2020-02-13
Cheap marketing
What kind of marketing is this?
Answer : CHEAP MARKETING.
Gambar di atas bukan zero cost marketing tapi cheap marketing.
Dari semenjak aku start online bisnes tahun 2011, sampai 2020 ni, masih ada lagi orang gunakan teknik marketing murah dan bodoh macam ni.
Lepas tu ada hati mintak kereta terbang bagai.
Kalau benda simple macam ni takleh pakai common sense, agak-agak larat ke nak handle kereta terbang?
Berniaga memang susah, takde siapa kata berniaga senang.
Tapi, kalau kita percaya pada rezeki pasti kita takkan buat marketing murahan macam ni.
Takde sensitiviti langsung!
Seorang peniaga yang baik adalah orang yang memperkenalkan produknya dengan memberikan penjelasan mengenai kelebihan produk without bad-mouthing competitor's product apetah lagi mengambil kesempatan ke atas musibah orang lain. This is a BIG NO.
Yang mati dah tentulah mati.
Tapi yang hidup ni, waris yang ditinggalkan masih ada hati dan perasaan.
Where is your common sense menggunakan isu kematian arwah untuk melakukan produk?
Siap tepek gambar arwah pastu acah-acah konon ramai nak tahu samada si mati ada buat hibah kat isteri.
Jenazah belum kebumi lagi dah cerita pasal insurans hibah bagai. Terdesak sangat ke.
Cara tu takkan buatkan orang respect kita, dik.
Kerana akhlak yang tak baik menggambarkan akhlak yang buruk secara keseluruhannya.
Cheap and stupid marketing like this, chances are your product is no better than your competitor's product.
Selalunya sales person macam ni jenis yang pung pang lebih. Jenis cakap je lebat tapi sampah.
Cubalah berniaga by explaining the advantages of your products tanpa mengguriskan hati orang lain.
Ni hari tu aku nampak orang dok viral gambar perempuan pegang kotak with statement "Sampai bila nak suami belikan semua benda?"
Samada :
[1] sengaja mengundang kecaman dengan harapan viral?
[2] kurang bijak menyusun ayat?
Tak pasti yang mana satu.
Yang dah pasti, takde orang setuju pun dengan teknik marketing tu.
Kena kecam berjemaah lagi ada.
Tapi tu lah, memang ada orang aim for zero cost marketing macam ni.
Biarlah kena hencap se-Malaysia, janji dapat perhatian.
Because netizen suka bagi perhatian pada benda macam ni.
Jadi tak hairanlah perkara-perkara kontroversi ni sentiasa ada because they know benda-benda pelik memang ramai orang suka.
Islam dengan kesempurnaan dan keindahan ajarannya ajar manusia untuk bertamadun dalam segala perkara, termasuk perniagaan supaya ada keberkatan, bukan sekadar untung.
Perniagaan yang menguntungkan belum tentu dinilai sebagai ibadah tapi perniagaan yang barokah, walaupun untung sikit pasti ada ganjaran di sisi Allah.
Berniaga ada adabnya. Tak boleh main langgar semua benda.
Pelik dengan kekdah marketing sekarang. Makin lama makin serabut.
Ntah sape la mengajar kononnya zero cost marketing, walau kena hencap pun takpe asalkan viral.
Bila viral, produk dan nama bisnes lebih diingati.
Bad marketing is still a marketing katanya.
Lalu berduyun-duyunlah manusia follow teknik ni.
Sanggup terkinja-kinja, yang melompat sana sini, yang buat copy writing horny, yang caption 18SX, yang pakai baju berlainan jantina, yang tukar jantina - semata-mata nak dapat publisiti yang meluas.
Sebab katanya ukuran sebuah kejayaan adalah bila banyak sales masuk.
Yeah, right! Regardless how teruknya marketing tolak tepi, pejamkan mata, as long as sales tinggi maka kau dianggap successful.
In my experience, marketing yang buruk menghilangkan elemen kemanusiaan.
Manusia akan jadi lebih fokus mengumpul nilai angka - sanggup buat apa saja, asalkan sales masuk.
Adab buang tepi, empati buang tepi, common sense buang tepi, integriti apetah lagi lansung tak wujud.
Bad marketing adalah marketing yang takde target audience, takde hala tuju and takde proper planning.
Masyuknya kejap je, lepas tu tersungkur menyembah bumi.
Dah berapa ramai dah contoh yang kita boleh nampak.
Yang suka buat marketing merepek-repek ni lama mana pun bertahan.
Dalam 2-3 tahun. Gemparnya bukan main lagi kejap gitu kejap gini, lepas tu meruyup.
Udah-udah lah guna teknik-teknik merepek ni.
Tak semua ilmu dari mentor-mentor kita wajib ikut bulat-bulat. Dorang pun manusia, ada khilaf.
Ada di antara sifu and mentor ni fizikal produk pun takde, tak ada pengalaman jual mass-product pun.
Cuma kelebihan mereka they can teach and help memotivasikan kita.
Kelebihan mereka ni mana yang baik kita ikut. Yang merepek meraban tu tak payah la ikut.
Masing-masing ada otak kan, boleh pikir mana yang patut atau tak.
Bisnes dengan betul, jangan hanya dibuat kerana melihat dari sudut keuntungan semata-mata.
Memang tujuan berbisnes tu untuk cari duit, cari untung.
Kalau tak untung buat apa bisnes, betul tak?
Tetapi, kena tengok aspek halal dan kemanusiaan juga.
Banyakkan berguru dengan ramai orang.
Jangan hanya berguru dengan orang bisnes tapi bergurulah juga dengan ilmuwan Islam supaya ada check and balance.
Kerana imbuhan yang kita dapat di sini nanti di akhirat akan ditanya.
Bukan hanya ditanya tentang ke mana duit itu disalurkan tetapi dengan cara apa kita mendapatkan.
Belajarlah logik bisnes dengan betul.
Ramai yang mahu berniaga tapi tak mahu berdepan dengan hakikat kerugian.
Bila tak mahu rugi, tu pasal sanggup buat marketing mengarut.
Padahal business is not just getting money.
Ia mengasah skill komunikasi, skill berunding, activate kecerdasan otak dan menentukan keselamatan kita di akhirat.
Jadikan bisnes kita ladang amal.
Allah ciptakan kita untuk beribadah, ini termasuklah bisnes.
Bukan setakat "Aku buat bisnes, duit banyak boleh sedekah banyak".
Bisnes sebenarnya jauh lebih besar dari itu.
Bisnes buka peluang bersilaturrahim, buka peluang menyampaikan ilmu, buka peluang belajar bersabar, belajar berusaha, belajar tawakkal. Banyak.
Bisnes adalah peluang terbaik untuk beribadah kerana kebergantungan pada Allah sangat tinggi.
Jangan berlebih-lebihan sangat bila buat marketing.
Patut padanlah sikit.
Kita berniaga ni biar untung-nya double - di dunia pun untung, akhirat pun untung.
Bila orang suka kita, orang doakan kita.
Run business dengan prinsip-prinsip dan sikap yang Allah suka.
Bukan hanya target membesarkan keuntungan semata, mencari redha Allah dalam berniaga juga perlu.