2020-04-20

HAND sanitizer, not body sanitizer.



Aku suka feedback ni, the fact that she is a front liner yang guna hand sanitizer XZIZ Biotech.
The feeling tu macam VIP yang guna.

Hari tu rasa macam aku ada explain pasal kenapa certain hand sanitizers menyebabkan kulit tangan kering and merekah.
Selain dari kulit tangan tu sendiri yang alah pada alkohol, ada sebab lain, iaitu the alcohol-based formulations.
Detergents memang out of the story sebab detergent jauh lebih harsh dari alkohol.
Alcohols are safer tapi walaupun begitu, kena tengok formulations.
Sebab tu aku seram bila tengok ada yang buah hand sanitizer sendiri se-sesimple air + alkohol + aloevera gel.

Alkohol ni sifatnya boleh mengganggu struktur lipid pada lapisan kulit.
Bila kulit terdedah dengan alkohol berkali-kali, lipid pada kulit ada yang merenggang, menyebabkan kulit pecah.
Sebagai 'ganti rugi', hand sanitizer mesti ada bahan-bahan yang boleh cover balik struktur yang pecah ni.
Aloevera gel semata-mata kurang membantu, apetah lagi kalau alkohol yang diguna adalah jenis isopropanol atau n-propanol.
Alkohol yang 'lembut' adalah ethanol. Ethanol is less irritating.

Lagi satu ada yang cakap guna hand sanitizer banyak-banyak nanti boleh dapat kanser sebab terdedah dengan alkohol.
Jangan nak membongak, boleh?
Alkohol ni bukan benda baru, dah lama wujud dalam kosmetik pun.
Mana-mana krim muka, toner, perfume ada alkohol.
Krim muka tu kita pakai sometimes up to 9 jam, so janganlah buat statement merepek pasal hand sanitizers.

"Boleh tak apply hand sanitizer pada kulit tangan yang ada eczema?"

Yang ni ramaiiiii gila tanya aku.
Aku faham, disebabkab hand sanizers boleh bunuh germs, so that dorang ingat kalau sapu kat kawasan ekzema atau acne mestilah bagus.
Hakikatnya, TAK, kerana alkohol dalam hand sanitizers akan stop berfungsi setelah ia kering.
Plus, kepekatan 70-75% tak boleh bunuh semua bacteria.
Ada jenis bacteria yang perlukan dos alkohol yang lebih tinggi, jadi jangan sapukan hand sanitizers pada kawasan acne atau ekzema, karang tak pasal-pasal kulit jadi makin kering and teruk.



Surface disinfectants Pure Effective boleh juga diguna pada tangan however, tak banyak oil and bahan-bahan untuk lembutkan kulit, jadi, untuk skin yang tak tahan dengan alkohol, maybe tangan akan jadi dry sikit.
Ethanol dalam surface disinfectant ni aku increase ke 75%.
That's why dalam tu tak banyak bahan melembutkan kulit sebab itu untuk spray-spray kerusi meja, kitchenware, toilet, barang-barang metal, etc.
Lebih baik gunakan hand sanitizers, namanya pun HAND sanitizers, lebih sesuai guna pada tangan.

Surface disinfectant aku tu dah siap-siap bancuh and tested untuk dapat hasil yang optimum.
75% alkohol tu dah siap dilute dengan air, jadi kalau kita campur lagi dengan air, ia takkan berfungsi seperti sepatutnya.
Kalau nak mengemop lantai, gunakan Clorox.
Dalam Clorox ada sodium hypochlorite yang fungsinya untuk kill germs.
Tapi, sodium hypochlorite ni tak se-stabil ethanol.
Kalau kita bancuh pukul 9am, lagi 2 jam karang effectiveness dia dah berkurang.
That's why lepas bancuh Clorox, kena terus guna.
Kalau ada yang jadikan Clorox as hand sanitizer juga no point.
Because bahan aktif dalam Clorox ni tak stabil, after half a day, fungsi membunuh germs tu berkurangan.
End up kita kena bancuh fresh solution everyday.
Sangat memenatkan, buang masa and buang duit dan yang paling penting - BAHAYA.
Sebab, sodium hypochlorite ni boleh damage membran mukus kulit.
So please, jangan ambik mudah dengan chemicals.



