2020-04-06
Con artist
Con artist.
Hari ni aku bersemangat nak cerita tentang sorang makhluk ni.
Aku dah follow this person quite lama, almost 2 years.
Kisahnya gini, dulu aku plan nak cari someone yang boleh work together dengan aku for GreenAard di Singapore sebab ramai blog reader aku dari sana beli GreenAard.
Selalunya dorang akan minta pos ke JB. Nanti dorang collect dari JB.
Dah beberapa kali juga every time aku ke Singapore aku akan angkut GreenAard sekali untuk dorang datang collect kat hotel.
Aku perlukan not just another agent tapi kalau boleh yang tahu pasal business and marketing.
Kalau boleh, this person biasa buat kerja-kerja talk and seminar.
Kalau that person ada connection dengan lab di Singapore lagi best.
So sembang punya sembang dengan kawan aku, dia suggest sorang ni.
Nampak macam berkaliber sebab dia pun run business and boleh bercakap, dah biasa buat kerja-kerja sales person.
Tapi aku tak terus approach, aku follow je dulu.
Kawan aku ni pulak macam selalu jugaklah bermesej-mesej dengan this con artist.
Tak pernah jumpa tapi pernah discuss-discuss tentang business.
Beria kawan aku suruh aku work together dengan this con. Idola sangatlah gamaknya dengan si con ni.
Siap pass kat aku flyers and proposal si con [con ni ajak dia join business jugak].
The thing is kawan aku ni buat construction business, dia mana reti online business ni semua jadi bagi dia, apa yang dia nampak dari media sosial tu adalah benar belaka.
Dalam masa yang sama, aku study jugak proposal si con ni.
Salah satu peluang bisnes yang dia propose adalah semua orang boleh jadi agent produk dia.
Just sign up jadi reseller, secara otomatik kau jadi agent untuk produk dia.
Somehow once kau sign up, kau ada dapat website atas nama kau.
Website tu dah lengkap dengan semua barang-barang yang boleh kau jual.
The thing is, barang-barang dia jual tu semua boleh dapat kat Watson and Guardian.
Ada la some product yang takde kat Watson tu tapi tak dikenali pun.
Aku tanya si con ni - apa objektif dia setup this re-seller plan sebab aku tak nampak apa keistimewaannya because barang-barang yang dia jual tu basically kat Watson pun ada like Maybelline, Revlon, Ponds...etc.
Bukannya susah sangat pun nak pi beli sebab kat Malaysia ni Watson bersepah.
Dia kata "I know people can go buy kat Watson, but they are some people when they trust you, they will buy from you. They buy because they like you".
Aku tanya "Who?"
Dia jawab "Friends".
OMG, aku nak gelak okeh.
Aku tanya "How long are you in this business? Mana ada kawan beli dengan kawan?"
Kau rasa kalau produk setakat jual kat Watson, ada kawan nak beli dari kau ke?
Kau buat produk paling rare pun belum tentu member kau nak beli dari kau.
Rela dia beli dari orang lain. Inikan pulak produk boleh dapat kat Watson.
Business module apeni?
Ok bab ni - cancelled.
Then aku jump into another question pulak.
Aku tanya berapa re-seller dia dah ada?
Dia kata in Malaysia alone dah 10K re-seller. Wow!
Plus Australia, India, USA [??], Europe, Jakarta and Singapore ada approximately 70K.
70K re-seller.
That's huge!
Tapi aku pelik kalau 10K re-seller dia kat Malaysia, apesal takde orang pun terselit kat frenlist aku di FB?
Paling tak pun mesti ada sorang terselit mempromote. Ni haram tak nampak pun.
Tapi aku interested nak tahu macamana cara dia dapatkan agen sampai 70K tu.
Bukan calang-calang orang boleh cekau agen sampai 70K, plus overseas you!
Dia kata sesiapa yang signup, akan dapat gift.
Dalam gift tu ada 3-4 barang-barang dari website dia - contoh lipstik Revlon atau blusher Maybelline, etc.
Aku macam "Wahh, banyak modal dia keluar untuk beli barang-barang ni".
Aku tanya "Belum beli dah dapat gift? Banyak modal you ni keluarkan duit for gift".
Then dia kata "No, I tak pernah keluarkan duit I untuk bisnes. Semua duit orang. Caranya, when they signup, kena ada membership fee around USD20 [RM80 lebih kurang]. Jadi I akan guna around RM40 untuk beli barang-barang gift. Yang balance is duit untung".
Ok, fair enough.
Tapi aku tak puas hati lagi ni.
Aku tanya "Re-seller you ada place order tak lepas signup?"
Dia beria kata "Ada!".....which I doubt sangat-sangat.
Sebab tak lojik lansung.
Like kejadah orang US nak order dari website dia sah-sah kebanyakkan brand tu dari sana?
And aku faham sangat rakyat Malaysia ni macamana.
Takde maknanya dia nak order barang-barang tu kat member sendiri sedangkan boleh senang-senang dapat kat Watson and Guardian.
Pastu aku tanya "Kalau yang tak place order, macamana? You terminate tak?"
