2020-02-12

Trouble



In most cases, 'masalah' yang akan membentuk diri kita samada jadi lebih baik atau sebaliknya.
Dalam keadaan selesa dan dalam keadaan segala yang kita mahukan berjalan dengan lancar - kita tidak berkembang menjadi lebih matang dan kuat.
Contohnya, orang yang berkali-kali putus cinta, dia lebih belajar banyak perkara.
Walaupun secara kasar nampak macam dia tak berjaya, sebenarnya dia gained insight.
Maknanya takde apa yang wasted. Janganlah ingat kita buang masa bercinta.
Sebenarnya kita sedang belajar sesuatu and it was all a part of Allah's plan.

Nabi Musa.
Dia dilahirkan dalam masalah yang bukan disebabkan oleh kesalahannya.
Dia hidup pada zaman Firaun keluarkan perintah untuk bunuh semua baby lelaki di Mesir.
Nampak macam baby Musa dah takde harapan.
Tapi mak baby Musa faham the principle yang aku dok cerita ni.
Dia percaya perintah Firaun tu takkan dapat ubah apa yang dah Allah takdirkan pada anaknya.
Maksudnya, dia lebih yakin pada urusan Allah berbanding perintah Firaun.

So apa dia buat, dia sorokkan baby Musa dalam bakul dan hanyutkan kat Sungai Nil.
Tawakkal betul mak dia, padahal sungai tu boleh je ada buaya, ular, tak pun bakul tu boleh terbalik dibawa arus. Ataupun, ada suku-sakat Firaun jumpa baby Musa and bunuh.
Ada beribu-ribu alasan boleh buat baby Musa tak panjang umur, but none of it was a surprise to Allah.
Perintah Firaun takkan boleh mengubah nasib baby Musa. Hanya Allah has the final say.

It just so happened dalam ramai-ramai manusia, Aisah isteri Firaun yang terjumpa bakul baby Musa.
Bukak-bukak bakul nampak baby - terus jatuh hati nak ambil sebagai anak angkat.
Padahal dia tahu laki dia keluarkan perintah bunuh semua baby lelaki tapi Aisah nekad nak bela juga baby tu.
Dan akhirnya, baby Musa dibesarkan dalam istana Firaun.

Amazing, kan?
Betapa Allah izinkan perintah membunuh tu berlaku kerana Allah nak baby Musa dibesarkan dalam tangan Firaun sendiri.
Kalaulah bukan kerana perintah ni, dah tentu mak Nabi Musa tak hanyutkan anak dia.
Memang Allah sengaja nak jumpakan baby Musa dengan Firaun.

Banyak hikmah dari kisah ni.
The trouble was a part of Allah's plan.
Kalau Nabi Musa dibesarkan di kampungnya, dengan keluarga, dia takkan tahu apa yang dia perlu untuk his future.
Antara hikmahnya, di istana Nabi Musa belajar tentang ketamadunan Mesir - tentang bisnes, leadership, macamana nak conduct meeting, macamana nak bercakap dengan orang besar-besar, etc.
Dia belajar macamana nak mentadbir sebuah pasukan yang besar dan negara yang besar.
Dia dah arif dengan protocol Mesir, jadi ketika dia menerima perintah Allah untuk memerangi Firaun, he wasn't overwhelmed kerana dia membesar dalam environment tu.

Jadi kalau kita nak kaji balik apa yang buatkan Nabi Musa mampu menarik pengikutnya, jawapannya adalah = MASALAH.

Kalau Firaun tak keluarkan perintah bunuh, dah tentu Nabi Musa membesar di kampung dalam keadaan miskin, limited education, entah-entah jadi hamba.
Tapi Allah tahu apa Dia buat.

Manusia always nampak MASALAH sebagai sesuatu yang menyusahkan, tak bagi manfaat dan menyekat peluang.
To us, it may not be fair, uncomfortable tapi masalah-lah yang bawa kita ke next level.
MASALAH mempersiapkan kita.
Kita tak akan berada di tempat sekarang without all the MASALAH yang kita dah lalui.

Dulu kalau ada masalah, aku always doa minta Allah keluarkan aku dari masalah tu.
Biasalah kan, siapa nak duduk dalam masalah, ye tak?
Lama-kelamaan aku faham adakalanya cara Allah merahmati seseorang adalah dengan masalah.
Masalah tu sebenarnya simple dan tak susah untuk Allah selesaikan.
Tapi Allah bukan nak kita selesaikan masalah.
Dia cuma nak tengok macamana kita menyingkapi masalah - samada tak tido siang malam fikirkan masalah, atau mengamuk, atau menangis, atau berburuk sangka, atau muhasabah diri dengan solat taubat.

Even dalam konsep Law of Attraction pun, dia kata setiap masalah yang kita hadapi, itu adalah pentunjuk that the universe is asking us to think differenly.
That's why aku pernah tulis dulu tak jauh beza konsep Law of Attraction ni dengan ajaran Islam.
Even Islam sendiri pun ajar kita untuk bersangka baik dengan setiap ujian, cari sekecil-kecil hikmah untuk dipelajari.
Tanda-tanda rahmat Allah tak selalunya melalui kemudahan, in most cases Allah hantar dalam bentuk kepayahan supaya kita semakin merendah hati dan kembali bergantung harap padaNya.
Kadang-kadang orang kita ni kalau someone jatuh bisnes [contoh] mulalah dia "Hah tu lah dulu riak sangat kan, sekarang Allah bayar cash!"