Some hand sanitizers berbentuk liquid [cair].
Takde masalah pun kalau bentuk cair atau gel, yang penting kandungan alkohol mesti lebih dari 60%.
Optimum is 70%. Lebih dari 75% jarang orang guna untuk healthcare.
Yang penting solution tak buatkan tangan sensitif.

Ada juga yang tanya, sesuai tak kalau Pure Effective diguna kat badan.
Aku try nak retrieve balik DM tu tak jumpa pulak.
IG ni payah betul nak check previous message, nak kena selak satu-satu.

Ok, first things first.
Tangan kita adalah sebahagian dari badan.
Kulit tangan dan kulit badan adalah sama.
So what's OK for your hands should be OK elsewhere kecuali private parts lah.
Hand sanitizers [alcohols] are safe, cuma rasa pelik juga kalau nak lumur hand sanitizer satu badan.

Keep in mind it is called HAND sanitizer and not body sanitizer.
Ada risiko pedih dan burning sensation kalau aplly kat area sensitif macam mata atau private parts.
Perasan tak, kalau kita guna krim atau toner dia cakap "Please avoid eyes"?
Because kebanyakan krim and toner ada alkohol
Dia tak bahaya tapi to some parts of our body, dia can easily caused irritation.

Kita ambik contoh muka.
Tak bahaya kalau letak kat muka tapi kena ingat, hand sanitizers ada alkohol.
Alkohol akan sanitize apa je germs pada muka [atau pada mana-mana bahagian yang kita sembur].
Remember that muka kita ada T-zone?
T-zone ni kawasan prone to minyak.
Dalam liang kulit kita ada berjuta microbs yang baik.
Microbs ni kerjanya makan excess kulit mati and lebihan minyak pada muka so that kulit muka jadi bersih.
Kalau kita apply hand sanitizer pada muka, semua bakteria baik ni pun boleh mati sekali.
Bila bakteria baik mati, sape nak makan sel kulit mati and lebihan minyak?
Maka, semua tu berkumpul kat muka, lama-kelamaan, semua itu bertompok dan akhirnya bakteria jahat berumahtangga di situ, ujung-ujung jadi acne.
Bakteria jahat ni dia punya jahat kadang-kadang alkohol 70% pun tak jalan.
Jadi, baik-baik, ya.



Ok ini soalan yang palig ramai tanya last week, selepas aku naikkan nama-nama reseller Pure Effective.
Ramai ingatkan aku open untuk reseller.
Sebenarnya tak.

Ceritanya macam ni.
Aku kan order botol asing.
So this one supplier ada hantar 300 botol amber [botol gelap] untuk top-up botol clear bottle yang tak cukup.
Takkan some customer aku dapat botol gelap, some botol cerah. Tak best lah gitu.
Jadi memandangkan amount dia pun sikit, aku allocate botol gelap ni untuk reseller.
Hanya reseller saja dapat botol gelap ni.
Even di kalangan reseller pun ada yang dah tanya kalau nak replenish stok macamana, seriously aku tak berani nak bukak pengambilan reseller sebab masalah utama aku ni botol.
Kalau stok botol sangkut karang payah.

Tapi aku dah try tanya supplier kalau dia boleh supply botol 100ml at least 1000 botol, khas untuk reseller.
Kalau botol ni dapat, maka cerahlah harapan.
Tapi itupun kena queue lah ya sebab nak membancuh pun ambil masa.




Last week aku naikkan Product Specs je.
Ni aku naikkan dengan MSDS sekali.
Insyallah, Pure Effective selamat.

Mulai hari ni semua order Pure Effective boleh direct whatsapp :

Nombor 1
Nombor 2


Nak tahu harga, pi tanya deme.