk create sales and marketing, bukan habis masa mem-packing sebab man power tak cukup, kerja pun dah tak boleh overtime.
Pukul 8pm semua dah kena ada dalam rumah, jadi now kena pandai-pandai manfaatkan waktu bekerja.

Buat masa sekarang ni, walau ramai economist predict macam-macam [mostly predict disaster in world economy], aku cuba sedaya-upaya untuk tak dwell sangat.
Seram tapi tak nak terlalu memikirkan.
Apa yang boleh buat sekarang, buat.
Nak plan jauh-jauh sangat, entahlah. Takut aku habiskan masa memikir je padahal umur sampai hujung minggu ni je.
Makin pikir, makin banyak benda-benda negatif pulak muncul dalam kepala.
Some artikels yang viral adakalanya aku nampak bukan menambahkan awareness tapi menambahkan panik.
Dah la dunia not in good condition, bila dwell to much on uncertainty alih-alih sendiri tak tenang.

Bukan tak boleh bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Ikhtiar untuk bersedia tu memang kena buat tapi kalau sampai hati tak tenang, anxiety, stress - ini dah something wrong somewhere.
When we focused on our problems for so long, we will get discourage.
When we read and watched so many news reports, we will get afraid.
Apa yang terjadi sekarang memang senang untuk kita rasa takut and risau. Aku tak terkecuali.
Dulu dengan isu politik yang tak stabil, konflik sana sini, bencana alam, and now we are dealing with this virus.

"What if I get sick?"
"What if my business doesn't make it?"

All these concerns are valid.
Tapi bak kata ustaz aku yang tak henti-henti bagi peringatan kat aku "Kalau kamu berseorangan lalui semua ni, takpelah. Ada la reason nak susah hati. Masalahnya, kamu tak lalui semua ni sorang-sorang. Allah sedang memerhati".

Aku tanya "Tapi wajar kan ustaz, kalau kita semua nak risau dengan prediction para economist? Sebab mereka ada bercakap berlandaskan ilmu yang mereka tahu".

Ustaz kata "Sebab itulah kita ikhtiar seadanya. Jangan nak buat semua benda. Bila kamu nak kawal semua, Allah akan serahkan semua pada kamu untuk kamu uruskan. Itu yang buatkan hati tak tenang dan segalanya rasa sangat terbeban. Saya juga bercakap berdasarkan ilmu yang saya tahu. Usaha adalah hak kita, tapi hasil adalah hak Allah. Jangan sampai lupa itu".

Allah.

Aku ingatkan dugaan besar sekarang adalah ekonomi, rupanya bukan.
Rupanya dugaan besar adalah keyakinan.
Keyakinan kalau tak mantap memang akhirnya buatkan kita keliru dengan ikhtiar sendiri.
Agaknya macam ni lah esok masa dajjal sampai.
Sekarang ni kita rasa macam cukup bersedia nak berdepan dengan dajjal.

"Esok kalau dajjal datang offer roti, aku takkan ambil!"

"Esok kalau dajjal kata dia boleh hidupkan mak bapak aku balik, biarkan. Aku takkan layan!"

"Esok kalau dajjal kata dia boleh suburkan tanam-tanaman, biar aku mati daripada ikut dia!"

Wah, kita rasa mudah, kan?
Sebab kita rasa dah tahu jalan cerita, jadi dah bersedia.

Ye sangatlah, Diana!
Now tak sampai sebulan PKP, hanya dengan macam-macam input yang dibaca pun dah menggoyahkan keyakinan pada Allah.
Gini ceritanya nak berdepan dengan dajjal tadi? Hmmmphh.

Come to think of it, Allah tak campak kita atas dunia and just say "Good luck! You are on your own".

Betul tak?




p/s : Surface disinfectant [botol spray] and hand sanitizer 1L insyallah akan mula dipos Khamis. Boleh spray mainan anak, tombol pintu, pintu kereta, kunci, etc. Isi form kalau nak. - ISI FORM SINI.