Dia kata "Tak".
Wow. Again, wow!
Baik hatinya founder ni.
Dia cakap "I tak terminate because every month my sistem akan automatically deduct membership from them. Every time membership renew, I akan hantar gift. So, they are happy. Every month akan dapat hadiah berlainan. So, even they dia tak place order, money still comes in!"
Ternganga aku dengar.
Well, maybe that's how some people operate their business which is tak salah kot but THE PLAN is so wrong!
Maksudnya, dari awal lagi dia dah plan to make money based on membership.
Dia tak pernah peduli pun whether the re-seller buat sale or not. Lantak kau. Janji duit aku masuk.
This kind of people don't even care pun produk jalan ke tak.
Aku cakap kat kawan aku, aku tak boleh work dengan orang macam ni.
Ini jenis mengambil kesempatan punya orang.
Takde apa-apa yang orang can benefit from business dia. It's all about dia, dia dan dia only.
Yang sign up tu pun satu, benda simple macam tu kau takleh pikir ke?
Jual barang-barang yang dah sedia ada kat Watson, seriously??
Tapiiiiiiii, aku tak puas hati lagi.
Aku masih berharap ada sikit kebaikan dari bisnes dia ni yang aku boleh belajar.
So, aku cakap aku nak sit together dengan dia.
Aku willing naik Singapore, takde hal.
Dia charge SGD200/hour.
Ok, takpe. Aku bayar for 2 hours. Nak ilmu punya pasal kan.
Mula-mula urusan dibuat melalui email.
Dari email lagi dah nampak kalut.
From urusan arrange meeting date, sampai ke payment via Paypal, sampai ke soalan-soalan yang aku bakal tanya [dia minta in advance] - segalanya agak kalut.
Aku dah mula terdetik, dia ni betul ke ada business, atau dia self-employed?
Sebab cara kerja kalut nau macam takde pembantu.
Tapi takkan lah kerja sorang boleh handle sampai 70K re-seller kan.
Ok, aku mula cool down masih mahu bersangka baik.
Jumpa dia, bersembang pasal business and all.
Aku bentang kat dia aku ada 3 business berbeza tapi semuanya di bawah satu bumbung.
Aku ada XZIZ Biotech the mother company yang buat biotech training and halal.
Aku ada GreenAard and also Fleur by Mrs Him.
Tapi aku bagitau Fleur by Mrs Him ni aku tak jual hari-hari, so far aku produce time raya je sebab aku lebih selesa bekerja dalam bidang aku which is XZIZ and GreenAard.
Jadi, aku tanya dia how dia can help aku untuk expand GreenAard.
Aku taknak elaborate pasal cadangan dia, cuma what I can say, apa yang dia cadangkan tu LANSUNG tak membantu menggerakkan GreenAard pun, because apa yang dia cadang semua aku dah buat.
Dia tanya "Apesal you tak nak hire agent for GreenAard? I can see your GreenAard business is doing well, sampai bila you nak pegang customer? You can make more money kalau hire agent. You buat membership macam I buat. Charged membership every month. If they tak buat sale pun, you earn money macam tu je dari membership!"
Aku gelak dalam hati.
Aku cakap "No, I tak boleh buat macam tu. Produk I bukan turun dari langit. I spent years untuk develop my product and hours and hours of reading jurnals, trial and error. Every time error, duit I lebur gitu je. That's why I can't simply ambil agent because nak sell this product bukan sebarang-sebarang orang can beli. Membership is definitely NO tapi I ada buat sistem point untuk customer".
Pung pang pung pang pung pang sembang.
Dia cakap dia interested sangat nak aku jadi sole agent product dia di Malaysia.
Dia kata dia ada satu lagi product untuk kids like baju, accessories and simple toys.
Dia kata semua produk ni team dia buat.
Bukan dari China.
Dia ada team khas untuk produce barang-barang ni. No duplicates.
Katanya, this year [masa aku jumpa dia tu tahun 2019] dia dah lock deal 5 tahun dengan Metrojaya Malaysia.
Barang-barang ni akan ada di Metrojaya.
Dia cakap dia nak cari someone yang boleh handle urusan di sana.
Dia offer aku sebab dia kata aku dah biasa run big business so dia yakin kalau aku pegang.
Aku cakap, ok je kalau nak suruh aku handle. No problem. Kau bayar je lah aku, apa susah.
Tapi dia tak nak bayar dalam bentuk cash, instead, dia offer aku untuk jadi sole distributor di Malaysia.
Jadi, lepas ni Metrojaya akan ambil dari aku.
At the same time aku boleh hire re-seller untuk jual this product too.
Sukahati aku nak main harga.
Dia cakap produk ni rare, takkan sama dengan produk lain sebab dia produce 1-1. Kalau ada pun maybe 2-3 yang same design, definitely not more than that.
Wahh, bunyi macam gempak gila ni.
The thing is, dia ada gambar yang menunjukkan produk dia ada di Metrojaya.
Siap ada label lagi.
Cumanya aku tak tau lah itu gamba tahun bila.
