2020-04-03

Constant struggle going di zaman ni


Semua pernah rasa situasi tak menyenangkan dalam hidup.
Jalan cerita masing-masing tak sama tetapi situasi yang memberatkan hidup tu ada.
Ketika situasi tu berlaku, terasa dunia runtuh kejap.
Selalunya tak banyak yang kita dapat buat waktu ni - buat ini salah, buat itu pun salah.
Dalam keadaan macam ni, satu perkara je yang kita boleh buat ---> atur emosi kita sendiri.
Jangan lawan balik.
Kerana selalunya bila lawan, lebih banyak kesilapan kita akan buat dan masalah jadi bertambah serabut.

Yang sebetulnya bagaimana sikap kita ketika menghadapi kejadian tu jauh lebih penting.
Kerana dalam hidup ni, ada banyak perkara berlaku tak selari dengan kemahuan kita.
Salah satu syarat berdepan dengan masalah adalah be ready to face whatever yang tak seperti kita mahukan.

Dalam hidup kita, kita adalah pilot.
Keselamatan kita bergantung pada keputusan yang kita buat.
Aku ada baca buku satu buku tentang aviation, dia kata in flight, pilot dah diajar macamana nak face setiap perubahan yang tak dijangka.
Contohnya perubahan angin.
We can not change the wind but we can change the wings.
Lebih kurang gitulah ilmu penerbangan kata.
In life pun macam tu juga, kita takkan selamanya mampu ubah niat, sikap, kemahuan dan perbuatan orang lain pada kita tapi kita boleh ubah perspektif dan sikap kita terhadap perbuatan orang lain pada kita.

At some point in our life, kita terima hencapan dari someone.
It can be our colleague yang kondem our idea, customer bagi bad review yang tak masuk akal atau harsh comments di media sosial.
I know this feeling from personal experience.

Walaupun ada yang berusaha nak jatuhkan kita, don't make yourself shaken.
Teruskan buat macam biasa.
Percaya satu benda saja - kalau apa yang kita buat itu betul, takkan semudah itu orang boleh jatuhkan kita.

Too often we based our value on how someone is treating us - betapa berjayanya kita, betapa sempurnanya hidup kita, etc.
Masalahnya, semua benda ni boleh berubah.
Kalau kita cuba dapatkan nilai diri sendiri from how people treat us, one day bila dorang tak suka kita atau hina kita, otomatik kita rasa kita dah takde nilai lansung.
Kalau kita nilaikan diri sendiri based on achievements - berapa banyak duit ada, kereta jenis apa kita bawa, apa title kita sekarang - then if something happens, contohnya title kita ditarik balik, atau business dah tak mendapat sambutan - kita anggap nilai diri kita juga menurun.

Here's the key.
Nilai diri kita mesti didasarkan semata-mata kita hamba Allah.
Sifat seorang hamba dah tentu ada banyak kekurangan.
Jadi jangan mengharapkan kesempurnaan.
Jangan mengharapkan apa yang kita buat akan diterima oleh semua orang.
What they say about you doesn't lessen who you are.

Kesilapan yang kita buat tak akan mengurangkan nilai diri kita.
Mistakes is something that we did, not what we are.
Silakan nak beli rumah yang lebih besar, pakai kereta yang lebih mewah atau kejar pangkat dan nama but but that doesn't make you more valuable.
That increases your net worth, not your self worth.
Your self worth tetap sama macam zaman kau duduk apartment kecik 2 bilik.
Your self worth tetap sama macam sebelum kau ada title.
Kedudukan dan pangkat memang boleh bagi kita lebih banyak pengaruh,lebih banyak followers, but not more value.
Kalau kau adalah seorang stay-at-home mother yang menguruskan rumahtangga seharian, kau mungkin tak memiliki pengaruh seorang CEO, but you have the same value.

Value is not based on what you do, atau berapa besar pendapatan bulanan.
Those things can change. Ini semua superficial.
Takde apa yang kita buat, takde apa yang kita capai boleh jadikan kita lebih bernilai.
Possession-based value didn't work with Allah, apetah lagi popularity-based value.
Takde apa yang kita perlu buktikan pun.
Kita ni je yang hidup in a proving mode.
Always nak mmebuktikan sesuatu supaya kita dilihat, didengari, dikagumi.
Kita susah nak rasa puas hati dengan diri sendiri selagi tak buktikan kepada ramai orang that we are important.
Sebab itulah zaman sekarang manusia kejar banyak pengikut dan banyak likes.
They is constant struggle going di zaman ni - untuk membuktikan kita berjaya di dunia realiti dan dunia cyber.
Hakikatnya, hidup lebih bahagia bila kita berhenti dari mahu membuktikan segalanya pada semua orang.
Be secure in who you are.



Note : Pure Effective Hand Sanitizer 100ml dah ready - KLIK SINI.