Padahal itu tanda Allah masih peduli.
Allah tak nak dia terus hanyut sampai lupa diri, jadi Allah tarik nikmat dunia dan beri nikmat untuk kembali bergantung harap padaNya.
Ini jauh lebih bermakna kerana nikmat dunia Allah bagi pada semua orang tak kira jahat atau baik.
Tapi nikmat bergantung pada Allah, nikmat menangis di kala sujud bukan semua orang dapat.
Bak kata ustaz aku, hati yang cintakan dunia takkan mampu mengalirkan airmata semasa sujud.

Masalah yang kita hadapi, boleh jadi Allah has a better destiny for us.
Kawan aku Sang Nila Utama pernah bagitau aku "Kalau kita dah usaha macam-macam takde jalan penyelesaian, anggaplah itu yang terbaik Allah bagi untuk kita".
Dalam erti kata lain, toksah peningkan kepala. Belajar berdamai dengan takdir.
Boleh jadi apa yang kita mahukan may be too small.
Allah has something bigger for us.

Dalam tempoh diuji dengan masalah, kita sebenarnya sedang diasah untuk jadi lebih kuat dan tabah.
Memang susah kita nak nampak hikmah.
Tapi dalam waktu ni Allah sedang sambungkan kita dari satu titik ke satu titik.
Even for the things we don't understand, just keep the right attitude.
One day nanti kita akan sedar "Oh, kalau tak kerana itu, mungkin aku tak begini. Tapi kerana perkara tu, aku jadi lebih determined and confident".

Nabi Yusuf.
He went through a series of dark places.
Bertahun-tahun dia buat perkara yang betul tapi ada je benda yang tak kena jadi.
Tapi Nabi Yusuf faham konsep ini.
Walaupun masalah datang bertimpa-timpa, dia tetap being his best.
Kisah Nabi Yusuf ni kita boleh nampak jelas sangat how Allah connecting the dots.
Kalau satu dot dibuang, jalan cerita Nabi Yusuf takkan sama.

Cuba perhatikan flow Nabi Yusuf :

Kalaulah Nabi Yusuf tak dibuang oleh adik-beradiknya ke dalam perigi, dah tentu dia takkan di bawa orang ke Mesir.

Kalau tak dibawa ke Mesir, dah tentu dia takkan dijual sebagai hamba.

Kalau dia tak dijual, dah tentu dia takkan dibeli oleh Futifar, suami Zulaikha.

Kalau tak dibeli, dah tentu Zulaikha tak tahu kewujudan Nabi Yusuf lantas jatuh hati.

Kalau tak kerana Zulaikha jatuh hati dan menfitnah Nabi Yusuf, baginda takkan masuk penjara.

Kalau tak masuk penjara, Nabi Yusuf takkan bersahabat dengan 2 orang penghuni penjara yang meminta baginda mentafsirkan mimpi mereka. Mimpi yang baginda tafsirkan jadi realiti.

Kalau tak kerana kelebihan mentafsir mimpi, tak mungkin Nabi Yusuf dipanggil ke istana untuk mentafsir mimpi raja.

Dan akhirnya, Raja sayangkan Nabi Yusuf, dia keluarkan baginda dari penjara dan istiharkan Nabi Yusuf sebagai tidak bersalah.

Bila bebas, raja melantik Nabi Yusuf sebagai wazir dan kemudian raja kahwinkan baginda dengan Zulaikha [suami dia meninggal masa Nabi Yusuf dalam penjara].

Nampak tak the flow?
Kalau Nabi Yusuf masih di kampung, takde makna dia dapat jadi pembesar Mesir.
Duduklah situ kat kampung berkebun sampai ke tua agaknya.
Tapi cara Allah sangat misteri.
Nampak awal-awal macam takde masa depan kena penjara segala, tapi akhirnya....

Panjang tempoh trouble Nabi Yusuf.
Wajar untuk give-up.
Tapi hebatnya baginda, dia sangat faham konsep ujian Allah.
Rupanya dalam tempoh ujian yang panjang tu waktu untuk Nabi Yusuf develop dirinya untuk jadi kuat, tabah, dedikasi dan memahami kesusahan orang bawahan supaya bila dia jadi orang atasan dia tahu bagaimana rasanya menjadi rakyat biasa.

Kita orang-orang awam memang payah nak tanggung ujian macam tu kerana itulah Allah tak bagi kita ujian begini. Ini untuk orang-orang hebat je.
Betapa baiknya Allah, Dia bagi kita ujian-ujian yang jauh lebih mudah, itupun kita mengeluh macam nak mati dah. Aku tak terkecuali.
Tapi, hikmah kisah Nabi Yusuf ni menarik untuk kita renungkan.
Betapa jahatnya adik-beradik dia dengkikan perhatian dari ayah, sanggup dorang buang baginda.
Tak ubah macam kisah kita di zaman ni, kan?
Manusia berebut mencari perhatian sampaikan sanggup fitnah, mengaibkan, mengutuk kerana berdengki.

Remember!
Apa yang orang cuba ambil dari kita doesn't stop our purpose.
Apa yang Allah dah janji, Dia akan bagi. Perjalanan kita masih on-going.
Boleh jadi Allah yang aturkan kita kena lalu jalan susah ni because that is the only way untuk kita sampai ke destinasi.
Just keep doing the right thing, satu hari nanti Allah akan bawa kita ke tempat terbaik.