Maybe dia pernah dapat peluang untuk letak barang di Metrojaya but I don't think contract tu renew.
Atau boleh jadi barang-barang dia tu tak banyak mana pun.
Alah, bukan takde orang Malaysia yang gegak gempita cerita produk dia ada jual kat mall, padahal 2 shelf je.
Aku tanya dia berapa modal kalau aku nak jadi sole distributor?
Dia kata USD15K.
Once bayar, produk akan dapat terus sebab ada ready stock.
And kalau mana-mana produk di Metrojaya tak habis, aku boleh ambil balik and replace dengan stok baru.
Stok lama pulangkan balik kat dia.
Wowwww. Sounds good, eh?
Pastu sembang-sembang, dia kata hujung tahun dia nak pindah overseas, menetap di sana.
Masa ni aku pelik.
Kau ada business di sini, and kau ada contract dengan Metrojaya bagai dikata.
Boleh pulak kau nak pindah?
Habis tu apa-apa jadi kat sini nanti, siapa nak uruskan contract kau yang besar gila tu?
Dia cakap, zaman sekarang teknologi dah mudah, dia boleh bekerja dari sana. No problem.
Team dia ada di Singapore boleh uruskan.
Hahahaha...funnyyy.
Kau ingat aku tak pernah ada bisnes dengan orang luar ke?
Aku pun pernah jadi sole distributor, not only in Malaysia but among ASEAN countries, so jangan nak kencing aku banyak sangat.
Tapi aku diamkan je. Aku nak perati lagi jauh mana dia nak bawak aku pergi.
One day dia mesej aku, dia nak aku join jadi Influencer Team dia.
Dia kata hanya orang-orang terpilih je akan join team ni.
Orang-orang ni takyah jual barang dia pun, hanya promotekan je.
Setiap kali aku promote [IG/FB], dia akan hantar gift berupa 6-7 barang-barang kosmetik - Revlon, Maybelline, L'oreal, etc.
Basically barang-barang Watson tu lah.
Aku bukan perlekeh barang-barang ni, cuma aku wonder dia ni baru pertama kali ke berurusan dengan influencer?
Kau pandai letak harga kau SGD200 per hour, tapi dengan influencer kau bayar dengan product Watson?
That's why aku cakap orang gini, dia punya objektif nak kenyang sendiri je.
Dia tak tau ke follower aku mendunia? [gitewwww]
Tapi, aku layankannnnnn.
Aku join group telegram dia create untuk influencer terpilih.
Ada la dalam 7 orang kot.
Aku check IG sorang-sorang paling ramai pun follower 900 orang.
Aku macam...influencer ke semua ni?
Ok lah takpe, maybe dorang lebih power di blog atau FB atau twider.
Berzaman dia letakkan kitorang kat dalam group tu, dengan mukadimah, "Gift is on the way".
Harammmmmmm.
Aku dah boleh bajet, ini memang takde harapan nak jadi ni.
Tapi aku diamkan je.
Rupanya budak-budak dalam tu mengharap nau projek ni jalan.
Last-last semalam, aku baca :
Kesian, kan?
Orang dok berharap.
Dia selamba je left group bodoh gitu je.
Tapi aku lagi jahat kot, aku bagi laughing emoji. Kahkahkah.
Aku syak dia takde modal nak beli gift tu pasal dia senyapkan diri.
Bayangkan dorang ni semua tak kisah pun tak dapat cash, dapat barang Watson pun ok, itu punnnnn kau tak appreciate, lagi nak buat taik.
From the very beginning aku dah syak something wrong dengan this person.
Too good to be true.
Claim bisnes juta juta, re-seller puluh ribu, tapi gambar ofis tak pernah ada, balik-balik tunjuk muka selfie. Gambar staff pun tak pernah tunjuk.
Cuma satu benda lah, con artist ni kalau bercakap memang sedap.
Nampak segalanya macam real je.
Memang ada jenis orang gini, cakap lebat tapi bila buat kerja hampeh.
Nasib dia tak baik sebab aku kan banyak connection kat Singapore, rupanya dia memang scammer handalan tapi masih aktif.
Cuma dah tak aktif kat sana, tu pasal dia main kat Malaysia pulak.
Bila gugel-gugel, rupanya kat Indonesia pun pernah ditipunya beribu USD. Australia pun.
Hmmm....gasak kau lah.
Cuma aku sedihlah sebab kau melayu.
p/s : sorry, aku takkan reveal siapa. Cuma hati-hatilah, orang macam ni ramai.
p/s : Ok guys, mana-mana yang waiting list hand sanitizer 1L, stok botol dah sampai. Insyallah Rabu/Khamis kita boleh start pos sebab aku prepare solution dulu today. Sat lagi staff aku akan follow up payment kat sorang-sorang.
p/s : And lagi satu, aku dapat request untuk buat surface disinfectant. Botol spray [sebab yang ni cair]. Bleh spray tombol pintu, pintu kereta, kunci, etc. Isi form kalau nak. Yang ni pun Rabu/Khamis pos - ISI FORM SINI.